assalammualaikum
orang cakap kalau Allah uji kiter sebab Allah sayangkan kiter kan? satu lagik dugaan Allah pada tie. dua tiga minggu yang tie kata macam macam jadik tu sebenarnyer tie sakit. Sakit itu akan datang tanpa di undang pada bila bila masa pun. semuanya kehendak Allah.
tie alami ketumbuhan tonsil. actually tonsil nih dah lama tie ader. dari zaman study diploma lagik. tapi tie jerk yang tak ambil serius dengan sakit nih. dan masuk tahun nih, sakit nih makin menjadi bila tie selalu tak sihat. selalu demam and sakit tekak. and bila tie dapatkan rawatan, doctor cakap tonsil tie dah teruk sangat. dah sampai tahap memang kena buat operation. time tu macam macam ader dalam kepala. macam macam tie fikir.
last tie pergi klinik, 28 February lepas. time tu doctor still tegaskan yang tie memang dah kena buat operation. memang tie dah tak der choice. tie pun dapat surat dari klinik untuk jumpa pakar.
then keesokkannyer, hari Jumaat, 1 March 2013, tie pergi untuk jumpa pakar d Pusrawi. pepagik lagik tie dah pergi. tapi sebelom tu sempat lagik breakfast kat kampung baru.
makan sedap sedap dulu. sebab tahu dah nanti mesti kena pantang makan lepas operation :)
tak der lah lama sangat tunggu giliran kat Pusrawi. lepas jumpa pakar bagai, tie memang kena warded. Doctor cakap esok nyer jugak kena buat operation. memang tak boleh tunggu lagikk. ni la padahnya kann. asyik tangguh jerk. diri sendiri yang menanggung :)
time tunggu giliran
dah settle semua surat menyurat and bagai, tie d masukkan ke wad Naem at Pusrawi. satu bilik tu ader 4 katil. tapi tie sorang jerk yang ader, 3 katil lagik kosong.
nih muka sihat lagik
bagi yang tak tahu aper itu tonsil, ini contoh tonsil dalam mulut. ketumbuhan ini ader di kanan dan d kiri anak tekak. ianya akan membengkak bila kiter demam. dan time ni lah pemilik tonsil akan alami kesakitan yang amat sangat.
hari pertama d hospital, memang tak der mende sangat lah kann. tie masih mampu tersenyum. masih boleh begurau senda. cuma tie kena cucuk d tangan kiri bagi tujuan untuk tambah air dan ubat. sakit sikit jerk lah.
dan thanks kat office mate tie yang hadiahkan novel nih. katanyer sebagai teman tie d hospital and boleh baca time bosan. memang suka sangat lah kann. dapat novel baru :) thanks yer!
dengan kak na and abang aziz
malam baru dorang sempat datang. siangnyer dorang memang tak sempat sebab sibuk dengan kerja memasing.
tak lupa jugak kat dua orang kawan baik tie. dilla and aya. thanks korang datang melawat tie. siap bergelak, bergosip bagai lagik malam tu. yerla, belom operation lagik kan. dorang stay sampai tengah malam jugak la. sempat lah dorang temankan tie.
malam tu kak na temankan tie tido. memang tie takot weh tido sorang. bayangkan tiga lagik katil kosong.erm!menyeramkan! nasib baik kak na ader :)
start pukul 3 pagi tie dah kena puasa. memang tak boleh makan and minum lah kan. time tu rasa takot sangat nak hadapi hari esok.
hari pertama kat hospital, tie tak henti henti kena masukkan ubat antibiotik dalam badan. berbotol botol lah. doctor kata nih semua berkaitan dengan operation esok. tie layankan jerk la. nak tak nak, memang kena redha.
keesokkannye, pepagik lagik tie dah bangun mandi, solat subuh and siap siap. then duduk diam diam atas katil tunggu nurse datang ambil untuk ke dewan bedah. memang berdebar sangat. tak henti henti mulut nih berdoa semoga segalanyer d permudahkan.
dan lagik bergambar :)
sebelom tu, sempat call my mum and Suhaizal. bagi tahu dorang. actually dorang memang nak datang sangat. tapi tie yang larang. kononyer nak berdikari sangat lah kan. padahal tie sangat perlukan dorang time nih. lagipun tie tak nak susahkan dorang.
yang nih time otw ke dewan bedah
dup dap dup dap jantung tie time nih tau
tak lama tie dalam dewan bedah. lebih kurang dua jam lebih jerk, then tie dah mula sedar dari ubat bius and d bawa keluar. time tu Tuhan sajerk yang tahu betapa sakit nyer tie rasa. tie tak henti henti menangis.
baru sedar dari ubat bius
bila dah d masukkan ke wad semula, perkara yang paling tak dapat nak d lupakan bila tie muntah darah. tiga kali tie muntah. penuh dengan darah jerk. Ya Allah time tu raser sakit and takot sangat. yerla, saper tak takot weh tengok darah kuar banyak banyak dari mulot. sampai doctor turun and tunggu tie lah time tu.
kata doctor, kalau tie still tak stop muntah darah malam tu, keesokkannyer dorang nak tie buat operation sekali lagik. Doctor tu cakap risau kalau berlaku pendarahan kat tempat jahitan. dengar jerk doctor cakap cenggitu, makin takot lah tie raser. tapi alhamdulillah, selepas dorang cucuk and bagi ubat kat tie malam tu, tie behenti muntah. memang asyik kena masuk ubat jerk la malam tu. tapi syukur sangat sebab tie dah berhenti muntah.
tie baru lepas muntah darah yang pertama. dari hidung pun kuar darah. memang menangis jerk time nih. sakit sangat. tie dah tak mampu nak cakap ape ape lagik time nih
alhamdulillah sangat bila tie dah tak muntah darah. cuma tie still tak dapat nak makan and minum dengan selesa. rasa sakit sangat kat dalam tekak. tambah lagik kalau tie batuk atau menguap. sangat sakit wehhh!
kak na, abang aziz and abg chick memang ader temankan tie lepas dari tie operation. kak ros pun ader. thanks kak ros datang melawat tie. sampai susah susah kena datang naik teksi and tren bagai. tie hargai sangat. cuma time tu tak der gambar kak ros. sebab die tak nak begambar. tak sanggup tengok tie sakit katanyer :)
bff saya, pieka pun datang. die pun terpaksa naik teksi, tren and bas. kesian kamu dear. apepun thanks sangat datang melawat. thanks ingat aku time aku sakit.
lepas pieka datang, zaza and suami sampai. then kak deela and family pun datang. syiok tengok dorang borak borak. tie memang tak cakap banyak. mampu tersenyum jerk. hanya Allah jerk yang tahu betapa sakit nyer tie time tu. kalau cerita lebih lebih, orang akan kata mengada ngada. so lebih baik diamkan diri jerk
sakit tetap sakit akan tetapi gambar tetap gambar!! dasar giler gambar kann :)
malam kedua d Pusrawi ibarat mimpi buruk bagi tie. dengan sakit tekak nyer, dengan tak boleh bernafas nyer, dengan badan lemah nyer. macam macam lah. memang tak dapat nak tido. apepun thanks sesangat pada kak na yang sanggup temankan tie malam tu. setahu tie die tido tido ayam jerk malam tu sebab risau tie muntah lagik. setiap kali die dengar tie batuk, die akan bangun and duduk sebelah tie. terima kasih kak na. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kak na.
hari ketiga, tie paksa diri untuk makan bubur. memang hanya itu satu satunya makanan yang boleh tie makan. itupun makan sikit jerk. sebab sakit sangat nak telan. then tie banyak makan ice cream. nurse pulak tak henti henti bagi ice ketul yang kecik kecik tu. dorang suruh tie kulum ice ketul tu.
ni bubur yang dorang kasi. tie makan dua tiga sudu jerk. pastu dah tak boleh nak telan. sakit :(
ini pulak bubur yang kak tie, jiran sebelah rumah tie bawak. dorang datang melawat tie time tengah hari. thanks kak tie :)
petang tu jugak Hazira datang melawat tie. die nih cousin pada tunang tie. thanks yer Zira :)
malamnyer, tangan kiri tie nih membengkak. darah pun mula keluar. jadik untuk elakkan jangkitan kuman, nurse kat situ tukarkan jarum ni ke tangan kanan. adoii bertambah lah sakit tie time tu. memang nak tak nak, tie kena redha jerk.
malam tu tie tido sorang. kak na tak dapat nak temankan tie sebab die ade keje yang perlu d siapkan. lagipun keadaan tie makin okey. dah boleh bangun pergi toilet sendiri. jadik nyer tak per kalau tak der yang temankan tie. kan nak berdikari :)
masuk hari keempat, pepagik lagik doctor datang untuk check tie. dan tie tak henti henti minta nak keluar dari ward. dan dan dan lastly doctor izinkan tie keluar. alhamdulillah. terima kasih ye doctor :) memang suka sangat. tie dah tak sanggup lagik nak stay kat situ. siang malam asyik dengan jarum and ubat jerk.
petang nyer, lepas dah settle semua, tie dapat kuar dari situ. alhamdulillah. tapi tiga hari akan datang tie perlu datang lagik untuk check up. duduk kat rumah tak bermakna tak kena makan ubat tau. tengok ni ha. dah la besar besar ubat yang dorang kasi nih. erm! memang kena telan jugak.
apepun terima kasih pada orang sekeliling tie yang banyak memberi semangat dan titipkan doa untuk kesihatan tie. apepun tie redha dengan dugaan dan ujian Allah ini. sesungguhnyer Allah lebih mengetahui segalanyer dan Allah jugak telah aturkan perjalanan hidup setiap umat nyer.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun daunnya- HR Bukhairi, Muslim
dan dari Ummu Al-Ala, die berkata: " Rasulullah SAW menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. " Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala, Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak ". - HR Abu Daud
tie nak kongsi dengan korang, biler seseorang mukmin itu jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat untuk datang padanya. dan Allah akan memerintah kan :
Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. kemudian Malaikat yang kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya, Malaikat yang ketiga pulak untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi dan Malaikat yang terakhir untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.
dan apabila Allah menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1,2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah hamba mukmin itu. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa dosanya kepada hamba mukmin
semoga kiter semua d berikan petunjuk dan sentiasa d redhai oleh Allah. dan semoga kiter sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Allah kurniakan pada kiter. aminn