Wednesday 28 May 2014

.. wedding Dylla @ Denai Larian, Perlis ..

assalammualaikum

ader lagik satu entry wedding lah korang. lupa pulak wedding dylla tie tak update lagik. skip lagi entry langkawi :)

14 December 2013, seminggu selepas majlis perkahwinan tie, berlansungnyer majlis perkahwinan bff tie, dylla. die nikah pada hari jumaat and majlis persandingan pada hari sabtu keesokkannyer.

dylla nikah d rumah. buat lepas asar jugak. sama dengan tie. memang tie pergi lah kan dengan suhaizal. lagipun rumah kami memang dekat sangat. selain tie, ader aya and farah. masing masing datang dengan pasangan.

kami pakai simple jerk 

bilik pengantin dylla
simple but nice. die buat sendiri semuanyer

satu satunyer gambar sebelum dylla bergelar isteri orang

berlansungnyer majlis akad nikah
alhamdulillah segalanyer bejalan dengan lancar
selamat dah bff tie jadik isteri orang

dua dua pengantin baru nih :)

dan lagik posing weh
moga hubungan persahabatan kami empat orang akan kekal sampai bila bila

bersama pasangan masing masing


aya dan encik tunang bersama pengantin

ni pulak farah dan suami

kami kawan dari form 1 lagik. dari tahun 2001
alhamdulillah ianya masih kekal hingga sekarang

pelamin nikah dylla

gambar dylla and safwan di hari pernikahan

esoknyer, berlansung majlis perkahwinan dylla. die buat di denai larian pengkalan asam. kalau ikutkan kat sini lah tie nak buat majlis perkahwinan tie. tapi tie dapat tentangan hebat dari family. dorang nak tie buat kat rumah. tak dapat lah hajat nak buat kat sini. tapi tak per, dylla dah tunaikan hajat tie :)

hari tu ader kenduri ida, kakak kepada wani. tie pergi kesana dulu. then baru pergi kenduri dylla.

tie dan ida

tie dan wani

dan lagik nak ambil gambar kat pelamin orang!

lepas makan terus gerak ke kenduri dylla. aya jadik pengapit dylla hari tu. and farah pun dah sampai time tie pergi. korang layann gambar kat bawah nih okeyh!

pelamin dylla and safwan

ruang untuk guest book and candy corner

sengih jerk muka tie

kalau ader yang perasan, kami pakai baju time majlis pertunangan kami
bila lagik nak pakai kan, asyik simpan dalam almari jerk :)

suhaizal memang skema abes!
pastu nampak serba hijau! hahaha. jangan marah hubby!

bergambar d pelamin

sengih sampai nampak abess gigi!

gambar dylla and safwan outdoor
ala ala cerita Mr. Arrogant

alhamdulillah selesai semuanyer
tahniah dylla! aku doakan kau akan bahagia hingga hujung nyawa. dylla pun dah pregnant sekarang. nanti anak kami sebaya lah kann. boleh jadik kawan macam kami :)

Tuesday 27 May 2014

.. Majlis Aqiqah Arissa Zahra ..

assalammualaikum

25 december 2013 yang lepas, zaza dah selamat melahirkan baby gurl di Hospital KL. jadik anak kolumpoo yer kau Arissa. hehe alhamdulillah semuanyer selamat. die balik berpantang di perlis. banyak kali jugak tie ulang alik pergi tengok baby zaza nih. okeyh, layan gambar jerk lah

yang nih tie pergi hari minggu
suhaizal tak ikut sebab kerja

kami :)
macam tak percaya kau dah ader anak weh!

zaza bagi hadiah kawen
kann die tak dapat datang wedding tie

then, dua minggu lepas bersalin kot, zaza buat majlis aqiqah untuk arissa. tie tak ingat dah bila. tie pergi dengan suhaizal. tapi memang tak boleh stay lama. suhaizal tu ader jerk game bola. kelam kabut jerk nak balik. just pergi makan and bergambar jap. pastu balik. tak boleh nak lepaking lelama.

tu ader tulis date
tadi tie kata tak hingat. hahahaha

abie and umie arissa
semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat

tie bersama kak miera and zaza
si arissa tu memang tdo tak sedar lansung
buat lah macam mana pun kat die. memang tdo jerk

kami dengan keluarga kecil zaza

bakal mummy and papa nih
cewaaahhhh hahahah

yang nih pergi melawat lepas balik kerja

tak tahu nak story banyak. sebab mende dah lepas 5 bulan weh. tulah, lambat lagik update kannn! arissa pun dah 5 bulan dah sekarang. tak tahu lah nak jumpa bila pulak. nak tunggu tie pergi KL, tak tahu lah bila. tunggu kau balik raya d perlis nanti lah zaza baru kita jumpa!

Monday 26 May 2014

.. wedding cousin @ Perlis and Terengganu ..

assalammualaikum

sorry korang, tie ingat dah abes entry wedding nih, tapi lupa pulak tetinggal satu lagik. skip dulu lah entry langkawi tu yer :)

29 March 2014 yang lepas, cousin tie Mas Amira telah melansungkan perkahwinan. tie tak dapat pergi time majlis akad nikah sebab tie kerja. balik kerja baru tie singgah. dan alhamdulillah sgalanyer berjalan dengan lancar. tahniah mira!

di hari pernikahan
mira pakai busana serba putih

mira nikah pada hari jumaat, dan esoknyer sabtu baru lah berlansungnyer majlis perkahwinan. suhaizal awal awal pagik dah pergi untuk tolong. sebab nyer kenduri d kampung tie nih selalunyer masak sendiri. atau dikenali sebagai pakatan. means saudara mara sendiri yang masak beramai ramai. bukan catering lah. dan mak and abang ipar tie sendiri yang jadi tukang masak utama pada hari tu. suhaizal tolong apa yang patut. dan tie pulak pergi makan jerk. hehe :)

dalam pukul 1 petang macam tu lah, baru tie pergi makan. tie pergi dengan kak mala and farah. sampai jerk terus makan. sedappp makkk masak. heehehe

tie dan kak siti
wife cousin tie

ni pulak dengan adik za'in. anak cousin tie

suhaizal pun nak begambar jugak dengan za'in

dan ini lah mira d majlis perkahwinan
serba hijau. cantik sangat!

tie dan zal bersama pengantin

selesai majlis d perlis. then, seminggu kemudian, berlansungnyer majlis d pihak lelaki d Kemaman, Terengganu. kami saudara mara sewa satu bas beb! penuh saudara tie jerk dalam bas nih. first time weh naik bas reramai dengan family pergi rombongan kenduri.

kami sengaja buat pilihan untuk naik bas. yerla, jauh weh perlis dengan terengganu. memasing malas nak drive. so ini jerk la jalan yang ader. tapi best jugak sekali skala naik bas reramai macam nih.

mak buyung nak naik bas dah nih :)

farah, anak saudara tie

bosan giler dalam bas. perjalanan jauh sangat. naik sakit satu badan tie. abes kaki semua bengkak tau.

dan selepas 13 jam dalam perjalanan, akhirnyer kami selamat sampai ke bandar kemaman. alhamdulillah. kitaorang disediakan dua homestay. sebuah untuk perempuan and sebuah lagik untuk lelaki. so terpaksa lah tdo asing asing dengan suami yer. tapi rumah kami bersebelahan jerk.

malam tu, keluarga pihak lelaki sediakan nasi kerabu terbaik. memang sedap. esok nyer pulak, dorang kasi roti canai, kuih muih untuk sarapan. memang lain rasanyer kalau nak dibandingkan dengan makanan perlis.

tengah hari macam tu kami gerak ke rumah pengantin lelaki. tak der lah jauh sangat dari homestay yang kami tinggal tu. owh yer, time pergi tie and suhaizal jadik driver. bawak pengantin. hehe. jadiknyer kami tak payah la naik bas.

julung julung kalinyer, dorang dapat pengapit mak buyung. hahah
dorang pakai purple silver hari tu. sama cantik sama padan.

tie dan suhaizal
moga hubungan kami akan kekal hingga akhir hayat. aminn

bukan main sengih lagik tie kannn
perut kenyang, hati pun senang weh. haha

suhaizal dan haikal

dan memang muka kami jerk yang ader.
gambar yang lain dalam camera. malas tie nak transfer. so ambil apa yang ader dalam phone jerk

farah dan razif
dorang akan bertunang pada 8 june 2014 nih

lepas memasing dah menjamu selera dan bergambar, kami gerak balik ke homestay. balik untuk bersihkan diri, solat and berkemas. pukul 3 petang macam tu kami dah gerak naik bas untuk tinggalkan terengganu. sebelum tu sempat jumpa pengantin dulu. dorang datang ke homestay kejap untuk ambil kunci. dan mula lah drama korea yang tidak disengajakan. sedih lah sebab die akan stay d terengganu. maybe tunggu raya pulak baru dia balik perlis.

dari terengganu, kami singgah di kelantan untuk beli keropok leko. then ader lagik singgah di Bukit Bunga. singgah makan and shopping apa yang patut. then teruskan lagik perjalanan ke Gerik. kali nih memang jadik pengalaman pertama buat tie. kami terpaksa berhenti d tepi jalan sebab tunggu keluarga gajah melintas. tiga tahun tie berlajar di kelantan, ulang alik pergi balik, sekali pun tie tak pernah jumpa gajah. tapi kali nih, jumpah gajah pulak. banyak ekor pulak tu yang melintas. memang tunggu jerk la jawabnyer.

then, kami singgah d kedai makan kat Gerik. time tu dah pukul 12 tengah malam. tie call kak mala and suami untuk datang join dengan kami. sebab rumah dorang dekat sangat dah dengan kedai tu. lepas semua dah kenyang, baru lah kami gerak balik perlis. hujan lebat sepanjang jalan. so bas pun kena lah bergerak slow. biar lambat janji selamat. dalam pukul 5 pagi macam tu kami selamat sampai ke rumah. alhamdulillah.

tahniah untuk mira dan suami. moga mira sentiasa tabah dan sabar untuk hadapi apa jua dugaan yang datang. kena pandai bawak diri kat terengganu. tambah tambah pulak mira stay dengan keluarga mertua. and tie doakan moga korang akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Friday 23 May 2014

.. wedding Husna @ Mata Ayer, Perlis ..

assalammualaikum

entry wedding lagik yer korang. sila jangan jemu okeyh!

23 March yang lepas, sorang lagik kawan tie kawen. memang musim orang kawen weh! heheh. husna nih officemate tmpoint kangar. kalau korang ingat, die lah yang sponser towel and gula gula untuk wedding tie hari tu. husna nih senior tie time kat sekolah teknik kangar dulu. tapi boleh pulak kami tak kenal antara satu sama lain. dah masuk kerja baru kami dapat tau.

kitaorang konvoi reramai ke wedding husna. tie naik dengan fadilah sebab suhaizal tak join. sampai jerk memang terus terjah makanan. hahaha. nama pun pergi makan kenduri kann. kena la makan first. then, bila perut dah kenyang, baru kami bergambar dengan pengantin

tie dan husna
dua dua cantik kan?? hehehe

yang nih pulak dengan tikah
bekas officemate tmpoint kangar

with mama hot, ida

nih dengan baby chumell arissa, anak kepada ida
dah macam anak patung dah kann. chumel sungguh! haishh geram tengok arissa nih :)

hari tu memang kami bergambar sampai lebam weh! puas berposing! korang layankann jerk la gambar kat bawah nih. malas nak citer banyak. hehe

sebahagian staff tmpoint kangar yang hadir

tie, fadilah and azreen tunggu dirumah husna sampai ke petang. kononnyer nak jadik dayang time sesi outdoor. memang bergambar lagik lah jawabnyer kann. kami ke ladang kuda, Batu Pahat Perlis.

bukan main sengih lagik mak buyung belakang pengantin tu :)
kami bertiga memang plan nak pakai purple pink. warna baju dayang katanyer! hahaha

dayang dayang bersama pasangan pengantin

kami tak tunggu lama di ladang kuda tu. sebab fadilah kena balik ke kedah. kesian die kalau sampai rumah lewat. fadilah hantar tie dan azreen ke padang simpat empat. then tunggu suhaizal habis lawan bola, baru lah boleh gerak. pastu tie dan suhaizal hantar azreen di kuala perlis. sebelum tu kami singgah minum dulu. lastly baru lah balik rumah. pukul 10 malam jugak lah smpai rumah. puas betul pergi wedding kali nih. sampai ke malam ha!

esok tu tie tak pergi kerja. mc weh! penangan kenduri husna. hahahha
tie demam and sakit badan. tu lah, dah mak buyung tapi berlagak macam anak dara sampai nak jadik dayang bagai. hehehe

and untuk husna, aku doakan kau bahagia bersama suami. semoga korang kekal sampai bila bila and semoga korang tabah menghadapi dugaan berumah tangga. cepat cepat dapat baby tau! aminn