Monday 29 June 2015

.. tahun pertama menyambut hari ibu dan bapa ..

assalammualaikum

alhamdulillah hari nih kita dah masuk kepada ramadhan yang ke 12. cepat kannn. syukur pada yang Esa kerana kita masih d beri peluang untuk menikmati kehidupan ini.

21 june yang lepas adalah sambutan hari bapa. bukan lah tie nak menyokong sangat sambutan nih. kita kann tak d galakkan untuk sambut kerana hari sejarah ini berasal dari negara barat. tapi kalau niat nak gembirakan hati ibu dan bapa tak der masalah. apapun yang penting niat. hari hari adalah hari ibu dan bapa.

tahun ini adalah tahun pertama tie menjadi ibu dan suhaizal menjadi bapa. alhamdulillah kami bahagia dengan kehidupan kami sekarang. syukur pada Allah atas kurniaan Arriana Nurqaleesya pada kami.

hubby, mommy doakan sayang akan menjadi papa yang terbaik buat anak kita. semoga papa akan menjadi papa yang bertanggungjawab, penyayang, beriman serta mendidik dan menjadi imam dalam keluarga kita. aminn. mommy dan qaleesya sayang papa :)

tok kangar hadiahkan mainan telephone nih. bukan main asyik letak ganggang dekat telinga. pastu tekan tekan ader bunyi and lampu. lagik lah seronok die mengetuk mainan tu. tak sampai seminggu, confirm rosak. hahaha

budak nih bangun sahur awal. mommy letak diam diam dalam katil die. puas main mainan yang ader

yang nih paling kelakar. hubby kata qaleesya tido sebijik macam mommy tido time preggy dulu. yeke papa? haha

dah ready nak ke rumah maktok simpang. budak masam tak mandi :)

gambar dua hari lepas. bangun tido terus main anak patung pemberian kakak syazana, anak kak mala

mommy belikan baju yang belah kanan nih. tapi lepas try, kain tu agak ketat and nampak macam qaleesya tak selesa. then mommy pergi tukar ambil yang warna kuning nih pulak ( gambar kiri ). kain yang nih besar dan nampak die selesa. tapi qaleesya belum pakai kemana mana lagik. gambar nih just ambil time sarungkan sekejap baju pada die

tokwan belikan kerusi untuk qaleesya makan. die duduk kat kerusi nih time berbuka. tak der lah mommy nak makan sambil pegang anak. bukan tak tahu, over aktif sungguh si anak dara nihh

qaleesya follow mommy and maktok ke kedai

qaleesya dan azim. dorang beza 6 bulan tapi lahir pada tahun yang sama.

semalam kakak linda tie balik dari peneng untuk berbuka puasa d rumah. first time dorang jumpa qaleesya

weekend baru baru nih, mommy denda qaleesya baca buku jerk. stay kat rumah jerk. hahaha

 lagik beberapa hari saja lagik anak mommy akan masuk 10 bulan. pantas masa berlalu

sengihh bukann mainn

qaleesya ikut taukey tudung pergi beli kain

anak amoi pakai tudung

selit gambar juadah berbuka semalam
ikan jenahak bakar, ayam golek taman kemajuan dan sotong goreng kunyit

moga ramadhan kali ini akan membawa seribu makna buat kita semua.

Friday 19 June 2015

.. bacaan yassin & perpisahan rahman ..

assalammualaikum

entry yang agak fresh. haha. boleh cenggitu? entry pasal majlis perpisahan rahman dan sambutan awal ramadhan bagi tmpoint kangar. memang agak simple tapi sangat bermakna buat staff tmpoint kangar

rahman asalnyer dari tmpoint langkawi. die akan bekerja sehingga hujung bulan ini sahaja. tapi disebabkan hujung bulan nih kita masih berpuasa, jadi kitaorang buat makan makan simple sehari sebelum puasa. nanti hujung bulan kita makan kat luar pulak :)

kitaorang beli sebiji cake chocolate fudge dari secret recipe

gudbye man, lepas nih kalau free, datanglah melawat kami d tmpoint kangar :)

rahman dan kak bibah

mommy gemokk :(

plan asal nya kitaorang order nasi tomato untuk makan d waktu petang. time lepas baca yassin. tapi cancel and buat makan tengah hari. sebabnyer semua nak balik awal. lepas kerja, baca yassin, then semua boleh balik

man, aku doakan kamu akan dapat kerja yang lebih baik dari sekarang, semoga kamu akan berjaya dalam apa jua bidang yang d ceburi dan semoga kamu berjaya dalam hidup dunia akhirat. nanti kawenn jangan lupa jemput tauuu

dann lagik mencicah garam belacannn

rahman yang ketuai majlis bacaan yassin kami

alhamdulillah, semoga majlis kami d berkati Allah

alhamdulillah selesai. moga ramadhan kali ini akan lebih berkat dan bermakna dari sebelum ini. aminn

selit gambar mommy yang gilerkan lipstik sephora dan nyx sekarang. pastu beli warna yang merahhh anggg angg :)

hari tu tie ader cakap teringin nak pakai tudung labuh macam kak bibah, tapi tak tahu biler :) lepas tu, kak bibah bagi tie try pakai. suria siap ambilkan gambar lagik. hahaha. insyaallah suatu hari nanti... aminn

selit lagik gambar tie teman azreen ngidam nak makan keowteow sup siam taman kemajuan

 gambar paling fresh. baru ambil tadi hahaha. tie pakai tudung baru. adik ipar tie sendiri yang buat. kalau sesapa yang berminat nak beli, boleh pm okeyh :)

owh yer, bulan lima bebaru nih, genap dua tahun tie d tmpoint kangar. alhamdulillah. terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar pada tie

Thursday 18 June 2015

.. telatah arriana nurqaleesya ..

assalammualaikum

hari nih hari pertama kita berpuasa d bulan ramadhan. alhamdulillah. bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih d beri peluang untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia ini. semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari sebelum ini. semoga kita dapat mengumpul sebanyak mungkin pahala dengan melakukan sebanyak mungkin ibadat. insyaallah.

entry nak tayang gambar anak lagik. macam macam kerenah dan telatah anak mommy sekarang. hari ini qaleesya dah 9 bulan 17 hari. alhamdulillah dapat tengok anak membesar d depan mata. bukan main aktif lagik sekarang

qaleesya dah mula memanjat, berdiri dan meniti d tepi tepi katil or kerusi. kat badan kita pun die nak panjat. memang seorang budak yang sangat aktif. penat maktok duk kejar sana sini. habis die tolong 'kemaskan' rumah. yang paling die suka baju yang dah d lipat. memang kena cepat simpan, kalau tak kena lipat semula lah jawabnya

berat yang paling latest adalah 8.6 kg. last timbang 2 june yang lepas. qaleesya still bf and susu formula enfalac A+. alhamdulillah die selesa dengan susu tu. makan pulak die dah mula makan makanan yang agak keras. dah tak nak makanan yang lembut lembut lagik. kalo tie suap roti yang dah d celup dengan air, memang die akan buang.

setakat sekarang qaleesya dah ader dua batang gigi atas dan empat batang gigi bawah. sekarang nih die dah mula makan nasi. tak perlu blend or lenyek. tie cuma perlu buatkan sup or sayur yang berkuah. sebab qaleesya suka makan nasi yang berkuah.

ikut mak tok simpang jenjalan sampai tetido dalam baby car seat ni ha

alang nih lah yang selalu bawak qaleesya jalan jalan. sebab tu nampak jerk alang, dengan mommy papa pun die tak nak. hahah

qaleesya dan abang azim

yang nih qaleesya dah ready nak ikut tok abah pergi jenjalan

mommy bawak ayah and mak pergi pasar borong. hari tu ayah yang belanja semua. lepas beli barang, ayah ajak pulak singgah makan nasi kandar famous kat area situ. thanks ayah

tengah elok elok main, pastu nampak jerk mommy ambil gambar, terus buat muka serius. hahhaha. qaleesya sekarang dah mula sebut 'paaaapaaaapaa' and bila nak susu die akan sebut 'maaamaamaaam '. pastu mulut tu bising jerk. ntah apa yang die sebut pun mommy tak paham :)

tok abah bawak pergi naik kuda kat kuala perlis. selamber jerk muka bangun tido die. tapi die lansung tak takut bila tengok kuda tu gerak gerak

then, qaleesya and acu main water play land. time nih pun die diam jerk. lansung tak der respon. hahaha. cenggini lah kalau bawak die jalan bila die tak cukup tido. tapi alhamdulillah die bukan jenis merengek or menangis bila tak selesa tak cukup tido

acu, alang, papa, mommy and qaleesya

pagi semalam tie bawak qaleesya jumpa doctor gigi untuk kali pertama. alhamdulillah gigi die semua okeyh. die tak der bagi date appoinment, ust bagi tahu bila ader masalah gigi baru datang pulak.

acik dan acu yang teman mommy ke klinik gigi. lepas settle, dorang hantar mommy pergi kerja and bawak balik qaleesya ke simpang empat. petangnyer pulak dorang datang ambil mommy balik kerja

welfieeeeeeeee

bergambar bersama tiga orang adik ipar dan si comel arriana nurqaleesya

balik dari kerja semalam, kitaorang ke sungai baru. tekak teringin nak makan lokchin sebelum puasa.

keluarga kecil mommy

alhamdulillah, sebelum magrib kitaorang sampai rumah

semoga anak mommy menjadi anak yang bijaksana dunia akhirat. aminnn