Wednesday 7 August 2013

.. iftar wif hubby @ Kuala Perlis ..

assalammualaikum

macam mana dengan preparation raya korang? dah lengkap sepenuhnyer? hari nih kan hari terakhir kita berpuasa. esok raya weh!! alhamdulillah bersyukur kerana kita d beri kesempatan untuk menikmati ramadhan dan syawal tahun ini. pada yang belum sempurna persiapan raya, korang masih ader masa malam nih untuk berperang habis habisan membuat apa sahaja persiapan yang perlu.

dua minggu lepas, tie dan suhaizal ke butik norsalela bagi tujuan discussion pasal baju perkahwinan kami. tie memang ambil package sepenuhnyer dengan butik norsalela nih. moga segalanyer berjalan lancar. aminn

saya pakai ray ban baru :)
dan lagik ambil time dalam kereta

sekitar gambar d butik norsalela
untuk story lebih lanjut tunggu entry wedding nanti okeyh :)

gerak dari butik, kitaorang ke Kuala Perlis. memang niat nak berbuka kat luar pun. thanks hubby belanja makan. sedap! makin gemokk la jawabnyer!

makan sampai pengsan!
sambal udang, sotong goreng tepung, ikan jenahak bakar, ikan jenahak tiga rasa and kailan ikan masin.
sumpah kekenyangan weh!

lepas makan, pergi jenjalan jap and balik rumah. tahun nih tahun terakhir berpuasa dan beraya dalam status single. inshaallah tahun depan dah tak single. moga Allah mempermudahkan segala urusan kami. aminn

ini pulak gambar menu berbuka baru baru nih.
suhaizal datang berbuka d rumah tie. dan yang kelakarnyer, die siap pesan lagik jangan masak apa apa yang berkaitan dengan ayam, katanyer dah jemu makan ayam.

and bila die datang, rupanya die bawak ayam golek. sebab tu die tak kasi masak ayam. macam macam betul suhaizal nih! tie just masak ikan siakap masak sos, udang goreng kunyit, kerang dan sayur bayam.

rasa sedih sebab kita akan berpisah dengan bulan ramadhan yang mulia ini. sayangnyer. cuba korang bayangkan bila lagi bulan yang penuh barakah kita boleh jumpa, kalau bukan ramadhan. inshaallah, ader rezeki, umur panjang, tahun depan, kita akan bertemu ramadhan lagi. moga Allah menerima segala ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini dan semoga Allah mengampunkan segala dosa kita selama ini. aminn

Tuesday 6 August 2013

.. duit raya 2013 ..

assalammualaikum

dah menjadi kebiasaan kan, setiap kali Syawal bakal menjelma, umat islam sibuk membuat persiapan raya. tak kira lah dari segi baju raya, kuih raya dan pelbagai lagik. dan duit raya antara salah satu yang penting bagi persiapan hari raya. tak lengkap lah kan kalau tak der duit raya.

kalau dulu, tie and kengkawan office HQ sibuk ambil nama untuk sesiapa nak tukar duit raya. ingat lagik tie pergi bank islam dengan kak deela untuk tukar duit raya. tapi tahun nih, tie dah tak bersama dorang. sedih!

tapi tapi tapi, kat tmpoint kangar nih pun tie masih berpegang tanggungjawab yang sama. tie dan kak ros bertanggungjawab bab bab kutip duit raya nih. tie ambil senarai nama staff yang nak tukar duit raya then tie sendiri yang pergi bank bank kat perlis nih untuk tukar duit.

hasil kutipan bagi penukaran duit raya

dan ini hasilnyer :)

kat office sini pun ader orang jual kuih raya tau! sama jerk macam kat sana dulu. tie beli kuih semprit dua balang, kuih sepit, kerepek pelbagai jenis and kuih dahlia dari KL. tapi tak sampai lagik. tunggu kak na bawak balik dari KL. thanks kak deela yang tolong orderkan. 

tahun nih TM ader kasi sampul raya. sangat oren okeyh! pastu BSN ader kasi tie kurma. and butik pengantin yang tie ambil baju pun ader kasi sampul raya. selain tu office jugak ader kasi kurma yusoof taiyoob. thanks semua :)

Monday 5 August 2013

.. iftar @ KFC kangar ..

assalammualaikum

last week, tie and suhaizal berbuka d kfc kangar. tapi kali nih kami tak pergi berdua. tie bawak adik adik suhaizal sekali. lagipun tie memang dah janji nak belanja adik die yang bongsu tu makan kfc sempena birthday die baru baru nih.

dorang datang ambil tie d rumah and terus gerak ke sana. sampai jerk, terus beratur untuk order. orang tak payah cakap. memang panjang lah barisan hari tu. tapi alhamdulillah kitaorang sempat dapat semua makanan sebelum azan.

minta orang meja sebelah ambilkan :)

my love, my fiance and my everything

wif anis fahanis
tie pakai baju baru :p

nih eity dan fiza
yang kanan nih la adik bongsu suhaizal

lepas makan, kitaorang ke CMart Arau. tie tak beli apa apa pun. just cuci mata jerk! dorang jerk yang shopping. then terus balik rumah.

menu berbuka hari tu.
dah tak tahu nak makan apa, semua dah tak teringin.
just masak masakan simple jerk
ader ayam golek, kerang rebus, sambal telur, daging goreng kunyit, asam pedas ikan kembung, sambal belacan and ulam ulaman. simple tapi sedappp!

Sunday 4 August 2013

.. deco raya @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

tinggal beberapa hari jerk lagik kita akan menyambut hari raya aidilfitri. pasti korang semua sibuk membuat persiapan kan?! tak kurang jugak bagi kami d tmpoint kangar. memasing sibuk menghias tmpoint. semangat nak raya katakan! ayat tie macam skema jerk!

setiap tmpoint d berikan kad raya khas dari TM bagi tujuan untuk menghias tmpoint masing masing. memang pakat pakat tolong lah dalam sesi hias menghias nih. tapi bagi tmpoint kangar tak der lah over meriah sangat, just gantung kad raya tu d sekitar tmpoint jerk. then kitaorang letak lampu lip lap lip lap! baru nampak semangat nak raya kan! haha.

boss paling semangat sekali yer! die yang tolong gantungkan semua kad kad tu :)

antara orang orang penting dalam menghias tmpoint :)

tykah yang sentiasa tersengih tu ha!

nak jugak tumpang publisiti! hahaha

tykah, tie and azreen
meletops!

nak tayang lampu lip lap kat belakang tu ha!

husna, tie and tykah

ni lah hasil nyer :)

then, kitaorang begambar reramai

1 TM

gaya bebas

gadies gadies tmpoint kangar!

gaya skema

pastu nak selit surat lantikkan nih! tengok jerk la kan! tie tak nak komen

and nak gak selit gambar tabung nih. pemberian dari kak ros!

ida and ilah ader jual tudung. memang tie belilah kan! tie rembat tiga helai dengan ida and sehelai dengan ilah.

tudung yang cenggini tie ambil untuk mak tie
bagi die pakai raya! meriah dengan manik!

nih ida, taukeyh tudung :)

apepun, alhamdulillah hubungan antara kami staf tmpoint kangar baik baik jerk. moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan pekerjaan kami. aminn.

Saturday 3 August 2013

.. iftar @ Surau Kampung Tanjung Musang ..

assalammualaikum

dua minggu lepas, tie memang plan nak pergi berbuka puasa d rumah suhaizal, nak berbuka dengan family bakal mertua katanyer. tapi semua nyer tak jadik atas sebab musibab yang tie sendiri tak jangka :)

awal tu, anis call tie ajak pergi rumah mak lang d Langgar, Kedah untuk ambil buah. katanyer buah semua dah siap kait dari pokok. tunggu nak pergi ambil jerk. so tie pun setuju. balik jerk kerja terus siap siap and pergi rumah suhaizal.

then, tie gerak dengan anis ke Kedah. jalan agak jem. biasalah time orang balik kerja. and bila kitaorang sampai jerk d rumah mak lang, tak der orang kat rumah tu. puas kami duk mengetuk and bagi salam. tapi tak der jugak jawapan. call pun tak berangkat. then terfikir yang mungkin dorang nih mungkin ke surau. 
sebelum tu, selit satu gambar!
dating wif birthday girl 20 july yang lepas
happy birthday dear! may Allah always bless u

tanpa fikir panjang, kitaorang pun jalan kaki ke surau. kitaorang tinggalkan kereta kat rumah. memang selamber giler lah jalan ke surau. padahal first time kot masuk kampung tu! kitaorang siap tanya orang lagik, surau kat mana. nasib baik tak jauh sangat dari rumah. then bila sampai, alhamdulillah, betul sangkaan kami, mak lang and pak lang anis memang ader d situ. and time tu dah pukul 7.15.

kami d  ajak berbuka d situ. waaaaaa. time tu rasa nak nangis! apa nak jawab degan suhaizal and family die! tie dah janji nak berbuka dengan dorang! nak tak nak, memang tie and anis redha jerk. time tu rasa macam berbuka d perantauan! hahahha. bayangkan kitaorang dua jerk yang muda d surau tu. dah la tak kenal sesiapa pun selain mak lang and pak lang. itupun nasib baik ader anis.

inilah surau nyer

keadaan d surau

orang kampung gotong royong masak juadah untuk berbuka

azan jerk, kitaorang just jamah sedikit makanan untuk alas perut. tak nak makan banyak sebab hati ader d perlis! time tu ingat nak balik cepat jerk! then, tie and anis gerak balik rumah dulu. solat magrib kat rumah. then baru mak lang and pak lang sampai. dorang solat kat surau.

muka orang terpaksa berbuka d surau! hahahah

tie and anis

hamik kau! siap ambil gambar cenggini lagik tau sebagai bukti! hahahaha
kami terkandas d sini :(

yang menyedihkan nyer, bila d tanya pada mak lang and pak lang, rupanyer buah buah belum d kait dari pokok. waaaaa! nak nangis sekali lagikkk! tapi time tu cuaca da gelap, memang tak dapat lah nak ambil buah kat pokok. so kitaorang ambil apa yang ader jerk. cempedak and dokong. hari lain pulak lah jawabnyer datang ambil rambutan.

siap semua, kitaorang terus memecut balik ke perlis and sampai dalam pukul 9 lebih cenggitu. alhamdulillah selamat sampai kan! hahha. mak and abah suhaizal dah tak der d rumah, dorang pergi solat terawih. yang ader cuma adik die dan suhaizal. masam jugak lah muka suhaizal time tie sampai! hahaha. tapi nasib baik die tak marah sangat!

kitaorang terus masuk dapur untuk isi perut yang memang kelaparan nih. suhaizal temankan kitaorang makan. hadoiii! nak gelak ader, sedih pun ader! memang tak rancang kan! ingat kot sempat balik ke perlis lepas ambil buah, tak sangka pulak terkandas d sana. sorry ye hubby. tak der rezeki nak berbuka bersama

cempedak yang sempat d ambil

buah dokong

sebelum balik, sempat jumpa and borak dengan mak suhaizal. cuma abah jerk yang balik lewat and tie tak sempat jumpa. ape yang jadi dah d tentukan Allah. sebab tu ader pepatah mengatakan kita manusia hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan.

selamat berbuka korang :)