Tuesday 24 September 2013

.. hari bersama pelanggan @ Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

minggu akhir bulan lepas, kitaorang ader buat hari bersama pelanggan. actually tak der bersama sangat pun! tittle nih jerk yang sesuai untuk tie gunakan :)

menu yang kami sediakan untuk pelanggan adalah bihun goreng, nasi himpit, ketupat palas dan ayam masak kari. menu tak berapa gempak, sebab tu tak letak majlis hari raya bersama pelanggan. tu yang tajuk hari bersama pelanggan jerk. hehe

tapi menu untuk staff agak gempak lah. ader nasi putih, ayam masak patpet, ayam masak kari, bihun sup, ketupat palas dan nasi himpit.

hari tu lah satu satunyer hari yang mana kami staff tmpoint d benarkan untuk berpakaian hari raya. means bukan uniform yang selalu kitaorang pakai. kesian kitaorang kann. tak boleh nak bergaya bagai datang kerja. pakai jerk uniform tmpoint. hurm.

jop layan gambar gediks kami (*_*)

tie tak pakai baju raya pun sebab malas! boleh ker alasan macam tu
tapi tak suka dengan baju yang tie pakai nih.
besar and nampak gemok!

tie dan ilah
mak die lah yang masakkan ayam patpet, masakkan dari siam

ini pulak mama ida dan mama shima
bukan main lagik possing kann!
orang penting tmpoint kangar nih :)

yang paling depan tu, team leader tmpoint kangar, kak rakiah
yang belakang pulak kak ema dan azrin, angel save dan fgtc.

tykah dan ilah d bahagian depan

ader lagik yer gambar kami d bawah nih. korang layankan jerk lah yer!

tie d kaunter payment

husna d kaunter QCC

kak shima d kaunter MSOS

kak ros d kaunter QCC

kak ida d kaunter MSOS

kak ema

azrin d kaunter CPE

dan inilah boss yang sangat sporting!
die pakai serba putih hari tu!

makan tetap makan, gambar tetap gambar, tapi kerja tetap kena buat tau!

kusyuk tak saya! hahahha
tykah candid gambar nih!

with abg yen
geng kira duit!

tie dengan boss!

then, pantang customer tak der, kitaorang cepat cepat  ambil gambar reramai. haha. kesian betul! nak bergambar pun takut takut kan bila kat tmpoint nih!
bos nak bergambar dengan gadies gadies single :)

with tykah


dah lama tak rasa bergambar dengan kengkawan office macam nih. rindunyer dekat geng geng HQ Finance, teringat time bergambar sakan dengan dorang. semua satu kepala kalau bab bergambar!

alhamdulillah sgalanyer bejalan dengan lancar. then, kitaorang balik kerja macam biasa :)

Thursday 19 September 2013

.. makan makan staff Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

naik jerk kerja lepas cuti raya, kitaorang ader buat jamuan raya sikit. tapi hanya untuk kami staf staf tmpoint kangar jerk lah. bukan untuk pelanggan. yang pelanggan pun ader, nanti tie update yer.

menu hari tu ader nasi putih, ulam ulaman, ketupat palas, nasi himpit, bihun sup, satay, ayam masak patpet (first time tie makan, katanyer nih masakan dari siam ), ikan haruan masak jeruk, kerabu perut, ayam masak rendang, dan kuih muih. semuanyer pop luck dari kitaorang sendiri. cuma satay jerk tempah kat orang, yang lain buat sendiri :)

cengginilah keadaan kat belakang, tmpoint kami kecik jerk, so ruang nak letak makanan memang tak der. main letak jerk atas meja yang ader. bila lah nak dapat peruntukkan untuk besarkan office kan?!

menu hari tu
even simple, tapi memasing kekenyangan!
makan sampai pengsan wehh!

nih macaroni bakar khas buatan husna
first time buat katanyer

agar agar oreo dari kak paridah

aneka kuih raya

esoknyer, maybank ader buat jamuan raya. and bila dah d jemput, kami memang pergi lah kann. siapa tak nak makan free! lagipun maybank nih memang kat depan office tie jerk. senang lah kami nak p makan :)

ilah, husna, kak ema and tykah

yang nih, gambar tie ader yer, tykah tolong ambilkan pic :)

sekitar keadaan jamuan raya maybank
memang ramai sungguh yang datang
menu yang d hidangkan semuanyer terbaik, macam macam ader!

dah masuk empat bulan lebih tie kat tmpoint kangar nih. alhamdulillah semuanyer okeyh. dulu rase susah sangat bila kena duduk d bahagian hasil, tapi sekarang tie dah boleh sesuaikan diri. boleh d katakan tie dah boleh buat kerja kat bahagian hasil nih. cuma kadang kadang tie akan tanyakan pada kak ros kalau ader aper aper yang tak paham. apepun tie sentiasa berlajar apa sahaja ilmu d sini. thanks kat kengkawan yang banyak tolong tie :)

konon konon candid lah nih
padahal tahu jerk kan orang ambil gambar!
tie d kaunter payment

nak jugak bergambar kannn
konon sibuk kannn!

salah satu kerja yang paling penting d bahagian hasil nih adelah recon. memang perlu siapkan recon nih setiap bulan. tie tengah kusyuk berlajar buat recon sekarang nih. memang tak sama lansung dengan recon yang tie buat d HQ Finance dulu. yang nih lagi susah and mencabar beb! memang menguji kesabaran tau.

ni lah cikgu saya, kak ros :)

memang pening kepala kalau adeer yang tak tally
abes selongkar semua kertas yang ader! hahaha

apepun tak kira apa jua kerja kiter, d mana kiter bekerja, yang penting kiter perlui ikhlas dan jujur dengan tanggungjawab yang d berikan. semoga Allah sentiasa merahmati kiter. aminn

Wednesday 18 September 2013

.. officemate with new baby ..

assalammualaikum

sehari sebelum raya , officemate tie, ida selamat bersalin baby perempuan. memang die teruja la kann, anak pertama. die kawen tahun lepas bersamaan hari tie tunang. tapi time tu tie belum transfer ke Tmpoint Kangar lagik.

ni la mama ida
geram jerk tengok baby die

arisa qaisara kalau tak silap tie nama baby nih
tie dah ingat ingat lupa la :)

kusyuk betul baby nih tdo
tie siap alihkan tilam die lagik sebab nak bergambar, tapi die lansung tak terjaga.

even tie belum berkahwin and belum ader anak, tapi tie pasti saat melahirkan anak pertama adalah pengalaman yang tak tenilai. pasti menitik air mata bila kiter tengok baby kiter sendiri kali pertama kan. mesti hilang segala rasa sakit yang d tanggung. itulah kelebihan seorang wanita kann. haishh terpikir plak macam maner keadaan tie nanti kalau mengandung. hahah. berangan kejap lah :)

apepun, semoga Allah mempermudahkan segalanyer.

Tuesday 17 September 2013

.. dinner + dating + suprise ..

assalammualaikum

last week tie keluar makan dengan Suhaizal. kali nih cuba western food kat tempat lain pulak. kami makan kat Dataran Alam, Gua Cenderawasih. okeyh la jugak. tapi dekat Mai Cafe Kangar lagi sedap dari sini :)

kami (*_*)

malam tu kecoh dengan harga minyak naik. memang bersepah lah kereta kat setiap stesen minyak. memang tie tak isi minyak la awal tu. tak kuasa nak beratur panjang sampai ke jalan haa! tunggu tengah malam baru tie pergi isi minyak. time tu stesen minyak sunyi sepi dah!

harga minyak tetap naik, so redha jerk la kann
tak paham dengan orang yang berkejar kejar nak isi minyak malam tu, macam lah minyak tu tahan sampai lima tahun kann. huh!

time kat kedai makan, Suhaizal cakap die ader suprise untuk tie. then die keluarkan kotak warna merah kat bawah ni. memang buat muka gediks lah weh! hahaha

memang senyum tersengih semua ader dah time nih!
then bila tie buka kotak nih, ader gelang tangan.

tie pernah tunjuk gambar gelang nih kat die. tie cakap nanti untuk acara batalkan air sembahyang, tie nak macam tu. tapi time tu die kata tak nak belikan. sebab die kata nak beli cincin jerk.

memang terkejut sangat okeyh! kire suprise lah ni kannn ! hahahha.
muka memang senyum memanjang bila dapat gelang untuk acara batalkan air sembahyang seperti yang d inginkan :)

kalau ikutkan gelang nih memang tak seberapa, and bukan uptodate sangat pun design die, tapi sebab tie dah suka, aper boleh buat kannn.

dan dan dan inilah gelangnyer
simple kan. tak kesah lah ni design baru atau lama, yang penting tie suka :)

thanks hubby!
memang sayanggg kamu lah :)

Friday 13 September 2013

.. Linda wedding @ Denai Larian, Perlis ..

assalammualaikum

last week tie ke wedding linda kat denai larian, pengkalan asam, perlis. linda nih kawan tie time sekolah teknik dulu. kitaorang satu kelas form 4 and form 5. alhamdulillah die dah jadi cikgu d salah sebuah sekolah d peneng.

denai larian ni dekat sangat dengan rumah tie. and kat sini jugaklah plan asalnyer nak buat wedding tie nanti. tapi hajat tak dapat d tunaikan atas sebab musibab yang tak dapat nak d elakkan. so tie memang confirm buat wedding kat rumah la jawaabnyer. tak per lah, tumpang tengok wedding kengkawan kat sini pun jadi lah kan :(

ruang guest book and tempat letak hadiah
owh yer, wedding nih melibatkan dua pengantin, linda and adiknyer. dorang buat kenduri sekali. bagus kan! jimat :)

time ketibaan pengantin
kuning sungguh pengantin hari tu! tema d raja weh!

kain die bukan main meleret lagik ha!

tahniah kawan!
semoga bahagia hingga akhir hayat. semoga tabah untuk hadapi segala dugaan yang mendatang.

bergambar besama pengantin

wif sofea
kawan dating tie dulu nih
sekarang dah kawen and ader anak sorang dah pun.

ni pulak dengan ayien
die pun dah kawen tau. ayien and sofea nih cousin kepada pengantin
kitaorang semua satu kelas dulu

wif sofea and hanis

tie tak stay lama sebab tie nak pergi satu lagik wedding d Sungai Petani, Kedah. pergi dengan Suhaizal and abang sulung.

gambar nih time otw balik dari Sungai Petani