Thursday 28 February 2013

.. dating with BFF @ Kuala Perlis ..

assalammualaikum

entry terakhir tie d kampung

hari Selasa malam, tie kuar makan dengan Dilla and Farah. kawan baik dari sekolah menengah lagik. cuma Aya jerk tak der. die dah balik KL awal. so die tak dapat join. tak per, next time yer Aya, kita kuar lagik.


kali nih kitaorang makan kat Komalaut, Kuala Perlis. kat sini memang famous dengan pelbagai makanan laut. korang cakap jerk nak ape, semua ader.


kat dalam Komalaut nih, ader beberapa restoran. dan Restoran Mona Ikan Bakar menjadi pilihan kami. kat sini memang sedap masakan nyer. tambah tambah lagik kalau seafood. 


pergi time cuti, memang cenggini lah rupanya. memang ramai orang

sekitar kawasan Kuala Perlis


inilah menu kami
ikan jenahak bakar dan masak tiga rasa, udang masak sambal petai, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan ulam ulaman.


kasi zoom lagi dekat, gambar makanan kegemaran tie. sotong goreng tepung Kuala Perlis. memang wajib makan setiap kali balik kampung :)


tie dan dilla


farah
makan free lagik kali nih, farah belanja. thanks dear. semoga d murahkan rezeki :)

kitaorang memang tak kemana. memang lepaking kat restoran nih jerk. siap makan, borak then balik.

malam tu dapat berita yang sangat mengembirakan dari dorang. farah akan melansungkan perkahwinan pada bulan May nih. alhamdulillah. tahniah sayang. and yang paling tekejut, dilla jugak akan melansungkan perkahwinan die pada hujung tahun nih.

kalau lah tie jugak berkahwin pada tahun nih, jadiknyer kitaorang bertiga berkahwin dalam tahun yang sama. best kan :) tapi tie tak confirm lagik. selagi tak dapat tukar ke Perlis, memang tie tak akan ader tarikh yang tepat untuk melansungkan perkahwinan. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. aminn.

Wednesday 27 February 2013

.. Hantu Kak Limah 2 @ Jitra Mall ..

assalammualaikum

hari Isnin, hari ketiga d kampung. tie dan Suhaizal ke Jitra Mall. memang niat nak tengok wayang. kitaorang gerak kesana lepas magrib. tapi memang nasib, hanya cerita Hantu Kak Limah 2 sahaja yang ader. yang paling awal lah. yang lain semua pukul 12 tengah malam. so memang tengok yang tu jerk la :)


kami tak pergi berdua. tapi pergi dengan Brie and isteri. tapi gambar tak ambil pun. susah kan keluar dengan orang yang tak suka begambar.

filem arahan Mamat Khalid nih dah mula ditayangkan di pawagam bermula 7 February yang lepas. Filem komedi keluaran Tayangan Unggul Sdn Bhd nih berjaya mengutip RM3 juta selama tiga hari tayangan. erm. banyak kan.

pada tie, cerita nih biasa biasa jerk. cerita komedi melayu. tapi banyak yang tak logik la. kalau sekadar nak release tensyen atau nak bawak anak anak tengok wayang, memang sesuai lah tengok movie nih.


saya dan Encik Tunang
dua dua pakai baju baru, from ROMP :)

nih Brie dan isteri
dorang nih memang tak suka begambar, memang susah nak ader gambar kalau keluar dengan dorang.

balik dari tengok movie, kitaorang singgah makan kat Kuala Perlis. then baru balik rumah

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura..

Di dalam kekecohan itu Dr.Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku ? Siapakah yang menculik Husin? Saksikan Hantu Kak Limah 2 di pawagam berhampiran anda.

Tuesday 26 February 2013

.. petua untuk rawat kulit berkedut ..

assalammualaikum

tie nak kongsi dengan korang petua untuk merawat kulit berkedut

parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. campur sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur ke dalamnya. sebatikan bancuhan itu lalu oleskan pada kulit sekali sehari. amalkan sehingga anda lihat perubahannya.

selamat mencuba (*_*)

hijau menawan hati :)

Monday 25 February 2013

.. dating and lepaking @ Perlis Indera Kayangan ..

assalammualaikum

hari kedua d kampung, tie keluar dengan Suhaizal. just lepaking kat Kuala Perlis. memang sesaknyer kalah KL weh. penuh jerk dengan manusia. kan cuti Chinese New Year. agaknyer semua orang datang terjah Langkawi kot. itu yang penuh nyer jerk kereta kat Kuala Perlis nih.

sebelom tu tayang gambar masakan my mum
walaupun tersangat lah simple, tapi ianya tetap menjadi masakan paling sedap. ini lah kelebihan masakan air tangan ibu :)

lepas jenjalan and lepaking kat Kuala Perlis, tie ke rumah Suhaizal. sebelom pergi, kitaorang singgah beli satay. semestinya Suhaizal lah yang belanjer. memang adil betol lah Suhaizal nih. malam sebelomnyer die belikan satay untuk rumah tie, dan keeseokkanyer beli untuk rumah die pulak :) bagus kan. haha

Encik Tunang saya

dan lagik tie minta Suhaizal ambilkan gambar tie.
time nih traffic light tengah merah :)

ini semua poyo!!
kami pakai hijau sedondon :)

terbaikk :)

malamnyer kitaorang pergi karoke dengan Brie dan isteri. lepas karoke, sempat lepak minum kat area Seriab. then, baru balik rumah

Friday 22 February 2013

.. mandi manda @ Bukit Ayer Perlis ..

assalammualaikum

entry hari pertama di kampung

bila tie sampai kampung, kakak tie yang stay kat Gerik tu memang dah ader kat rumah. die pun balik jugak. die ajak kitaorang mandi manda d Bukit Ayer, Perlis. memang lansung tak rancang. so jadi la picnic yang ala kadar.

jop tengok gambar sekitar kawasan Bukit Ayer, Perlis. tempat nih memang menjadi salah satu tempat yang famous d Perlis. memang sentiasa d kunjungi orang lah. tambah tambah kalo weekend.





kitaorang gerak lepas zohor. nama pun picnic yang tidak di rancang kan. so bawak makanan apa yang ader jerk. tersangat lah simple korang. memang ramai sungguh orang time tu. sampai jerk, kitaorang terus naik ke atas. terpaksa mandi kat atas, sebab kat bawah ramai sangat orang.

ambil gambar dari atas tangga :)

kena naik tangga ni untuk ke atas

bila dah jumpa tempat untuk lepaking, letak barang barang semua dan begambar!! hahaha. ini adalah perkara pertama yang perlu dilakukan tau :)

tentu nyer Encik Suhaizal pun ikut serta :)

dari kiri, farah (anak saudara tie ), tie gadies, kakak mala and my lovely mum

makanan simple yang kitaorang sempat bawak adalah nasi putih, ikan kembung bakar, ayam goreng tepung, sayur, sambal belacan and keowteow goreng tanpa sayur hijau. nih jerk yang mampu. hahaha. saper suruh tak plan awal2 kan :)

abang ipar tie yang goreng keoteow nih
kan tie cakap, tak der sayur hijau kan? kosong jerk :)

my mum wif kakak mala

suhaizal nun jauh d sana
orang lain sibuk makan, die awal2 lagik dah masuk dalam air

farah, anak saudara tie

dah dekat setahun lebih tie tak datang sini. zaman sekolah dulu kala selalu lah datang sini. sampai kena marah dengan my mum lah. balik skolah jerk datang. yerla, time tu budak budak lagikk kan.

memang puas la mandi. my mum sorang jerk yang stay kat atas. jaga tempat katanyer. haha. padahal die memang tak nak jejak dalam air tu.

kami :)

biar gambar nih nampak sangat gemok, tapi nak jugak masukkan :)
mood : redha jerk la

lama jugak lah kat sana. siap bersihkan diri and semua, kitaorang gerak balik. alhamdulillah. seronok sangat bila dapat balik kampung and bersama family. moga cepat tie dapat tukar ke Perlis. nak balik duduk dengan ma :) moga Allah permudahkan segalanyer.

malamnyer, kitaorang ke Kuala Perlis. sajerk keluar lepaking. sempat singgah makan kat kedai yang selalu tie pergi. tapi tak makan besar pun. just makan sotong and udang goreng tepung.

gambar nih jerk yang ader. gambar orang lain and makanan tak amik pun

habis entry seharian di kampung :)

Thursday 21 February 2013

.. kulit kayu manis hilangkan parut ..

assalammualaikum

satu lagikk petua yang tie nak kongsikan dengan korang. kelebihan yang ader pada kulit kayu manis yang mampu menghilangkan parut. meh tengok cara cara nyer.

tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. campurkan serbuk ini dengan sedikit air. then bancuhkan bersama bedak sejuk. setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. lakukan sekerap yang mungkin. lama kelamaan, parut akan beransur hilang. petua ini jugak sesuai untuk menghilangkan bintik bintik hitam dan jerawat di wajah :)

merah putih
senyum nampak gigi :)

selamat mencuba (*_*)

Wednesday 20 February 2013

.. dating, shopping and movie @ KLCC ..

assalammualaikum

keesokkannyer, hari terakhir Suhaizal d KL, tie bawak die ke KLCC. kitaorang pergi naik tren. kan dekat jerk dengan rumah tie. cuma naik tren satu stesyen jerk. sebelom tu kitaorang singgah lunch kat kedai Kampung Baru.

menu lunch

sempat lagik begambar sebelom gerak dari rumah :)

sampai jerk, terus beli ticket. kitaorang tengok movie action yang paling latest. layan movie a good day to die hard. super duper best beb! a lots of action der! memang tie suka la kann movie cenggini.

dan lagikk begambar sebelom masuk panggung

terbaikk!!

habes layan movie, kitaorang beli roti kat AuntieAnne's. then lepaking kat taman. 

rileks jerk rasa. memang tak ramai orang. bukan weekend kan :)

kalo amik gambar sendiri, cenggini lah jadinyer.

die pun nak jugak gambar kat sini.hahaha

muka tekejut

kat depan pintu taman :)
gong xi fa chai!!

satu satunyer gambar kami berdua. minta orang amikkan. tak malu kan tie? hahaha

sebelom balik ke stesyen, sempat singgah kat Romp,KLCC. alih alih terbekenan kat satu sweater purple nih. bila Suhaizal suruh tie cuba, memang tak lepaskan peluang la kann. untunglaa ader orang nak belanja :)

cuba dulu :)

pastu terus beli dan bayar. haha
die pun ade beli jugak. dua helai tshirt. satu warna pink and satu lagik warna hijau.

then balik rumah, makan and bersihkan diri. lepas Isyak kitaorang gerak dari rumah. alhamdulillah semua nya okeyh. tak jem sangat pun. kitaorang singgah kat perhentian Sg Perak.

nampak sangat orang tu lapar kan :p

muka mengantok

pakai sweater baru :)

kemudian kitaorang teruskan perjalanan and selamat sampai d Perlis Indera Kayangan pukul 5 pagi. alhamdulillah