Friday 30 January 2015

.. meeting @ Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

hari rabu yang lepas, Encik Nazri, SBM Kedah Perlis adakan meeting bersama kitaorang, staff tmpoint kangar. nak tak nak memang meeting kitaorang akan d jalankan lepas waktu kerja, pukul 5.30 petang.

yerla, kalau buat awal, mana boleh. kann kitaorang nih kedai perkhidmatan pelanggan. memang tak boleh nak tutup awal. tapi bila dah meeting lepas kerja nih, memang akan sampai rumah lewat lah. selalunyer tepat 5.30 memang semua kelam kabut nak balik.

siap bekalkan kopiko lagik. tahu dah, mesti akan mengantuk

tie, ida dan azreen

awal tu, dan lagik mummy selfie dalam bilik hasil

kak shima in the house

Encik Nazri, our big boss
sbm kedah perlis

staff tmpoint kangar
memasing fokus jerk dengan apa yang boss present

lepas selesai semua, kitaorang ader orderkan murtabak untuk di jadikan hidangan petang tu. untuk air pulak, kak shima buat kan teh o suam. dalam pukul 7 lebih jugak lah habis. lewat jugak lah memasing dapat balik rumah hari tu.

then nak selit gambar kitaorang hari nih pakai baju kebangsaan d hari jumaat

wif ida and husna

mummy selfie

tak sabar nak balik rumah. rindu arriana nurqaleesya :)

Friday 23 January 2015

.. cinta hati mummy and papa ..

assalammualaikum

sajerk nak update entry pasal anak kesayangan tie and hubby nih. rasa rindu jerk kat anak mummy nih. hari nih tie tak keluar lunch. so boleh lah tie update blog sekejap.

perkembangan terbaru sekarang, qaleesya dah angkat bontot and undur ke belakang sambil meniarap. hari nih umur die 4 bulan 23 hari. tak sabar nak tengok anak mummy merangkak, then boleh jalan and melihat perkembangan seterusnya. semoga anak mummy membesar dengan sempurna. mummy and papa akan buat yang terbaik untuk membesarkan kamu sayang.

nih gambar sebelum tie pergi kerja hari tu. dan lagik snap sebelum qaleesya mandi. bukan main sengih die sekarang. sejuk hati bila tengok senyuman anak. baru tie paham perasaan menjadi seorang ibu sekarang.

yang nih pun gambar time pepagik sebelum pergi kerja. gambar qaleesya belum mandi

and, 13 januari yang lepas, tie bawak qaleesya untuk timbang 4 bulan. alhamdulillah segalanyer normal pembesaran die. berat die dari 6.3kg naik kepada 6.9kg. kenaikan sebanyak 600gram. tinggi pulak dari 61cm naik kepada 65cm. boleh tahan tinggi jugak anak mummy nih. mesti ikut mak tok belah papa. sebab mummy and papa rendah jerk :)

abaikan bilik tie yang bersepah tu yer. tak sempat nak kemas pagi tu. kalut nak pergi klinik :)

balik dari klinik, terus tido cenggini ha. pastu qaleesya stay dengan mak tok kangar and mummy pergi kerja

ini pulak gambar hari ahad baru baru nih. sementara tunggu papa balik, kitaorang selalu lepaking depan rumah. bawak qaleesya ambil angin petang kat depan rumah

baju nih anak mak ngah hubby yang kasi. makaseh yer. qaleesya dah boleh pakai

hari tu tok abah hadiahkan qaleesya walker nih. makaseh tok abah. lepas nih boleh lah qaleesya naik selalu. sayang tok abah! nanti beli hadiah lagik tau. hehehe :)

yang nih gambar hari sabtu minggu lepas. tie kan cuti. bahagianyer bila dapat berkepit jerk dengan anak.

qaleesya dengan kawan baru, encik ziraff
punya la die buat geram, abes encik ziraff d gigit. ntah apa yang die sembang. tak henti mulut die bunyi. hehe

hari tu tie letak qaleesya kat bawah sekejap sementara nak pindahkan die naik atas katil. tapi sekali pandang jerk die dah meniarap sambil tido cenggini. alahai anak mummy nih

hubby hantar and ambil tie balik kerja hari tu. then time balik singgah makan kfc kat kangar. thanks hubby

qaleesya macam biasa. layannn tido dalam stroller sementara mummy makan

ader sekali tu, mummy solat and ngaji sebelah qaleesya. papa tengah mandi. qaleesya pulak tengah tido. pastu elok siap ngaji die dah merengek, tie angkat die letak atas riba tie. bukan main lagik die nak pegang alquran tafsir tie tu. macam lah die pandai baca kan.

sayang anak mummy. nanti dah besar, qaleesya kena rajin solat and ngaji tau. then jadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

sajerk siapkan hidangan ringan nih sambil layan ajl29 d tv3 baru baru nih.
tahniah kepada semua pemenang. tie and suami minat sangat dengan lagu Dayang Nurfaizah. nasib baik menang jugak kann. kalau ader yang tahu, itu lah lagu cerita Arriana Rose d tv3 dulu

gambar qaleesya d hari isnin. baju nih pakwe kepada adik ipar tie yang belikan. memang ngam ngam padan dengan qaleesya

lebat tak rambut saya? heehe

hari selasa baru baru nih, tie and hubby tak pergi kerja. hubby demam and tie pulak sakit kepala. so alang alang dah cuti, kitaorang bawak qaleesya pergi sunat d klinik noriah jitra. and tie and hubby pun ambil ubat d klinik yang sama. siap ambil mc lah. kebetulan pulak klinik tu panel telekom. elok sangat lah kan :)

kami d klinik noriah jitra

qaleesya lansung tak nangis. tak sakit kot agaknyer, sebab tengok die tersengih jerk.

balik dari klink, kitaorang singgah jap d tesco jitra. papa candid gambar nih :)


qaleesya memang anak yang baik. senang jerk kalau nak bawak die kemana mana. tak banyak songeh. gud gurl anak mummy

balik tu singgah kedai HariHari d jitra sekejap. pastu terjumpa pulak si comel nih, memang bergambar lah kan. dan semestinyer mummy yang over. hahaha. siap dapat balloon lagik weh. thanks yer!

tie cuma beli stokin nih untuk qaleesya. untuk die pakai kat rumah

hari rabu yang lepas, tie balik menyusu qaleesya time lunch hour. hilang rindu dendam bila balik tengok muka anak walaupun rehat hanya sejam.

dan ini gambar pagi semalam. pukul 5 pagi qaleesya bangun nak susu then tersenyum senyum ajak main. alahai memang tak tidoo lah mummy. memang kepala tingtong bangun pagi tu

arriana nurqaleesya, kamu lah bukti cinta mummy and papa. tiada harta yang bernilai dari kamu sayang! semoga kamu menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa, keluarga, negara, bangsa dan agama.

Thursday 22 January 2015

.. baju kebangsaan @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

kann sekarang nih setiap hari jumaat, staff tmpoint d seluruh malaysia wajib mengenakan pakaian kebangsaan. yang lelaki berbaju melayu lengkap dan yang perempuan berbaju kurung.

entry nih sengaja tie nak tayang gambar kami d hari jumaat yang lepas. and kitaorang pun dah sepakat nak beli kain pasang yang sama and buat baju kurung. so after nih setiap hari jumaat, kitaorang akan pakai baju tu jerk. tak perlu pening lagik nak fikir nak pakai baju apa. tak perlu lah nak buat baju kurung baru sampai berhelai helai.

sebelum tu, last week, ex staff tmpoint kangar, atiqah ader datang melawat kami. makinn cun and bambam si tiqah nih. hehehe. apepun thanks sebab sudi datang melawat kami :)

dulu dulu, tiga orang nih selalu keluar lepaking bersama, bergosip and bergambar. memang satu kepala weh!

abang hafiz d hari jumaat.dah macam pahlawan melaka pulak weh

suria, tie dan azreen
kami pakai tudung bawal satin. beli dengan adik suhaizal.

tie gelak paksa weh! bersama mama ieda
tie pakai baju zaman dulu kala weh. kesian tak der baju baru

nih ibu husna dan mama ieda

geng muda mudi

nanti kalau dah siap baju kitaorang, tie tayang okeyh

Tuesday 13 January 2015

.. weekend bersama family ..

assalammualaikum

firstly, tie bersyukur sesangat sebab kursus yang perlu tie hadiri ditangguhkan pada 9 februari nanti. alhamdulillah. lega rasa hati bila dapat email penangguhan kursus. bukan aper, rasa tak bersedia nak berpisah dengan qaleesya. tak boleh nak bayangkan weh!

hari jumaat baru baru nih, kak mala balik kampung sebab nak ambil anak anak die. seminggu die tinggalkan budak budak tu kat rumah tie. dorang nak stay kampung katanyer sementara cuti sekolah. tapi mak sampai pening kepala. nakal bukan main. penat mak melayan cucu cucu :)

hari sabtu pagi, kak mala ajak tie pergi kedai emas d kangar. katanyer nak tukarkan rantai lama mak kepada yang baru. so tie memang temankan die. tie bawak qaleesya sekali. dua orang anak saudara tie pun ikut.

kak mala memang makin berisi sekarang. happy sangat katanyer! hahahha

dan lagik kami begambar. anak abang sulung tie yang ambilkan

dan dan dan, tak sangka kak mala hadiahkan qaleesya subang. memang kitaorang nak belikan dia subang, cuma ingat nak tunggu tie balik kursus dulu. tapi bila rezeki datang bergolek, kiter terima jerk la kannn. alhamdulillah

banyak betul gift yang kedai nih bagi. actually nih kedai kawan emak tie. so makcik nih memang dah kenal kitaorang walaupun emak tak ikut hari tu. die kasi dua payung, dua beg, dua kalender, dua bungkusan kuih muih and keropok, dan yang paling best, die kasi duit raya seorang rm10 untuk qaleesya and dua orang anak saudara tie nih. alhamdulillah

da selesai membeli
rantai untuk mak, subang untuk qaleesya and satu lagik subang untuk syazana

makaseh yer umie mala. nanti qaleesya pakai. sayang umie :)

petang sabtu, kitaorang lepaking depan tv sambil melayan kerenah qaleesya. die dah pandai angkat bontot and undur ke belakang bila meniarap. dah nak merangkak kot. hahaha. semoga kamu membesar dengan sempurna sayang!

arriana nurqaleesya

asyik nak meniarap jerk. pantang bagi baring. kadang kadang dalam stroller pun die nak pusingkan badan

satu lagik perkembangan, leesya dah boleh pegang kaki sendiri and dah boleh gigit kaki.

kan tie cakap, die dah boleh gigit kaki. leesya dah 4 bulan 10 hari

bersungguh dapat kaki die nih!

hari sabtu tu, 10/1/2015 adalah hari lahir abang sulung tie yang ke 48. kitaorang just beli cake and sediakan makanan ringan. tahun nih tahun pertama abang menyambut hari lahir tanpa arwah kakak ipar. kami pasti, kehilangan kakak sangat dirasai. bukan pada abang seorang, tapi pada kami semua. rindu arwah sangat :(

dan lagik die pergi laut pagi tu. sedangkan malamnyer die kena kerja

abang tak der pun time nih. die dah pergi kerja. tapi kami buat jugak. anak die ader wakilkan die pun dah cukup. yang penting kami nak abang happy and tahu yang kami sentiasa disisi die. kak mala yang sponser semua nih. thanks kakak!

kelakar betul tengok muka qaleesya duduk atas syazana. yang sebelah tu izzah, anak abang sulung tie, dan dua hero tu anak lelaki kak mala.

qaleesya pun nak pakai jugak :)

malam tu jugak dorang gerak balik gerik. lepas cucu cucu emak dah tak der, terus rumah kembali sunyi. kalau tak, sampai nak tengok tv pun susah, suara dorang lagik kuat dari tv. hahaha

hari ahad, tie memang tak der kemana mana. duduk jerk rumah buat apa yang patut. malamnyer layan mentor tv3 dengan hubby and qaleesya.

leesya memang kuat minum susu sekarang. tak cukup susu badan tie, kena tambah dengan susu botol lagik. cepat besar yer sayang. mummy papa love you!

perut kenyang, qaleesya pun riang. hahahha. pantun ke mummy nih?