Friday, 15 April 2016

.. papa masuk ward + dugaan ..

assalammualaikum

sekali lagik tie dan hubby d beri dugaan dalam bentuk kesakitan. bermula pada hari jumaat malam, hubby demam teruk. tie just bagi ubat demam yang ada. then ahad pagi tie bawak ke klinik Tan & Lee. ambil ubat macam biasa. doc just bagi tahu yang hubby demam panas.

then hari isnin, qaleesya pulak demam. berjangkit dengan papa die. memang dugaan besar weh bila anak dan suami demam dalam masa yang sama. dua dua tie nak kena jaga. tambah tambah hubby memang akan mengada ngada kalau demam. manja lebih. kadang kadang sampai tie yang kena mandikan die. papa jadik lemah and lansung tak der kekuatan. terpaksa lah mommy amik EL hari tu. memang tak pergi kerja. tie bawak qaleesya pergi klinik

then, isnin malam tu, badan papa still panas. sampai tak boleh bangun. kawan tie suggestkan pergi drip air di kecemasan. tie ingat kot lepas drip air boleh balik lah kann. tie pun pujuk hubby untuk kesana. sebab hubby bukan jenis yang suka ke hospital bagai.

hubby lemah sangat malam tu. masa drip, doc kata hubby kena masuk ward. sebab darah die pekat and kemungkinan suspek denggi. so nak tak nak kami ikut kan jerk. padahal boleh jerk nak ke swasta di alor star. tapi bila fikirkan tie sorang yang akan ulang alik dari kangar ke alor star, dengan keadaan qaleesya pun masih demam, tie follow jerk untuk masukkan hubby d ward hospital tuanku fauziah perlis

biasalah prosedure hospital kerajaan. doc bagi tahu kena masuk ward pukul 12 tengah malam. tapi pukul dua pagi baru tie dapat surat untuk pendaftaran masuk. then urusan itu ini, pukul 3 pagi baru lah hubby selamat masuk ward.

mommy memang tak balik malam tu. tido atas kerusi jerk temankan hubby. dalam GL Pmcare memang layak bilik first class, tapi sampai kesudah tak dapat duduk. alasan bilik penuh. sama lah dengan second class. memang hubby stay ward biasa jerk lah.

hubby stay d tingkat 4. pukul 6 pagi baru lah mommy balik rumah tengok anak. nasib baik mak ader tolong jagakan. tapi memang kesian, sebab die kan tak sihat. memang manja jerk memanjang. nangis jerk.

keadaan papa pada hari selasa. mak mertua tie dan adik adik ipar datang tengok. dorang ambil qaleesya stay dengan dorang. lega sebab dorang boleh tolong jagakan. bagi ubat bagai, demam qaleesya makin kebah. cuma keadaan papa yang makin teruk bila suhu badan tak turun turun

papa memang lansung tak nak makan makanan hospital. memang tie kena bawak makanan dari rumah atau beli kat kedai. die teringin macam macam tapi just makan dua mulut cenggitu. pastu kata tak lalu makan


qaleesya datang melawat papa. alhamdulillah qaleesya lega demam. punya lah mommy risaukan kamu sayang.

family in law tie bawak qaleesya jalan jalan

abah bawak qaleesya ke tasik melati. bukan main seronok lagik die dapat nak kereta nih.

hari rabu, boss dan abang yen datang melawat. thanks yer korang. time nih dorang dah tak drip air kat papa. lapan botol semuanya. pastu keputusan darah pun dah dapat dan papa memang tiada denggi. sekarang nih cuma demam panas jerk lah

kesian tengok muka papa kan. kurus kering jerk. mommy yang makin gemok. papa makin kecik. hahahah. papa teringin  nak makan nasi ayam pulak. memang mommy beli jerk. mana ada masa nak buat bagai. dah sepanjang masa mommy kat hospital. balik mandi jerk kat rumah. lepas tu pergi tengok anak kat simpang kejap.

hari khamis pagi papa still demam. yang tie pelik, ubat demam and batuk doc tak kasi makan. pelik tak? pastu macam mana nak lega demam?

pak tam mai melawat kami petang tu. thanks yer pak tam

setiap malam mommy temankan papa. lansung tak bagi mommy balik. nasib baik qaleesya okeyh dengan family in law.

hari khamis petang, hubby kata nak jalan jalan kat bawah. kitaorang ke cafe kat hospital. hubby siap order makan and minum lagik. tapi dalam kuantiti yang sedikit. teringin katanya.

dalam masa yang sama, family in law whatsup gambar anak dara nih

tok abah simpang hadiahkan basikal nih. upah baik dari demam katanyer. siap bawak naik kat hospital lagik.

dalam pukul 7 petang cenggitu, tie jumpa doc. sebab hubby still tak boleh balik sedangkan ubat demam tak kasi. sebab tu panas masih tak turun. lastly tie minta balik. lepas sign satu perjanjian yang mengatakan kalau terjadi apa apa pada hubby, bukan lah menjadi tanggungjawab pihak hospital. tie setuju dan dapat bawak balik hubby. pukul 10 malam jugak lah selesai segala urusan and baru boleh balik rumah

bila dah kat rumah, senang bagi mommy nak jaga hubby. bagi makan ubat demam dan batuk. sentiasa basahkan badan dan kepala hubby. dan kami jugak berubat cara kampung. alhamdulillah hubby makin sihat dan dah lebih bertenaga sekarang. siap boleh main bola lagik. sihat dah la tu kan?!

kami anggap ini adalah dugaan Allah pada kami. Allah berikan ujian kerana Allah sayangkan hambanya dan Allah beri dugaan mengikut kemampuan hambanya. alhamdulillah kami bersyukur kerana masih d beri peluang untuk menikmati kehidupan ini.