Tuesday 21 February 2017

.. aktiviti TM Kedah Perlis ..

assalammualaikum

rasa macam dah lama tie tak update pasal aktiviti tmpoint kangar. gambar gambar bersepah dalam draft. so hari nih tie usahakan untuk tayangkan pelbagai aktivi kami di TM Kedah/Perlis.

bulan november 2016 yang lepas, macam biasa TM Kedah/Perlis adakan event untuk mengumpul sebanyak mana sales yang boleh. dan kami dari staff tmpoint kangar memang tidak ketinggalan untuk join.

kami berkumpul di ibu sawat TM kangar pada pukul 8.30 pagi. apepun bergambar reramai itu wajib kannn! memang layan jerk semua :)

ini idea dr Encik Zali. boss terlebih rajin naik ambil gambar dari atas. bagus boss! semangat yang macam nih la tie nak! hahaha

breakfast memang akan d sediakan. awal tu ader ucapan dari Pn Norlela Baba, then pengagihan kumpulan serta senarai tempat tempat yang perlu d terjah dan seterusnya kami pun bertolak dengan harapan menggunung. hahaha poyo gilers!

Puan Norlela Baba and boss boss mulakan acara perlepasan

bersungguh Puan Norlela Baba memberi semangat kepada pejuang pejuang TM

abg nasir dari CS yang bawakkan mommy, husna dan mama eiyda. geng tip top sales nih! hahahha

kami bertiga kena bertugas di hadapan bangunan TNB Kangar. selalunya kami keluar pergi rumah ke rumah untuk buat sales. tapi kali nih lega rasanya kena stay kat booth jerk :)

kami stay sampai pukul 2 petang. then pergi lunch d anjung keli. lepas tu baru lah balik rumah. 

ini pulak kami adakan party d tmpoint kangar

beria mommy and the geng gantung balloon

kami jugak sediakan sedikit makanan untuk pelanggan

sandwich telur/sardin dan nasi lemak d sediakan untuk pelanggan dan staff

mommy pakai baju zbc perlis

mommy dan taukey kedai secret cafe, hafiz

then selit lagik gambar YB dari Kuala Perlis datang ke tmpoint kangar untuk langgan webe

hujung bulan disember 2016 yang lepas, En Amir Rizal dari HR HQ TSSSB datang ke tmpoint kangar untuk memberi taklimat tentang saham TM

hari jumaat lepas kerja, kitaorang stay sekejap bersama En Amir

selesai taklimat, kami menjamu sedikit makanan ringan bersama En Amir

kami orderkan murtabak daging dari restoran mat alim. memang terbaik!

bergambar bersama En Amir Rizal sebagai tanda kenangan

selit gambar mommy hari jumaat pakai shawl baru

sekarang nih ader tiga buah ikea shopper d perlis. jadi orang perlis tak perlu susah hati kalau nak dapatkan barang barang ikea untuk penuhi impan deco rumah kesayangan

salah satu ikea shopper yang terletak d jalan abi 

ini pun gambar hari jumaat jugak. mommy dan suria shopping barang office d giant kangar

then kat bawah nih, event sempena sambutan raya cina yang baru saja berlansung pada awal bulan february 2017 yang lepas. memang meriah sungguh.

pelbagai hadiah menarik yang kami sediakan untuk pelanggan yang datang ke tmpoint kangar

mommy mesti nak bergambar kann! memang tak boleh nak elak :)

antara pelanggan yang bertuah hari tu

petang tu kitaorang lepaking bersama sambil layan yong tau fu yang super duper sedap. tengok lah jerawat yang tengah berpesta di dahi mommy!

hari kedua event merah ang pow d tmpoint kangar

selit lagikk gambar kitaorang mengenakan tshirt webe pada setiap hari selasa

mommy dan ibu husna. ader baby tau dalam perut ibu tuuu :)

bab selfie welfie kami memang pakar! hahahaha

sang kumbang alun d kelilingi geng bunga tmpoint kangar

dan dan dan aktiviti bersama terakhir yang tie nak update adalah dinner TM Kedah Perlis yang berlansung d Alora Hotel Alor Star dengan tema digital journey

mommy just pakai sesimple boleh. yang penting makeup kena cantik okeyh! hahhaha. mommy ambil makeup dengan kak dilla. memang puas hati tau. siap datang rumah lagik. kalau ada yang berminat boleh hubungi 0175771105

geng sporting tm kedah perlis

wif kak ain, ainur, dan suria

geng giler gambo

geng bunga dari tmpoint kangar

bab bergambar memang kami utamakan! hahhaha

antara staff tmpoint kangar yang join digital journey nite. abg yen dan eiyda jerk yang tak der malam tu.

mommy, ema dan En Zali

gemok bukan penghalang untuk melaram! hahaha. poyo ayat tie

kami pergi dengan kak rakiah. gerak dari perlis dalam pukul 6.30 petang cenggitu. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tengah malan jugak kitaorang sampai kangar

Wednesday 15 February 2017

.. sayonara boss @ Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

entry kali nih nak tayang gambar gambar sekitar majlis perpisahan boss dan team leader tmpoint kangar yang di adakan di secret cafe kuala perlis pada 31 december 2016 yang lepas.

banner khas untuk boss dan kak rakiah

antara menu yang ader hari tu. ikan jenahak bakar, ketam masak rempah, tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, sambal udang, ikan siakap masak kengsom dan ulam ulaman

memang banyak giler weh makanan yang ader! memang makan sampai nak pengsan

majlis di mulakan dengan ucapan terima kasih dari staff, seterusnya ucapan dua insan yang di raikan dan di akhiri dengan ucapan En Hisham. haishh kenapa ayat mommy tetiba skema sangat nih! haha

then , kami mulakan dengan acara penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada boss dan kak rakiah. boss ditukarkan ke tmpoint alor star manakala kak rakiah tamatkan perkhidmatan beliau dengan mengambil skim MESRA.

En Hisham dan En Zali serahkan hadiah, bunga, kad dan balloon kepada kak rakiah

then, giliran En Hisham pulak serahkan hadiah kepada En Zali sebagai tanda terima kasih kami

terima kasih untuk segala jasa baik dan ilmu yang kak rakiah berikan kepada kami selama ini. semoga kak rakiah sentiasa dimurahkan rezeki, di panjangkan umo, dan di berikan kesihatan yang baik. maaf andai ada salah silap selama kita bekerja di tmpoint kangar. sesungguhnya penamatan perkhidmatan kak rakiah sangat kami rasai. semoga kita akan bertemu lagi dan jangan lupakan kami

bergambar reramai sebelum kami menjamu selera

ice cream cake yang sedap terlajak khas untuk boss dan kak rakiah

dua insan yang sangat berjasa dengan telekom malaysia berhad terutamanya tmpoint kangar. semoga kalian berdua terus maju jaya dan sentiasa di rahmati Allah. jangan sesekali lupakan kami and thanks for everything. ketiadaan kamu berdua dalam tmpoint kangar selepas ini sangat kami rasai :(

then, pada 2 february 2017, merupakan hari terakhir En Zali berkhidmat di tmpoint kangar. hari tu kitaorang memang berborak bergembira seperti biasa. padahal dalam hati memasing sedih mengenangkan hari tu adalah hari terakhir En Zali menjadi boss kami. poyo ayat tie kan!

then petang tu, boss ada buat sedikit ucapan untuk kami semua. memang dia akan menangis lah kannn sebab En Zali nih memang hati tisu! hahahah

memasing senyap jerk time nih. then ader jugak staff yang memberi sedikit ucapan kata kata terima kasih pada boss. mommy memang diam jerk sebab tak mampu nak cakap! air mata mengalir laju dalam diam! hahahha

selesai sesi menangis bagai, kami ke secret recipe untuk lepaking kali terakhir bersama boss. semua join kecuali kak ros dan abg yen. kitaorang just ambil cake satu slice dan minuman untuk setiap seorang.

ini mommy punya yer :)

special untuk boss. sayonara boss :(

thanks 4 everything boss. selama tie bekerja d TM, boss lah boss yang terbaik yang pernah tie ada. tak pernah merungut untuk melayan segala kerenah staff dan sentiasa membantu untuk segala masalah kami.

kami geng sporting!

mama suria dan ibu husna

penukaran boss sangat kami rasai dan kami pasti akan rindukan boss!

welfie sehabis boleh! hahhaha

pep talk terakhir dari boss. credit to alun for this picture 

awal february lepas, Puan Suzana ( empat dari kiri )dari tmpoint alor star mula menggantikan En Zali. En Hisham pun turut hadir bagi acara penyerahan tugas CEMT bagi tmpoint kangar

selain dari hadiah, kad, bunga dan balloon, kami jugak framekan gambar bersama d majlis perpisahan yang lepas untuk boss.

boss dah pandai selfie sekarang. nampak handsome jerk bila berbaju putih nih :)

untuk boss, thanks 4 everything dan maaf andai ada salah silap dari kami sepanjang kita bekerja bersama. selamat maju jaya di ucapkan dan semoga boss sentiasa berbahagia walaupun kita tak lagi bekerjasama selepas ini. jangan lupakan kami tau!

dan untuk Puan Suzana, selamat datang ke tmpoint kangar. semoga Puan dapat membantu kami dan memberi tunjuk ajar serta semoga kita semua sentiasa bekerjasama dalam keadaan yang harmoni.