Friday 31 July 2015

.. jamuan raya staff tmpoint kangar ..

assalammualaikum

dua hari lepas, bersamaan 13 syawal, kami adakan jamuan makan untuk staff tmpoint kangar. untuk pelanggan, belum ader budjet. haha. makan makan untuk staff jerk lah kann.

selain tu, kami jugak meraikan saat saat terakhir azreen bersama kami. die akan d tukarkan ke tmpoint langkawi dan akan mula bertugas d sana pada 2 august nih

kitaorang order nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, arca timun nenas dan satay. air pulak kitaorang buat sendiri jerk. buat air sanquick dan sarsi.

pakat menjamu selera. makan sampai pengsann

mommy nak jugak bergambar sebab kebetulan sedondon dengan boss. hahah

cake untuk azreen

kami geng muda mudi tmpoint :)

kami pasti rindukan kamu azreen :(

pantang pelanggan tak der jerk, pasti nak bergambar reramai. hahaha. macam biasalah kannn

geng giler gambar!

boss sampaikan hadiah perpisahan buat azreen

beg mango jadik pilihan untuk tanda penghargaan buat azreen

selain tu, kitaorang jugak kasi pendrive 16gb dan kad yang d tandatangani oleh semua staff tmpoint kangar. harap kamu suka yer azreen :)

azreen tayang kad

tie, azreen dan ida adalah sebaya. kami memang sekepala and memang rapat. memang rasa sedih dan kehilangan sangat bila azreen akan berpindah ke tmpoint langkawi. tak der dah kawan nak tolong kira duit hasil pagi2, kawan nak merempit hantar tie balik rumah and kawan nak keluar lepak petang petang. sedihhh habaqq hanggg. will miss u my dear..

mommy pakai baju lama jerk. baju raya kan tak siap. pastu tahun nih kan mommy beli sepasang jerk baju kurung. layannkan jerk lahh kann

sebelum baliik, dan lagik kami bergambar reramai. yang nih boss kata buat gaya quu putehhhh. hahahah

konon konon nak tumbuk azreen!

then, semalam kitaorang keluar lunch kat kfc sesama

untuk azreen, aku doakan ang tabah hadapi apa jua dugaan d tempat orang nanti. moga ang berjaya walau d mana ang berada. and semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi ang. jangan lupakan kami d sini.

terima kasih d atas segala jasa yang diberikan selama berkhidmat d tmpoint kangar. kami akan merindui gelak tawa dan kenangan kita d sini. love and miss u!

Thursday 30 July 2015

.. majlis perkahwinan fatin dan zul..

assalammualaikum

syawal ketiga yang lepas, anak kepada abang tie yang number dua telah selamat d ijabkabulkan d masjid bintong dengan sekali lafaz. alhamdulillah segala majlis berjalan dengan lancar.

zul dan fatin selamat menjadi suami isteri yang sah

paksu dan bakal maksu

mommy poyo nak jugak begambar cenggini

kak na and family balik beraya d kampung. alhamdulillah dapat jumpa dengan kak na. rindu sungguh.

mommy and papa wif mama ana and abah aziz

kami sekeluarga. bukan main sengih lagik qaleesya

qaleesya wif along

qaleesya wif angah

esoknya, syawal keempat, berlansung pulak majlis perkahwinan untuk pasangan pengantin yang d raikan ini. majlis memang sangat sederhana tapi meriah and berjalan dengan lancar. alhamdulillah

menu yang ader adalah ikan keli goreng, ayam masak merah, gulai terung ikan masin, darca rebung, ulam ulaman dan sambal belacan.

pengantin yang d raikan

mommy and family mama ana bersama pengantin

mommy and papa

syawal kelima pulak berlansung majlis persandingan d pihak lelaki. mommy and hubby still cuti. memang kitaorang pergi lah kann. alhamdulillah semuanyer berjalan dengan lancar jugak.

papa dan qaleesya

fatin dan zul d tasik melati

tahniah fatin dan suami. semoga hubungan korang kekal hingga ke akhir hayat. aminn

Tuesday 28 July 2015

.. aidilfitri 2015 ..

assalammualaikum

hari nih kita sudah masuk ke 12 syawal. selamat hari raya maaf zahir dan batin tie ucapkan kepada semua. tie mohon maaf andai tie ader tersalah silap dengan sesiapa yang mengenali diri ini. ceh, ayat bajet artis! haha

alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan jayanyer. semoga ramadhan dan lebaran yang kita lalui ini penuh keberkatan dan sentiasa d redhai Allah.

tiga hari sebelum raya, kami d tmpoint bukan main sibuk menghias tmpoint. office pun nak raya jugak kan. tapi yang paling berjasa adalah pak tam. die yang panjat sana sini nak gantung itu ini. terima kasih yer pak tam!

nampak tak kesungguhan pak tam duk menggantung itu ini :)

cengini lah rupanya tmpoint kami. pelanggan dah tak berapa nak ramai bila dekat dengan raya nih. mommy keje sampai hari khamis. lansung tak ambil cuti sebelum raya.

bila lagu raya berkumandang, pelanggan pun tak berapa ader, memang tak der lah mood nak bekerja. ingat mood nak raya jerk! hahaha

macam biasa, setiap tahun kiter akan tukar duit raya

selain tu, sempena sambutan aidilfitri, tmpoint dengan besar hati memberikan sampul raya telekom dan kuih raya bagi pelanggan yang berurusan dengan kami

salah seorang pelanggan dapat kuih raya selepas buat bayaran d kaunter payment

selit gambar mommy beli lagik lipstik nyx dari sephora! giler sungguh haihh :)


tayang lipstik and tudung baru :)

alhamdulillah, tahun lepas hubby bayar zakat untuk dua orang. tahun nih pulak untuk tiga orang. jangan tahun depan untuk empat orang pulak sudah lah! hahhaha

mommy and qaleesya

tahun ini adalah tahun pertama tie dan suhaizal beraya sebagai mommy and papa. alhamdulillah. happy dan excited tak terhingga. bahagianya kami dengan kehadiran arriana nurqaleesya. dari segi persiapan, kami lebihkan kepada anak. mommy papa tak bergaya tak per, janji anak dapat baju baru. lagipun ini tahun pertama qaleesya beraya. kalau boleh tie dan suhaizal nak buat yang terbaik untuk qaleesya.

ader kisah sedih untuk tie raya kali nih.

tie memang excited nak pakai sedondon dengan anak tahun nih. tie beli kain pasang and tempah untuk tie dan qaleesya. untuk suhaizal, kitaorang beli baju melayu yang dah siap. beli ikut warna tema kain pasang. dan tema tahun ini adalah warna hijau.

dan dan dan bayangkan korang, sehari sebelum raya, tie dapat sms dari tukang jahit. katanyer tak dapat nak jahit baju tie dan anak sebab tak sempat and tak sihat. allahuakhbar. mengalir air mata nih tau tau! last menangis pasal baju raya time darjah tiga. tak sangka umur 27 tahun nih tie akan menangis sebab baju raya tak siap! sedih memang sedih, tapi memang lawak weh!

kalau tukang jahit tu bagi tahu awal seminggu ke, boleh la tie ikhtiarkan cari tempat lain, nih lagi sehari nak raya. sapa nak layan beb! memang frust! sebab tie duk berangan nak sedondon dengan anak. 

kami bertiga d hari raya pertama

lepas kejadian tu, tie dah tawar hati nak beli bagai baju raya. tapi hubby pujuk hati yang lara nih, ajak pergi cari gak baju. kitaorang ke jitra and alor star. tapi tetap tak jumpa yang berkenan d hati. memang menyampah kalau shopping last minit nih. dengan orang ramai.

lastly, tie beli d the store kangar. just ambil baju kurung kosong yang warna ala ala baju hubby. tu jerk yang jumpa. yang lain, memang warna tak sama lansung. tapi bila dalam gambar, baju tie dan hubby nampak lain sangat. kalau kat luar, nampak lebih kurang.

nasib baik salah satu baju baru raya qaleesya ader warna merah. so mommy pakai tudung merah. ala ala sedondon lah dengan qaleesya kann. ayat penyedap hati :)

tahun pertama beraya dengan qaleesya

tie, hubby, mak and family kakak menunaikan solat sunat aidilfitri d masjid bintong. qaleesya stay d rumah sebelah. minta anak saudara tie jagakan kejap. then balik rumah, kitaorang bersalaman and menjamu selera. gambar dengan family memang tak sempat awal tu. sebab kitaorang nak cepat ke rumah mil pulak d simpang empat. menu hari raya d rumah tie ader nasi tomato, ayam masak merah and ketupat palas. kuih muih ader yang beli and ader jugak yang kakak mala buat.

bergambar d rumah mil bersama eity dan anis

beraya wif family in law. adik yang bongsu tak de dalam gambar sebab die dah keluar beraya

keluarga hubby

kebetulan d rumah mil pun dorang buat nasi and ayam masak merah. ramai sungguh adik beradik datang beraya d rumah mil. dalam pukul 3 petang cenggitu, kitaorang ke rumah mak teh hubby. then terus balik rumah kangar balik. 

saya dah ready nak pergi kutip duit raya nih - arriana nurqaleesya

petang tu, baru lah kitaorang bergambar reramai dengan family tie. alhamdulillah seronok bila adik beradik berkumpul reramai cenggini. kebetulan kakak linda dari peneng pun balik beraya d kampung tahun nih. meriah dengan cucu cucu mak! haha

mak bersama tiga anak perempuannya

antara insan tersayang d dalam hidup tie. love u!

d kanan and kiri tu menantu lelaki mak. cuma husband kakak linda tak der. die ke rumah mak die. kelakar tengok muka abang zamiri! hahahaha

ini pulak kakak linda bersama 5 orang anaknya

family kakak mala

dan ini adalah sebahagian anak menantu dan cucu cucu pak non!

moga hubungan suami isteri ini akan kekal hingga hujung nyawa

qaleesya d pagi syawal pertama

abang zamiri dan kakak mala buat makan makan d syawal kedua. abang masakkan nasi minyak and daging masak hitam. mak pulak masakkan ayam masak merah. kakak mala buatkan laksa kuah lemak.

arriana nurqaleesya d hari raya kedua. bergaya sakan dengan baju yang tokwan belanja. makaseh tokwan!

family mertua tie datang rumah

kitaorang jemput saudara mara, jiran tetangga datang menjamu selera. yus pun datang tau. kawan tie d kelantan dulu. macam tak percaya. hampir tiga tahun tak jumpa die. sekali jumpa die dah anak dua.

yus dan suami serta dua orang anak


selekeh jerk mommy. tak dan nak siap bagai dah. hahaha. thanks yus sudi gak datang rumah aku. rindu zaman giler giler kita dulu! hahaha

hari raya ketiga pulak tie dan zal ke rumah wa d beseri. ader open house and birthday party. wa ader jemput saudara mara belah atuk suhaizal yang berbangsa cina. memang meriah dengan kedatangan dorang. walaupun atuk dah tak der, tapi kami masih kekalkan hubungan kekeluargaan ini.

gambar d rumah wa hubby

bersama adik ipar dan sepupu

then kitaorang terus balik ke masjid untuk majlis akad nikah anak saudara tie. nanti tie update okeyh. hari raya keenam pulak, kami geng N4 berkumpul reramai d rumah dilla. kebetulan hari tu adalah birthday dilla. farah bawakkan cake and kitaorang celebrated sekali.
family kecil dilla

first time dapat bergambar reramai cenggini. alhamdulillah moga persahabatan kami kekal hingga akhir hayat

keluarga kecil tie

ader papa zal, ayah aril and daddy mj. adnan pun tak lama lagik nak jadi daddy jugak. aya dah pregnant 4 bulan. tahniah aya and nan!

kami kawan dari tahun 2001 lagik

aya, dilla, tie dan farah

keesokkannya, tie dah mula bekerja. tapi tie demam selsema and batuk. khamis and jumaat tie mc sebab demam memang dah teruk sangat. yang paling kesian, qaleesya pun turut berjangkit. asalnya papa yang demam dulu.

alhamdulillah sekarang dah sihat. tinggal batuk jerk sikit lagik. syukur atas segala pemberian dan kebahagiaan yang Allah berikan ini. biarpun segalanya dalam kesederhanaan, tapi yang penting kebahagiaan yang d kecapi.