Wednesday 12 August 2015

.. majlis getaran jiwa gelora rasa aidilfitri ..

assalammualaikum

hari ahad yang lepas, TM negeri Perlis telah menjadi tuan rumah bagi sambutan aidilfitri peringkat kedah perlis. majlis ini d adakan d kawasan parking kereta ibu sawat telekom malaysia perlis.

ajk ajk bertungkus lumus bagi menjayakan majlis yang bertemakan p ramlee dan saloma ini. majlis getaran jiwa gelora rasa aidilfitri peringkat TM kedah perlis ini berlansung dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. tapi bagi ajk memang kena pergi seawal 8 pagi. masing masing nak menghias gerai dan menghidangkan menu yang d tugaskan.

mommy d majlis getaran jiwa gelora rasa aidilfitri

setiap gerai mesti lah memilih nama yang berkaitan dengan tema. dan nama gerai bagi tmpoint kangar adalah saloma bistro

menu yang d hidangkan oleh gerai kami ialah laksa madu tiga, lontong do re mi dan pulut udang ibu mertuaku

setiap gerai d beri tugasan untuk menyediakan makanan masing masing. ader yang sediakan nasi minyak beserta daging masak hitam, bihun / keoteow / mee goreng, satay ayam / daging , kuih muih, buah buahan, pulut bertemankan ayam goreng serta air.

cuaca memang panas giler, sampai muka pun tak dan nak senyum bila begambar! haha

mommy dan ibu husna

tie dan hafiz

layankann jerk la gambar kitaorang nihh

mommy, suria dan ema

selain dari bertugas d gerai, tie jugak salah seorang ajk sambutan untuk majlis ini

antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis getaran jiwa gelora rasa aidilfitri

bergambar bersama staff tmpoint alor star

selfie wif boss

wif kak jiwa

abang nasir menang sebagai pakaian lelaki mengikut tema ala ala p ramlee

tie dan ema sebagai penyambut tetamu vip

mommy jugak join zft perlis membuat persembahan lakonan dan mendapat tempat ketiga. okeyhlah kannn :)

welfieee

majlis selesai lebih kurang pukul 3 lebih. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.


Tuesday 11 August 2015

.. lunch wif ex tmpoint kangar ..

assalammualaikum

dua minggu lepas, kak parida bekas staff tmpoint kangar masakkan lunch untuk kitaorang. kitaorang kalau bab makan, memang tak tolak lah kan. haha. kami pergi rumah kak parida secara bergilir gilir. untuk trip pertama, tie naik dengan ida and hafiz.

menu lunch dari kak ida. nasi minyak, ayam masak merah dan darca. memang terbaik!

trip kedua terdiri dari ema, ros and suria. boss pergi asing sebab die dari meeting ibu sawat terus ke rumah kak ida. yang tak dapat pergi kitaorang tolong bungkuskan bawak balik.

rumah kak ida nih penuh dengan pokok pokok bunga. minat sungguh die dengan bunga bunga nih. seronok tengok. sejuk jerk mata memandang

siap bergambar lagikk weh

sekitar kawasan rumah kak ida yang penuh dengan pokok bunga

thanks kak ida masakkan untuk kami. memang sedap and mengenyangkan!

selit gambo wedding tykah. die pun bekas staff tmpoint kangar

tahniah darling. kitaorang doakan tikah dan suami akan kekal hingga akhir hayat

Monday 10 August 2015

.. lawatan pengerusi TM ke Kedah Perlis ..

assalammualaikum

3 august 2015 yang lepas, kami staff telekom malaysia d perlis menerima kedatangan dari pengerusi TM yang baru iaitu Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob.


tie, hafiz dan encik zali yang mewakili tmpoint kangar. staff yang lain pulak terdiri dari zft Perlis. kami berkumpul di ibu sawat telekom malaysia perlis.

 Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob

Tan Sri memberi ucapan, menceritakan sedikit latar belakang serta pengalaman beliau selama bekerja

pertanyaan untuk apa sahaja soalan dari staff yang hadir kepada Tan Sri

tie dan hafiz

selesai sedikit suai kenai bersama Tan Sri, kami hidangkan laksa kuala perlis dan pulut udang kepada tetamu VIP ini.

welfie wif Tan Sri

boss and Tan Sri

Puan Norlela Baba, state GM kedah perlis memberi kata kata semangat kepada staff yang hadir

dua dari kiri adalah sbm baru kedah perlis iaitu Encik Mohd Nor Hisham Rahim

dan lagik wehh tie selfie dengan Tan Sri sebelom die berangkat pulang :)

Tuesday 4 August 2015

.. arriana nurqaleesya 11 bulan ..

assalammualaikum

3 august 2015, anak mommy dah mencecah 11 bulan. sekejap kann masa berlalu. bulan depan dah setahun. macam tak percaya. alahai anak, begitu indahnya kehadiran kamu dalam hidup mommy and papa. syukur tak terhingga pada Allah atas anugerah ini.

tie ader beli legging untuk pakai tido tapi legging nih agak besar and panjang. saja tie pakaikan jugak. die sibuk duk tengok lebihan seluar 

qaleesya still tak boleh berjalan lagik. tapi die dah boleh berdiri dan meniti. tak lama lagik lah kot. mungkin cukup setahun kot anak mommy baru nak berjalan

gigi atas betambah dua batang lagik. jadinya die dah ader lapan batang gigi. puas menggigit sana sini!

mulut memang tak henti bercakap. die dah pandai sebut paaaa and maaaa. yang lain mommy tak paham :)

budak baru bangun tido, terus ikut maktok pergi kedai

bila mommy tanya mana eye, die akan tunjuk mata die. then, nose and mouth. baru tiga tu jerk yang qaleesya boleh. slow slow mommy akan ajar kamu yer sayang. gud gurl anak mommy

anak mommy memang rajin belajar :)

anak manja papa

makin hari makin aktif dan makin berkembang otak qaleesya. semoga anak mommy akan menjadi anak yang cemerlang

suka sungguh kacau bila mommy nak lipat kain

bila papa nak habis lawan bola nihh, saya dah ngantok lahh - arriana nurqaleesya

bila kata eye qaleesya mana, terus tunjuk mata die tu. hahha

suka sungguh bila bawak die main d padang

saya dah besar tau mommy, saya dah 11 bulan - arriana nurqaleesya

rambut saya dah macam dora lah mommy!

selamat petang semua!
gambar time lepak santai dengan maktok kat depan rumah

qaleesya follow mak tok and alang pergi tesco. dorang whatsupkan gambar bagi kat mommy

saya confius lah, mana satu saya nak beli nih - arriana nurqaleesya

hello papa, bila nak balik work nihh, saya rindulahhh - arriana nurqaleesya

mommy and papa sentiasa mendoakan kamu qaleesya. semoga d panjangkan umo, d murahkan rezeki, d berikan akal yang bijaksana dan semoga qaleesya menjadi anak yang baik dan d sayangi oleh semua orang. mommy papa love u sayang