Saturday 30 November 2013

.. dress outdoor photoshoot ..

assalammualaikum

minggu lepas tie dan suhaizal dah settlekan bab dress untuk sesi outdoor photoshoot nanti. masak jugak lah nak cari yang berkenan. untuk baju suhaizal kitaorang ambil d butik ixora, changlun kedah. dan untuk baju tie, ambil d dsuezys kat area Seriab. famous jugak lah butik dsuezys nih sebab baju baju die selalu masuk majalah pengantin.

kusyuk memilih

baju nikah : hasil tangan kak na
baju sanding kedua dua pihak : butik norsalela
baju untuk outdoor photoshoot : butik dsuezys

maybe tie pakai dress nih nanti

date untuk sesi outdoor photoshoot adalah pada 11.12.13
semoga segalanyer bejalan dengan lancar. Aminn

Friday 29 November 2013

.. love you Mr.Arrogant and Adam Hawa 2 ..

assalammualaikum

ader dua lagik tambahan koleksi novel tie. love you Mr.Arrogant and dekatnya cinta atau d kenali sebagai adam hawa 2.

novel love you Mr.Arrogant nih d adaptasikan menjadi drama yang d tayangkan d TV3. memang mendapat sambutan hangat. episod terakhir drama nih mencatatkan jutaan penonton.

tapi sumpah korang, tie tak sempat nak baca and habiskan kedua dua novel nih. tambahan pulak tie sibuk dengan persiapan perkahwinan. memang tak der masa. insyaAllah bila selesai semua nanti, confirm tie habiskan :)

thanks kat kawan tie yang sanggup tolong beli and poskan pada tie. korang paham jerk lah, kat perlis memang susah nak dapat novel laris and novel baru. terpaksa lah minta tolong org KL :)

Thursday 28 November 2013

.. sayonara boss @ Kelab Bandar Laguna Merbok ..

assalammualaikum

khamis minggu lepas, kitaorang staff tmpoint kedah perlis adakan jamuan perpisahan untuk Encik Raja Syaipuz, SBM kedah perlis. segala persiapan d sediakan oleh tmpoint sungai petani. and majlis nih berlansung d kelab bandar laguna merbok, sungai petani kedah.

mulanyer kitaorang staff tmpoint kangar tak rancang lansung untuk join majlis. yerla, jauh kan dari kangar. lagipun hari jumaat kitaorang kerja. and asalnyer majlis ni hanya secara kecil kecilan. tapi bila team leader tmpoint kangar, kak rakiah offer nak pergi sana, and tanya saper yang nak join, tie and geng geng bujang tak teragak agak nak join. boleh jalan jalan kann :)

awal tu boss tie kata, majlis akan start pada pukul 8 malam. so kitaorang bawak baju untuk tukar d office. lepas solat asar, kitaorang siap and terus gerak ke sungai petani. alhamdulillah pukul 7.30 kitaorang sampai sana. 

khas untuk tatapan big boss
gambar staff dari semua tmpoint kedah perlis

susun atur makanan

nih meja kami duduk

 husna and ilah d depan pintu masuk

mc hari tu
ketua kedai tmpoint kulim, nama tie tak ingat :)

kata jerk majlis start pukul 8 mlm, tapi lepas ting tong ting tong, lastly pukul 9 mlm jugak majlis start. kesian orang kangar datang jauh jauh kelaparan :)

ketua kedai tmpoint kangar bacakan doa
nih boss tie!

seterusnyer, ucapan dari big boss
SBM kedah perlis

tie tak nak komen apa apa. sebab tie baru lagik d tmpoint kangar. tak sempat merasa berurusan dengan Encik Raja. apepun, thanks for everything boss. Encik Raja nih yang banyak tolong tie untuk dapat transfer ke Perlis. semoga boss akan terus berjaya walau d mana pun boss bekerja.

owh yer, Encik Raja akan bertukar ke negeri kelahirannyer, Perak. jadik SBM Perak la lepas nih yer :) and kitaorang akan d gantikan dengan Encik Nazri, SBM Selangor. die akan mejaga seluruh tmpoint kedah perlis lepas nih.

kami dari tmpoint kangar

mama ida

fadilah

azreen

tie dan ida

kami :)

pose selagi boleh! hahaha

kalau tak silap tie, setiap orang yang join nih kena bayar rm15. tapi tie tak berapa pasti, sebab boss yang bayarkan untuk kami semua.

banyak jugak menu malam tu. ader nasi, bihun, ayam, kambing, roti jala, bubur, satay, rojak dan banyak lagik. kalau nak ikutkan hati, banyak lagik tie nak ambil gambar. tapi tie malu weh, sebab tie tak kenal dorang lansung. kann tak pernah jumpa. memang padam jerk la niat nak ambil gambar setiap makanan.

 pakat pakat ambil makanan
semuanyer dah kelaparan weh

 ni jerk gambar yang ade

satay dan sosej

gambar dorang nih pun tie curi curi ambil
dari tmpoint alor star

ida dan azreen
makan puas puas yer, jap g nak balik kangar pulak :)

 begambar dengan Encik Raja

kami staff tmpoint kangar gerak awal sebelum majlis habis
alasannyer kitaorang jauh and esok nyer kitaorang kerja. dorang yang lain tak per la, cuti hari jumaat.

hadiah dari kami untuk Encik Raja

then, kitaorang terus gerak. kitaorang singgah solat d RNR Gurun. kemudian teruskan perjalanan menghala ke alor star untuk hantar ilah. sempat lagik kami singgah makan tomyam d kedai makan family ilah. memang penuh perut malam tu! then, terus gerak balik perlis.

kak rakiah tinggalkan kami d office sebab memasing memang parking kereta kat office. lepas tu tie hantar azreen and ida kat Seriab sebelum balik rumah. dalam pukul 1 pagi cenggitu jugak lah tie sampai rumah. alhamdulillah semuanyer selamat sampai.

macam mana lah agaknyer ragam SBM baru nanti. harap harap semuanyer okeyh okeyh ajerk. aminn

Wednesday 27 November 2013

.. photoshoot pre wedding @ muzium kota kayang ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, tie pergi bergambar dekat muzium kota kayang. memang lansung tak rancang okeyh. semua nyer last minute. kononnyer nih gambar pre wedding lah kann. tapi pre wedding bidang terjun! tie bawak barang barang yang sedia ada d rumah jerk :)

citer pre wedding nih bermula bila tie temankan suhaizal beli kemeja putih untuk sesi outdoor nanti. dan kebetulan ader pulak saiz tie untuk kemeja perempuan. so tie pun beli sekali. and bila dua dua dah beli, kitaorang pun decide bergambar pakai kemeja putih nih.

lokasi pilihan : muzium kota kayang
makeup : sdn bhd
barang barang : sdn bhd
tema : biru kuning, negeri Perlis

tak der photographer hebat, tak der editing gambar, tak der makeup dari memana butik, semuanyer sendirian berhad punyer. kawan tie sendiri yang tolong ambilkan gambar.

bersungguh habis tie pegang cik tedd nihh

konon nyer sweet sangat lah nih kann sampai leh bergurau gurau cenggini. ohooiiii


kiter baca novel, die pun nak baca novel.
tapi buat muka sombong! tak bleh blah kann :)

terserlah bibir merah ala ala kak ton! hahahaha

nampak jerk cool, padahal hakikatnyer kami control habis!


tie suka gambar nih!
suhaizal nak muncungkan mulut tapi tak sempat

harap tak der yang muntah yer tengok gambar tie! hahahhaha

tema biru kuning sempena negeri Perlis :)


semoga pasangan ini akan berkekalan hingga akhir hayat

lots of love


save the date, 06.12.13


haisshhh nyampah pulak tengok! dah macam nak menari pun ader jugak nih :p




yang depan makin gemok, tapi yang belakang makin kurus 


dari kiri tu, farah anak saudara tie, and yang kanan tie tu pulak jieny
die lah yang tolong ambilkan gambar kitaorang
thanks yer jieny

suhaizal candid gambar nih
kitaorang tengah kemas nak balik

alhamdulillah. jadik jugak pre wedding tie walaupun dalam keadaan serba kekurangan. even tak dapat buat seperti yang d idamkan, sekurang kurangnyer ader kann :)

tinggal 8 hari lagi status tie akan bertukar menjadi isteri orang.
kadang kadang kita rasa tak bersedia untuk buat sesuatu. tapi, insyaAllah bila kita dah menerima sesuatu yang baru, nak tak nak, kita akan bersedia. tie sendiri tak tahu tie bersedia atau tak untuk bernikah, tapi insyaAllah, bila dah sampai masanyer, tie akan bersedia dengan semua ini. semoga Allah mempermudahkan segalanyer. aminn

Friday 22 November 2013

.. suprise dari Encik Tunang ..

assalammualaikum

suprise dari encik suhaizal. isnin minggu lepas, tetiba jerk die datang office tie. ajak lunch katanyer. selalunyer kalau nak datang ke, ajak makan ke, memang die akan bagi tahu dulu. tapi kali nih main terjah jerk. tapi tak per, sebab tie memang free time lunch.

nak makan kenny rogers memang tak dapat lah kat perlis nih
so makan jerk lah KFC. lagipun KFC nih memang dekat sangat dengan office tie.

yang sorang makin gemok, yang sorang makin kurus

lepas lunch, tie balik office. rest cuma sejam. so tak der maknanyer nak lepak lelama kat situ. Tmpoint bukan macam HQ. kena masuk rehat ondespot okeyh.

satu yang tie pelik, time tie dah nak masuk office, suhaizal nih asyik senyum senyum jerk. bila tie tanya kenapa, die cakap tak der mende. so tak perla, tie pun abaikan and tak pikir apa apa.

then, lepas 30 minit suhaizal balik, time tu tie tengah ambil payment d kaunter, tetiba ader perempuan datang bawak bunga and sebut nama tie. memang terkejut weh! tak sangka tunang tie yang tak berapa nak romantik sangat tu dah pandai bagi bunga kat tmpoint nih. hahahah.

tengok kertas pembalut bunga nih, die pilih warna purple kuning
kononnyer nak sama dengan tema wedding kami lah tu

muka syiok dapat bunga!
thanks yer hubby. memang suprise kamu menjadik :)

katanyer bunga nih sempena engagement  anniversary kitaorang baru baru nih. then sebagai tanda minta maaf. kan tie kata sepanjang kitaorang pergi langkawi kitaorang asyik gaduh jerk kan. biasa la, dah dekat nak kahwin nih, mende kecik pun d besar besarkan. 

hubby, bb tak ambil hati pun, bb pun nak minta maaf dengan hubby kalau ader salah and silap selama hubungan kiter nih. bb bersyukur d berikan seorang lelaki yang sanggup melayan segala kerenah diri ini. bersyukur kerana bb bahagia d samping hubby. semoga hubungan kita akan kekal hingga akhir hayat. thanks again sayang.

Thursday 21 November 2013

.. jenjalan @ Wang Kelian dan Gua Kelam, Perlis ..

assalammualaikum

hari kedua kak ros d Perlis.
kitaorang keluar rumah dalam pukul 11 pagi cenggitu. sebelum tu, kitaorang makan maggi sebagai alas perut. dari awal lagik kitaorang confius nak pergi wang kelian atau padang besar. kedua dua nyer memang syurga shopping. dan bila tie dan kak ros tak mampu nak buat keputusan, suhaizal terus menghala ke wang kelian. senang, tak perlu nak pikir lagik:)

last tie datang sini, tie baru berumur 12 tahun. time tu jalan memang tak elok lagik. berpusing pusing. memang tie muntah sepanjang jalan. lepas tu memang tie tak der jejak dah wang kelian nih. terima kasih lah pada kak ros. kalau kak ros tak datang perlis, mesti sampai sudah lah tie tak kan jejak wang kelian nih. tapi jalan meghala ke sana sekarang dah baru. dah tak teruk macam dulu. pusing pusing naik turun bukit tu memang tetap ader tapi tak teruk macam dulu.

sampai jerk terus bergambar

wang kelian nih sempadan dengan Thailand. kononyer dah keluar dari Malaysia lah kan. dah masuk Thailand. owh yer, tak banyak perbezaan d antara padang besar and wang kelian. semua nyer sama, dari segi barang yang d jual, harga jualan dan penjual yang memang dari Thailand.

bezanyer cuma kalau d padang besar, ader kompleks yang d penuhi dengan kedai kedai. korang pusing sampai puas dalam kompleks tu untuk shopping. tapi d wang kelian nih ibarat macam pergi pasar malam. kedai kedai berderet d tepi jalan. memang jalan sampai pengsan lah kalau nak singgah ke semua kedai.


pelbagai jenis barangan d jual d sini. sebijik sama dengan padang besar weh! ader pelbagai jenis makanan, mainan kanak kanak, peralatan dapur, bantal, selimut, tikar, patung boneka dan banyak lagik korang boleh dapat kat sini.

sekitar keadaan d wang kelian

antara barangan yang d jual d wang kelian
semua ader kannn. makanan, mainan, anyaman tikar dan lain lain lahhh

tie pun beli gelang kaki macam kak ros tau. memang boleh giler tengok mendealah ni semua. memang nampak macam emas betul. rasa nak rembat semua. hahahha

dapat jugak tie beli ulat besar nih. boleh letak dalam baby boo :) puas bertekak dengan orang kedai tu, nak harga murah kan. kena lah pandai tawar menawar. tie dapat beli ulat ni dengan harga rm18.00 , kak ros pulak dapat beli bantal hello kitty dengan rm10.00 sahaja. murahkan ?

kak ros paling banyak borong. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh terjah blog kak ros. lepas dah puas naik turun bukit untuk singgah dari kedai ke kedai, and lepas memasing dah hitam legam dengan cuaca yang sangat panas, kitaorang gerak dari situ.

turun dari wang kelian, kitaorang terus menghala ke gua kelam, sajerk ajak kak ros singgah sini. lagipun memang tie dah lama tak datang sini.

pintu masuk gua kelam
harga untuk orang dewasa rm1.00 dan kanak kanak rm 0.50
kalau zaman tie datang dulu, satu sen pun tak kena bayar. tapi sekarang dah lain, nak masuk toilet pun kena bayar kann :)

tak banyak pun gambar d sini, ambil buat cukup syarat jerk.
memang terasa sejuk jerk keadaan d sini. maklumlah gua yang d kelilingi bukit. kebanyakan orang perlis datang sini untuk bermandi manda. ader sungai d kawasan gua kelam nih

lebih kurang cenggini lah keadaan sungai untuk mandi manda d kawasan gua kelam
tie tak ambil gambar pun hari tu, nih pinjam gambar encik google.

seterusnyer, kitaorang gerak balik ke rumah tie. mak masak special untuk kak ros. tambah pulak perut memang tengah lapar lepas berhempas pulas naik turun bukit d wang kelian, so memang berselera lah makan. thanks yer mak. sedap masakan mak. pujian ikhlas dari anak manja mak nih. ekekeke

kampung tie memang d kelilingi dengan sawah padi
kak ros pulak jakun katanyer tak pernah tengok padi, so memang begambar depan sawah la jawabnyer. tapi memang sejuk jerk mata memandang bila tengok sawah yang menghijau ni. kena pulak dengan tie yang pakai baju hijau. hahhaha. ader kaitan ker?!

lepas makan, borak borak, then kitaorang gerak balik homestay. balik untuk bersihkan diri dan kemas barang apa yang patut. malam nyer kak ros dah nak naik bas.

dalam pukul 9 malam cenggitu, kitaorang keluar rumah. tie bawak kak ros lepaking kat seagate kuala perlis dulu. sajerk nak bagi kak ros pekena makan lok chin kat sini.

tie nampak gemuk kann dalam gambar nih?!
dasar tak boleh terima kenyataan yang tie dah gemuk dari dulu!

then, tie bawak kak ros naik kereta kuda pulak d persisiran kuala perlis. tahu dah, adam mesti suka kalau naik kuda nih. memang tak duduk diam die time tu. kejap kejap menjengok jerk kepala ke depan nak tengok kuda :)

muka gediks kami naik kereta kuda!

kemudian baru lah kitaorang gerak ke stesen bas kangar. pukul 11 malam, kak ros and adam gerak balik ke KL. rasa sedih pulak bila kak ros nak balik malam tu. even sekejap die datang ke Perlis, tapi setiap masa yang ader kami isi bersama.

dan untuk kak ros, thanks tau sudi datang melawat tie d kampung nih. maaf kalau ader kekurangan layanan or apa sahaja yang terkurang dari tie, suhaizal and family. rasa terubat rindu pada kengkawan KL bila kak ros datang sini. tetiba teringat kat dorang semua. kat kak deela, kak jijah, kak nad, kak hajar, kak midah and semua lah. hasihhh teringatnyer.

tie dan suhaizal malam tu
tie pakai tudung baru :)

tie tahu kak ros and kengkawan HQ yang lain tak dapat datang wedding tie nanti sebab korang ader team building kat Perak. memang rasa sedih sangat. tapi tie paham dan redha dengan segala ketentuanNya. cukup lah kalau korang semua tak lupakan tie d sini. itupun dah memadai.

semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal sampai bila bila. harap kak ros and kengkawan d HQ KL semua tak lupakan tie. and kalau sesiapa yang ader niat nak datang ke Perlis, kedatangan korang semua sangat d alu alukan :)