Friday, 26 December 2014

.. weekend bersama family ..

assalammualaikum

sajer nak update aktiviti tie time weekend baru baru nih. hari jumaat yang lepas, 19/12/2014 tie ambil cuti tahunan. sengaja tie pilih jumaat sebab hubby cuti. nasiblahh. laki cuti hari jumaat jerk, hari lain kerja!

puas hati dapat lunch ikan keli bakar dengan hubby! our favourite! yummy!

dulu dulu kann, tie lansung tak makan ikan keli. tapi sejak tie duduk sebumbung dengan zaza d KL, die yang ajar tie makan ikan keli. dan sejak dari tu, tie suka benorr makan ikan keli bakar. then lepas kawen, suhaizal pulak belajar makan dari tie. sedangkan dulu tie lansung tak pernah makan ikan keli. haahaha! sekarang nih, pantang ader ikan keli, mesti itu akan jadik pilihan kami.

seharian dapat bersama anak dan suami. bahagianyer rasa bila tak pergi kerja. hahahaha. kannn best kalau boleh goyang kaki tapi duit masyuk tiap tiap bulan. memang mustahil lah kann! tie berangan!

acu fieza hadiahkan baju nih. makasehhh yer acu!

petangnyer kitaorang balik simpang empat. lepas hantar Leesya kat rumah mak tok, kitaorang keluar untuk service kereta. cengginilah bila dah ader kereta, kena bayar roadtax lah, service lah, macam macam lah. duit keluar macam air wehhh

putri kesayangan mummy and papa
pakai baju yang autie yus kasi. thanks yer auntie yus

malam tu sebelom tengok maharajalawakmega 2014, kitaorang keluar makan kat area Sanglang. siap makan, balik layan MLM 2014. kitaorang memang tak pernak skip. setiap minggu kitaorang layann.

menu kami malam tu. ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin dan sayur campur. Leesya tinggal dengan mak tok kejap ;)

kitaorang balik rumah kangar lepas habis MLM 2014. bukan sengaja tak nak tido simpang empat, tapi dsebabkan kakak tie dari Perak balik, sebab tu kitaorang balik tido kangar. nak jumpa dorang.

pagi sabtu, homemade nasi lemak.

tengah hari nyer tie pergi majlis pertunangan Ilah. Leesya stay dengan mak tie. lagipun banyak betul pengasuh yang ader kat rumah tie. hehehe. malamnyer, kitaorang buat makan makan sikit. kitaorang bakar ayam, udang, sosej and mentarang. katanyer sempena celebrated anniversary kakak and abang ipar yang ke dua tahun. tapi cake tak der sebab tie tak beli :)

kakak yang banyak keluarkan modal. i luv u lahh sis! sporting habis :)

one more pic

kitaorang makan, sembang sembang sampai pukul dua pagi. memang terbaik. walaupun frust malam tu Malaysia kalah dengan Thailand, tapi selera untuk makan lansung tak berkurang weh! hahhahaa. apepun, Malaysia dah buat yang terbaik kann! tahniah untuk pasukan Harimau Malaya walaupun dapat tempat kedua.

hari ahad pulak kitaorang pergi kenduri kawan hubby kat simpang empat. tapi macam biasa, ambil gambar dulu sebelom gerak. gambar depan sawah memang terbaikk weh!

Leesya pakai baju yang zaza hadiahkan. makaseh yer umie zaza! Leesya suka baju nih. kembang bukan mainn lagikkk. hehehehe

bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan. semoga kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa

petang ahad, hubby ader training bola. tie dan leesya ikut abah and mak pergi jejalan. tok wan nak bawak jalan jalan, memang tak tolak lah kann

baju nih tie baru jerk beli. ingat kan besar, tapi rupanya Leesya dah boleh pakai :)

cucu kesayangan tok wan!

bukan main seronok kalau dapat duduk dengan abah

 
mak tok Leesya

malam ahad, kitaorang balik rumah kangar balik. kakak tie pun akan gerak ke Perak malam tu. esok nyer, hari isnin, tie tak pergi kerja. tetiba jerk kepala tie rasa pening memusing. so tie ambil mc. seharian duduk jerk kat rumah hari tu. hubby pergi kerja.

malam nyer, hubby bawak tie pergi klinik. ambil ubat and mc. Leesya pun ikut tau. die baik jerk kalau bawak pergi memana, tak banyak ragam pun. good gurl anak mummy.

kami bertiga :)

lepas pergi klinik, kitaorang terus balik rumah simpang empat. kitaorang tido sana. tok wan dan mak tok dah kerinduan sama Leesya. lagipun tie dah lama tak tido sana.

 
selit gambo acu Fieza and Leesya
samakan muka dorang? Leesya ikut muka acu nih!

Wednesday, 24 December 2014

.. Fadilah engagement ..

assalammualaikum

sabtu, 20/12/2014 yang lepas berlansungnyer majlis pertunangan officemate tie, fadilah. alhamdulillah semuanyer berjalan dengan lancar. cuma empat orang sajer staff tmpoint yang pergi sana. tie, husna, azreen and kak rakiah. kitaorang pergi dengan kereta kak rakiah sebab die pun pergi berseorangan.

pelamin tunang fadilah.
warna purple menjadi tema pilihan

antara hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki

ini pulak cake dari staff tmpoint

props

kitaorang gerak dari perlis dalam pukul 10.30 pagi cenggitu lah. sampai rumah Ilah dalam pukul 11 lebih. first time pergi rumah Ilah. kira senang jumpa lah, tak payah susah susah nak cari. plan yang die kasi memang senang. rumah Ilah nih terletak di Kampung Berjaya Alor Star Kedah. memang tak jauh mana pun lah kannn

lepas setengah jam kitaorang sampai, pihak rombongan lelaki yang datang nyer dari Perak nih pun sampai. so tak lama lah menunggu majlis bermula.

setelah selesai perbincangan bagai, baru lah si bakal pengantin nih keluar bagi acara sarung cincin. tie pulak yang rasa berdebar time nih. teringat pulak kenangan time bertunang dulu. mak mertua tie siap cakap tangan tie menggeletar. hahaha. trowback betul!

beseri seri muka tunangan orang nih :)

bakal mak mertua sarungkan cincin buat bakal menantu. Ilah dapat dua bentuk cincin. satu untuk merisik dan satu lagik untuk pertunangan.

selesai majlis, kitaorang sempat bergambar, makann then baru kitaorang gerak balik perlis.

tie bersama Ilah

wif ibu to be, Husna

dan inilah pasangan yang diraikan, Hafiz and Ilah
kak tie doakan agar hubungan pertunangan ini akan kekal ke jinjang pelamin, seterusnyer moga berkekalan hingga akhir hayat. aminn

saja nak tayang gambo ibu to be nih makan sampai dua pinggan wehhhh! terbaik lahh ibu :)

sebelum naik kereta, dan lagik ambil gambo dengan pasangan bakal pengantin nih

azreen ikut tie balik rumah, sementara adik die nak datang ambil. leesya bukan main sengihh dengan auntie azreen bila azreen 'gomoi' die. luv you leesya!

once again, tahniah Ilah dan Hafiz. kak tie doakan yang terbaik buat korang.

Friday, 19 December 2014

.. Lokchin @ Kuala Perlis ..

assalammualaikum

hari isnin baru baru nih, hubby hantar tie pergi kerja. then die bawak Leesya pergi ke rumah Simpang Empat. setiap hari isnin memang Mak Tok sana yang akan jaga Leesya.

then, bila hubby datang ambil tie balik kerja, tie bagi tahu hubby yang tekak tetiba teringin nak makan lokcin Kuala Perlis. and memang keinginan itu d tunaikan lah kannn! love u hubby!

hilang teringin wehhh

Leesya bukan main seronok lagik. letak die dalam stroller sementara kitaorang makan. Leesya bergelak sakan dengan mainan baru hadiah dari Acu die. thanks Acu Fieza

mummy and Leesya

muka mummy pucat jerk. letih kerja kot, tak pun letih berjaga malam. biasalah bila dah ader anak kecik nih. tido memang tak cukup. dah tak macam dulu. dah jadi mummy papa ni, kena lah berkorban demi anak.

papa dengan puteri kesayangan

one more pic papa dan Leesya

lepas makan, hubby ajak singgah rumah kawan die kejap. kitaorang tumpang solat magrib kat rumah die then baru gerak balik rumah.

kehidupan sekarang dah tak sama dengan kehidupan hidup berdua dulu. apepun kitaorang akan pentingkan dan utamakan Leesya. tak kira lah dari segi apa pun. tak cukup tido pun tak per la demi anak tersayang. mummy papa luv u Leesya

Thursday, 18 December 2014

.. majlis perkahwinan Aya @ Dewan Mess Pegawai ..

assalammualaikum

12 december yang lepas berlansungnya majlis pernikahan bff tie, Nur Hidayah binti Salleh dengan pasangannya Adnan. mereka bercinta dari zaman sekolah lagik. dari form4 kalau tak silap tie. lama kannn. alhamdulillah cinta zaman persekolahan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

tie balik kerja awal dua jam. gara gara nak pergi majlis akad nikah Aya and Nan. Farah datang ambil tie d rumah. Dylla pulak dah pergi awal sebab die yang kena bawak Aya pergi makeup d Butik Anggun Seriab.

dengan sekali lafaz, aya dan nan selamat diijabkabulkan. alhamdulillah

aya sarungkan cincin buat suaminya, adnan

awal tu, sebelom pengantin lelaki sampai, kitaorang sempat bergambar dalam bilik dengan pengantin perempuan. aya adalah penutup bagi group bff kami. farah dan dylla, serta tie dah selamat berkahwin. dan sekarang giliran aya. alhamdulillah. group kami dikenali sebagai N4. kononnya kitaorang ala ala drama korea F4 dulu. memang giler betul cerita tu dulu. kami letak N sebab nama kami semua bermula dengan huruf N.

aya pakai serba putih d hari pernikahannya. memang nampak cantik sangat

yang nih lepas dorang dah bergelar suami isteri. dan lagikk kitaorang selfieeeee

kami berempat, sahabat dari umo 13 tahun, dan alhamdulillah persahabatan kami kekal sampai sekarang. tie dan dylla dah ader anak yang sebaya, farah pulak coming soon, kandungan die dah masuk lapan bulan. tak lama lagik tunggu giliran aya pulak. mana tau kot bunting pelamin, boleh sama umo dengan anak farah. hehe!

haa dah bergolek golek dah! tambahan pulak sekarang musim hujan d Perlis. :)

dan esoknya, 13 december 2014, berlansungnya majlis persandingan aya dan adnan d Dewan Mess Pegawai Kangar.

pelamin aya yang nampak mewah. serba putih. simple tapi cantik

dan ini lah pasangan pengantin yang diraikan. sepadan kannn. alahai tetiba teringat time tie kawen dulu. rasa macam nak buat majlis kawen sekali lagik lah! hahahaha. syiokk tengok orang kawen nih :)

tie, Leesya dan pengantin

tie dan aya

tie pergi lambat kenduri aya sebab hubby ader game bola. jadinya tie tak sempat jumpa dylla and farah. so tak der lah gambar kami berempat time majlis persandingan aya.

kami dengan pengantin. Leesya baik jerk, lansung tak buat perangai. sayang anak mummy!

farah, anak saudara tie pun ikut jugak. boleh jadik pengasuh time kitaorang makan :) 

papa dan Leesya

d sebabkan tie tak sempat jumpa dylla and farah, tie minta dorang whatsupkan gambar dorang dengan pengantin. nak jugak masuk dalam blog kann! heheheh

dylla, MJ, baby Deanisha bersama pengantin

dan ini pulak mama buyong dan suami bersama pengantin yang diraikan

alhamdulillah majlis aya dan nan berjalan dengan lancar. tahniah korang! enots doakan aya dan nan akan kekal bahagia hingga ke syurga. selamat mengharungi suka duka rumah tangga bersama. semoga korang sentiasa saling menyayangi hingga akhir hayat. i luv u aya!

sebelom balik, dannn lagik snap sekeping gambar. i luv my family :)