Wednesday, 29 May 2013

.. teduhan kasih ..

assalammualaikum

korang tengok tak drama slot akasia tv3 teduhan kasih?! omg! tie macam nak gila tengok cerita nih weh! haha. sebab apa, sebab ader ady putra!!! saya peminat setia ady putra! dulu cerita sehangat asmara. sekarang teduhan kasih pulak. satu lagik drama adaptasi novel lakonan ady putra yang mendapat sambutan hangat!


mula tu, tie baru tengok iklan yang drama nih akan mula d tayangkan pada 15 May. time tu tie tak tahu lagik yang drama nih adaptasi novel. tapi bila dah tengok episod pertama, baru tie tahu ni drama adaptasi novel. memang tie cari la novel teduhan kasih ni. d sebabkan tie dah stay kat perlis, tie minta tolong office mate kat KL tolong belikan. kat perlis nih agak susah nak dapatkan novel terbaru. nasiblah kan :(


memang tak miss lah tengok movie nih. sebab gilerkan ady putra! haha.

sebelom ni kalau bergambar pasal novel, mesti dengan kak deela. tapi sekarang dah tak boleh. ambil gambar sengsorang la jawabnyer :(

handsome!!!!

tak sabar nak tengok drama nih sampai habes. nak tengok sama tak adegan romantik dalam novel dengan adegan romantik yang d lakonkan.

sinopsis teduhan kasih

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu).

Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

Pelakon 
Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah

jangan lupa layan drama nih tau, setiap isnin hingga khamis, jam 7 malam :)

Tuesday, 28 May 2013

.. hadiah perpisahan ..

assalammualaikum

entry masih dalam mood KL. padahal dah tiga minggu balik Perlis, tapi entry pasal KL tak habes habes. erm! ni pun bukan entry terakhir, ader lagik yang tak update. tak tahu la bile nak habes :)

entry nih tie nak tayang hadiah hadiah yang tie dapat dari kengkawan HQ KL sebelom tie balik Perlis.

sebelom tu nak selit gambar menu fish manhattan yang tie makan dengan officemate sebelom berangkat pulang ke kampung. rindu nak makan nih, kat Perlis tak der :(

and yang ni pulak gulai ketam terbaik dari kak na! memang sedappp! teringat pulak kat masakkan abg aziz and kak na :(

sehari sebelom balik, AGM tie, Cik Intan belanja tie lunch kat SR. tie ajak pieka untuk temankan tie :)

time makan tu, die banyak bagi semangat kat tie tentang tempat kerja baru. apepun, thanks Cik Intan, thanks untuk apa saja ilmu yang pernah Cik Intan bagi pada tie.

apa ntah nama menu tie makan hari tu, tie tak ingat :)

thanks kat kak dira sebab kasi chocolate kat tie. tie sempat pergi jumpa die sebelom tie balik kampung. rindu akak sangat!!! then kak jijah bagi baju kurung vietnam. warna biru ada bling bling lagik. tie dah try, memang ngam ngam dengan badan tie. thanks kak jijah. love u!!

thanks pada kak liza sebab kasi telekung vietnam. alhamdulillah tie pakai telekung nih kat TMpoint. and thanks pada kak nita sebab kasi kain lace dari Bandung nih. warna pink weh! memang santek. thanks korang (*_*)

dan ini pulak gift dari FCD team. sangat sangat touching lorh. tie memang suka sangat dengan purse merah dari Mango nih. thanks kat kak deela yang pandai pilih, memang kena dengan citarasa lah. tie jugak dapat kad perpisahan dari dorang. penuh dengan ucapan dan tandatangan kat kad nih. pasti menitik air mata setiap kali tie buka kad ni. time tu, rasa teringat sangat kat semua. harap korang tak lupakan tie :(

yang nih gift dari kak deela. katanyer gift sementara. ader gift lain dari vietnam kot?! haha. nanti tie nak tuntut yer kak deela! haha. die kasi tie casing iphone and si chumell kat atas ni. tie dah pakaikan kat iphone. thanks darling. thanks untuk kad perpisahan yang kamu buat sendri tu. kuning diraja sangat. tema babyboo:)

kak deela last kat office hari Khamis. sebab esoknyer die cuti. so hari tu lah last tie jumpa die. memang menangis lah jawabnyer. kak ros sempat pulak ambil gambar nih. muka tie buruk! haha. yg sebelah tu sengih jerk kan. apepun., thanks 4 everything dear! miss u! rindu nak begambar sesama :(

and music box yang sangat romantik nih d hadiahkan oleh kak ros. yang tak sangka nyer tie ader time kak ros beli hadiah nih. time tu kitaorang keluar pergi Mid Valley. tie lansung tak tahu yang die belikan untuk tie. siap ader music and si patung seksi tu akan menari nari bila buka kotak tu. sweet kan? haha. thanks kak ros. love u laju laju!

ini pulak hadiah dari azeera and zihah.
dorang kasi teddy bear and ferrarorocher. thanks korang.
tambah lagik koleksi Cik Tedd tie :)

zaza pun ader kasi hadiah. dia belanja tie makan kat burger king KL Sentral sehari sebelom tie balik kampung. time tu memang rushing sangat. sempat borak sekejap jerk. apepun, syukur alhamdulillah Allah masih selamatkan hubungan persahabatan nih. thanks zaza bagi bantal chumell and toys colourful. appreciate sangat. takecare okeyh, jaga baby dalam perut tu bebaik (*_*)

ni gambar tie dengan bff, pieka. die kasi buku Tentang Cinta pada tie. kamu tak bagi apa2 pun tak per dear. kamu kan dah belanja makan kat Restoran Cerana hari tu. apepun, thanks dear! keep in touch. miss u, miss everything :(

3 May lepas last day tie kat HQ KL. sebelom balik tie salam dengan kengkawan. memang berat betul rasa hati nak menanggung perpisahan nih. thanks kat korang yang banyak bantu tie, ajar tie and thanks 4 everything. tie sayang korang sampai bila bila.

owh yer, kak hajar ader bagi kain telekung dari bandung. tapi tie tak ambil gambar. telekung warna pink. cantek. thanks yer kak hajar :)

last day d HQ :(

sebelom balik, tie kemas meja and barang barang tie. bila bawak balik semua barang, cenggini lah rupa meja tie. kosong :) ntah ntah sekarang nih dah jadi tempat letak barang kak Ros kot?haha!

thanks kat korang semua. love u all! haisshhh macam tak percaya jerk tie kerja d TMpoint sekarang. rasa masih lagikk staff HQ TSSSB :)

Thursday, 23 May 2013

.. Lunch @ Pulau Ketam Village Steamboat, KL Festival City ..

assalammualaikum

sebelom tie balik ke Perlis, tie ada keluar dating dengan hazira and elea. kebetulan hari tu ader cuti hari buruh kalau tak silap. owh yer, hari yang sama tie kuar dinner dengan pieka. entry tu tie dah update.

dalam tengah hari cenggitu lah pergi KL Festival City. semua jumpa d sana jerk. awalnyer niat nak pergi jalan tar dulu, tapi bila kemalasan menguasai diri, terus cancel! haha

sampai jerk, dorang cakap teringin nak makan steamboat. tie memang ikut jerk. so kitaorang lunch kat restoran Pulau Ketam Village Steamboat. pulau la sangat kannn! haha

dan ini lah menu yang kitaorang order
set untuk dua orang. die bagi kuah sup and tomyam
selain menu nih, kiter boleh tambah any dishes yang lain. harga kat situ boleh la d katakan berpatutan
sengaja ambil set untuk dua orang jerk sebab tie dah makan nasi kat rumah sebelom gerak :)

wif hazira
memang wajib bergambar kalau keluar :)

siap makan, kitaorang jenjalan kat situ. kebetulan hazira nak beli perfume, memang terjah parkson lah time tu. dapat jugak perfume yang die nak :)

kuning, biru dan hijau :)

then kitaorang lepaking and bergambar sakan. hahaha

minta orang ambilkan gambar kami. haha. macam biasa :)

wif future cousin :)

pieka datang ambil tie kat situ dalam pukul lima lebih jugak lah. hazira and elea balik sekali sebab dua2 stay kat taman melati.

apepun thanks dear hazira. thanks spend time dengan tie. gonna miss u dear. nanti kita jumpa d kampung yer :)

Thursday, 16 May 2013

.. dinner @ Restoran Cerana, Cheras ..

assalammualaikum

satu lagik entry minggu akhir tie d KL. tie keluar dengan pieka n boy pada 1 May, hari pekerja. cutiii kann. awal nyer tie keluar dengan hazira dulu. kitaorang pergi festival city. tapi entry tu tak sempat lagik nak update. petangnyer, pieka and boy datang ambil tie kat situ.

first kitaorang ke sungai wang. boy nih ader barang sikit nak beli. then da jumpa barang yang d kehendaki, kitaorang gerak ke Cheras.

sempat ambil satu gambar time kat sungai wang

pieka dah banyak kali cakap nak belanja makan sempena tie dah nak ke Perlis. cuma masa jerk yang tak der. tapi alhamdulillah malam tu dapat jugak dinner dengan pieka.

die bawak tie makan kat Restoran Cerana. first time tie datang sini. tempat nye memang cantik. dengan adernye iringin muzik lagi. sesaper pun boleh request nak lagu aper. sesuai lah kalau nak celebrated birthday kat sini. penyanyi khas kat situ akan nyanyikan lagu birthday :)

Restoran Cerana ni ala ala kedai makan d Kuala Perlis. first, kita boleh pilih apa saja jenis seafood yang kiter nak. then buat pilihan untuk jenis masakan. semuanyer tie serahkan pada pieka and boy. dorang yang nak belanja kan :)

kusyuk pieka and boy duk memilih seafood

bila dah siap pilih, seafood yang d pilih akan d timbang. then, boleh duduk diam diam kat meja tunggu makanan sampai :)

pintu depan Restoran Cerana

tak lama lepas tu, makanan pun sampai. memang sangat menyelerakan. ader ketam masak cili, sotong goreng tepung, sambal udang, ikan pari bakar and sayur kailan.

sayangnyer, gambar tak berapa nak clear :)

pieka and boy

bff saya, pieka. love u dear!

alhamdulillah kenyang sangat! pengsan! hahaha. sampai licin kitaorang makan.

kami :)

alhamdulillah dapat jugak dinner dengan kamu dear. thanks belanja tau! and thanks for everything. kiter akan kawan sampai bila bila. aku doakan kau akan mendapat kebahagiaan yang berganda. dan aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. love u!

miss kamu so much :(

Wednesday, 15 May 2013

.. suprise @ secret recipe ..

assalammualaikum

minggu terakhir tie d KL, tie di suprisekan dengan cake secret recipe yang sangat menyentuh hati. wah dasar ayat orang baca novel. cenggini lah!

pieka, kak ros n kak deela yang plan semua ni. awal awal lagik dorang dah pergi order kat secret recipe kat bawah. then bila lunch, dorang ajak ke secret recipe. awal tu tie ingat dorang memang teringin nak makan kat sr ni. tie pun join lah. dan tak sangka ader pulak cake yang menyentuh perasaan ni :)

ni lah cake nyer. thanks korang :)

sebelom makan, sempat lagik berposing mosing ha. sementara nak tunggu menu lunch memasing sampai, kitaorang makan cake dulu :)

sumpah tie sangat sedih, tapi muka tetap senyum

ala ala potong cake besar pulak kann. haha

sehingga menjilat jari ha, licin :)

kak ros dan pieka

with kak deela

ader lagik gambar kitaorang dengan menu masing masing (*_*)

thanks pieka.
even time nih kamu belum gaji lagi, tapi kamu join juga. love u darl!

kak ros
kawan makan, kawan solat, kawan rrm, kawan semua lah. miss u :(

kak deela
kawan gosip,kawan bergambar,kawan jumba jumbi. miss everything :(

minggu nih dah masuk minggu kedua tie d TMpoint Kangar. tie masih lagi belajar apa saja ilmu baru d sini. nak jugak update blog pasal keje kat sini, tapi still tak sempat. nanti lah. inshaallah ada masa nanti :)

apepun, thanks pada kak ros, kak deela n pieka. tie sayang korang sampai bila bila. thanks jadi kawan tie.. thanks for everything.. tie tak kan lupakan korang.. and pls jangan lupa tie yer :(

saat saat perpisahan memang terasa sangat time tu. tie rindu sangat saat saat d HQ. nanti tie update lagik okeyh :)

moga Allah mempermudahkan segalanya. kawan kawan doakan tie tau :)

Thursday, 9 May 2013

.. Lunch @ Kenny Rogers Mid Valley ..

assalammualaikum

hari jumaat dua minggu lepas, tie ke Mid Valley. niat hati nak cari kasut. tapi lansung tak der yang berkenan. so jenjalan lah jawabnyer. tie pergi dengan kak jijah, kak ros and kak nad.

dah puas window shopping, kitaorang tercari cari menu untuk lunch. kebetulan time tu lalu kat depan Kenny Rogers dan my ex boss, kak nad tetiba bersuara. " jomlah makan kat Kenny Rogers, akak belanja" .

ape lagik semuanyer sengih macam kerang busuk la jawabnyer. haha. tapi kak ros sengih paling banyak. hahahahaha. jangan marah kak ros. tie dah tak der kat sebelah :)

gambar kami :)

kebetulan time tu, pihak Kenny Rogers ader jual tupperware ni dengan harga rm3 sahaja. bagi sesiapa yang makan kat situ lah. so kitaorang ambil sorang satu. yang ni pun kak nad bayar sekali. thanks again darling!

siap makan, singgah beli big apple jap, then terus naik cab balik office. apepun, thanks kak nad. love u!

sumpah tie tengah rindukan saat besama korang..

Wednesday, 8 May 2013

.. hair treatment, iphone charger and replica myvi ..

assalammualaikum

time tengah update entry nih tie baru balik breakfast kat mcD KL Sentral. sekali sekala breakfast mcD memang boleh lah kann. tapi kalau selalu tak bagus tau! haha

yummy. memang tie suka :)

29 April yang lepas, tie half day. tapi before tu sempat lunch and solat zohor dulu kat office. then tie naik tren ke LRT Masjid Jamek. pastu kena jalan kaki ke shopping kompleks cap square. actually tie ader beli voucher hair treatment kat groupun. asal nyer tak nak buat lagi sebab expired date bulan June. tapi dah tie dapat transfer ke Perlis bulan May, tahu pun last minute, cepat cepat tie pergi buat even saat saat akhir d KL.

nama saloon nih hair one studio. terletak d tingkat tiga cap suqare. tie buat appointment pukul 2.30 petang. dan pukul 6 petang rambut tie dah siap. treatment biaser jek lah. tak der lah yang over pun :)


boleh tahan lah hasil nya. tapi kedai ni charge tie rm20. katanyer rambut tie panjang. padahal tak panjang mana pun. nak tak nak memang tie kena bayar lah. memang satu kerugiaan! selama ni buat rambut guna voucher groupun tak pernah kena tambah duit tau!

sebelum tie naik ke tingkat tiga cap square, tie terpandang charger iphone yang sangat sangat berwarna warni. ader warna hijau, purple, kuning, pink and biru. memang tie suka lahhh! dan semestinyer tie beli warna  purple. beli cable dan plug cuma dengan harga rm30. tak kesah lah, janji tie suka :)

purple tetap d hati. hakhak poyo giler!

then, sebelom nih tie ader minta ex office mate tie, emy belikan replica myvi. rasa terpikat sangat bila tengok kat facebook. tapi sayangnya warna kuning memang tak der. terpaksa lah tie ambil warna oren. khas buat baby boo. haha. ni nama nyer menghabiskan duit!

order punya lah lama tapi nak tunggu si emy ni datang KL, memang berzaman sikit lah. sebab nya die dah stay kat Perak. tapi alhamdulillah seminggu sebelum tie balik Perlis die datang KL and sempat kasi pada tie. thanks emy!

oren pun okeyh aper?! haha. ayat penyedap hati

ini entry auto post daaa

Tuesday, 7 May 2013

.. Lunch @ Restoran Anis Putri Gulai Kawah ..

assalammualaikum

khamis dua minggu lepas kitaorang warga finance reramai terjah Restoran Anis Putri Gulai Kawah yang terletak d Pantai Dalam. geng geng permpuan semua naik car pool. yang lelaki pulak naik motor. lagipun lelaki finance cuma 4 orang :)

our CFO kasi belanja beb. alhamdulillah. semuanyer bejalan lancar. memang terbaik lah menu menu yang d order. antaranya, gulai daging kawah, ayam goreng berempah, siput sedut masak lemak, ikan kembung percik, lala masak lemak, kerabu mangga, arca timun nenas dan ulam ulaman. wahhh memang banyak beb. sampai tak habis lah makanan tu. siap tapau balik office lagi.

sebelum tu, selit gambar tie n kak deela
ambil kat office sebelom gerak ke restoran
miss kamu beb.

jom tengok gambar kami (*_*)

rindu team trading :(
rindu kak ros!!

teringat kat kak jijah
kawan sebelah kiri :(

CFO tie yang depan sekali nih :)

with pieka.
kawan baik, kawan makan, kawan solat, kawan segalanyer. miss su so much dear!

lagik gambar reramai


apepun, alhamdulillah. semuanyer kekenyangan. thanks boss!

gambar tie sorang ini memang wajib d masukkan :)

actually entry ni auto post. tie update waktu tie kat KL lagik. tapi biler entry nih dah keluar, tie dah kat Perlis. dan dan dan tie sangat rindukan korang.. rindukan tempat kerja lama. waaa :(