Thursday 31 January 2013

balik kampung @ Gerik, Perak Darul Ridzuan

assalammualaikum

cuti hari Thaipusam bebaru nih tie ke rumah kakak tie d Gerik, Perak. tak dapat balik kampung Perlis, balik kampung Perak pun okeyh la kan.. dari tie stay kat KL sengsorang, baik tie bawak diri. hahhaha. ayat!

sebelom tu tayang gambar chicken grill nih!
memang terbaik wehh!
kalo korang nak cuba, boleh pergi Dagang Avenue Foodcourt. hanya rm 9.90 sahaja!
dan memang bertambah sedap la kann biler makan free! orang belanja beb :)

hari jumaat tie dah ader d rumah kakak. sajerk habeskn masa d sana. padahal ader niat dan tujuan tersendiri kan. haha. pasal tujuan tu, nanti tie story okeyh. semoga Allah mempermudahkan segala urusan tie nanti.

hari jumaat tu jugak, tie, abang ipar dan kakak ke Ipoh atas urusan yang perlu d selesaikan. anak anak semua tak ikut. sebab dorang sekolah. lagipun memang tinggal dorang stay dengan pengasuh.


then selesai segala urusan, kitaorang singgah makan d restoran nasi ayam kampung. abang ipar tie kata restoran ni memang famous kat sini. restoran ni buka pukul 6 petang sehingga lah larut malam.

tie gadies pakai baju baru
hijauuuu :)

then hari sabtu pulak, tie just stay kat rumah jerk. sembang sembang dan lepaking dengan dorang. malam nyer kakak and abang keje. so tie la yang jadik baby sitter nyer. bagi dorang makan, tengokkan dorang buat kerja sekolah, and tidokan dorang.

petang sabtu tu layan dorang main kat depan rumah

annur syazana!
anak kakak yang paling bongsu, paling manja, paling mengada, paling banyak cakap and paling segalanya lah. hahaha.

malam tu jugak tie tolong kakak kemas rumah. sambil tengok TV, sambil tu tie lipatkan baju. habess tiga bakul wehh.

ahad pagi tie dah naik bas balik KL. petang jugak lah tie sampai. hari Isnin pulak memang tak kemana mana.  lagi pun kak na tak der d KL. dorang balik Perlis. tie just kemas rumah  and buat apa yang patut.

bagi kucing kucing ni makan memang menjadi perkara wajib setiap pagi dan petang :)

habess sudeyy!
hari selasa dah kena pergi kerja macam biasa.
apepun semoga Allah mempermudahkan segala urusan tie (*_*)

gambar pergi KLCC sebagai penutup entry :)
padahal nak tayang beg baru. hahahah. gedikss!

Wednesday 30 January 2013

sourvenier from langkawi, cameron and sarawak

assalammualaikum

sajerk nak tayang sourvenier yang tie dapat from langkawi, cameron highlands and sarawak
yang langkawi nih dari  kak ros. baru balik bercuti katanyer. ni ha dapat pelbagai manisan. ader toblerone, daim dan minyak gamat. yang kisses hershey's ni tie memang kirim. sebab ni memang kegilaan tie gadies :)


then, sourvenier from cameron pulak dari pengantin baru, si zaza fiezah. die baru balik honey moon. dapat pensel gajah, dan madu. tie panggil pensel gajah sebab besar gedabak. haha.

dan yang paling best dapat bantal peluk strawberry yang tersangat chumell ni ha. sila jangan jeles yer!
nant bawak balik kampung jerk, tambah koleksi dalam bilik tie gadies :)

ini pulak gelang dari kak deela, die baru balik bercuti dari sarawak
tersangat lah colourful. thanks darling

thanks sesangat kat korang
like sesangat (*_*)

Thursday 17 January 2013

.. setia hujung nyawa ..

assalammualaikum

sekarang ni sana sini orang cakap pasal slot akasia TV3 nih, drama setia hujung nyawa memang menjadi tarikan ramai orang. drama yang penuh dengan adegan romantik ni merupaka drama yang telah di adaptasikan oleh novel Setia Hujung Nyawa keluaran Alaf21


Drama bersiri 24 episod yang d terbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini d lakonkan oleh pelakon pelakon popular seperti Amar Ashraf ( Zain Hakimi ), Nelydia Senrose ( Ersalina ), Zila Bakarin ( Datin Adibah ), Raja Ema ( Puan Haliza ), Talha Harith ( Hadi ) dan Hairul Azreen ( Iqram ).


watak utama drama Setia Hujung Nyawa
Amar Ashraf and Nelydia Senrose

novel karya Fatin Nabila, Setia Hujung Nyawa

dulu gilakan Adam Hawa, sekarang Setia Hujung Nyawa (*_*)

sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

jangan lupa layannn drama ni okeyh
isnin hingga khamis, jam 7 malam dTV3

Wednesday 16 January 2013

.. Ustaz Ahzar Idrus ..

assalammualaikum

saper yang tak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus. Ustaz yang lebih d kenali sebagai UAI ni memang terkenal sekarang ni. seorang pendakwah bebas yang sangat pandai mengambil hati pendengar. confirm tak bosann weh. mesti ada saja lawak yang d buat.

dan baru baru nih, office tie mengadakan majlis ilmu dan menjemput Ustzaz Azhar Idrus nih. Apa lagik, semua nak joinnn la kann. bukan senang dapat peluang nih. tie memang tak pernah dengar ceramah UAI secara life. selalunyer kat youtube atau CD jerk. memang tak lepaskan peluang lah


tak rugi tau join majlis ilmu cenggini. pahala dapat. ilmu pun dapat.

memang ramai lah staff TM yang datang untuk majlis ilmu nih. lagipun bukan kena bayar satu sen pun kan

kak zack, pieka, tie dan kak ros

semua kusyuk jerk dengar

tak der topik khas petang tu. UAI cuma menjawab soalan soalan yang d berikan. memang tak kering gusi dengan telatah UAI. sikit pun tak jemu. kalo macam ni, dengar ceramah hari hari pun tak per :)

harap harap lepas ni ader lagik majlis ilmu cenggini. dan pastinyer kami mengharapkan UAI lah yang jadi penceramah nyer (*_*)

Tuesday 15 January 2013

.. risau + gemok + diet ..

assalammualaikum

entry meracau kerisaaun

saper tahu macam maner nak hilangkan selera makan. waaaaa tie dah gemok lah. time pergi jogging baru baru nih rasa macam badan ni berat sangat. memang dah dapat agak yang berat tie mesti naik. tapi dah lama tak timbang berat badan.

jogging d tasik titiwangsa 

then, hari isnin baru nih timbang berat kat office. and the result is!!! oh mak datuk!! berat tie naik 2kg. time tu terus rasa macam tak percaya, ketuk kepala tiga kali. haissh. ni la padahnyer kalo tak jaga makan. 24 jam kau nak makan jerk kan tie!!

dan dan dan mulai sekarang tie kena kuatkan semangat untuk kurangkan makan. okeyh tie nak sahut cabaran nih. tunggu dua tiga bulan lagik, tengok berat tie kurang tak. kena cuba baru tau kan. kalau setakat mulut jerk bising kata gemok, tapi tak der action, tak der guna la kann.

okeyh korang. doakan tie yer. semoga tie berjaya. chaiiyokkk!!

Monday 14 January 2013

.. majlis bacaan Yaasin ..

assalammualaikum

hari jumaat dua minggu lepas, office tie ader buat satu majlis bacaan Yaasin

kann kitaorang baru jerk berpindah, so lebih elok kiter bacakan Yaasin dan ayat ayat suci Al-Quran. maklum lah kalo tempat baru nih.  risau kalo ader sesuatu yang kurang menyenangkan kiter. kat dunia kan ader banyak makhluk Allah. Jin dan Syaitan jugak makhluk Allah.

gambar ini wajib

tiga gadies yang pakai dress :)

majlis start pada pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. majlis bacaan Yaasin nih d ketuai oleh seorang Ustaz yang kitaorang jemput khas.

gambar sebelom majlis bermula


alhamdulillah majlis bacaan Yaasin berjalan dengan lancar


selesai bacaan Yaasin dan doa, kitaorang makan reramai. siap bersila bagai lagik


setiap seorang d berikan nasi lauk ayam kari, air kotak dan pisang. alhamdulillah. kenyang


alhamdulillah. moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan yang kami lakukan.. aminn

Thursday 10 January 2013

..Bosan vs Malas ..

assalammualaikum

sajerk nak tayang gambar dan aktiviti weekend tie gadies. ini memang dah tahap ketandusan idea la kan. haha.

hari ahad dua minggu lepas, tie lepaking dengan pieka. pergi makan laksa utara terbaik kat area danau kota. pastu sempat lepak kat rumah pieka jap.

blue and pink
saya dah makin gemok. sekian!

then, hari ahad tie follow kak na and abg aziz pergi jogging. dah sebulan tie tak jogging tau! memang penuh la lemak lemak yang ada ni.

tie ader beli lotion felinna inchloss. rm65. katanyer boleh kurang kan lemak. tapi dah dua minggu pakai macam tu jugak. hahha. cuma best lah bila pakai lotion nih. rasa panas and bau nyer wangi sangat. lotion nih kena pakai dua kali sehari selepas mandi. kena pakai pagi and malam. tak per kiter tengok lagik sebulan, ader tak hasil nya. huhu

ini lah lotion nyer
pagi tu tie pakai lotion ni dulu sebelom pergi jogging. pergh. memang terbaik lah jogging kali ni. panas kauwww kauuww perut tie. berpeluh peluh ha! agak nya banyak kot lemak yang kurang. hahaha

candid
kak na and abg aziz

tie dan kak na
muka penat lepas jogging

macam biasa, lepas jogging for sure lah breakfast kan
tie makan roti telur and teh o suam

balik dari jogging, bagi anak anak kat bawah ni makan dulu.
dah meraung raung dah bila nampak tie sampai rumah


dan ahad lepas adalah ahad paling bosan d abad ini. balik dari jogging, tie memang tak der kuar rumah lansung. pastu sengsorang kat rumah. waaaa bosannnn.

malam nyer, tie kuar beli burger.
kedai ni depan rumah jerkk. jalan kaki jerk kesana.

dan inilah milo panas dan burger ayam special
inilah lunch dan inilah dinner and inilah jugak orang pemalas. haha

Tuesday 8 January 2013

.. andai ku bercinta lagi - MOJO ..


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Monday 7 January 2013

.. minyak dagu @ tgv KLCC ..

assalammualaikum

weekend baru baru ni, tie pergi tengok movie Minyak Dagu. Filem keluaran Metrowealth Movie Production Sdn Bhd nih baru jerk berada d pawagam bermula 3 January 2013 lepas. movie arahan Azhari Zain ni menjadi movie pembuka tirai 2013.

filem lakonan hebat dari Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar ni memang memberi impak pada tie. hahaha. tahu tak kenapa, malam balik tengok movie nih, tie pasang lampu satu rumah tau!! takotttt!! duk terbayang bayang hantu dalam cerita nih. ini lah padahnyer, dah tahu diri tu penakot, tapi gediks nak tengok cerita seram. tambah pulak tie memang stay sorang jerk sekarang. padan lah kann.


awal cerita memang agak seram. banyak la adegan yang buat kiter tekejut. nama pun cerita seram kan. sesuai sangat lah. biler dah hujung hujung cerita, dah tak der seram nyer. kitaorang siap gelak gelak lagik. seram bertukar komedi kejap. haha.

so kalo ader yang nak tahu, cepat cepat lah terjah pawagam terdekat sekarang. tak salah kan kiter sebagai rakyat Malaysia bantu Filem Filem Malaysia nih. saper lagik, kalo bukan kiter:)

tie dan pieka
memang betol betol blocking colour! tie pakai merah, biru dan hijau :)

sinopsis filem minyak dagu

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya, Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. emelda memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua dua orang tuanya bahawa Johan adalah calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. setelah bertemu Wak Minarjo, Azman betul betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah mengikut pantang larang yang diberitahu Wak Minarjo. Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang.

Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan, Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johan lah menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala galanya berubah..