Thursday, 12 October 2017

.. event webe @ giant kangar ..

assalammualaikum

aduh sakit kepala memikirkan blog tie yang hampir pupus nih. haha. lama sungguh tak update. dah tak berminat ker kan?! tie dah tak mampu nak update blog sekarang. memang tak der masa lansung.

 kebetulan hari nih server down nationwide, apa kerja pun tak boleh buat, so boleh lah jenguk kat blog nih sat. dapat lah update entry entry draft tu :)

bulan julai yang lepas, pihak tmpoint adakan event  meriahnya syawal bersama pelanggan. kami juga sediakan sedikit jamuan ringan buat pelanggan

geng gegurls tmpoint kangar

promote webe lah sangat kann

time nih ibu husna tak bersalin lagi. tapi sekarang dah hampir nak habis tempoh berpantang. husna dapat baby gurl

hari tu kawan dari sekolah teknik kangar ada datang daftar webe. iemah nama dia. last jumpa time kenduri kawen. jumpa pulak anak dah dua :)

then, pihak kami adakan event di beberapa kawasan d perlis

area anjung keli perlis

pelanggan kak ema 

area pasaraya tenten bukit lagi perlis

kawasan cmart arau

ini pulak promoter cilik webe! haha

dan kawasan giant kangar perlis

sebelum perasmian event webe

tie dan ema

with geng hot fm

memang bergambar sakan weh

selepas perasmian, kitaorang bergambar reramai

jom pakat daftar webe 

promote jangan tak promote

sekitar event webe d giant kangar

hadiah buat pelanggan bertuah

gambar kitaorang dapat sijil premium dari BSN

banyak lagi entry draft. tak tahu bila tie mampu untuk update :(

Wednesday, 2 August 2017

.. photoshoot raya 2017 ..

assalammualaikum

tie nak update gambar gambar photoshoot raya yang lepas sebagai kenangan dimasa hadapan. tie ambil dengan cameraman ayu aishah di studio area jejawi. memang puas hati weh. bergambar sampai nak pengsan dengan harga rm85 sahaja. memang berbaloi!

beratus keping yang dia snap. memang unlimited. tapi dia printkan cuma 4 keping. yang lain dia bagi soft copy. bagi tie memang okeyh sangat. kalau dulu ambil kat kedai gambar, sekeping sahaja tapi bayar dekat seratus. baik ambil kat studio macam nih. jimat dan rileks sangat :)

salah satu gambar yang menjadi pilihan kak ayu untuk print

ni satu lagik

ini pilihan mommy

yang nih memang kelakar. qaleesya tak henti gelak sakan. sebab tu gambar dia jadi cenggitu

nasib baik anak dara mommy nih jenis giler gambar. tak susah lah kerja kami :)

mommy suka gambar ni walaupun kantoi qaleesya lipat kain dipinggang. hahaha

gambar nih pilihan kak ayu

dan dan dan gambar mommy and papa yang menjadi pilihan mommy

kalau puas hati cenggini, tahun depan boleh lah ambil lagi kan :)

Tuesday, 18 July 2017

.. Qaleesya @ perpustakaan simpang empat ..

assalammualaikum

entry main selit selit. boleh kan cenggini !? :)

hari tu acu fieza dan acik eity bawak qaleesya ke perpustakaan simpang empat. rajin betul dorang melayan si anak dara nih bermain kat situ. mommy and papa memang pergi kerja. memang layankan jerk gambar gambar yang dorang hantar nih

muka bangun tido lagi nih

kebetulan ader kawan pulak hari tu. bertambah seronok la dia. main masak masak kononnyer

jadi polis pulak

qaleesya jadi doctor, kawan jadi bomba

kemain bersilat dua orang nih

nak pulak anak mommy main tukar tukar  baju nih hahhaha

balik jerk rumah, mulut tak henti duk bercerita apa yang dia main, apa yang dia pakai. tak larat layan mommy weh

bangun tengah hari terus nak makan nasi. nasib baik kecil lagi, kalau dah besar macam nih, kena tarik telinga dengan mommy

hari tu kitaorang pergi melawat adam di hospital. dia jatuh basikal and jari dia termasuk dalam rantai basikal tu. and terputus sedikit bahagian atas jari telunjuk. memang ngeri!

adam ni anak kepada abang tie yang no 3. dia jugak sepupu dan kawan baik qaleesya

punya lah menangis nak pergi kat abang adam. sampai jerk sana duk sengih sengih tengok adam

tie bawak mak dan dayah sekali pergi hari tu

macam biasa, ada gambar anak dara

15 julai yang lepas. kitaorang pergi birthday party anak kepada cousin tie

mommy dan qaleesya

ini pulak tie, mak, farah and abang sulung ke rumah dayah di kodiang kedah. kitaorang masak sama2 and makan ramai ramai disana

makanan kampung yang memang sedap. makan sampai pengsan weh!

ini pulak kitaorang ke wedding abang kepada ain di dewan melati hari sabtu lepas

bersama si cantik manis ibu ain

keluarga kecil mommy

dan dan dan inilah dua orang insan hebat dalam hidup tie. mak mertua dan mak tie. tak terbalas segala jasa mereka. semoga Allah sentiasa ampunkan dosa mereka, panjangkan umor mereka, beri mereka kesihatan yang baik, murahkan rezeki mereka dan sentiasa merahmati mereka. betapa tie menyayangi mereka berdua. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka. semoga syurga milik mereka nanti. aminn