Friday 31 August 2012

.. selamat menyambut hari kemerdekaan ..

assalammualaikum warga malaysia sekelian!

entry khas sempena hari kemerdekaan negara kiter yang ke 55.
alhamdulillah kiter masih d beri peluang untuk hidup dalam keadaan aman damai d bumi yang merdeka ini. jadilah manusia yang sentiasa bersyukur sementara nikmat keamanan ini masih ader dan janganlah kiter menyesal d kemudian hari (*_*) cewaahhh macam ahli politik pulak kann!


as usual, setiap tahun pada bulan August pasti adenyer kempen kibar jalur gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. kiter akan lihat rata rata warga Malaysia akan mengibarkan jalur gemilang tak kira d mana jua mereka berada. jop kiter tengok dorang yang ader semangat patriotik nih.

jalur gemilang pada basikal

jalur gemilang pada kereta

jalur gemilang pada motosikal

dan bagi kami staff tm, kitaorang pun ader jugak tau semangat kemerdekaan sebagai tanda sayang pada malaysia. selain pakai baju malaysia ramai ramai hari tu, kitaorang jugak dapat ' lencana merdeka ' sorang satu. pakat pakai lah ramai ramai yer :)

ini ha lencana nyer

sajerk letak pic nih! time pakai baju malaysia ramai ramai hari tu :) ngaummmmm!

ni ha tie dah pakai lencana merdeka :)
thanks kak ros kasi layan kerenah tie gadies pepagikk :)

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55




Thursday 30 August 2012

.. SAM d pawagam raya pertama ..

assalammualaikum

raya pertama, skop production ada satu filem baru dari pengarah baru iaitu Syafiq Yusof. adik kepada Syamsul Yusof . wahh!! hebaaat kan baru berusia 18 tahun die dah bejaya buat filem!

bak kata orang, abang buat filem aksi, adik pulak buat filem thriller! kann menarik. tapi ayah die asyik filem polis jerk kann. boring. huhu.

SAM ( saya amat mencintaimu )
bermula d pawagam 19 August 2012

dan dan dan bagi tie gadies yang kaki wayang ni, memang pergi tengok la kan.. haha! tie pergi pada hari raya kedua. tengok kat alor star mall.

pengarah muda, Syafiq Yusoff

so kalo korang nak tahu bagus tak bagus movie yang Syafiq hasilkan ni, tunggu apa lagikk, pakat pakat terjah tengok filem SAM nie yer! bagi tie okeyh la. cerita yang buat kita befikir. tapi apepun memang sweet lakonan lisa surihani n shaheizy sam ni. lovely couple lah! so, support our film industries. Insyaallah tak mengecewakan

peace (*_*)







Wednesday 29 August 2012

.. Eid mubarak 2012 ..

assalammualaikum

salam Syawal buat semua umat Islam tak kira d mana anda berada (*_*) !! cewaahh! ayat tie gadies dah macam artiss gitu.. *geli kan!! okeyh, hari ni da masuk hari raya ke sebelas kiter menyambut hari raya aidilfitri. dah macam macam jugak lah yang dah masuk dalam perut kiter kan. ketupat, rendang, lodeh and macam macam lagi lahh. abess lah diet tie gadies kali ni. puasa sebulan dapat turun 1 kg, tapi baru raya  sebelas hari dah naik 2 kg. huh!

d kesempatan ini, dengan seikhlas hati, tie memohon maaf jika pernah melukakan hati mana mana insan yang pernah kenal diri ni. maaf yer jika pernah terkasar dengan korang semua samada sengaja mahupun tidak. tie gadies hanyalah insan biasa. insan yang tak pernah lari dari kesilapan.

so, macam mana korang punyer cerita raya tahun ini?
tahun ni family tie tak pakai baju raya sedondon. last year kitaorang beraya pakai baju merah semua, sedondon. tahun ni memang tak der preparation. segalanyer dalam sederhana. tambah pulak rumah tie sekarang tengah renovate. tak sempat raya dengan rumah baru. 

tema tie gadies tahun ni adalah biru yer korang. pakai pulak selendang pink. memang santek la kan.. puji dri sendri nampak!! meh tengok gambar kat bawah ni. tapi hanya gambar tie! tak sempat begambar degan family. sebab hari raya pertama hari tu memang sibuk sangat. ma masak nasi kandar dan ayam merah! memang ramai sungguh yang datang makan. memang laku. petang dah abess licin semuanyer. menu tambahan yang lain, ader laksa, ketupat, sup daging terbaik dan kuih muih.

kisah baju raya tie gadies!
sebenarnyer baju yang tie pakai ni belum siap sepenuhnyer. cousin tie tak sempat siapkan. tapi d sebab kan tie gediks sangat nak pakai jugak warna biru ni kan, so pakai la jugak baju tak siap pun! sepatutnyer lace pink ( macam kat tangan baju tie ) kena paste kat bahagian dada. sekarang baju tu dah ader pada cousin, nant dah siap sepenuhnyer, tie tayang okeyh!

ni satu lagikk. biru pink :)

sebenarnyer tie tak pandai sangat pakai selendang baru ni. ala ala heliza helmi katanyer. tapi tak jadi kot! haha. main hentam jerk :)

sekian sahaja

Tuesday 28 August 2012

.. cerita sebelom raya ..

assalammualaikum korang

lama sungguh blog tie gadies ni sunyi kann! nama pun balik kampung. memang tak der yang hingin lah nak hapdet blog kan. memasing sibuk beraya beb!

ni beg kepunyaan tie gadies time balik kampung

tie naik bas kat stesen duta hari khamis malam, and alhamdulillah sampai perlis dengan selamat nyer hari jumaat pagi. kebetulan malam tie naik bas tu, ader bas dari kl ke utara terbabas. excident! memang ramai yang cedera. Ya Allah, nasib baik bas tie naik selamat semuanyer. syukur sangat.

hari jumaat tu jugak, tie ke alor star mall. shopping raya tambahan! haha. boleh ke cenggini. tak puas ker shopping kat kl, balik pulak sambung kat perlis. huh!

kuning, putih, orange :)

hari sabtu nyer pulak, tie buat kuih raya dengan kak mala. memang dengar suara kiraorang jerk la hari tu. kakak tie yang sorang tu memang kecoh sikit. sekali die bersuara, semua dah tak boleh menyampuk. haha. sorry kak :)


kitaorang buat cake coklat, kuih badam, kuih kelapa and ader lah lagik kuih yang simple simple. dari pagi hingga lah ke petang, baru selesai semua. memang besepah la dapur time tu.


tapi tapi sekarang tie dah kat kl. balik hari sabtu lepas. naik bas malam. tak syiokk! ikut hati tak nak bepisah dengan ma. nak jerk melekat kat sana. huhu. tapi apakan daya, tie keje kat sini.

apepun, memang tersenyum kalo teringatkan moment hari tu. tiber tiber aser indu sangat pada ma and family. biler la agaknyer tie dapat stay kat kampung kan.. semoga Allah permudahkan urusan tie, semoga cepat impian tie tercapai. aminn

Thursday 16 August 2012

.. syiok nyer raya ..

assalammualaikum

pengumuman kepada semua orang kampung! malam ni tie gadies balik kampung yer! alhamdulillah saat yang d tunggu tunggu tiba jua kann. pada bonda tersayang, tunggu ye anak manja ma dah balik :)

barang semua dah siap packing. tie naik bas kul 9 malam ni kat stesen duta. doakan tie selamat sampai yer korang.


dan d kesempatan yang mulia ini, tie nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan. maaf zahir dan batin. tie minta maaf andai ader tersalah silap dan terkasar bahasa.

semoga hari raya tahun ini akan memberikan pengertian bermakna dan kebahagian yang beganda buat korang semua. dan blog tie gadies ini pasti sunyi sepanjang cuti raya ni yer. memang tak update lah kalo kat kampung


salam aidilfitri

Wednesday 15 August 2012

.. 10 ramadhan terakhir ..

assalammualaikum


sekarang dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan
marilah kiter memperbanyakkan doa. berdoalah pada bila bila masa, dalam apa jua keadaan, sambil berdiri, duduk, berbaring, tengah rehat, dalam kenderaan, tengah buat kerje dan lain lain.
janganlah d lepaskan peluang keemasan ini untuk memohon daripada Allah SWT agar d berikan kesejahteraan d dunia dan akhirat.

Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni

Tuesday 14 August 2012

.. iftar besama family ..

assalammualaikum

haishh lagik brape hari jerk lagikk nak balik kampung ni.. dah tak sabar sangat dah ni! asyik menghitung hari jerk! barang barang pun tie dah packing separuh. excited punyer pasal kann korang!

nih nak citer sal iftar semalam. bebuka puase reramai kat restoran kenyiang dot kat kampung baru. tak boleh pergi jauh jauh sebab kak na n abg aziz adalah orang yang paling sibok d saat ini! banyakk lagikk baju yang belom siap. dat y tak bleh pergi makan jauh jauh!

kedai makan ni memang dekat sangat dengan rumah. so kitaorang jalan kaki jerk reramai ke sana. kang kalo bawak kete, tak der parking pulak. paham la kampung baru macam maner kann

ini ha menu bebuka semalam!
ader ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur bungkus, daging masak merah dan udang masak sambal!

jop tengok gambar gediks kitaorang!

abang aziz dan kak na!
thanks tau kasi belanja iftar kali ni.

angah dan along

zaza dan adik

tie dan kak ju

kami

nak jugak gambar sorang!!

dan ini lah keadaan meja selepas selesai makan!! huh! abess licin semuanyer!

siap makan, jalan kaki balik rumah. nasib baik lah dekat. kalo tak, maunyer terkandas d tengah jalan! sebab perut masing masing dah penuh, kenyang sangat!!

itu sahaja! selamat bebuka korang :)

Monday 13 August 2012

.. dagang avenue foodcourt ..

assalammualaikum

saper kat sini yang tahu sal dagang avenue foodcourt?? medan makan yang best la bagi tie. first time tie pergi dengan kak dira dan abg naz! tapi semput jugak la nak sampai sini. kitaorang tak tahu jalan. harapkan kak dira yang dah bekali kali datang tapi still tak ingat jalan. last2, gps jugak yang kitaorang guna :)

kitaorang bebuka d sini. parking memang susah lah. so kalo korang memang nak datang bebuka kat sini, make sure korang kena datang awal okeyh!

pintu depan dagang avenue foodcourt

kat sini ada burger bakar beb! terbaik! tie dah cuba :)

ini pun ader

kat sini ader macam macam kedai. ader western, nasi lemak, seafood, goreng goreng and bagai lah! korang just pilih jerk nak makan aper.



ini air tie dan abg naz. gelas besar ni harga nyer rm4, kalo gelas kecik rm3. beza cuma singgit! tapi memang banyak lah! tak dapat nak habeskan!

hari tu kitaorang makan nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, kerang rebus and ayam masak merah. tie tak amik gambar pun sebab makanan sampai bile dah azan. lapar sangat kan. terus makan. dah tak hingat nak amik gambar.

ini pula burger bakar single. rm12.50. tie makan ni time kali kedua tie datang sini. sajerk letak pic kat entry ni skali. young tau fu kat sini memang murah, rm1 satu batang. selain tu, chicken chop kat sini pun sedap. dah try jugak :)

abg naz yang malu malu! apepun, thanks sangat abg coz layan kan kerenah kitaorang. tambah tambah kerenah kak dira. mesti malam tu, abg terus pengsan kan biler sampai umah. haha

dan ini pula gambar saya besama kakak kesayangan! 

lepas bebuka, kitaorang ke jalan tar. niat asal cuma nak teman kak dira shopping raya. tapi last2 tie jugak yag banyak belinyer! haha. memang tak boleh ubah kann! sampai kena marah lah dengan orang jauh. sebab selalu shopping tak hingat!

abang naz pula just follow jerk. pengikut setia :)

abg naz dan kak dira! amik duit dulu yer :)

dah macam sales girl dah kan! haha. abg naz punyer keje la ni

memang penat la beb! hampir kul 1 pagi jugak la kat sana! lama sungguh memilih barang! siap shopping bagai, duit pun da abess semua, terus gerak balik. thanks abg naz hantar tie balik. maaf kalo kitaorang ader susahkan abg. memang nampak sangat muka kepenatan abg malam tu :)

Sunday 12 August 2012

.. aktiviti besama pieka ..

assalammualaikum

kejap jerk kan. hari ni da hari ke 23 ramadhan. Ya Allah cepat nyer ramadhan akan tinggalkan kita kan. sebak pula rasa. sebab ramadhan kali ni rasa singkat sangat. ntah ini ramadhan yang terakhir untuk kite? ntah dapat atau tidak kita betemu remadhan yang akan datang

entry last week. tie n pieka ke amcorp mall. release tensyen katanyer!! sajerk gedik rehat kan diri d saloon kat situ :)

tapi sebelum tayang gambar hari tu, nak kasi tayang dulu gambar cake tuppaware dan buah mata kucing pemberian kak ros. thanks sesangat kak ros. kalo tak sempat, lepas raya baru tie balas yer kak ros. dan yang pastinyer kat dalam tu mesti ader isi yang menarik:)

cake coklat! memang sedap

mata kucing!

okeyh, continue balik! kitaorang sampai sana dalam tengah ary cenggitu. terus terjah saloon tu! time tu customer tak brape ramai lagikk.

gambar sebelom d massage :)

pieka! dalam proses d massage

kul 6 petang baru siap semua! huh! betapa yer tie gadies! lama sungguh. sebelom gerak balik, sempat lagikk kitaorang begambar dengan pekerja kat saloon tu. dorang ni la yg kasi massage kitaorang nyer rambut



then kitaorang terus ke malis corner area danau kota. nak bebuka kat situ.tekak teringin nak makan nasi lemak.

terbaik beb!!

(*_*)

satu lagikk ha!

siap makan bagai, terus gerak balik. pieka tido rumah tie malam tu. penat!!