Tuesday 26 May 2015

.. suami aku ustaz ..

assalammualaikum

siapa yang dah baca novel suami aku ustaz? mesti korang jatuh cinta kann dengan watak ustaz hafiz dalam novel tu. and mesti korang tahu yang filem suami aku ustaz sudah mula d tayangkan sekarang. hampir dua tahun tie nantikan filem lakonan ady putra nih! dan akhirnya, keluar jugak filem nih and dapat jugak tengok ady putra kegilaan ramai nih! wah!

17 may yang lepas, kebetulan hubby tak kerja hari tu, die setuju nak bawak tie tengok ady putra! memang hati berbunga bunga weh!! peminat setia konon! hahaha

kitaorang tengok petang. sampai jerk jitra mall, terus beli tiket and tak berapa lama lepas tu dah boleh masuk panggung

macam biasa, minta orang ambilkan gambar. rileks jerk kann!

teringat kisah jaket koko nih. time tu tengah famous dengan cerita sehangat asmara lakonan ady putra dan rita. then, tie pun hadiahkan jaket nih pada hubby sebagai hantaran time kitaorang kawen. kononnyer nak sama macam ady putra lah! hahaha

tengok ady putra pakai, tie pun beli kat hubby - drama sehangat asmara

pelakon utama filem suami aku ustaz

ustaz hafiz kegilaan ramai!

pada tie, memang tie puas hati dengan jalan cerita filem SAU. memang lah ramai orang cakap movie nih ringkas dan ader jugak yang tak paham dengan jalan cerita. tapi bagi tie, siapa yang baca novel nih, dia akan lebih faham and menjiwai cerita ini. dan biasalah cerita dalam novel kan panjang, bukan boleh buat sebijik macam dalam novel. sebab tu d ringkas dan d padatkan dalam filem suami aku ustaz nih.

apepun, thanks hubby sebab bawak mommy jumpa ady putra. memang love u lah! and sorry qaleesya, mommy and papa tinggalkan kamu sekejap dengan maktok simpang, tapi sebelum pergi mommy dah upahkan dengan baju baru kan :)

kann best kalau betul betul dapat suami ustaz :)

sinopsis suami aku ustaz

Alisa (Nora Danish) terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya sendiri iaitu seorang ustaz (Adi Putra) yang mengajar subjek Pendidikan Islam disekolahnya sendiri. 

Alisa terpaksa berkahwin dengan ustaz itu setelah ibu dan ayahnya pergi ke tanah suci Mekah. Dan sebagai alasannya, tidak ada siapa yang hendak menjaga Alisa ketika mereka pergi ke tanah suci nanti. Oleh itu, Alisa dikahwinkan dengan Ustaz Muhamad Nur Hafiz.

Alisa menganggap suaminya itu sebagai abang, sedangkan Ustaz Hafis memang sudah lama sukakan Alisa sejak kecil lagi. Perkahwinan mereka itu dirahsiakan daripada kawan-kawannya di sekolah.

Namun, segala-galanya terbongkar apabila Alisa terjatuh daripada motosikal dan mendapati Ustaz Hafiz tinggal serumah bersama Alisa.

Apabila Ustaz Hafiz menceritakan pekara yang sebenar, patah la hati Johan (Izzue Islam) yang memang sudah lama menaruh hati kepada Alisa dan juga Cikgu Liza (Jue Aziz) yang juga suka kepada Ustaz Hafiz.

Alisa marah kepada Ustaz Hafiz kerana menceritakan pekara itu kepada Johan. Namun Ustaz Hafiz tetap bersabar dan memahami Alisa.

Sampai la Alisa berjaya masuk ke menara gading, barulah muncul rasa rindu di dalam hati Alisa dan dia cuba untuk mencintai suaminya itu.

Friday 15 May 2015

.. buih buih cinta @ denai larian ..

assalammualaikum

entry paling fresh kali nih. kalau tak, gambar terperap dalam phone, lama lama baru nak update. semalam, papa ambil mommy balik kerja then kitaorang bawak puteri kesayangan ke denai larian. taman permainan yang dekat dengan rumah tie.

ada pulak orang awam yang bijak ambil kesempatan, buka meja kat dalam taman tu and buat perkhidmatan permainan buih buih sabun. harga paling rendah adalah rm3. dapat lah batang untuk buih sabun yang kecil. tapi kalau harga rm5, akan dapat batang buih sabun yang besar.

kitaorang ambil yang rm3 jerk. qaleesya bukan pandai main lagik. saja nak bagi die tengok buih buih yang jadi balloon tu. pandai dorang buat duit kan. taman nih kan ramai budak budak. memang menjadi tumpuan lah.

papa ajar qaleesya main. hahahaha

mommy pulak nak ajar :)

mommy pulak yang lebih lebih - arriana nurqaleesya

pastu kitaorang bawak die main kat taman permainan. bukan main sengih lagikkk. nganga jerk kerja mulut tu! hahahah

suka la tuuuuuu

pakai baju maktok beli. makaseh yer maktok!

papa bawak naik titi gantung denai larian

selit gambar mykid qaleesya. setelah sekian lama baru kitaorang dapat ambil. service d perlis memang kurang memuaskan :(

selit lagik gambar mommy pergi rumah mama fara untuk melawat baby adika dua hari lepas

booolaaatt jerk budak nih. gerammmm

selit gambar anak mommy ikut maktok pergi tesco alor star

alhamdulillah Allah masih berikan rezeki untuk bf qaleesya

dan gambar selit yang terakhir, new look for my room. bilik ketua hasil tmpoint kangar. penuh dengan pink. hahahaha

Thursday 14 May 2015

.. arriana nurqaleesya lapan bulan ..

assalammualaikum

rasanya belom terlambat untuk tie ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu ibu d sana. berbanggalah menjadi seorang ibu kerana ibu adalah wanita terhebat d dunia ini.

selamat hari ibu buat mak dan mak mertua tie. tiada insan lain yang dapat menggantikan mereka. terima kasih d atas segala kebaikan, pertolongan dan jasa baik mak selama ini. semoga mak d beri kesihatan yang baik, d panjangkan umur dan d murahkan rezeki. i love u mak.

3 may yang lepas, genap umur anak mommy lapan bulan. alahai makin hari makin membesar kamu sayang. betapa bersyukurnya mommy pada ilahi atas pemberian terindah ini. dan betapa happy nya bila dapat melihat anak membesar dengan sempurna d depan mata. entry nih tie nak update gambar gambar qaleesya yang terkumpul nih. niat nak update setiap bulan pasal qaleesya still tak berjaya. memang tak sempat :(

mommy and qaleesya bawak maktok kangar pergi klinik. maktok kurang sihat hari tu. demam dan sakit kepala. sekarang dah sihat alhamdulillah :)

bahagianya kalau anak sentiasa d depan mata

hari tu time iron baju kerja, sempat lagik tie pakaikan qaleesya tudung tmpoint. memang kelakar! hahahha

bawak qaleesya pusing pusing kat kawasan depan rumah

qaleesya dan abang sulung tie

gambar nih maktok yang whatsup, time maktok mandikan qaleesya d rumah simpang. mandi kat depan rumah

acik eity ambil gambar qaleesya pakai topi papa

nampak macam budak besar dah. tak macam lapan bulan kann hahhaa

mommy suka tengok gambar yang nih!

qaleesya dan pak teh

mommy dan anak d kedai makan

mak tok dan qaleesya teman alang anis pergi beli kain

umur lapan bulan, saya dah ada lima batang gigi. tiga d bawah dan dua d atas

hari tu mommy dan lagik vidoe call dengan papa dan qaleesya

papa mengasuh anak dan whatsupkan gambar pada mommy

pandai ke baca nih sayang?!

qaleesya ikut alang, acik dan acu ke tesco

saya tengah fikir nih nak makan apa - arriana nurqaleesya

bukan main suka lagikk kalo masuk dalam troli nih


mak tok tengah solat jemaah dengan tok wan, tapi alang die boleh pulak letak qaleesya kat sebelah tu. gambar nih pun dorang whatsup kan

kitaorang lepak d padang sementara papa main bola

model padang bola! hahahha

bila tokwan dan maktok sibuk cari dokumen dalam kereta, si cilik nih pun tumpang sibuk sekali!

kitaorang ikut tokwan pergi shopping barang dapur d changlun kedah

nama kedai nih sama lah dengan nama kiter - arriana nurqaleesya

acu punya kerja lah nih. pakaikan qaleesya tudung die

makaseh yer acu belikan qaleesya sweater nih. tapi ntah bila papa tu nak bawak qaleesya pergi cameron highlands :(

suka sungguh kalo mommy letak atas sejadah

qaleesya ikut alang dan maktok pergi lawat tapak projek

saya pening lah nak beli yang mana - arriana nurqaleesya

budak baru bangun tido , terus mommy snap pic

qaleesya dan tok wan besar

papa bawak qaleesya pergi main taman

mommy bawak qaleesya ke wedding d denai larian

lepak depan rumah :)

pusing pusing kampung

hello, tok wan kat mana? qaleesya nak belanja makan nih

gambar kat padang

yang nih pun kat padang

semalam mommy belikan nih kat qaleesya. memang bagus. ada abc, doa, ayat quran dan nasyid. setiap kali nak tido mommy buka kan ayat quran. bila tengah main mommy bukakan abc. die memang suka

mommy beli tambah empat lagi storage bottle

time beli kasut kat qaleesya d amanjaya mall sungai petani, mommy belikan satu untuk baby dalam perut mama deela. harap baby suka nanti. semoga Allah permudahkan urusan bersalin mama deela. aminn

dan ini gambar yang paling latest. teman papa main bola dua malam lepas

kami sekeluarga

alahai anak mommy. moga kamu membesar dengan sempurna sayang

dua minggu lagik, die akan masuk sembilan bulan. alahai napa cepat sangat nih! setakat sekarang, qaleesya still lagi BF. susu formula pun ada. dua dua die boleh. then dah ada lima batang gigi, mulut makin bising, and dah mula panjat apa apa sahaja untuk die berdiri. yang paling kerap die buat sekarang, tepuk tangan, genggam dua dua belah tangan, pandai bye2 sambil goyangkan tangan.

mommy bersyukur sangat dengan kehadiran kamu sayang. qaleesya anak yang baik. tak pernah nak meragam atau buat perangai. cuma time lapar and nak tido jerk die akan merengek sikit. yang lain semuanya senang. alhamdulillah