Friday 27 February 2015

.. double electric breast pump, autumnz ..

assalammualaikum

kann tie ada bagi tahu yang tie kena pergi kursus d taiping selama seminggu. dan tie dah selamat pergi and balik dah pun. susah jugak nak kena bertahan selama seminggu tanpa anak dan suami. rindu tu satu hal lah kan.. sebab nih kali pertama berjauhan dengan anak. tapi bab menyusu badan tu yang paling rumit.

sebab tie memang still bagi susu badan cuma tak sepenuhnyer. tie campur dengan susu formula. so nak tak nak, bila kat taiping, tie kena pump susu and buang jerk. sebab kat sana bukan ada peti ais bagai. memang sayang kan. tapi tu jerk cara yang ada bagi mengelakkan kesan kesan yang tak d ingini.

sebelum nih tie memang tak guna pump. sebab pump yang tie pernah beli adalah pump manual and pump menggunakan bateri. dua dua tak sesuai dengan tie. so memang tak pernah guna. time kerja, memang bagi susu formula and lepas balik kerja baru bagi susu badan.

then bila dah nak pergi kursus nih, kena lah pergi membeli pump elektrik. nak tak nak, nih jerk pilihan yang ader. and terima kasih lah kepada orang yang sponser pump susu nih :) tie beli set. so dapat lah sekali cooler bag and storage bottle

tie beli double electric breastpump jenama autumnz

10 breastmilk storage bottle

nih cooler bag

alang alang dah beli, tie belikan sekali nursing pads jenama auntumz and botol susu tommee tippee. kebetulan ader promosi. memang rembat lah kann. and alhamdulillah tie selesa gunakan pump jenama autumnz nih selama tie d taiping. nnti tie upadate gambar gambar d taiping yer :)

selit gambar aktiviti d tmpoint kangar miggu lepas. kitaorang ader buat event sempena sambutan chinese new year. sesapa yang datang ke tmpoint untuk daftar baru, upgrade dan autopay akan menerima pelbagai hadiah dari pihak kami. boss siap suruh kitaorang promote bagai lagik pasal event nih

macam biasa, mummy mesti nak gambar satu :)

siap update status kat facebook nak promote :)

nih satu lagikkkk


ang pau dan limau jugak d berikan kepada pelanggan pelanggan chinese

haaa nah nagaaaa sekor!

pastu nak selit lagik. nampak nyer entry kali nih main selit selit yer! hahahaha. sebelum gerak ke taiping, tie singgah d UTC Alor Star Kedah untuk jumpa kawan lama tie, along. die memang kerja kat situ. sempat lah jumpa sekejap.

kawan tido, kawan makan, kawan gosip time belajar d kelantan dulu

then, singgah kat celcom kejap. tie daftar and beli number baru. number lama tie kan dah tak boleh pakai. so boleh lah whatsup, video call, wechat time kat taiping. niat utama nak vidoe call dengan anak jerk :)

time pergi beli pump susu hari tu, mummy belikan stokin and headband nih. berkenan sungguh warna purple

i love u arriana nurqaleesya

nih gambar acu die datang rumah tengok qaleesya hari tu. sampai ternganga mulut ank mummy!

gambar nih tie ambil lepas balik dari taiping. lega nya hati bila anak dah d depan mata. syukur alhamdulillah.

and nak say thanks kat cousin hubby, hazira yang stay d KL sebab hadiahkan qaleesya baju nih. cantik :)

lagik tiga hari anak mummy dah masuk enam bulan. kejap jerk kan masa berlalu. terasa macam baru jerk bersalinkan kamu syg! semoga kamu membesar dengan sempurna. mummy and papa sayang qaleesya

Thursday 26 February 2015

.. majlis kesyukuran baby boy ..

assalammualaikum

awal bulan february hari tu, kak ros officemate tmpoint kangar adakan majlis kesyukuran cukur jambul anak bongsu die. dan memang kami tak ketinggalan untuk hadir. pantang majlis makan makan, mesti nak terjah. hehehe

boleh tahan menu yang d sediakan. ada ayam, ikan, sayur, ulam dan kuih muih. cuma kambing jerk tak der.

tambahan pula. kitaorang adalah tetamu pertama yang sampai, hidangan pulak tengah panas panas, memang terbaik lah wehh! makan sampai pengsan :)

banyak kann mummy makan. ayam sampai dua ketul weh! hahaa

mama ida dan ibu husna

macam biasa, bergambar itu wajibbb

staff tmpoint kangar

nih baby boy nyer. putih gebu. gerammm tengok

apepun, thanks kak ros sebab kasi perut kami kenyang. alhamdulillah. kami doakan semoga anak kak ros membesar dengan sempurna and menjadi anak yang soleh serta cemerlang dunia akhirat. aminn

Wednesday 25 February 2015

.. penangan ice cream pasu ..

assalammualaikum

hari tu kan tersebar luas fenomena ice cream pasu. biasalah dunia perniagaan sekarang, pantang apa apa yang famous and boleh mendatangkan duit, pasti kita nak cuba buat kann.

salah sorang yang terjebak adalah kawan sekolah lama tie, nas azmi. die pun cuba buat ice cream pasu. die sebarkan melalui facebook, instagram and sesapa yang berminat boleh terus whatsup dia. tapi untuk area perlis jerk lah. makanan cenggini bukan boleh main pos pos :)

selain untuk support kengkawan, tie memang teringin nak rasa ice cream pasu nih. so memang order lah dengan nas azmi nih. then pergi ambil d rumah die yang terletak d repoh kangar perlis

sebelom gerak, dan lagik ajak hubby and anak mummy possing depan rumah

buah hati pengarang jantung

dan dan dan inilah ice cream pasu hasil dari nas azmi
boleh tahan sedap nya. dalam nyer penuh dengan oreo and coklat. sedap!!

and kalo korang nak tahu ank kitaorang nih lahir pada hari yang sama.

mummy papa and mummy dady
arriana nurqaleesya and mohd danish

nih tie kasi number phone nas azmi, 0192737309, sesapa yang area perlis yang teringin nak cuba, boleh whatsup die okeyh. tapi baru baru nih ader desas desus mengatakan tak elok pulak makan ice cream pasu nih sebab pasu yang d gunakan tu. macam macam lah kann.

Friday 6 February 2015

.. fatimah nasi kandar @ kangar perlis ..

assalammualaikum

sapa yang suka makan nasi kandar kat sini? meh tie nak habaq kat hampa satu kedai nasi kandar yang sedap kat kangar nih. tapi Fatimah nasi kandar nih bukan lah restoran atau pun kedai makan. tapi kedai nih hanya sebuah lori jalanan. makanan semua diletak atas lori nih. pastu dia ade lah jugak letak beberapa buah meja di kaki lima bersebelahan pasaraya aneka.

tapi memang orang tak pernah tak der weh! memang kalau nak, mesti kena beratur panjang. memang kena banyak sabar kalau korang betul betul nak makan nasi kandar nih

pelbagai aneka lauk yang di sediakan. memang semuanyer sedap

tengok lah betapa sanggup nyer orang untuk beratur demi untuk dapatkan nasi kandar nih. tak kira makan atau bungkus, kita tetap kena beratur.

fatimah nasi kandar nih terletak bersebelahan dengan klinik menon dan pasaraya aneka, dan berhadapan dengan maybank finance. so kalau korang yang menetap di perlis yang masih belum mencuba, boleh pergi yer! memang sedap

selit menu hari selasa baru baru nih
tie try masak ayam masak lemak cili api. boleh tahan lah menjadi. okeyhlah setakat nak bagi hubby makan. selain tu goreng ikan dan buat sayur sawi. macam biasa makanan wajib tie untuk menyusu qaleesya. tak dilupakan sambal belacan dan ulam.

hari ahad malam baru baru nih, bapa saudara hubby dari KL balik kampung. dorang balik satu family. and dorang ader buat makan makan sempena birthday anak die, zira. kitaorang memang pergi lah kan. lagipun tie dah lama tak jumpa zira.

and untuk zira, selamat tambah satu lagik umor. moga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan ditunaikan segala permintaan. aminn

tie dan kekasih hati

kesian anak mummy tak sihat. die berjangkit batuk dengan papa. pastu badan die mulalah nak panas sejuk. tie dah bawak qaleesya pergi klinik. harap anak mummy cepat sembuh. ini kali pertama die jatuh sakit. sedangkan sebelum nih kalau cucuk pun die tak demam. tapi disebabkan berjangkit dengan papa, die jatuh sakit. sayu hati mummy bila tengok time die tido nih

lusa nih, hari ahad petang, tie akan bertolak ke taiping perak untuk menghadiri kursus. Ya Allah, betapa berat hati ini bila nak berjauhan dengan anak dan suami. dan ini adalah kali pertama tie akan berjauhan dengan mereka. walaupun hanya seminggu tapi hanya Allah yang tahu perasaan sedih ini. hanya ibu yang melahirkan anak yang akan memahami perasaan sayu ini.

moga qaleesya and hubby cepat sembuh. hari jumaat petang, 13 february 2015 nih baru mummy balik. haish harap harap segalanyer di permudahkan Allah. aminn

Thursday 5 February 2015

.. majlis perpisahan staff tmpoit @ new regent ..

assalammualaikum

hari sabtu lepas, 31 january 2015, tmpoint kangar dan tmpoint alor star bersepakat untuk mengadakan majlis perpisahan dan penghargaan kepada staff yang telah menamatkan zaman pekerjaan. ader seorang dari tmpoint kangar dan beberapa orang dari tmpoint alor star.

majlis berlansung pada pukul 3 petang di hotel new regent yang terletak di alor star

tie, ida, suria dan man naik satu kereta gerak dari perlis. azreen pulak naik dengan kak ema. kak bibah, kak ida dan kak rakiah pulak naik satu kereta. boss and hafiz memang stay di kedah. so terus jumpa dorang kat sana. 

mc majlis hari tu dari tmpoint alor star

majlis hari tu dimulakan dengan bacaan doa dari man, staff tmpoint kangar. kemudian ucapan dari sbm kedah perlis, Encik Nazri. then diikuti dengan ucapan boss tmpoint kangar, Encik Zali dan boss tmpoint alor star, Puan Suzana. seterusnye ucapan dari staff yang diraikan.

seterusnyer acara penyampaian hadiah.
satff dari tmpoint alor star

sedikit ucapan dari staff yang diraikan 

hadiah untuk kak ida sebagai tanda penghargaan selama die bekerja dengan telekom malaysia

ini pulak suria bersama boss tmpoint alor star.
die kan dah berpindah dari tmpoint alor start ke tmpoint kangar

kemudian, masing masing boleh menjamu selera. menu yang dihidangkan adalah secara buffet. boleh tahan jugak lah menu yang dihidangkan. lagipun memasing tengah lapar. memang  makan tak hingat lah jawabnyer.

spageti nih sedap dorang cakap. tie tak start makan lagih. masih berpantang

ayam dan ikan dalam bentuk ball. yang nih tie makan. sedap!

nasi goreng dan ayam black pepper

si darah manis, Ilah. die dah jadik staff tmpoint alor star sekarang

azreen

azreen, ilah dan mama ida

nih lah namanyer makan tak hingat. kejap kejap bangun ambil makanan. hahaha

kak bibah dan kak rakiah

tiga dara pinggitan! hahahaha padahal dah jadik mummy orang dah nh :)

tie bersama our big boss, Encik Nazri

dan lagik wehh selfie dengan Encik Zali

wif ema

kami wif anak nadya, staff alor star. geram giler tengok baby nih!

saper lagik cun?! hahahahhaa

inilah nadya dari alor star, mama kepada baby comell tadi

satu lagi selfie dengan boss! sporting habis beb!

staff dari tmpoint alor star

antara staff tmpoint kangar yang join majlis hari tu

sebelum balik dan lagik kami bergambar kat depan pintu ni ha. dasar kami giler gambar kann! hahhaha

gerak dari alor star, kitaorang pergi ke nagoya jitra. tapi sebelum tu dan lagik singgah di tasik jitra untuk bergambar.

mummy dan mama

wif apit dan man

mummy melentik weh! hahahahha

belanja selfie satu yer korang!

man dan apit ala ala macho

gambar tie ala ala poyo sebagai penutup entry

nanti tie update gambar kain pasang yang kitaorang beli untuk pakai sesama pada hari jumaat :)