Thursday 31 March 2016

.. majlis perpisahan PakTam @ TMpoint Kangar ..

assalammualaikum

hari selasa, 29 march 2016 yang lepas, kami staff tmpoint kangar adakan majlis perpisahan untuk pak tam, pengawal keselamatan tmpoint kangar. pak tam dah berkhidmat hampir 30 tahun di sini. banyak sangat jasa, pertolongan dan pengorbanan pak tam kepada tmpoint kangar.

tapi sebelum tu, kita main selit selit jap :)

selit dulu gamba makanan nih. tie bawakkan sambal telur, then kitaorang beli ayam goreng kunyit dan sayur campur nih. makan ramai ramai time lunch.

ini pulak ader sikit jamuan makan pagi. kami order mee goreng and teh tarik

Kak Intan dan Kak rakiah

selit lagik gambar mommy terjumpa suria and baby boy kat simpang empat. yang lawaknya, tak sempat nak selfie, anak dia dah menangis. tapi gigihkan jugak nak bergambar. and cengginilah jadinya. hahah

ini pulak kisah  mommy and mama eiyda ke jitra. kitaorang pergi beli kain untuk uniform hari jumaat. baju yang lama tu dah lusuh :)

pilih punya pilih, ini lah pilihan yang mommy and mama berkenan

dan lagik nak selfie kat nagoya nihhhh

warna biru nih pulak mommy beli untuk pakai raya kedua. dan dah siap buat pun. and semestinya kak na kl yang buatkan. tiba tiba terbekenan warna biru nih. memang beli lah kan :)

nak bayar pun kena ambil gambar weh! nasib lah mama kan

boss dan wife

keluar dari nagoya, kebetulan jumpa dengan boss and family. then dia ajak singgah d rumah die sekejap. memang kami pergi jerk lah sebab rumah boss memang dekat dengan area situ

kitaorang memang tak lama d rumah boss, sebab masing masing ada hal. nak kena balik perlis cepat
last selfie wif family kecil boss

and nantikan gambar kami staff tmpoint kangar berbaju kurung baru di hari jumaat. ahaks! gedik benor!

selfie dengan kak ros hari jumaat lepas. pelanggan tak der lansung time nih!

sambung cerita majlis perpisahan pak tam. sehari sebelum majlis kitaorang keluar time lunch mencari hadiah sebagai tanda penghargaan untuk pak tam

tak tahu nak beli apa bila last minit cenggini. lastly kedai carpet pakistan ni jugak jadi pilihan :)

dan ini lah hasil rembatan. ader tiga frame dalam satu set. ader ayatul kursi, Allah dan Muhammad

balik dari beli hadiah, kitaorang singgah tupperware kejap. konon nak teman ema dan husna shopping. tapi tie jugak terpengaruh dengan dorang

mommy terbeli yang nih! bagi hadiah kat mak

selit sat gamba big boss dengan baby boy suria

antara menu yang kami order adalah nasi putih, ayam goreng berempah, ikan kembung masak sambal, sup sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan. air anggur pulak homemade kat office. jimat kos :)

banyak kan mommy makan, sebab tu berat badan tak trurun turun. hahah

pak tam dan ema

geng geng perkasa tmpoint perlis

Kak Intan

Kak Intan dan Kak Miza

dan inilah pengganti kepada pak tam, Encik Idrus

yang lama dan yang baru :)

esoknya baru pak tam bawak balik hadiah sebab hari majlis tersebut die datang naik moto. esoknya die singgah office kejap untuk ambil hadiah. kali nih datang nak kereta

abang yen wakilkan boss untuk bagi hadiah kepada pak tam.

untuk pak tam, terima kasih atas segala pengorbanan, pertolongan dan jasa baik pak tam selama berkhidmat di tmpoint kangar. kami mohon maaf andai ada salah silap terkasar bahasa dari pihak kami. semoga pak tam selamat beristirehat serta selamat menambah amalan ibadat kepada Allah. semoga d panjangkan umor, di murahkan rezeki dan d beri kesihatan yang baik. jangan lupa kami di sini :)

Tuesday 29 March 2016

.. arriana nurqaleesya @ setahun 5 bulan ..

assalammualaikum

sambungan entry pasal gambar anak dara lagik. tapi gambar kali nih tak der lah terlalu lama. agak baru jugak lah kan. gambar time anak mommy dah setahun lima bulan

sebelum tu, ulang tayang hari tu mommy dapat jemputan ke hotel putra palace perlis untuk ambil cabutan bertuah dari hotel swiss garden dorang bagi penginapan di hotel swiss garden selama 3 hari 2 malam.

kebetulan papa balik awal, so memang mommy ajak papa untuk kesana

antara jemputan yang hadir untuk dapatkan voucher penginapan percuma di hotel swiss garden

mamat nih yang kasi brief kat mommy pasal hotel swiss garden

ada tiga tempat yang perlu mommy pilih kalau mommy berminat nak pergi. antaranya adalah hotel swiss garden yang terletak di pudu kuala lumpur, kuantan pahang dan lumut perak. dan voucher tersebut valid selama tiga bulan bermula dari date mommy ambil voucher.

mommy dan qaleesya

lepas dapat voucher, kitaorang terus ke simpang empat. malam nyer pergi celebrated birthday mum in law di kuala perlis

hari tu bawak qaleesya ke giant.

saja bagi die naik troli khas untuk kanak kanak nih. bukan main suka

papa dan anak dara

mula tu ingat nak beli basikal nih, tapi tengok keadaan kaki qaleesya yang belum sampai, papa cakap tunggu next month pulak :)

mommy bawak pergi main d taman lepas mommy balik kerja

papa belikan frog nih kat mommy. tapi dia kata kena share dengan qaleesya. hahha!

saya nak semua cake nih la mommy - arriana nurqaleesya

anak mommy tido dengan selimut yang dihadiahkan oleh auntie jaja. thanks yer :)

kisah qaleesya follow maktok kangar makan abc d jitra

sekarang nih perut saya dah buncit macam mommy. malu lah saya - arriana nurqaleesya

saya ikut mommy pergi office

muka blur jerk kannnn

then, yang nih paling latest, mommy bawak qaleesya pergi gunting rambut. ikutkan hati mommy rasa sayang sangat sebab teringin nak tengok qaleesya rambut panjang. tapi anak dara ni susah sikit. lansung tak kasi kalau nak ikat atau sepit rambut. so terpaksa lah mommy gunting.

duduk diam jerk time auntie nih gunting. gud girl anak mommy!

dan ini lah hasil nya lepas gunting. jadik dora lagik yer kamu qaleesya. tak per, tunggu besar sikit, kita simpang panjang yer. lagipun rambut qaleesya cepat panjang. setakat sekarang, dah empat kali mommy gunting rambut die

tokwan simpang bawak kitaorang makan abc d ladang nipah kipli

gambar poyo poyo ayu nih sebagai penutup entry. 

semoga anak mommy sentiasa membesar dengan sempurna, diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. mommy and papa sayangkan qaleesya