Monday, 25 August 2014

.. aktiviti d hujung minggu ..

assalammualaikum

hari jumaat lepas tie ambil cuti. sesajerk ambil kononnyer nak bersama hubby kat rumah. padahal sebab utama nyer adalah tie dah tak larat sangat dah. sakit pinggang 24 jam. tie menghitung hari bila lah anak muumy nak keluar nih :)

pagi jumaat tu kitaorang pergi sarapan. tekak teringin nak makan roti telur. dan semestinyer suhaizal akan layankan jerk apa yang tie nak. thanks hubby :)

roti telur dan milo panas

tie pulun duk makan, die sibuk duk baca paper

petangnyer kitaorang pergi rumah abang sulung tie. then malamnyer pulak kitaorang balik simpang empat. lepak dengan mak mertua tie sampai tengah malam.

esoknyer, hari sabtu, hubby dah kerja. nasib la tie weh! laki kamu cuma cuti hari jumaat jerk! hari lain memang kitaorang jumpa time lepas dia balik kerja jerk la. hurm!

disebabkan terlalu bosan, tie minta cousin tie hantarkan anak die kat rumah. nak jadik baby sitter kononnyer. cousin tie nih berniaga kedai makan. selalunyer die akan bawak anak die ke kedai. tapi tie sengaja minta die tinggalkan anak die dengan tie. saja nak buat teman. tunggu suhaizal balik karang baru kitaorang pergi hantar ke kedai. hilang la sikit bosann. lagipun budak ni baik sangat. diam jerk. nangis time nak susu jerk. memang senang jaga :)

sambil jadik baby sitter, sambil tu tie layankan novel suamiku pemalu nih! memang terbaik. sesuai dengan tie yang bersuami pendiam! hahhaha! jangan marah hubby :)

hari ahad pulak, tie ikut suhaizal pergi lawan bola. tapi tie tak pergi sorang, tie bawak farah teman. sementara hubby main bola, kitaorang jenjalan kat dataran kechor tu. kat situ ader tempat rekreasi. tie siap makan rojak lagik tau.

muka tie dah makin kembang and gelap. mak kata nih semua alahan pregnant. memang tak der seri lansung. redha jerk lah kann.

hari nih tie kerja macam biasa. kandungan tie hari nih dan masuk 38minggu 4hari. makin hari, makin berdebar rasa hati. moga Allah akan permudahkan segala urusan bersalin nanti. aminnn

Thursday, 21 August 2014

.. bulan kemerdekaan @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

lagik 10 hari, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun. memasing bersemangat pasang bendera sana sini kann? and dalam masa yang sama, kita masih lagik dalam bulan syawal.

kami d tmpoint tak ketinggalan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan ini. semalam kitaorang sibuk pasang bendera dalam tmpoint. lagipun pihak HQ memang bagi peruntukan untuk membeli bendera nih. 


sekitar keadaan d dalam tmpoint kangar

di bahagian tempat letak brochure dan ruangan untuk report pelanggan

kebetulan time nih tak der pelanggan. so senang sangat lah tie nak ambil gambar :)


dan dan dan kebetulan pulak semalam, our new CEO, Encik Yazid datang melawat kitaorang d tmpoint kangar. Our SBM Kedah Perlis, Encik Nazri yang temankan CEO datang ke tmpoint. first time tie dapat berjumpa dengan Encik Yazid. nampak macam sporting orangnyer. memang lansung tak sombong dengan kitaorang :)

selit gambar menu lunch hari ahad yang lepas. tie teman mak mertua tie pergi rumah saudara. die ada buat makan makan ala ala kampung. memang terbaik makan time panas panas weh!

yang nih pulak, suhaizal temankan tie makan rojak buah dan cendol kat area roundabout kangar. memang famous kat sini. terbaikk!

sekarang kat perlis kan dah ader subway. so bila teringin jerk, memang pergi beli lah kan :)

hari nih kandungan tie dah masuk 38 minggu. doakan tie dan baby selamat yer korang :) 

Friday, 8 August 2014

.. makan makan tmpoint kangar @ syawal 12 ..

assalammualaikum

salam aidilfitri dari tie untuk pembaca semua. kita dah sampai ke 12 syawal. segalanyer masih di mood raya kan?! kami di tmpoint pun still lagik ber mood raya. kitaorang staff tmpoint di kehendaki untuk memakai baju kebangsaan atau baju raya pada setiap hari jumaat pada bulan syawal nih. and kalau tak silap tie, staff HQ pun kena pakai jugak.

nih entry fresh tau. hari nih jumaat kedua di bulan syawal. memang pakai baju raya la kononnyer. kitaorang siap buat makan makan lagik hari nih. kononnyer ala ala jamuan raya. tapi untuk staff jerk la, bukan customer.

menu simple tapi sedap.
ada nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, sayur campur dan ulam ulaman.

ini pulak ada kuih muih, cake coklat dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. cenggini lah keadaan tmpoint kangar yang kekurangan ruang. main letak jerk makanan kat mana yang boleh :)
ni nasi tie. banyak tak mummy makan?

macam biasa, bergambar itu wajib bagi kami :)

kak shima, fadilah, husna dan man
memasing mengenakan pakaian kebangsaan kita :)

kakak bibah

pantang customer tak der, cepat cepat kami ambil gambar! hahahaha. gigih kan?

geng muda mudi tmpoint kangar

satu lagik gambar gedikk kami :)

memasing kekenyangan hari nih weh! time makan tak hingat, bila dah kenyang, sampai nak jalan pun dah tak larat :)

tunggu gambar jumaat depan pulak yer.

Wednesday, 6 August 2014

.. zaza dan arissa @ tmpoint kangar ..

assalammualaikum

jumaat minggu lepas, zaza datang jumpa tie d tmpoint kangar. die dah nak balik ke Muar Johor. asalnyer kami plan nak jumpa d rumah. die nak datang beraya d rumah tie. malangnyer, hari yang die nak datang tu, tie ade plan nak ke tempat lain. hari yang tie nak ke rumah die pulak, die pulak ader hal. so memang kami tak der rezeki nak jumpa di rumah. tak per lah, janji dapat jumpa jugak walaupun sekejap :)

nik tunggu dalam kereta jerk. so zaza and arissa jerk yang masuk. kejap jerk anak zaza dah besar. dah 7 bulan dah. tapi die tak nak dengan tie. punya lah susah nak pujuk nak dukung. maybe sebab die jarang tengok kot muka tie.

yang nih nasib baik arissa nak jugak tie pegang

umie zaza dan arissa

satu lagik gambo mummy dengan arissa

time kat luar, minta nik ambilkan gambar sebelum dorang gerak balik

alhamdulillah dapat jugak jumpa zaza. semoga kita dapat ketemu lagik di lain waktu. selamat hari raya sahabat. maaf zahir dan batin :)


Tuesday, 5 August 2014

.. persiapan barang baby ..

assalammualaikum

diam tak diam, kandungan tie dah masuk lapan bulan. perut pun dah makin memboyot bukan main. Ya Allah, cepat kan masa berlalu. hari tu rasa macam perut nih kecik jerk lagik. apepun tie sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah ini. semoga tie akan selamat bersalin nanti. semoga Allah permudahkan segalanyer. aminn

raya ketiga, tie dan suhaizal pergi shopping serba sikit barang baby. dah kena buat persiapan. beg baju baby pun dah kena letak dalam kereta dah. doktor kata itu adalah persiapan yang terbaik. sebab kita tak tahu kita akan bersalin awal atau lambat. kalau ikutkan due tie, pada 8 september 2014. means ader lebih kurang sebulan jerk lagik. tetiba rasa takut pulak!

jom tengok barang apa jerk yang dah dibeli :)

tie beli set bakul nih. boleh letak baju, barang barang mandian, minyak and bekas susu. ader empat barang dalam set nih. tiga bakul and satu set tilam.

nih tilam nyer. ikutkan hati bukan nak sangat warna nih. tapi warna yang cun cun semua dah habis. so nak tak nak ambil jerk lah warna hijau nih.

dari awal kandungan tie amalkan minum susu enfamama.cuma bila masuk kandungan enam bulan, tie stop minum sebab berat badan makin naik. tapi baru baru nih doktor minta tie minum anmum pulak. sebab kalsium kurang pada badan tie. sebulan jerk lagik. try jerk lah minum anmum kan :)

ini baju pertama untuk baby dalam perut nih.

time nih kami shopping kali pertama. tak banyak sangat pun. just beli apa yang bekenan jerk.

ini yang paling latest. shopping hari raya ketiga. kami cuba settlekan barang barang yang belum beli. tapi itupun ader sikit lagik yang belum habis dibeli. insyaallah dalam bulan nih jugak kena usahakan. memang kena pergi beli cepat! kang baby keluar dulu., baru kelam kabut kan. haha

tie beli nih khas untuk cuci baju baby. kakak tie yang suggest kan.

bila dah beli, kena lah basuh dulu semua baju baju yang ader. pastu lipat and simpan elok elok. tak sabar menanti anak mummy nih. memang kami excited.

suhaizal tolong tie lipat baju baby :)

yang nih pulak tie beli kelambu, pampers dan bakul bakul yang perlu

kakak linda and kakak mala banyak kasi baju and barut pada tie. baju anak anak dorang yang sebelum nih. semua cantik cantik lagi. pandai kakak kakak tie jaga. boleh lah buat pakai kat rumah jerk. so tak perlu lah nak beli banyak banyak. tunggu lepas pantang, badan baby dah besar sikit, boleh shopping lagik.

hari tu ader pergi scan 4D. tak nampak sangat muka, sebab die asyik tutup jerk dengan tangan. setakat scan sekarang, doktor kata baby gurl. tapi semua tu kan kuasa tuhan. tie tak kisah gurl or boy. yang penting baby sihat and semua nya dipermudahkan Allah.

yang nih jerk yang nampak sikit muka die. tu pun tak brapa nak jelas sangat. aktif sungguh dalam perut mummy yer.

nampak tu, tangan tu asyik nak tutup muka jerk

nih satu lagik. tak per la sayang, mummy tak marah. yang penting kamu baik baik jerk dalam perut tu tau :)

 sepanjang pregnant, buku buku nih la peneman setia tie.

tie sentiasa amalkan doa nabi yunus nih. mak yang suruh amalkan. katanyer mudah untuk bersalin nanti. insyaallah dengan izin Allah. kita kena lah sentiasa usaha kan :)

satu lagik doa. yang nih yus yang kasi. die yang suruh amalkan.

bila dah makin sarat cenggini, tie dah tak mampu nak buat kerja sangat. memang banyak rehat jerk. kalau g jenjalan tu memang rajin and semangat lebih, tapi kejap kejap kena berhenti lah sebab tie dah penat. hahah! nasib baik suhaizal sanggup melayan segala kerenah tie. sayang hubby!

doakan tie dan kandungan selamat and dipelihara oleh Allah. moga Allah permudahkan tie bersalin nanti. aminnn.

Monday, 4 August 2014

.. aidilfitri 2014 ( syawal 1435H ) ..

assalammualaikum

alhamdulillah hari nih kita dah masuk syawal yang ke lapan. selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat islam. tie harap masih belum terlambat untuk ucapan ini. lagipun syawal kan sebulan. tie dan suhaizal ingin memohon maaf andai ada salah silap yang pernah kami lakukan. semoga lebaran kali ini lebih bermakna kepada kita semua.

perkara yang membahagiakan adalah tahun ini tahun pertama tie dan suhaizal beraya sebagai suami isteri. bertambah lagik kebahagiaan kami apabila kami bakal menjadi mummy and papa tak lama lagi. insyaallah. dan alhamdulillah tie puasa penuh tahun nih. terima kasih yer pada anak mummy dalam perut nih :)

perkara yang menyedihkan pula, kehilangan arwah kakak ipar masih sangat dirasai keluarga tie. dia telah pergi pada ramadhan yang ke 11. semoga arwah ditempat dikalangan orang yang beriman.

persiapan raya memang sangat sederhana. tak der shopping bagai pun. cuma kami lebihkan kepada makanan untuk hari lebaran kali ini.


malam raya tu, bukan main lagik anak anak saudara tie main bunga api and mercun

kuih semprit dan kuih karas nih tie beli dari officemate. conflake coklat nih pulak tie buat. ini jerk kan kuih yang paling senang. so memang buat yang nih jerk la :)

ini kek coklat kukus. buat dengan kakak mala. memang sedap weh! tie suka :)

tahun nih kedua dua kakak tie balik beraya di rumah. agak meriah lah rumah dengan anak anak saudara semua. maklum lah tie dah ada 18 anak saudara tau. memang riuh rendah dengan budak budak lah jawabnyer.

sejak tie bekerja, memang tie bayar zakat sendiri. tapi tahun nih, tahun pertama suami bayarkan. alhamdulillah, terima Ya Allah atas hubungan dan rezeki yang Engkau kurniakan.

sebelum raya, kitaorang siapkan duit raya untuk anak anak saudara and bebudak kampung

kakak mala belikan kitaorang kain batik, kain pelekat dan sejadah kecil. die sedekahkan kepada semua saudara mara tie. alhamdulillah. semoga Allah murahkan rezeki keluarga kakak.

tahun nih tie dan hubby memang tak der shopping bagai pun. suhaizal pun, tie minta die pakai baju melayu akad nikah hari tu. kan baru pakai sekali jerk. sayang pulak kalau tak pakai. tie pulak beli dress yang ala ala warna sama macam baju nikah. so boleh jugak jadi sedondon kan :)

kami di pagi raya. first time beraya sebagai suami isteri. alhamdulillah. syukur pada Yang Maha Esa.

mak cakap muka tie dah tak der seri. alahan orang pregnant katanyer. ambil gambar semua muka tak lawa.

suhaizal selalu tergelak bila tengok gambar tie pegang perut nih. die kata perut nampak macam belon. haha

pagi tu, lepas balik solat raya, kitaorang bermaaf maafan antara satu sama lain. kemudian, baru lah menjamu selera. menu hari raya pertama adalah nasi tomato ayam merah dan laksa lemak. kuih muih tu memang wajib ader kan. alhamdulillah ramai saudara mara yang datang beraya and menjamu selera dirumah tie.

angah and adik datang rumah. lama sungguh tak jumpa budak dua orang nih!

mummy nak jugak bergambar kan!

ni pulak dengan kak siti, wife cousin tie yang stay di KL

dengan ibunda tercinta. mak nampak tak bermaya sebab tak cukup tido. penat layan anak anak dan cucu cucu :)

kami tiga beradik. with kakak mala and kakak linda

petang raya pertama, tie dan suhaizal balik rumah simpang empat. memang tak der gambar sebab tie dah tak larat sangat. malam nyer pulak pergi rumah kawan suhaizal sekejap then pergi open house saudara hubby di batu bertangkup. tengah malam baru sampai rumah. puas berjalan mummy buyung kan!

hari raya kedua, abang ipar tie masakkan nasi minyak, daging masak hitam, ayam masak merah and sambal tumis udang. die rajin nak masak untuk kami makan adik beradik. alhamdulillah.

dalam pukul dua cenggitu, tie dan suhaizal ke rumah dylla. memang plan nak pergi jumpa die sebab malam nyer die dah nak balik KL. takut tak sempat jumpa pulak. tapi aya and farah tak join sekali sebab memasing ader hal.

tie beli tiga helai dress malam raya hari tu. satu dress yang warnanya ala ala baju nikah, satu dress jeans and satu lagi warna merah hitam.

kami berempat.
semoga rumah tangga tie dan dylla akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

perut dylla chumell jerk. tak macam perut tie, besar bukan main. hahaha

kandungan kami beza dua bulan. tie dah lapan bulan and dylla pulak dah enam bulan

petang nyer, tie dan family pergi beraya di rumah family suhaizal. mak mertua hidangkan mie bandung johor. memang sedap. memang tak larat nak makan lah. balik dari simpang empat, kitaorang ke rumah sepupu then baru gerak balik rumah. and malam tu jugak kakak mala balik ke perak. kakak linda pun balik ke peneng. terus jadik sunyi jerk rumah. tak der dah riuh rendah budak budak tu.

nih dress yang hitam merah tu. tiga helai nih jerk la baju raya tie. yang lain memang tak der beli baru

raya ketiga, tie dan suhaizal ke kedah untuk shopping barang baby. ini kali kedua kitaorang shopping barang anak. yerla, kandungan tie dah pun lapan bulan. dah boleh siapkan barang barang. tapi kami tak der lah beli banyak. beli sekadar yang perlu jerk dulu.

lepas shopping, kitaorang ader singgah tesco jitra kejap untuk beli barang dapur. time nak balik terserempak pulak dengan mama ida nih. memang bergambar lah jawabnyer.

malam nyer, family suhaizal pulak datang beraya di rumah tie. raya tahun nih memang tak banyak gambar. muka pun tak berapa nak beseri sangat dah. hahah. nak salahkan alahan lah tu kan!

apepun tie tak lupa pada saudara yang telah pergi untuk selamanya. semoga tok wan dan dua orang kakak ipar berada di kalangan orang yang beriman. dan semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka. aminn.