Thursday, 31 October 2013

.. escape plan @ alor star mall ..

assalammualaikum

hari jumaat minggu lepas, tie dan suhaizal ke alor star mall untuk layan movie. kitaorang gerak lepas solat jumaat. alhamdulillah movie yang kitaorang nak tengok memang ader tiket and kitaorang sampai sana pun memang ngam ngam dengan masanyer. memang tak payah tunggu lama lama.

gambar sebelum gerak
tie pakai shawl baru :)

farah and bf die pun join sekali

 kitaoarang layann movie escape plan
terbaik bro!!

bersama sang kumbang

 lepas tengok movie, kitaorang terus gerak balik sebab bf farah ader hal. memang tak kemana lah jawab nyer.

Wednesday, 30 October 2013

.. HIV test @ HTF Kangar ..

assalammualaikum

17 oktober yang lepas tie dan suhaizal ke hospital tunku fauziah kangar bagi menjalani ujian HIV. tie memang ambil cuti lepas hari raya aidiladha hari tu. sebab tu lah dapat pergi buat ujian HIV nih pada hari bekerja. kalau tak cuti, sampai bila pun tak pergi lah.

 minta anak saudara tie ambilkan gambar sebelum gerak
lesen suhaizal dah tamat seminggu, boleh pulak die tak perasan. terpaksa lah tie yang bawak

nasib baik orang tak ramai. memang tak lama lah kitaorang kat hospital tu.

 mula mula kena isi borang dulu
just kena isi maklumat seperti nama, alamat dan kad pengenalan jerk pun.

 suhaizal first

 pastu baru tie

alhamdulillah kami negatif HIV.
settle satu hal. lepas nih boleh hantar borang ke pejabat agama dah :)

balik dari hospital, kitaorang ke rumah cousin suhaizal. ader birthday party anak die.

 wif anis, adik suhaizal

meriah betol time potong cake

selesai semua, suhaizal hantar tie balik rumah. kepenatan :(

Tuesday, 29 October 2013

.. service baby boo + lunch ..

assalammualaikum

last month, suhaizal tolong tie bawak baby boo pergi service untuk kali ketiga. tie memang tak dapat nak pergi sebab kerja. hari tu kebetulan die cuti, so tie wakilkan die ke perodua alor star :)

baby boo kena service kali ketiga

perodua kasi tipuware ni ha

balik dari sana, suhaizal datang ambil tie kat office and pergi lunch. ape lagik memang sengih jerk lah kannn. kebetulan time die sampai perlis betul betul time lunch. memang on jerk la kann bila die ajak keluar.

die dah giler bergambar sekarang nihh!

gambar tie mesti ader kann!

thanks hubby tolong bawak baby boo pergi service! love u lahhh!

sajerk nak selit gambar nih. suhaizal baru lepas gunting rambut.

gambar nih pulak time die pakai seluar biru yang tie hadiahkan time birthday hari tu.

thanks for everything hubby!
semoga hubungan ini akan kekal hingga akhir hayat. aminn

Monday, 28 October 2013

.. novel curi curi cinta ..

assalammualaikum

satu lagik novel hasil karya siti rosmizah yang hasil jualan nyer macam goreng pisang panas. puas tie mencari d setiap kedai buku d perlis nih. bila tanya jerk, mesti jawapannyer habis dan tiada stock. tapi tie bernasib baik kerana kawan tie d KL tolong belikan dan poskan pada tie. terima kasih yer :)

pantang dapat, memang terus bergambar (*_^)

novel cinta kau dan aku ni pun salah satu novel kesukaan tie. memang menangis sampai lebam bila baca. best seller macam novel curi curi cinta jugak. memang terbaik lah hasil karya siti rosmizah. tie suka semua novel hasil karya die.

lepas balik kerja hari tu, tie singgah denai ambil encik tunang pergi jogging. badan dah kurus macam kerengga pun nak jogging lagikk kan.

muka orang baru lepas jogging

pastu singgah minum air kelapa and makan keropok leko sebelum balik rumah

kami (^_*)

tak sabar tunggu satu novel lagik sampai. tie dah suruh kawan tie tolong belikan :)

Friday, 25 October 2013

.. kursus perkahwinan ..

assalammualaikum

bulan lepas, tie menghadirkan diri untuk kursus perkahwinan. kalau korang nak tahu, nih kali kedua tie ambil kursus kawen. kali pertama tie ambil time belajar d kelantan dulu. malangnyer sijil kursus perkahwinan tu hilang tak dapat d kesan. bila tie cuba hubungi pihak yang sepatutnyer, dorang suruh tie pergi kelantan kalau nak dapatkan sijil yang baru. giler ke aper kan! dari nak membazir duit tambang bagai nak kelantan, baik tie ambil jerk lain kursus nih d perlis. so nak tak nak, terpaksa lah tie menghadirkan kursus untuk kali kedua.

dapat buku nih sorang satu

ceramah berlansung pada hari sabtu dan ahad. bermula dari 8 pagi hingga lah pukul 5.30 petang. ader ustaz yang best, pandai buat lawak. tapi ader jugak ustaz yang sangat membosankan. sampai ader yang tertido la:)

ustaz nih best! suara die best giler time die nyanyi untuk kitaorang. memang tak mengantuk lah :)

tie pakai purple

hanis pun join sekali ambil kursus nih. ader jugak kawan yang boleh temankan tie. sebab suhaizal dah ambil kursus. jadi tie memang datang kursus nih tanpa pasangan. sama macam hanis:)

orang dengar ceramah, kamu bergambar yer tie?! hahah

selesai ceramah terakhir pada hari ahad, masing masing boleh ambil sijil kursus perkahwinan
senang kan, hari tu jugak kita boleh dapat sijil. tak payah pening kepala lagik.

dan inilah sijil nyer.
so apa lagik, dah boleh kawen lah kan ? haha

Thursday, 24 October 2013

.. birthday sang kumbang ..

assalammualaikum

tanggal 8 october yang lepas. cukup lah umur encik suhaizal tie 24 tahun. yer, mesti ader yang tertanya tanya kann pasal perbezaan umur kitaorang. die memang muda dari tie setahun. orang kata dapat suami muda nih murah rezeki, harap harap betul lah kan :)

alhamdulillah. first time dapat celebrate birthday sang kumbang nih. selalunyer by phone jerk. yerlah dulu jauh kan, tapi sekarang dah dekat :) biasalah, kemana lagik kami kalau bukan ke kedah. nak harapkan perlis ni, ikan bakaq ada lah! yang lain tak dakkk! hahaha! nak pergi peneng, macam malas pulak. dah la hari bekerja. nanti balik lewat.

kitaorang pergi jitra mall dulu. kononnyer nak tengok movie lah. tapi malangnyer cerita semua lewat malam. memang tak tengok lah jawabnyer. then, terus ke secret recipe.

selamat hari lahir hubby!
bb doakan semoga hubby d panjangkan umur, d murahkan rezeki, d permudahkan dalam segala hal dan semoga kebahagiaan menjadi milik kita bersama. semoga hubby menjadi suami yang soleh dan sentiasa d rahmati Allah. aminn

tie pakai hijau kuning hari tu. warna negeri kedah :)

kad birthday untuk hubby
kononnyer nak romantik lah buat love sendri nih! padahal tie main hentam jerk. tie bukan jenis yang kreatif pun :)

gambar time kat jitra mall
tak tengok wayang, begambar pun jadik la kann

sebelum balik, kitaorang singgah beli cincin kawen
erh, birthday orang lain, tapi orang lain pulak dapat hadiah kann :p

apepun, happy birthday again my sweet heart! i love u to the moon and back! will always have u in my doas and prayers.

Wednesday, 23 October 2013

.. dinner @ Kuala Perlis ..

assalammualaikum

hujung bulan lepas,tie bawak mak makan d kuala perlis. farah and paksu pun ikut sekali. and suhaizal semestinya akan join sekali lah kann.

kami :)

farah, anak saudara tie

paksu

dan ibu tercinta

nak makan ikan sangat kan! amik sampai dua ekor ni ha! makan sampai pengsan!
menu kitaorang malam tu ikan jenahak bakar, ikan jenahak masak tiga rasa, udang masak pedas, sotong goreng tepung, kailan ikan masin and ulam ulaman.

habes licin wehh! tinggal kepala ikan jerk! hahahha

kat bawah nih pulak gambar tie makan dengan suhaizal. asalnyer kitaorang cuma nak ke kedai runcit sahaja, tapi alih alih kitaorang pergi makan kat kuala perlis. aper lagik, kalau bukan makan udang dan sotong goreng. memang itu jerk feberet tie.

memang unplaninng :)

Tuesday, 22 October 2013

.. aidiladha 2013 ..

assalammualaikum

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat islam. harap harap tie belom terlambat untuk ucapkan pada korang semua. lupa pulak nak tulis time update blog semalam:)

apepun, raya aidiladha tahun nih memberi seribu makna pada tie. kalau nak d banding kan dengan tahun lepas, tie tak dapat baliik kampung time raya aidiladha. tie cuma duduk diam diam jerk d rumah kampung baru. memang sedih time tu.

tapi tahun nih, alhamdulillah. tie dah menetap d perlis. tie dapat pergi solat raya dengan mak, dapat masak dengan mak, dapat makan dengan mak, and dapat buat segala galanyer bersama mak. alhamdulillah. terima kasih Ya Allah...

gambar d pagi raya
dan lagik bergambar sebelom pergi solat raya :)

tie memang tak der buat baju raya! pakai jerk mana yang ader! tahun nih rumah tie tak der buat apa apa. just masak biasa biasa untuk makan bersama family. tapi atok tie buat korban. kitaorang adik beradik memang gotong royong lah masak d rumah  atok. bermula dengan sembelih lembu, kemudian memasak dan makan beramai ramai d rumah atok. alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik and saudara mara.

gambar lembu ke, makanan ke, memang tie tak ambil lansung. kononnyer tak der mood nak bergambar sebab tak der baju raya. pastu sebab susah nak update blog plak sekarang kann.

salam aidiladha dari kami :)

encik suhaizal datang rumah petang tu. then kitaorang keluar ke Kuala Perlis. tekak nih teringin pulak nak makan jagung bakar and lokcin.
  
teringin sangat kann! makan sampai kenyang!

lepas makan, lepaking and begambar macam biasa! then sebelum magrib kitaorang da sampai rumah.

tak sempat nak buat hantaran kawen.tie dah pakai dulu rayban nih :)

encik suhaizal pun dah makin gila gambar sekarang!
gara gara tie selalu ajak die begambar kot! hahaha. padahal dulu time mula kenal, die lansung tak suka bergambar.

sambutan aidiladha korang mesti meriah kan?