Tuesday 23 May 2017

.. Fit Tmpoint @ Kedah ..

assalammualaikum

8 april 2017 berlansungnya fit tmpoint acara futsal di gelanggang futsal yang terletak di kepala batas alor star kedah. negeri kedah/perlis menjadi tuan rumah untuk acara futsal tahun nih. tie memang tak main lah kann. staff dari tmpoint alor star dah mencukupi. cewahh alasan gituuu.

dalam tengah hari tie gerak kesana bersama hubby dan qaleesya. semata mata nak pergi jumpa kengkawan lama HQ. nak pulak encik hubby tu nak layan kerenah tie dan tolong bawakkan tie kesana.

paling happy sekali bila dapat jumpa kawan gosip dan kawan bergambor kiter nih! dapat jugak jumpa si mama deela nih

thanks mama deela kasi baju kat qaleesya. 

qaleesya jumpa kawan baru

then dapat jumpa kak elna dan kak hajar. rindu sangat kat semua kengkawan HQ yang lain

gerak dari situ, kitaorang terus ke aman central

qaleesya suka sungguh ajak ke sini. kalau mommy tak bawakkan, dia akan ajak tok abah dia untuk bawakkan

makin hari makin membesar! hahhaha

anak dara nih bab gambo nombor satu

datang aman central nak makan ice cream nih jerk?!

lewat petang jugak lah kitaorang sampai rumah. balik tu singgah beli ketam nih untuk meratah malamnyer :) yummy

Friday 19 May 2017

.. Zoo Taiping & Night Safari ..

assalammualaikum

awal bulan april 2017 yang lepas, tie dan hubby bawak arriana nurqaleesya ke zoo taiping yang terletak d taiping perak, tapi kali nih kami tak pergi bertiga, tie bawak jugak dua orang adik ipar tie sebagai peneman qaleesya nanti. kalau ramai2 baru lah seronok kan :)

hujung bulan 12 tahun lepas, tie ader join trip to krabi. kat sana, kitaorang ader pergi tengok elephant. tie ada bergambar dan rakamkan video d sana. balik jerk ke perlis and tunjuk gambar2 tu, qaleesya menangis2 nak tengok elephant. dia marah2 sebab tak bawak dia. dan bermula dari masa tu lah, setiap hari dia akan tanya bila nak bawak dia tengok elephant?

kami berhenti makan d rnr gurun

alhamdulillah, ada jugak kesempatan nak tunaikan impian qaleesya tengok elephant awal april yang lepas. bukan senang nak ajak si pemain bola tu keluar. ader jerk game bola dia. budget2 hebat jerk kan! hahaha. jgn marah yer papa!

kitaorang gerak dalam pukul 8 pagi cenggitu dan sampai sana dalam tengah hari. sepanjang perjalanan dari kedah ke taiping hujan lebat, nasib baik lah bila sampai ke zoo, hujan dah berhenti. kalau idok, tak kesampaian qaleesya nak tengok elephant

dah siap beli ticket, apa lagi memang terjah lah kannn. anak dara dah tak sabar nak masuk :)

acu fieza melayan qaleesya bergambar

muka agak cuak kannn. dia boleh buat takut2 pulak

qaleesya dan acu fieza

pihak zoo sediakan perkhidmatan train untuk kami lihat sekeliling kawasan zoo. lepas dah pusing seluruh kawasan, baru lah train berhenti dan kami boleh mula berjalan jalan dalam kawasan zoo.

nampaknya mommy pulak yang over kalah anak nih? hahah. nampak tak giraffe kat belakang mommy nih? comel jerk semuanya :)

dan dan dan bila kami jalan jalan dalam kawasan tu, kami lebihkan masa di kawasan elephant. memang ini yang qaleesya nak. so memang bagi dia tengok elephant puas2 kann

mommy mesti lah wajib bergambar kannn

kami sekeluarga. awal tu qaleesya macam excited, lama lama dia macam takut pulak kat elephant.

mommy siap bawakkan kamus bergambar lagi tau untuk dia berjalan sambil berlajar

acu dan acik memang rajin melayan kerenah qaleesya. thanks korang!

time nih dia dah mula rasa takut bila mommy nak tinggalkan dia untuk ambil gambar dia sorang

comel kan giraffe nih

tiger aka pak belang

bukan main seronok anak mommy dapat berlajar dan tengok perlbagai jenis haiwan

keluarga kecil mommy

selesai sesi lawatan kat sini. yang penting ank mommy happy dan mommy dapat tunaikan janji yang dah lama tu :)

gerak dari zoo, kitaorang ke aeon mall taiping. dan lagik weh shopping baju kat sini!

kononnyer kat peneng art street lah kann

thanks acik eity and acu fieza sempurnakan hari qaleesya

sempat jugak kitaorang makan yong tau foo famous kat area balai bomba taiping nih

alhamdulillah kami selamat sampai rumah. ade banyak lagik entry yang mommy nak update. tapi bila tu tak tahu lah :(

Thursday 4 May 2017

.. wedding anniversary and birthday celebration ..

assalammualaikum

tiba tiba terajin update entry yang kedua setelah lama mendiamkan diri. poyo sungguh ayat mommy sekarang kan! hahaha. tapi macam biasa lah kita main selit selit jerk gambar yang ader. kemalasan tetap ader tau!

6 december 2016 yang lepas genaplah tiga tahun usia perkahwinan tie dan suami. syukur alhamdulillah kerana kami sentiasa bahagia walaupun boleh dikatakan hari hari bergaduh. tapi gaduh gaduh sayang jerk kan hubby! hahah

arriana nurqaleesya pun dah dua tahun lapan bulan sekarang. cepat sangat masa berlalu. rasa macam baru semalam malam pertama. hahaha

kitaorang tak sempat nak pergi bercuti bagai atau nak celebrated best best. just pergi makan kat sofea grill kat area kangar. boleh lah kannn

papa dan anak dara

sebelum keluar rumah, macam biasa dia request suruh ambil gambar dulu

happy 3rd wedding anniversary hubby! saya doakan agar hubungan kita kekal hingga akhir hayat dan kasih sayang berpanjangan. semoga kita sama sama sabar dan tabah mengharungi dugaan hidup berumah tangga :) i love u hubby!

chicken grill jerk jadi pilihan kami

qaleesya pulak nak big sosej and meatball

gambar mommy tak brapa cun tapi tetap nak masuk jugak. ahaks

then nak tayang gambo tie dan family in law celebrated birthday mak mertua tie di Fatinaz Corner februari 2017 yang lepas. kitaorang layann shell out malam tu. boleh tahan sedap jugak tau!

mommy belanja makan malam tu. mak siap dapat bunga, perfume, telekung, bear dan cake secret recipe dari anak menantu. suka lah dia kannn. hehehe

ada tiga jenis masakan tau. udang masak sambal, siput masak blackpeper and ketam ala ala kari. memang terbaik weh!

mommy dan qaleesya

family in law

kat bawah nih pulak tie keluar makan dengan mak tersayang sempena birthday mak pada 27 march yang lepas. tapi ayah tak dapat ikut sebab rasa tak sedap badan. kakak kakak pulak tak balik kampung, so memang kami jerk lah yang bawak mak keluar makan.

pada tie, dia lah insan paling hebat d dunia ini. tak der siapa pun yang dapat gantikan mak. tak kan mampu tie untuk balas segala budi dan jasa mak walaupun seribu tahun lagi. semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mak

mak pun suka selfie sekarang nih :)

kitaorang makan d kuala perlis malam tu. ader jenahak bakar, sotong sweet sour, sotong goreng tepung dan udang goreng. memang kenyang sampai esok weh

 papa malas layan kami bergambar. nih jerk yang ader

selit gambar mommy dan qaleesya pergi giant

tie bawak mak sama. hubby tak der pergi lawan bola

dia lah peneman setia mommy. bab melentik ambil gambar memang tak tumpah macam mommy time bujang bujang dulu hahaha

happy birthday untuk mak tersayang dan mak mertua tercinta. semoga mak sentiasa di murahkan rezeki, di panjangkan umo, d beri kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia di sisi kami sekeluarga. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian

selit lagi gambar kitaorang pergi majlis perkahwinan kawan hubby

mommy dan pengantin

macam biasa, gambar dengan qaleesya

kawan sekolah papa

semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat