Friday 29 March 2013

.. aquaria KLCC ..

assalammualaikum

entry yang dah berzaman, tapi hari nih baru tie berkesempatan nak update.

entry pasal tie ke aquaria Klcc. sebelum tie warded lagik. yus and lan datang KL. kawan tie yang stay kat Kelantan tu. dari awal lagik kitaorang nak plan keluar sekali. mulanyer nak g iCity. alih alih tukar plan ke aquaria Klcc.


kitaorang pergi dalam tengah hari cenggitu lah. dorang parking kereta kat stesen kampung baru and kitaorang naik tren. kan senang. dekat jerk kan :)

bayaran masuk aquaria klcc berbeza beza mengikut kategori :

  1. Non Malaysian Citizen Adult (without MyKad) : RM45
  2. Malaysian Citizen Adult (with MyKad) : RM 35
  3. Non Malaysian citizen Kid (without MyKid) : RM 35
  4. Malaysian Citizen Kid (with MyKid) : RM25
  5. Staff Price and family member Adult : RM28
  6. Family Members of Staff Kid : RM22
time otw ke sana pun kitaorang dah mula bergambar. memang dasar lah kan. lagipun bukan selalu tie dapat jumpa dorang nih. and ini adalah kali pertama tie jejak ke aquaria Klcc. tiga tahun stay kat KL, memang tie tak pernah datang:)

time otw jalan menghala ke aquaria klcc

pakai tema warna negeri Kedah, hijau kuning :)

dan ader satu lagi family yang join kitaorang. kawan dari yus.

biler sampai kat pintu masuk tu, setiap pengunjung akan d beri peluang untuk bergambar d depan pintu masuk. jurukamera dari pihak aquaria sendiri yang akan ambil kan gambar. then kemudiannyer kita akan d beri pilihan untuk cuci gambar tersebut atau tidak dengan bayaran yang sangat berpatutan.


Underwater tunnel sepanjang 90m yang jugak merupakan aquarium terpanjang d Asia Tenggara memuatkan 250 species haiwan laut dan barat dengan total haiwan d sini lebih kurang 20,000 ekor dari Malaysia dan serata dunia. jangan ader yang tertanya tanya mana tie tahu semua nih, ke tie da start buat kerja part time kat situ.? hahha. tak der maknanyer! tie baca tau sejarah aquaria nih time pusing pusing kat situ :)

jom tengok gambar kami

masuk masuk jerk nampak ikan piranha. korang tahu kan ikan piranha nih Carnivor, makan daging termasuklah manusia!

jerung! seram tengok gg die weh

penyu

ini ikan pari yang sangat menggerunkan. kalau korang usha bentuk muka die lelama, confirm seram weh. ala ala ikan pari sumpahan pulak kann.

kebetulan time kitaorang pergi hari tu, kena dengan time ikan ikan tu makan. sempat lah tengok dorang dorang nih bagi makan ikan pari, penyu dan ikan ikan ikan yang lain


bagi penyu makan

ader yang pakai baju nih sempena dengan perayaan Gong Xi Fa Chai

sekali lagik tie bergambar dengan ikan piranha. haha

yang ni tie tak ingat ikan aper.

Aquarium terbesar berkonsep terowong sepanjang 90m merangkap underwater park terpanjang d Asia! Tunnel nih d perbuat dari Acrylic setebal 5cm and menyebabkan ikan ikan yang lihat adalah lebih besar 30% dari saiz asalnyer.

Jop layann gambar dalam terowong nih :)


kat luar terowong

kat sini ada pameran pelbagai species haiwan

overall aquaria nih memang best lah untuk kanak kanak. dan cukup lah sekali tie datang sini. sekurang kurang nyer tak der jakun sangat sampai tak pernah kesini kan :)

lama jugak kitaorang kat dalam tu. mana tak nyer, yus berulang kali masuk dalam terowong ikan tu. tak puas bergambar katanyer. so layankan jerk lah. then gerak dari Klcc, kitaorang balik kampung baru and dinner kat kedai ayam penyet kesukaan tie

dorang singgah solat kat rumah tie then terus gerak balik. apepun, thanks korang. nanti kiter jumpa lagik :)

dan lagi snap gambar terakhir sebelom balik

Thursday 28 March 2013

.. shopping @ nose KLCC ..

assalammualaikum

last month tie ader beli handbag kat Nose Klcc. kirenyer ini entry kasi tayang lah erk?! time pergi Klcc tu memang tak der niat nak beli apa apa pun. tapi biler dah tengok bag colour feberet tie nih terus jatuh cinta! haha.

purle jadik pilihan :)

alang alang beli bag purple, selit gambar baju purple yer :)

and satu lagik thanks kat office mate tie sebab kasi selipar kat bawah nih. dah lama dapat, still tak pakai sampai sekarang. simpan jerk dalam laci. haha

even selipar murah, tapi siap ader bag bagai lagik beb

hijau oren
warna tema baju tunang tie lah :)

dah dah. itu sajerk. sangat kekeringan idea. btw, thanks ye beb.

Wednesday 27 March 2013

.. hijau pink d hari Jumaat ..

assalammualaikum

tie sebenarnyer dah tak tahu nak letak tittle ape. tapi dah alang alang pakai blocking colour  pink hijau, itu yang hentam letak pink hijau. hahaha. tak kesah lah kan :)

entry hari jumaat lepas.
kitaorang reramai tak kuar kemana mana. just pergi lunch kat food court bawah then duduk diam diam kat opis.

pink hijau jadik pilihan tie :)

dan dan dan hari tu jugak kitaorang gediks bergambar. haha. cenggini lah jadiknyer kann kalau tak kemana mana time lunch hari jumaat (*_*)

dengan pieka


sambil layan facebook and berblogging, kitaorang layan movie Rock oO! hahaha. memang kelakar habes lah!


habes waktu lunch, sambung buat kerja macam biasa :)

Tuesday 26 March 2013

.. OZ The Great and Powerful at KLCC ..

assalammualaikum

entry tengok movie bersama kekasih hati. ceehh poyo kann ayat tie. haha. kan Suhaizal datang ambil tie kat KL. dalam sakit sakit tu, tie sempat pergi tengok movie dengan dorang tau. haha. memang dasar tak sedar diri kann!


kitaorang tengok movie OZ The Great and Powerful. Brie and isteri yang nak sangat tengok movie nih. so tie  and Suhaizal layankan jerk lah.

boleh tahan lah movie nih. sangat lama okeyh. dekat tiga jam dalam panggung tu tau. apepun tie suka dengan sinematografi filem nih. sangat cantik. ala ala fantasi and cerita kartun :)

salah seorang pelakon utama dalam movie nih

sampai jerk KLCC, kitaorang pergi beli ticket first then sempat pergi begambar kat tasik. dan dan dan sempat shopping baju setiap seorang. just shopping kat ROMP jerk la. thanks hubby kasi belanja baju lagikk :)

sayang kamu laju laju :) #gediks

Brie and isteri

selesai tengok wayang, terus gerak balik. then siap siap untuk gerak balik Perlis.

Monday 25 March 2013

.. cake lapis dari Sarawak ..


assalammualaikum

last week ader meeting dengan orang orang business sales. dan salah sorang nyer adalah Encik Wan yang terbang dari Sarawak. tie memang selalu berurusan dengan die tapi hanya by phone and email jerk. kire tak pernah tengok muka lah kan. then die bagi tahu nak datang HQ, so aper lagikk kami yang geng Trading nih berkias kias lah minta Encik Wan bawakkan buah tangan. haha. dasar tak malu kann?

ni lah Encik Wan nyer

tak sangka die memang bawak buah tangan untuk kitaorang. bawak kek lapis terbang khas dari Sarawak. terbaikk lahh kan. ader pelbagai perisa. aper lagikk, kitaorang kenduri lah reramai.

kak jijah jadikk tukang potong nyer

pakat pakat makan yer :)

memang sedapp kalau makan free. haha

apepun, thanks Encik Wan (*_*)

Friday 22 March 2013

.. berehat di kampung ..

assalammualaikum

sehari selepas keluar dari hospital, mak tie datang dari kampung. hati memang melonjak gembira. rasa sakit yang ader terus bertambah tambah sakit bila mak ader kat sebelah. hahaha! manja sangat lah kann.

mak tie naik bas pagi selasa and sampai KL petang tu. alhamdulillah mak selamat sampai. rindu nya pada makkkk!

esok nyer, pieka, abang chick and hafiz datang melawat tie kat rumah. thanks korang. bukan semua kawan yang akan ingat kat kiter time kiter susah and sakit. kadang kadang kiter d lupakan macam tu jerk. biaser lah manusia kan mudah berubah. dalam sekelip mata jerk perubahan boleh berlaku. eh, ni macam dah lain tajuk dah. haha. sorry!

begambar atas moto hafiz.haha! 

then hari khamis, 7 March, tie pergi check up kat Pusrawi. and thanks to my mum yang temankan tie kesana. sangat happy bila bonda ada d sisi.

saya sayang mak saya :)

doctor cakap tie dah 50% sembuh. alhamdulillah. tapi still kena berpantang makanan yang pedas dan panas! amat di larang sama sekali.

malam nyer kitaorang pergi carefour wangsamaju dengan kak na and abang aziz.

dan tengah malam tu jugak, Encik Suhaizal sampai ke KL. die bawak Brie and isteri datang sekali. dorang gerak petang tu dari Perlis. alhamdulillah dorang selamat sampai. esoknyer, dalam pukul 4 petang, lepas makan and bagai, kitaorang semua gerak balik Perlis. Encik Suhaizal memang datang semata mata nak ambil tie and mak untuk balik kampung. thanks darling! love you laju laju.

kitaorang selamat sampai Perlis pukul 1 pagi. alhamdulillah sekali lagik kami selamat sampai. waktu d KL tie boleh d katakan sudah sihat. tapi tak sangka bila sampai jerk Perlis badan tie jadik lemah sangat. tie demam and cirit birit. setiap kali ader makanan yang masuk, tie akan muntahkan balik. memang tak tahan sangat.

malam tu jugak tie pergi klinik dengan Encik Suhaizal. then bila check, doctor cakap semua nih kesan dari ubat antibiotik operation. die mintak tie stopkan makan ubat tu. pastu d sebab kan badan tie terlalu lemah, tie kena drip air sebotol. then kena injection kat vontot. sakit lagik :(

keesokkannyer, alhamdulillah tie dah tak der cirit birit lagik. muntah pun dah kurang. terima kasih Ya Allah.. tie dapat MC sampai 15 March. memang betul betul berehat kat rumah. sebab tie memang tak der kemana mana. memang badan lemah sangat.

dan sepanjang tie stay kat rumah, novel inilah yang jadi peneman tie. memang best jalan cerita die! tie dah habes baca :)

dan satu lagik yang paling tie hargai, bila Encik Tunang hadiahkan Cik Tedd pink yang besar ni ha! seronok sangat. katanyer hadiah untuk orang sakit. ape lagik memang tido peluk Cik Tedd jerk la. setiap hari die datang ke rumah untuk melawat tie. die akan temankan tie makan and makan ubat.  thanks sayang. thanks for everything. thanks sebab sentiasa d sisi :)

nama saya Cik Tedd Pink :)
muka tak macam orang sakit dah punn, happy dapat Cik Tedd punyer pasal. haha

Cik Tedd teman tie 24 jam
nih memang muka tengah sakit :(

letak Cik Tedd diam diam kat dalam bilik. nanti balik kampung jumpa lagik yer. jangan nakal nakal tau (*_*) tetiba rindu pulak kat Cik Tedd :(

selama tie kat kampung, tie cuma makan bubur and ice cream jerk. memang itulah makanan utama tie. thanks mak yang jaga tie siang dan malam. memang kasih ibu jugak yang akan kiter cari. tak kan hilang selagi  kiter masih bernyawa

gambar makanan harian sepanjang d kampung


hari Sabtu malam tie naik bas balik KL. tak balik dengan baby boo. tak larat nak drive. lagipun tie bukan sihat sepenuhnyer lagik. dan alhamdulillah tie dah sihat sekarang. cuma kena pantang makan makanan pedas jerk. syukur pada Mu Ya Allah. tie tak sangka tie dapat sembuh.

esok sekali lagi tie kena check up dengan doctor d Pusrawi. harap segalanyer d permudahkan. terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan tie.

Thursday 21 March 2013

.. warded @ PUSRAWI ..

assalammualaikum

orang cakap kalau Allah uji kiter sebab Allah sayangkan kiter kan? satu lagik dugaan Allah pada tie. dua tiga minggu yang tie kata macam macam jadik tu sebenarnyer tie sakit. Sakit itu akan datang tanpa di undang pada bila bila masa pun. semuanya kehendak Allah.

tie alami ketumbuhan tonsil. actually tonsil nih dah lama tie ader. dari zaman study diploma lagik. tapi tie jerk yang tak ambil serius dengan sakit nih. dan masuk tahun nih, sakit nih makin menjadi bila tie selalu tak sihat. selalu demam and sakit tekak. and bila tie dapatkan rawatan, doctor cakap tonsil tie dah teruk sangat. dah sampai tahap memang kena buat operation. time tu macam macam ader dalam kepala. macam macam tie fikir.

last tie pergi klinik, 28 February lepas. time tu doctor still tegaskan yang tie memang dah kena buat operation. memang tie dah tak der choice. tie pun dapat surat dari klinik untuk jumpa pakar.


then keesokkannyer, hari Jumaat, 1 March 2013, tie pergi untuk jumpa pakar d Pusrawi. pepagik lagik tie dah pergi. tapi sebelom tu sempat lagik breakfast kat kampung baru.

makan sedap sedap dulu. sebab tahu dah nanti mesti kena pantang makan lepas operation :)

tak der lah lama sangat tunggu giliran kat Pusrawi. lepas jumpa pakar bagai, tie memang kena warded. Doctor cakap esok nyer jugak kena buat operation. memang tak boleh tunggu lagikk. ni la padahnya kann. asyik tangguh jerk. diri sendiri yang menanggung :)

time tunggu giliran


dah settle semua surat menyurat and bagai, tie d masukkan ke wad Naem at Pusrawi. satu bilik tu ader 4 katil. tapi tie sorang jerk yang ader, 3 katil lagik kosong.


nih muka sihat lagik


bagi yang tak tahu aper itu tonsil, ini contoh tonsil dalam mulut. ketumbuhan ini ader di kanan dan d kiri anak tekak. ianya akan membengkak bila kiter demam. dan time ni lah pemilik tonsil akan alami kesakitan yang amat sangat.

hari pertama d hospital, memang tak der mende sangat lah kann. tie masih mampu tersenyum. masih boleh begurau senda. cuma tie kena cucuk d tangan kiri bagi tujuan untuk tambah air dan ubat. sakit sikit jerk lah.

dan thanks kat office mate tie yang hadiahkan novel nih. katanyer sebagai teman tie d hospital and boleh baca time bosan. memang suka sangat lah kann. dapat novel baru :) thanks yer!

dengan kak na and abang aziz
malam baru dorang sempat datang. siangnyer dorang memang tak sempat sebab sibuk dengan kerja memasing.

tak lupa jugak kat dua orang kawan baik tie. dilla and aya. thanks korang datang melawat tie. siap bergelak, bergosip bagai lagik malam tu. yerla, belom operation lagik kan. dorang stay sampai tengah malam jugak la. sempat lah dorang temankan tie.

malam tu kak na temankan tie tido. memang tie takot weh tido sorang. bayangkan tiga lagik katil kosong.erm!menyeramkan! nasib baik kak na ader :)

start pukul 3 pagi tie dah kena puasa. memang tak boleh makan and minum lah kan. time tu rasa takot sangat nak hadapi hari esok.

hari pertama kat hospital, tie tak henti henti kena masukkan ubat antibiotik dalam badan. berbotol botol lah. doctor kata nih semua berkaitan dengan operation esok. tie layankan jerk la. nak tak nak, memang kena redha.

keesokkannye, pepagik lagik tie dah bangun mandi, solat subuh and siap siap. then duduk diam diam atas katil tunggu nurse datang ambil untuk ke dewan bedah. memang berdebar sangat. tak henti henti mulut nih berdoa semoga segalanyer d permudahkan.

dan lagik bergambar :)

sebelom tu, sempat call my mum and Suhaizal. bagi tahu dorang. actually dorang memang nak datang sangat. tapi tie yang larang. kononyer nak berdikari sangat lah kan. padahal tie sangat perlukan dorang time nih. lagipun tie tak nak susahkan dorang.

yang nih time otw ke dewan bedah

dup dap dup dap jantung tie time nih tau

tak lama tie dalam dewan bedah. lebih kurang dua jam lebih jerk, then tie dah mula sedar dari ubat bius and d bawa keluar. time tu Tuhan sajerk yang tahu betapa sakit nyer tie rasa. tie tak henti henti menangis.

baru sedar dari ubat bius

bila dah d masukkan ke wad semula, perkara yang paling tak dapat nak d lupakan bila tie muntah darah. tiga kali tie muntah. penuh dengan darah jerk. Ya Allah time tu raser sakit and takot sangat. yerla, saper tak takot weh tengok darah kuar banyak banyak dari mulot. sampai doctor turun and tunggu tie lah time tu.

kata doctor, kalau tie still tak stop muntah darah malam tu, keesokkannyer dorang nak tie buat operation sekali lagik. Doctor tu cakap risau kalau berlaku pendarahan kat tempat jahitan. dengar jerk doctor cakap cenggitu, makin takot lah tie raser. tapi alhamdulillah, selepas dorang cucuk and bagi ubat kat tie malam tu, tie behenti muntah. memang asyik kena masuk ubat jerk la malam tu. tapi syukur sangat sebab tie dah berhenti muntah.

tie baru lepas muntah darah yang pertama. dari hidung pun kuar darah. memang menangis jerk time nih. sakit sangat. tie dah tak mampu nak cakap ape ape lagik time nih

alhamdulillah sangat bila tie dah tak muntah darah. cuma tie still tak dapat nak makan and minum dengan selesa. rasa sakit sangat kat dalam tekak. tambah lagik kalau tie batuk atau menguap. sangat sakit wehhh!

kak na, abang aziz and abg chick memang ader temankan tie lepas dari tie operation. kak ros pun ader. thanks kak ros datang melawat tie. sampai susah susah kena datang naik teksi and tren bagai. tie hargai sangat. cuma time tu tak der gambar kak ros. sebab die tak nak begambar. tak sanggup tengok tie sakit katanyer :)

bff saya, pieka pun datang. die pun terpaksa naik teksi, tren and bas. kesian kamu dear. apepun thanks sangat datang melawat. thanks ingat aku time aku sakit.

lepas pieka datang, zaza and suami sampai. then kak deela and family pun datang. syiok tengok dorang borak borak. tie memang tak cakap banyak. mampu tersenyum jerk. hanya Allah jerk yang tahu betapa sakit nyer tie time tu. kalau cerita lebih lebih, orang akan kata mengada ngada. so lebih baik diamkan diri jerk

sakit tetap sakit akan tetapi gambar tetap gambar!! dasar giler gambar kann :)


malam kedua d Pusrawi ibarat mimpi buruk bagi tie. dengan sakit tekak nyer, dengan tak boleh bernafas nyer, dengan badan lemah nyer. macam macam lah. memang tak dapat nak tido. apepun thanks sesangat pada kak na yang sanggup temankan tie malam tu. setahu tie die tido tido ayam jerk malam tu sebab risau tie muntah lagik. setiap kali die dengar tie batuk, die akan bangun and duduk sebelah tie. terima kasih kak na. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kak na.

hari ketiga, tie paksa diri untuk makan bubur. memang hanya itu satu satunya makanan yang boleh tie makan. itupun makan sikit jerk. sebab sakit sangat nak telan. then tie banyak makan ice cream. nurse pulak tak henti henti bagi ice ketul yang kecik kecik tu. dorang suruh tie kulum ice ketul tu.

ni bubur yang dorang kasi. tie makan dua tiga sudu jerk. pastu dah tak boleh nak telan. sakit :(

ini pulak bubur yang kak tie, jiran sebelah rumah tie bawak. dorang datang melawat tie time tengah hari. thanks kak tie :)

petang tu jugak Hazira datang melawat tie. die nih cousin pada tunang tie. thanks yer Zira :)

malamnyer, tangan kiri tie nih membengkak. darah pun mula keluar. jadik untuk elakkan jangkitan kuman, nurse kat situ tukarkan jarum ni ke tangan kanan. adoii bertambah lah sakit tie time tu. memang nak tak nak, tie kena redha jerk.

malam tu tie tido sorang. kak na tak dapat nak temankan tie sebab die ade keje yang perlu d siapkan. lagipun keadaan tie makin okey. dah boleh bangun pergi toilet sendiri. jadik nyer tak per kalau tak der yang temankan tie. kan nak berdikari :)

masuk hari keempat, pepagik lagik doctor datang untuk check tie. dan tie tak henti henti minta nak keluar dari ward. dan dan dan lastly doctor izinkan tie keluar. alhamdulillah. terima kasih ye doctor :) memang suka sangat. tie dah tak sanggup lagik nak stay kat situ. siang malam asyik dengan jarum and ubat jerk.

petang nyer, lepas dah settle semua, tie dapat kuar dari situ. alhamdulillah. tapi tiga hari akan datang tie perlu datang lagik untuk check up. duduk kat rumah tak bermakna tak kena makan ubat tau. tengok ni ha. dah la besar besar ubat yang dorang kasi nih. erm! memang kena telan jugak.

apepun terima kasih pada orang sekeliling tie yang banyak memberi semangat dan titipkan doa untuk kesihatan tie. apepun tie redha dengan dugaan dan ujian Allah ini. sesungguhnyer Allah lebih mengetahui segalanyer dan Allah jugak telah aturkan perjalanan hidup setiap umat nyer.


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun daunnya- HR Bukhairi, Muslim

dan dari Ummu Al-Ala, die berkata: " Rasulullah SAW menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. " Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala, Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak ". - HR Abu Daud


tie nak kongsi dengan korang, biler seseorang mukmin itu jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat untuk datang padanya. dan Allah akan memerintah kan :

Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. kemudian Malaikat yang kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya, Malaikat yang ketiga pulak untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi dan Malaikat yang terakhir untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

dan apabila Allah menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1,2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah hamba mukmin itu. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa dosanya kepada hamba mukmin

semoga kiter semua d berikan petunjuk dan sentiasa d redhai oleh Allah. dan semoga kiter sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Allah kurniakan pada kiter. aminn