Monday 31 December 2012

.. bye2 mutiara bangsar, hye2 menara telekom ..

assalammualaikum

sambungan dari entry menara mutiara bangsar ke menara telekom, ini adalah entry hari hari terakhir d Menara Mutiara Bangsar. 

setiap division d beri kan bubble untuk bungkuskan PC, printer and faxs. masing masing begotong royong untuk bungkuskan segala peralatan yang ada.

bubble yang d berikan

tie, pieka and hafiz tolong potongkan bubble untuk setiap seorang

kak mid and kak midah kusyuk bungkuskan pc memasing

selesai kemas and bagai, kitaorang buat farewell sempena nak tinggalkan Menara Mutiara Bangsar ni ha. buat collection sikit, tambah dengan duit saki baki pantry, kitaorang beli snack plate KFC sorang satu.

idea our CFO, Encik Zamri, die ajak makan ala ala kampung. bersila reramai. first time weh makan kat office cenggini. tapi memang terbaik lah!!

pinjam bubble yang HR kasi nih kejap, pastu kitaorang pulang balik tau :)

dan ini lah kedudukan kitaorang.
memang enjoy tau. rasa macam makan kenduri pulak

satu lagikkk :)

alhamdulillah selesai semua. lepas nih tak der lagik yer entry pasal MMB nih. say bye2 dah :)

dan kat bawah ni pulak, sajerk nak tayang meja tie gadies dulu dan sekarang.

nih meja tie time kat MMB. memang serabut kan. hahaha

dan ini pulak meja yang dah siap d kemas. habes bungkus barang2 bawak ke Menara Telekom.
tinggal rangka jerk ni ha

dan dan kat bawah ni pulak keadaan, kedudukan kami d office baru. memang segala galanyer baru :)

kedudukan dari pintu masuk

tempat tie, kedua dari kiri

gambar ni snap time tie pergi melawat office baru. time tu tak pindah barang habes lagik

dan ini pass baru tie
ni gambar lama, sebab time tu tak sempat nak pergi ambil gambar baru

ini pulak gambar meja tie sekarang. meja d office baru. nih semua sementara jerk. tak deco habes lagik. tahun ni nak tukar tema, nak segalanyer warna pink :)


sempat possing d office baru.
gambar hari jumaat lepas (*_*)

azeera and zihah
meja dorang kat belakang tie

wif pieka

dan gambar tie hari jumaat lepas sebagai penutup entry

alhamdulillah, sekarang kitaorang semua dah stay kat sini, Menara Telekom. moga segalanya akan baik baik sahaja, kalo office baru, biarlah mood kerja pun baru kann :)

Thursday 27 December 2012

.. glasses @ Nose, Mid Valley ..

assalamualaikum

jumaat lepas, tie and office mate ke Mid Valley.
sajerk pergi cuci mata and berjumba jumbi

tengok gambar tie and pieka pakai peplum dress besama :)

and kasi thanks sesangat kat kak ros sebab kasi belikan glasses untuk tie. ini adalah janji kak ros. akhirnya janji kamu d tepati darling. berbaloi baloi tunggu birthday gift nih :)

glasses from nose
very appreciate it! i like :)

try dulu sebelom beli


dan untuk kak ros, thanks, thanks and thanks (*_*)

Wednesday 26 December 2012

.. majlis persandingan @ Besut, Terengganu ..

assalammualaikum

entry bergambar!

majlis persandingan zaza dirumah pengantin lelaki berlansung pada hari Sabtu, 22/12/2012.

hari jumaat malam, tie join kak deela n family konvoi reramai ke Terengganu. tiga buah kereta semuanya. ader lima family yang join konvoi nih. kitaorang gerak tengah malam. memang jauh sungguh perjalanan kami. memang banyak kali stop lah. pejam celik pejam celik, tak sampai sampai jugak.

dan pukul 11 pagi kitaorang selamat sampai d Kuala Terengganu. singgah untuk sarapan then teruskan perjalanan. dalam pukul 12 lebih macam tu, kitaorang bejaya sampai ke Pekan Jaabi, Besut, Terengganu. alhamdulillah. nik datang jemput kitaorang dan bawak kitaorang ke rumah saudara die yang die sediakan. dapat lah rehat dan bersihkan diri d rumah tu. memang terus siap siap untuk ke rumah kenduri

breakfast d Kuala Terengganu

cuaca memang agak merisaukan. tak henti henti hujan. tapi apepun, majlis tetap perlu d teruskan. sampai jerk, terus terjah makanan dulu. memang lapar weh hujan hujan ni. tambah tambah kitaorang ni tetamu yang datang dari jauh tau :)

ni la pasangan pengantin yang d raikan
zaza and nik
skin colour menjadi tema pilihan dorang

jop tengok gambar kitaorang d sana (*_*)

kami besama pengantin

family pihak lelaki

ni satu satunye gambar kitaorang besama pengantin
antara kengkawan office yang datang

dan ini pulak gambar tie gadies ambil berkat sengsorang
Encik Suhaizal kan nun jauh d Perlis sana :)

gambar pengantin makan beradab

again and again :)

gambar cenggini wajib ado!

dan untuk ko Zaza, selamat pengantin baru sekali lagik!!
cantek sangat tau!
semoga bahagia hingga ke syurga dan semoga menjadi isteri yang solehah kepada Encik Suami (*_*)

selesai majlis d rumah nik.
kak deela dan lain lain terus gerak ke Kuala Terengganu. dorang pergi bercuti d sana. dan tie pula ke Kubang Kerian, Kelantan. stay kat rumah Yus, kawan belajar tie dulu. die datang dengan husband. petang jugak Yus datang umah nik and dalam pukul 8 malam macam tu kitaorang sampai Kelantan. pejalanan jadik lambat sebab hujan lebat sangat. tambah pulak dengan jemnyer.

malam tu, yus goreng kepok losong fresh. memang terbaik! dah lama tak makan fresh fresh cenggini. kepok panas bila hujan lebat, sedapp la kannn.

esokkannyer, Yus bawak tie jenjalan kat Kota Bharu. kitaorang ke KB Mall. tapi jem tak payah citer la kann. hujan pulak tak henti henti. memang tak dapat nak bejalan ke tempat lain.

jem macam kat KL weh

dulu tie blaja kat Kelantan, tiga tahun stay sini. tak banyak yang berubah. memang dah lama tak datang sini. agak excited lahh even time zaman belaja dulu, boleh d katakan setiap weekend datang sini.

sampai jerk, kitaorang makan kat food court. 

snap dulu before makan

Yus

ni pulak anak Yus, Aira Maisara

then jalan jalan kat situ. sempat jugak shopping :)
tie beli sehelai suar jeans merah, sehelai peplum dress warna biru and sehelai dress labuh warna yellow mustard

Yus pun shopping jugak. banyak jugak yang die rembat

sebelom gerak dari KB Mall

balik dari KB Mall, terus balik rumah. bersihkan diri and kemas bagai, then kuar balik untuk ke stesen bas. tie balik naik bas malam tu. Lan and Yus hantar tie

Yus ' family

sempat lah makan kat food court tesco sebelom naik bas.
thanks korang banyak tolong :)
tak sempat nak bejalan sangat sebab cuaca hujan. frust tak dapat pergi Pantai Cahaya Bulan :(

Wednesday 19 December 2012

.. majlis persandingan @ Perlis Indera Kayangan ..

assalammualaikum

entry berjuta gambar!

Sabtu, 15/12/2012 berlansungnyer majlis persandingan zaza di Taman Ria, Arau Perlis.

tie tak pergi awal sangat. sebab kurang sihat pagi tu. perut tetiber meragam. dalam pukul satu macam tu, baru tie and suhaizal gerak ke sana.

time kitaorang sampai, rombongan pengantin tak sampai lagik. jadik sempat la kami makan dulu. kebetulan, kak na and family pun baru jugak sampai. kak tie dari KL pun sampai time tu jugak. so kitaorang makan sekali.

nik and zaza reception

 then zaza ader buat ruangan untuk guest book and wishing tree. memang tie tak ketinggalan untuk join. just sempat tulis untuk wishing tree, untuk guest book tak sempat. sebab awal tu, ader ramai orang. tie ingat nak tulis kemudian, alih alih terlupa dan balik macam tu jerk.

wishing tree

guest book. simple but nice

wishing tree

ader persembahan silat dari budak budak untuk rombongan pengantin yang baru sampai. tie stay dari jauh jerk, sebab cuaca panas sangat :)


seterusnyer pengantin d bawa ke singgah sana pelamin. duduk bersanding, acara renjis merenjis and begambar (*_*)

gabungan warna turquoise and purple jadik pilihan warna tema baju zaza. dan ahli keluarga and kengkawan pulak bertemakan warna peach.

kedua dua pengapit ni cousin zaza

kak tie and abang asri dari KL

dan ini adalah gambar yang paling penting d abad ini. haha
tie gadies besama pengantin.
baju tie ikut tema okeyh. peach colour:)

Ila and Mizan pun datang jugak.
dan ini gambar kami berenam.

dan dan dan ini gambar wajib tie gadies yer:)
gambar bersama Encik Suhaizal.
kesian Suhaizal kena pakai baju yang ada warna ala ala peach pink jugak, pastu kena bahan dengan kak Deela, jambu katanyer. tapi die cool jerk walaupun begambar semua macam muka terpaksa!:)

dan ini pulak gambar tie besama kengkawan belajar
alhamdulillah dapat jumpa dengan dorang. jadik mini reunion la jawabnyer.

lagik gambar kami di bawah (*_*)

azim aziz besama pengantin

dua dua pengantin baru, meletops!

zaza wif kak miera and fatin
dorang ni cousin yang paling rapat dengan zaza

awa and fitri.
dorang baru dapat baby bam bam ni. awa ni kawan praktikal tie and zaza dulu

ini pulak gambar besama jiran tie dari KL

pasangan sweet d abad ini, kak na and abg aziz
berpeluh peluh abg aziz ha, dah macam mandi dah

lepas ni tinggal kami bertiga la kat kampung baru
zaza dah tak der :(

kak miera and kekasih hatinya

wif kak pipah
wif kak ana
dan ini pulak gambar besama ida
mama boyot ni pun kawan kitaorang time praktikal dulu

ini pula safa and baby sulong nyer :)

pasangan baru tunang ni pun datang :)
fara and shahril

dan inilah orang paling penting majlis! shahrol, cameraman majlis persandingan zaza
die ni jugak yang ambil gambar majlis tunang tie hari tu.
memang terbaik perkhidmatan yang die berikan. dari pagi sampai ke malam, tiga hari berturut turut, lansung die tak merungut. memang terbaik! so kalo ader yang berminat, boleh call shahrol di num 017-4768583! siap promote lagik kan :)

selesai majlis perkahwinan zaza.
tunggu entry majlis d rumah pengantin lelaki pulak 22/12/2012 ni Terengganu. alhamdulillah segalanyer bejalan lancar. tie stay kat rumah zaza sampai pukul 7 malam. itu jerk yang tie mampu untuk tolong apa yang patut.

untuk zaza dan nik, korang nampak cantek dan segak sangat hari tu. terpancar wajah kegembiraan and kebahagiaan kat muka korang. aku doakan korang akan bahagia, bahagia dan bahagia hingga akhir hayat. semoga korang tabah untuk apa jua dugaan yang datang. cepat cepat dapat baby okeyh :)

aku happy bila kau bahagia zaza. aku sayang kau sampai bilabilla!!!!!

kat bawah ni, gambar outdoor zaza sebagai penutup entry.
tie copy dari facebook shahrol :)