Wednesday, 5 June 2013

.. Zaini and Anuar wedding ..

Assalammualaikum

11 Mei yang lepas berlansungnyer majlis perkahwinan Zaini and Anuar. Zaini nih kawan tie time praktikal dulu. tie dah anggap die macam adik tie sendiri. alhamdulillah dapat jugak datang kenduri die.

hadiah untuk zaini dari tie dan suhaizal

majlis berlansung d rumah pengantin perempuan yang terletak d padang besar. dan semestinyer tie ke sana dengan Encik Suhaizal :)

majlis akad nikah yang berlansung pada hari Jumaat. tahniah sayang!

zaini and anuar
memang sepadan kannn. moga jodoh kailan berkekalan hingga akhir hayat

sebelum apa apa, snap satu gambar dulu
tema kami hari tu purple kuning :)

sampai jerk, kitaorang makan dulu. then baru pergi jumpa pengantin and begambar!

gambar ni blur! tapi nak masuk jugak.haha
pelamin die cantik sangat tau

baju and makeup zaini hari tu pun cantik.
die ambil pakej perkahwinan kat butik Sue kat area Seriab.

sebelom balik, peluk cium dulu. lepas nih tak tahu biler pulak dapat jumpa sebab die akan berpindah ke Perak.

suka gambar nih :)

balik dari kenduri kitaorang singgah kat tasik tasoh untuk photoshoot. nanti free tie update :)

Untuk zaini dan suami, kak tie sentiasa doakan kebahagiaan korang. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.

Tuesday, 4 June 2013

.. TMpoint Kangar ..

assalammualaikum

6 June 2013 ni cukup sebulan tie bekerja d Tmpoint Kangar. ape yang tie boleh share kat sini, Tmpoint tersangat lah berbeza dengan HQ. memang totally different! kalau kat HQ, kiter akan buat kerja kiter jerk kan. tak payah sibuk  pasal kerja orang lain. tapi kat sini setiap staff perlu tahu semua kerja d Tmpoint. kirenya perlu master skill lah dalam semua hal.


minggu pertama :)
bergambar sebelom gerak. baby boo peneman setia tie pergi kerja

then kat sini, sangat2 straight okeyh. tak kira dari segi pakaian, tingkah laku, kehadiran, kerja dll. tapi semangat team work kat sini memang bagus. setiap staff saling tolong menolong antara satu sama lain.


TMpoint Kangar

waktu bekerja kat sini macam biasa, pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. tapi waktu operasi bermula jam 9.00 pagi. setiap pagi ader morning talk dari pukul 8.30 sehingga pukul 9.00 pagi. first, akan ader bacaan doa. then boss akan suarakan kalau2 ader issue yang perlu d bincangkan. then, baru lah sesi bersalam salaman dengan setiap staff. semua ni memang wajib d lakukan pada setiap pagi.

morning talk

sebulan sekali, staff perlu menyanyikan lagu negaraku, lagu kristal and lagu 1 TM. setakat tie kerja kat sini, baru sekali tie join nyanyian tu. rasa semangat lain macam. tapi lirik memang tie tak hafal. lepas nih kena hafal lah :)

hari pertama kerja, tie minta Suhaizal hantar kan. sebab tie risau tak der parking. hehe. and tie tak tahu jugak nak parking kat mana. selama tie stay d Perlis, tie memang tak pernah masuk Tmpoint Kangar nih. macam biasa lah kalau hari pertama, kenalkan diri, then berkenalan dengan setiap staff. alhamdulillah semua nya berjalan lancar.


kat rumah pun tie sempat ambil gambar.
memang dasar kan!! nasib baik ader anak buah yang rajin melayan kerenah tie :)

minggu kedua kerja, tie dah dapat name tag, cop and kad kuasa

name tag.
yatie? okeyh lah kann :)

cop

kad kuasa

dan ini pulak Cik Tedd yang tie bawa kemana saja tie pergi. die duduk diam diam jerk dalam kereta.
die lah peneman setia tie pergi kerja (*_*)

kat sini tie d tugaskan dalam bahagian hasil. tie duduk dalam bilik ketua hasil. memang banyak yang perlu tie belajar. sebab tie memang kosong lansung bab bab Tmpoint nih. selalunya buat kerja office jerk. guna excell jerk. bila kat sini, banyak system, product, step yang perlu tie ingat dan paham. memang dugaan betul.

dalam bilik ketua hasil
kat sini lah tempat tie berlajar, menghafal dan memahami apa sahaja ilmu yang d ajar

ketua hasil kat sini nama Kak Ros jugak tau. sama pulak dengan nama Kak Ros KL. hehe. memang tie banyak besama Kak Ros. sebab tie memang kena belajar buat kerja dia. selain tu ader sorang lagik staff dalam bahagian hasil, Abg Yen. dorang banyak bagi ilmu dan tunjuk ajar pada tie.

thanks kak ros untuk segala ilmu

bilik kami memang serabut sebab ruang yang ader memang tak mencukupi, so jangan ader yang komen yer:)

setiap pagi tie perlu buat collection d mesin ekiosk, pastu uruskan kerja kerja berkenaan hasil, dalam masa yang sama kena jaga kaunter bayaran. then petang nyer pihak CIT akan datang collect segala duit. bagi tie tugas dalam bahagian hasil nih memang mencabar. kerja melibatkan duit kan. jangan sampai ader terkurang ataupun terlebih, kalau tak memang kiter yang kena bertanggungjawab. memang perlu sentiasa berhati hati weh!

Abg Yen kusyuk kire duit

hari hari tie mengadap duit duit yang beribu raban nih
alangkah indahnyer kalau semua duit ni milik tie! hahahaha!

setiap petang, pihak CIT akan datang untuk membuat collection. time nih la kena serah segala duit yang ader. dan time nih jangan adernyer terlebih atau terkurang duit tu. kalau tak, menjawab weh!

time mula mula masuk dulu memang rasa macam tak percaya tie dah kerja kat Tmpoint. rasa tak boleh nak terima. tapi bila dah cukup sebulan nih, alhamdulillah. makin hari makin banyak ilmu tie dapat. bab belanja, memang jimat giler. makan murah, benda murah, semuanya murah lah. haha.

new life, new work, new environment, new uniform and new everything.
moga Allah mempermudahkan segalanyer

satu yang tie tak suka, kat sini cuaca memang panas giler. memang makin hari makin gelap lah jawabnyer. pastu bab berat badan. tie dah gemokkk! tolong! hehe. mana tak nyer, balik jerk kerja, mak dah tunggu depan pintu. pastu ayat mak setiap hari., "jom makan, mak dah masak " . macam mana nak elak, saper nak tolak masakan mak :)

apepun thanks sangat kat Kak Ros and Abg Yen yang banyak bagi tunjuk ajar. thanks gak kat kengkawan kat sini sebab terima diri tie sebagai staff baru kat sini. boss baru tie pun okeyh. peramah sungguh. and yang paling penting thanks pada Suhaizal, mak n family tie. dorang yang banyak bagi semangat kat tie. alhamdulillah setakat sekarang semuanyer baik baik aja.


and kadang kadang Encik Suhaizal akan hantar dan jemput tie pergi kerja sekaligus die kena belanja tie breakfast. tapi bukan selalu, hari Jumaat jerk. sebab die cuti hari Jumaat

Setiap tempat kiter bekerja ada kekurangan and kelebihan tersendiri. Apepun tie bersyukur dengan setiap pemberian Allah ini.

moga Allah mempermudahkan segalanyer. doakan moga tiada kesulitan yang datang dan moga tie tabah hadapi segala dugaan and cabaran kat sini. and tie tak pernah lupa kengkawan kat HQ. sentiasa rindukan saat saat d sana.

Monday, 3 June 2013

.. second annivesary ..

Assalammualaikum

13 mei lepas, genap dua tahun hubungan tie dengan suhaizal. Alhamdulillah syukur. rasa macam kitaorang baru jerk kenal. alhamdulillah hubungan yang bermula dengan perkenalan dari ahli keluarga tie sendiri kekal hingga sekarang. tak sangka dua tahun dah berlalu. Kitaorang tak der la celebrated apa pun. Just bagi kad n cake jerk. Lagipun masing masing sibuk dengan kerja kan. 

Untuk suhaizal, thanks 4 everything. Semoga segala impian kita akan menjadi kenyataan. Moga hubungan ini akan ke jinjang pelamin seterusnya semoga kita kekal hingga akhir hayat. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Aminnn

Happy 2nd annivesary hubby! Love u!

Sajerk selit gambar pergi service baby boo kali kedua hari tu:)