Thursday 31 July 2014

.. iftar @ kfc kangar ..

assalammualaikum

22 July yang lepas, tie bawak tiga orang anak saudara tie pergi berbuka di kfc. tetiba tekak teringin nak makan kfc. petang tu ajak suhaizal, die pun kata okeyh, so memang jadilah plan tie.

kitaorang gerak dalam pukul 6.45 cenggitu lah. pergi awal sikit sebab risau orang ramai. kalau tak memang kena beratur panjang lah.

menu berbuka kami

tie ader try tiramisu nih. memang sedap weh. mejilat jari. haha!

ini anak kepada kakak ipar tie yang baru meninggal baru baru nih. baru darjah enam. tie sentiasa berdoa agar abang dan anak anak sentiasa bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarga kami ini.

hubby dengan rambut baru!
alkisah, suhaizal pergi gunting rambut. sekali kedai tu salah buat. ntah macam mana jadinyer, last last terpaksa botakkan terus and jadik cenggini. lawa rambut raya hubby! hahaha. tie hanya mampu tersenyum. apa nak kata kan :)

bersama farah

satu lagik gambar kami. selfie

lepas makan, kitaorang pergi shopping baju raya d arau. ingat pergi awal orang tak der, rupanyer bersepah manusia. memang sangkut lah jawabnyer. abes sakit satu badan.

selit satu gambar udang lipan. menu berbuka puasa hari tu. teringin punya pasal, suhaizal pergi beli di pasar ramadhan kuala perlis. thanks hubby!

walaupun dah syawal, tie tetap nak update gak entry lepas. apepun selamat hari raya semua :)

Tuesday 22 July 2014

.. iftar @ Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis ..

 assalammualaikum

entry semalam. kitaorang reramai staff tmpoint kangar pergi berbuka di kedai Linda Ikan Bakar yang terletak di Kuala Perlis. boss lah yang beria ria nak jalankan misi nih. katanyer dah nak habis puasa dah, tapi sekali pun tak der pergi berbuka sesama. kitaorang plan, order and alhamdulillah segalanyer bejalan lancar.

time sebelum makan, memasing tak ingat nak bergambar. time tu ingat nak makan jerk. haha. lepas semua dah kenyang baru ingat nak bergambar. lastly ambil jugak gambar lepas makan :)

satu lagik gambar yang ader

lepas makan, bergambar, then memasing bersurai. tie dan suhaizal balik ke rumah simpang empat untuk singgah solat magrib. then kitaorang pergi rumah kawan suhaizal kejap. lewat malam jugak la baru sampai rumah.

best jugak sekali sekala keluar dengan officemate tmpoint. lepas nih boleh lah buat makan makan lagik. teringat time stay kat KL, ader jerk aktiviti kami. rindunyer kenangan di sana :(

sajerk nak kongsi gambar makanan berbuka. ayam percik nih tie beli kat pasar ramadhan taman kemajuan. boleh tahan sedapnyer.

ni pulak passembor yang tie beli kat depan lorong rumah. ayah lah yang teringin nak makan sangat. sedap jugak rasanyer! tapi tak boleh lawan passembor peneng lah kan!

cucur udang pasar ramadhan taman kemajuan
mak buat lagik sedap tau tapi dah teringin punya pasal, tak dan nak tunggu mak buat. kena beli dulu nak makan!

nih pulak ikan bawal masak sos. sorry lah tengok mulut ikan ternganga cenggitu tapi rasa nyer sampai menjilat jari tau! yang nih masak yer, bukan beli :)

hari nih dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. alhamdulillah tie tak tinggal puasa lagik. syukur sangat kerana di beri kekuatan walaupun tengah memboyot cenggini. moga tie berjaya puasa penuh tahun ini.

Monday 21 July 2014

.. mcd @ kangar perlis ..

assalammualaikum

orang perlis yang menjadi penggemar tegar mcd pasti tersengih sampai ke telinga sebab nyer d perlis dah ader mcd kan?! dan tie lah salah sorang yang akan tersengih tu. kesian kan orang perlis, dapat makan mcd macam dapat hadiah kereta sebijik die punyer suka tu.

mcd kangar perlis
terletak di tapak hafifah lama, jalan nak ke pasar borong

nak di jadikan cerita, malam tu tie keluar dengan hubby pergi isi minyak kereta. lepas tu tie saja ajak die untuk lalu di kawasan mcd. tengok aper progress sebab sebelum nih mcd memang still dalam proses pembinaan lagik. and bila lalu, kitaorang tengok lampu bukan main meriah lagik, orang pun ramai, pastu siap nampak pekerja lagik kat dalam mcd tu.

so kitaorang ingat mcd nih dah buka lah kan. time tu terdetik jugak dalam hati, bila pulak dorang buka mcd nih. tak der sebarkan apa apa pun. pastu tanpa fikir panjang, kitaorang pun parking kereta. kononnyer nak makan lah nih. time tu dah jam 11.45 malam. keluar jerk dari kereta, ader guard datang bagi tahu, mcd nih pukul 12 tengah malam jap lagi baru lancar. time tu baru panjang ooooooh kitaorang.

dah alang alang sampai, memang kami pun teruskan niat untuk menunggu. memang agak ramai lah orang malam tu. maybe dorang pun sama macam tie, tak tahu kata mcd baru nak lancar. kebanyakan semua yang singgah untuk makan tu ingat mcd dah memang tersedia open.

boleh tahan besar jugak lah mcd kangar nih. okeyhlah kan ada dari tak da :)

tapi yang tie sedih, gambar orang perlis beratur panjang nak masuk mcd telah tesebar luas d facebook. dan pastinyer orang yang tak der pada malam tu mengutuk habis orang perlis. keadaan nampak beratur panjang tu adalah disebabkan pintu masih belum dibuka. kan tie kata kena tunggu detik tengah malam baru akan dilancarkan. sebab tu lah nampak ramai yang beratur.

tapi fitnah yang disebarkan memang buat orang perlis terasa. termasuk lah dengan tie. sebab gambar tie pun ader jugak weh! famous sekejap! hahah. dorang cakap org perlis nih lapar sangat mcd lah sampai beratur panjang ke luar, pastu ader yang kata sangat memalukan lah jadik orang perlis and macam macam lah. korang yang tak der malam tu memang tak tahu keadaan sebenar. so tak payah lah nak buat cerita bagai kan!

suhaizal beratur. time nih pintu belum di buka

mummy pun ada okeyh! lantak lah orang nak kata apa pun! yang penting perut kenyang kan.

kawasan parking d mcd kangar perlis

tepat pukul 12 tengah malam pintu dibuka. memang pakat masuk and order lah. time nih rasa agak sesak lah sebab orang terus menuju masuk kan. pekerja pulak baru. masih ada yang kurang cekap melayan kehendak pelanggan. tapi ada jugak yang bagus servicenyer.

dapat order dan tempat duduk, ape lagik, ngapp jek la. kalau nak dengar cakap orang itu ini, memang tak payah makan la jawabnyer. so belajarlah buat hal sendiri. tak payah sibuk nak kata orang itu ini.

hubby try menu yang baru tu, habanero chicken spicy and tie pulak macam biasa, mesti order big mac.

muka tie nampak bengkak sikit malam tu

selesai makan, boleh balik rumah dengan tenang. perjalanan cuma ambil masa 10 minit nak ke rumah tie. memang dekat sangat. lepas nih memang kerap lah ulang alik ke sana.

bagi tie, tak der sapa pun yang paksa kita untuk makan mcd. kalau rasa tak berminat and boikot, tak payah bising and tak payah makan. yang rasa nak makan, silakan. segalanya tiada paksaan kan.

Friday 18 July 2014

.. duit raya 2014 + pc baru @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

alhamdulillah, hari nih dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. sekejap jerk kan masa berlalu. dan dalam masa yang pantas nih, tie telah kehilangan seorang lagik kakak ipar. die telah pergi meninggalkan tie dan keluarga pada ramadhan yang ke 11, iaitu pada 9 july 2014. kehilangan arwah sangat memberi kesan pada tie dan family. sebab kami sangat rapat dan die sangat baik orangnyer. tak per, nanti tie update lain entry pasal nih. rasa tak kuat lah nak cerita untuk entry kali nih. sebab sehingga hari nih tie masih terbayang bayang wajah arwah. apepun semoga arwah ditempatkan d kalangan orang yang beriman. aminn

macam biasa, setiap kali hari raya menjelang, kiter sibuk menukar duit raya. dah menjadi perkara wajib kan. sediakan duit raya untuk saudara. bebaru nih tie collect duit staff tmpoint kangar bagi sesaper yang nak tukar duit raya. masuk tahun kedua tie uruskan bab duit nih.

ceria tak muka mummy buyung dengan duit duit raya nih!

dan baru baru nih jugak tie dapat pc baru. setelah sekian lama tie menunggu. hahaha. biasalakan, tmpoint kangar nih kan penghujung dunia. so nak dapat apa pun, hujung hujung lah jugak jawabnyer. contoh terdekat, tie apply uniform pregnant dari kandungan dua bulan lagik. tapi kandungan tie dah nak masuk lapan bulan, jangan kata uniform, benang pun tak nampak lagik. haha. nasib lah staff tmpoint kangar!

boss cakap, kalau tak buat kerja bagus lagik tak tahu lah. pc sampai dua, laptop satu. apepun, rasa bersemangatlah sikit nak buat kerja dengan pc baru ni. dan dan dan sambil menyelam kiter kena minum air kan. tie dengan selesa nya menggunakan pc nih untuk update blog. haha. tapi time rehat and balik jerk la. time kerja jangan harap sebab kerja memang padat.

 
owh yer, sekarang tie dah pakai tudung bawal pergi kerja. tie yang request pada boss sebab tudung kerja tie singkat, lepas tu tie bukan boleh pakai uniform biasa lagik. tie pakai baju pregnant. so nampak tak sesuai and agak seksi sebab tudung tu singkat. dan sekarang rasa lebih selesa bila boss izinkan tie pakai tudung bawal nih. boleh tutup apa yang patut :)

Thursday 17 July 2014

.. drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ..

assalammualaikum


Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan telah diadaptasikan ke drama. Drama ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Drama ini mula ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri #KTAR ini mendapat sambutan hangat oleh penonton. cuma bagi tie, ending die tak berapa best. nak tak nak saper yang nak tahu ending sebenar, memang kena baca novel.

JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR 
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin



PELAKON & NAMA WATAK
Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspector Aryan
Ika Nabella - Hasma

 pelakon utama drama kerana terpaksa aku relakan

 SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

 p/s : drama nih dah habis hari isnin yang lepas. tapi tie yang tak berkesempatan nak update. apepun thanks to kak deela HQ TSSSB KL sebab tolong beli and poskan novel nih pada tie. love u lah!!

Monday 7 July 2014

.. ramadhan 1435 ..

assalammualaikum

diam tak diam hari nih dah masuk ramadhan yang ke 9. sekejap kan masa berlalu. selamat menyambut bulan ramadhan tie ucapkan kepada semua umat islam. harap harap masih belum terlambat untuk ucapan ini. semoga kita sama sama berusaha membuat ibadah sebanyak mungkin sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

tie bersyukur kerana masih diberi peluang bagi menikmati bulan ramdhan yang mulia ini. tambahan pulak ini puasa yang pertama tie bergelar isteri and mummy to be. setakat sekarang tie masih berpuasa penuh. alhamdulillah baby tak buat perangai sangat. setakat pedih pedih perut tu, biasalah kan bagi orang yang berpuasa. cuma kadang kadang baby bergerak terlebih aktif pulak dalam perut. lapar sangat agaknyer. tapi tak per, anak mummy baik jerk kat dalam tu kan :)

tie jugak cukup bertuah kerana ader suami yang sangat memahami. dan jugak ada mak yang sentiasa di sisi. paham paham lah bila perut dah memboyot cenggini, tie bukannyer larat sangat untuk buat kerja rumah. mak yang banyak bantu. bab masakan pun mak lah chef utama. hehe. tie tolong tolong jerk :) sayang mak!

nih menu berbuka puasa hari ke empat yang lepas. mak buatkan sambal sotong, ikan keli bakar, ikan goreng, sambal belacan and keoteow goreng. tak lupa jugak roti john yang tie beli di pasar ramadhan kangar.

puasa yang kelima, kitaorang masak nasi ayam. pastu selit dengan ikan keli goreng and sambal bendi. jemput jemput pisang tu mak lang yang kasi. sedap sebab makan panas panas lagik.


ini pulak menu berbuka hari yang keenam.
ader pulut udang, kari ketam dan sambal udang petai. dan alhamdulillah tie dapat jugak makan cucur cempedak. dah lama mengidam nak makan tapi dah bukan musim buah cempedak, tu susah nak dapat. tapi hari tu bila pergi pasar ramadhan, ader mak cik nih jual. memang beli terus. legaaaa dapat makan.

roti john memang menjadi menu yang wajib bagi tie. dari zaman tie belajar di kelantan lagik. kalau bulan puasa jerk, mesti kena ader roti john. so memang suhaizal belikan hari hari untuk tie. thanks hubby!
menu berbuka hari ketujuh puasa
suhaizal tetiba rajin nak bakar ikan jenahak, ikan terubuk and ikan kembung. pastu kitaorang beli ayam percik. sampingan nya pulak tie buatkan kangkung goreng belacan untuk suhaizal. mak pulak masakkan kari ikan terubuk. ulam ulaman and air asam itu memang wajib :)

nih menu semalam. tie buatkan makanan kegemaran encik hubby. sambal udang petai. tie masak dengan penuh kasih sayang tau! hahah. sejak mengandung nih, tie lansung tak boleh bau petai, tapi demi nak gembirakan hubby, tie bagi jugak die makan petai. memang tahan jerk la bau petai time masak.

owh yer, hari tu tie beli rice dispenser jenama tupperware. dah lama niat nak beli, tapi tak terlaksana. tapi alhamdulillah  akhirnya dapat jugak tie beli. tie jadikan ini hadiah birthday mak yang lepas. bukan main senyum mak tie :) 

tie dapat pulak free gift tuppeware nih. tiga serangkai. memang sangat berguna lah kan. cantik warna hijau nih kan. 

selit gambar tie pergi checkup pada 1 july yang lepas. tie dan suhaizal keje half day hari tu sebab checkup pukul 2 petang. thanks hubby sebab nak temankan mummy. love u lahhhh!

ini pulak kitaorang pergi tengok movie transformers kat jitra mall. punya la susah nak dapatkan ticket nih. pergi hari pertama semua ticket dah habis dijual, so kitaorang terpaksa beli ticket untuk esoknya pulak. memang dua hari berturut turut lah pergi jitra, kedah.

balik tengok movie, suhaizal singgah tengok bola. die kata kalau terus balik perlis, nanti tak sempat tengok. erm, nasib lah. tie teman die tengok sekejap jerk, lepas tu tie membuta kat dalam kereta. dah habis, baru die kejut and gerak balik perlis.

hari nih nak makan apa pulak yer?