assalammualaikum
28/6/2013 yang lepas tie pergi KL. kitaorang staff tmpoint dapat cuti replacement hari YDA. tapi kena ambil cuti tu sebelum masuk bulan July. so tie memang cuti lah. rugi kalau tak ambil cuti tu kann. tie pergi KL hari khamis malam. then sampai sana hari jumaat pagi. tie stay kat umah kak na d kampung baru.
hari jumaat tu tie pergi office. niat tie datang KL memang nak jumpa kengkawan tie selain dari nak shopping barang hantaran. dalam tengahhari jugaklah baru tie ke sana. macam biasa, pergi naik lrt. lama tak naik kan. hahaha. tak banyak yang berubah. yorla, baru dua bulan jerk pun tie balik perlis. bukan dua tahun kan. haha!
seronok dapat jumpa kengkawan tie. rindu sangat weh! tambah tambah kat kawan kawan geng makan, geng gosip, geng begambar. hurm! lepas nih bila lagik la dapat jumpa dorang.
kitaorang ke Mid Valley time lunch. pergi naik dua teksi. then sampai sana, jenjalan, cuci mata, begambar, lunch and balik office :)
time dalam lift
kami memang giler gambar
atas escalator pun sempat lagikk weh
then, time tu poh kong ader buat sales. sempat lah begambar dengan basikal tua kat bawah nih. tapi bergambar jerla, tak beli pun :)
dengan kakak dila saya yang sentiasa nampak ranggi dan remaja :)
miss u dear
marry me (*_*)
lepas dah puas cuci mata, kitaorang lunch kat noodles station. sempat lah borak borak dengan dorang. even tak lama dapat spend masa besama, tapi tie tetap puas hati dapat jumpa and keluar dengan dorang. memang rindu sangat!
saya sayang kawan kawan saya
nih pulak gambar bersama umie to be. alhamdulillah zaza dah 4 bulan sekarang. perut die pun dah nampak. takecare yer beb!
dan dan dan yang paling tie suka, kak dilla belikan baju hard rock vietnam untuk tie. warna purple pulak tu. memang suka sangat tau! thanks kakak syg! love u!
tie siap pakai dah pun tau! gelojoh kann. hahaha
tie stay kat office sampai petang, then naik tren sama dengan kak ros, kak zack and pieka. balik sekali dengan dorang. baliknyer tie singgah makan nasi ayam penyet kampung baru! sumpah tie teringin sangat nak makan nasi nih time kat Perlis. alhamdulillah dapat jugak makan
malamnyer, tie ikut kak na pergi JJ wangsa maju. then pergi dinner dengan dorang. esok and lusa pulak tie ader pergi sunway pyramid, klcc and pavilion. tie just beli kasut and barang hantaran untuk suhaizal. tapi banyak lagi yang tie tak beli. sebab tak banyak pilihan.
hari ahad malam, sempat lepaking dengan jiran tie, kak yatie. lama tak sembang dengan die! then sembang dengan kak na. owh yer tie ader jugak pergi downtown cheras.ader la beli satu dua barang kat situ :)
kampung baru! banyak kenangan tie kat sini. tiga tahun lebih tie duduk sini.
dan hari isnin, tie naik bas balik perlis. hurm, sekejap sangat kat KL. rasa tak puas lagik. bila lah nak pergi lagi. tapi macam mana pun, lepas raya nanti tie kena pergi sana jugak untuk fitting baju nikah dengan kak na and beli sikit lagi barang hantaran tie.
untuk kengkawan, even sekejap dapat berjumpa korang, tie bersyukur sangat. sebab tie memang rindukan korang and tie tak pernah lupakan korang semua.miss and love. inshaallah ader izin Allah nanti, kita jumpa lagi.