Thursday 18 February 2016

.. Langkawi part 2 ..

assalammualaikum

sambungan entry langkawi. keesokkannya, lepas sarapan and siap bagai, kitaorang gerak dari homestay ke cable car. orang memang tak payah citer weh. terlalu ramai. nak cari parking pun dah dekat setengah jam. nak beratur beli ticket lagik. memang stress kalau pergi bercuti time cuti sekolah cenggini.

teringat time lepas kawen mommy and hubby datang sini. kononnya nak pre honeymoon. balik dari sini kan mommy bunting pelamin. so sampai sekarang belum betul betul honeymoon. bilakah agaknyer kan:( memang tak der lah jawabnyer!

moga kebahagiaan ini milik kami selamanya. aminn

papa dan qaleesya


mommy dan bonda

qaleesya bagi makan ikan

cuaca panas sungguh. mommy siap beli payung lagik kat situ

then, kitaorang ke under water world pulak. yang nih memang kak mala belanja semua. terbaik lah. ticket boleh tahan mahal weh! abang zamiri sorang jerk yang tak nak masuk. pening kepala katanyer. so die lepak kat luar jerk lah.

kak mala dengan tiga orang anaknya

bangau oh bangau di belakang qaleesya

banyaknyer ikan kat sini mommy - arriana nurqaleesya

yang nih paling kelakar weh! papa yang tolong pegangkan qaleesya kat bawah tu:)

qaleesya memang excited tengok ikan ikan kat sini

memang best dapat tengok ragam penguin nih

saya nak bawak balik boleh tak mommy- arriana nurqaleesya

bye bye penguin, mommy kata tak boleh ikut saya balik - arriana nurqaleesya

then destinasi seterusnya mestilah ke haji ismail group. tak sah kalau tak shopping kat sini :)

mommy pulun duk pilih coklat. kak mala and bonda paling banyak shopping kat sini. mommy beli coklat jerk :)

lepas dah siap shopping, kitaorang singgah bergambar ke dataran lang. mak and budak budak tu tak ikut. tak larat jalan katanyer. hanya, mommy, papa, qaleesya, abg zamiri, kak mala and zana jerk yang join. yang lain rehat kat jetty.

kami bertiga

kak mala yang makin chubby bersama suami

qaleesya dan helang

mommy dan qaleesya

tak boleh miss gambar berdua tau! hahaha

zana dan qaleesya

kiataorang naik ferry last sekali pada pukul 7.00 malam. lepas hampir 50 minit perjalanan, kitaorang selamat sampai di jetty kuala perlis. alhamdulillah. syukur kerana Allah memberi kesempatan untuk merasai kebahagiaan ini bersama keluarga tie.

Tuesday 16 February 2016

.. Langkawi part 1 ..

assalammualaikum

entry yang tertunggak hampir dua bulan. malasnyer nak update sekarang nih. masa tak der weh! sibuk sangat lah katakan :) bulan disember 2015 yang lepas, tie dan family ke langkawi. kononnya bercuti hujung tahun. tapi kitaorang bukan pergi time hujung bulan pun. kitaorang pergi time pertengahan bulan. tie pun dah tak ingat tarikh sebab dah terlalui lama duk dalam draf!

sementara menunggu umie mala beratur beli ticket, kita gambo dulu kat jetty kuala perlis :)

qaleesya time nih tak brapa sihat. nasib baik die tak banyak ragam di langkawi

time nih kitaorang baru jerk sampai di jetty langkawi. alhamdulillah selamat sampai. first time bawak qaleesya naik ferry kesini

saya boleh angkat beg nih mommy - arriana nurqaleesya

bergambar dengan hubby. mommy pakai kasut yang beli time pergi kl hari tu. makaseh hubby belanja kasut :)

sampai jerk jetty langkawi, kitaorang uruskan pasal kereta. then terus ke homestay. balik mandi and solat, terus kitaorang ke go kart langkawi. nih semua atas permintaan anak anak kakak tie. memang kami layankan jerk lah sebab mnemang dah plan nak bawak dorang kesini 

mommy tak naik pun. just ambil gambar jerk. tak sanggup weh. cuaca panas giler.

anak dara nih pun bukan main. mommy letak dalam nih, diam jerk. hahaha

zul dan hafiz jerk yang naik. yang lain temankan jerk :)

kak mala dan abg zamiri serta anak dorang tiga orang, bonda tersayang, ijah anak abang sulung, farhan anak abang number tiga dan keluarga kecil mommy antara yang join ke langkawi.

balik dari go kart, kitaorang singgah makan laksa ikan sekoq kat tepi jalan area nak ke airport. memang banyak lori lori yang buka untuk jual menu nih. banyak betul orang yang behenti makan. boleh tahan lah rasa makanan kat sini.

papa jadik driver kitaorang! kitaorang sewa van nissan mewah yang sangat selesa dan harga pun sangat berpatutan. memang puas hati beb!

then kitaorang terus ke pantai chenang. memang tak sah kalau ke langkawi tak datang sini. memang best bila datang reramai bersama family.

kak mala and bonda tersayang. makaseh yer kak sebab banyak sponser sepanjang kita di langkawi. boleh dikatakan 70% die belanja kiataorang semua. luv u lah!

mommy dan arriana

kasi peace sikit yer!

awal tu qaleesya macam takut takut nak mandi, lepas beberapa minit berendam dalam air, die pulak yang lebih lebih mandi and tak nak keluar dari air. memang happy dapat tengok qaleesya seronok cenggini.

time nih baru jerk nak masuk dalam air

balik dari pantai, kitaorang singgah beli barang basah sedikit and mak masak untuk makan malam. memang terbaik. awal tu kitaorang memang dah makan kat kedai tapi tak kenyang weh. lapar sungguh. hahaha. lastly mak masakkan pulak malam tu. kebetulan kat dapur homestay memang dah di sediakan segala kelengkapan. memang bertambah mudah lah kerja nya kan.

Monday 15 February 2016

.. wedding @ dewan warisan kangar, perlis ..

assalammualaikum

cuti raya cina baru baru nih, kami ke wedding feyqah dan redzuan di dewan warisan kangar. si feyqah ni kawan tie manakala si redzuan nih pulak pengurus pasukan bola paduka jaya. team bola hubby. kebetulan pulak kann. alhamdulillah majlis dorang berjalan dengan lancar.

possing kat rumah dulu sebelum gerak. qaleesya pakai baju yang acik cda kasi. makaseh yer acik! kasut pulak yang alang anis kasi. makaseh yer alang!

semuanyer mak mak yer!
syiok dapat berkumpul dengan kawan reramai cenggini. time kenduri lah nak dapat jumpa macam nih

keluarga kecil mommy bersama pasangan pengantin yang diraikan

mommy dah feyqah. pakai tema biru ala ala stacy dan akim :)

ibu dyla baru jerk berhijab. alhamdulillah. syukur sangat. moga kita sama sama mendapat rahmat dari Allah. aminn

familly ibu dan mommy

with my bff, ibu noura deanisha

bersama dua orang kesayangan hamba

tahniah feyqah dan pasangan. semoga korang kekal bahagia hingga akhir hayat

balik dari kenduri, kitaorang terus ke aman central, alor star

jalan memang jem teruk weh. so memang kerja selfie la jawabnya.

anak dara nih kalau bab berjalan memang number satu!

bukan main lagik die kesana sini. papa tak larat kejar

mommy just shopping kat padini jerk. beli sehelai kemeja and dua helai seluar. papa and qaleesya tak shopping. papa dah tak larat sebab asyik kena kejar and dukung si anak dara. memang kitaorang tak lama, lepas dapat apa yang nak, terus gerak balik.

balik dari alor star, terus ke rumah sedara hubby di batu bertangkup. ader buat makan makan. siap ader kambing, sotong dan udang bakar. selain tu ader laksa dan bihun sup. memang kekenyangan weh!

selit gambar mommy lepak dengan ibu dylla di kuala perlis. papa tak join sebab ada game bola.dylla datang ambil mommy and qaleesya d rumah.