Monday, 20 June 2016

.. TMpoint Kedah Perlis Award Day 2016 ..

assalammualaikum

hari nih dah masuk ramadhan ke 14. sekejap jerk kan. semoga kita sentiasa memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini kerana segala ibadat kita akan diberi pahala yang berganda. insyaallah

ader lagik entry pasal aktiviti kami staff tmpoint. lagik tak update, lagik tu lah rasa tak aman. hahah. menyemak jerk gamba gamba nih stay dalam draft. ader jer masa, tie update jerk lah kann

pada tarikh 5 may 2016, bersamaan sambutan hari israk mikhraj, tmpoint kedah dan perlis telah adakan award day dan team building yang berlansungnya di langkawi

qaleesya hantar mommy ke jetty pagi tu. siap menangis lagik bila mommy dah nak gerak. mula lah drama die tu. nasib baik ader papa yang pandai memujuk anak. haha

kitaorang naik fery puku 7.30 pagi d jetty kuala perlis. selepas 45 minit kami selamat sampai di sana. team kangar adalah team yang terakhir sampai. team lain naik ferry awal. kitaorang jerk yang agak terbabas waktu :)

team dari tmpoint kedah perlis

team kangar

sampai jerk, kitaorang diminta untuk berkumpul dan mendengar taklimat program di dataran helang

kemudian, adanya sesi pendaftaran

kami dibahagikan kumpulan dan diberi tugas untuk menyelesaikan soalan soalan yang diberi

jawapan untuk soalan soalan yang diberi ader d sekeliling kami. kami perlu mencari dan bila dah ader jawapan kitaorang wajib welfie bersama ahli kumpulan.

dapat jawapan, terus selfie yer!

boleh tahan mencabar jugak soalan yang diberi tapi kami boleh menjawab dengan hebat! hahaha

selesai menjawab soalan, kami di beri tugas untuk mengutip sampah di sekeliling sambil berjaan menuju ke arah pantai berdekatan dengan hotel.

gambo lagik yer!

tak sangka kami di sambut oleh CEO Tsssb dan beberapa orang staff dari HQ. dan dan dan tak sangka faiz pun datang jugak. hampir tiga tahun tie tak jumpa faiz. die maintain cenggitu jugak, tie jerk yang tambah saiz badan. hahaha. terus teringat kawan kawan HQ. rindunya zaman bujang di sana.

selit selfie lagik

aktiviti seterusnya adalah main bola tampar tapi menggunakan kain dan balloon. satu permainan baru yang menarik bagi tie. sebab tie memang tak pernah main.

masing masing berentap antara kumpulan. semuanyer enjoy. lansung tak der tekanan time nih. haha. gambar kat atas nih pulak perlawanan antara team HQ dan team ajk tmpoint kedah perlis. CEO pun join main sekali. memang sporting habis!

selesai part pagi. kami berhenti berehat untuk makan, mandi dan siap untuk majis minum petang pulak d hotel Baron Langkawi.

tema yang di berikan adalah tema hawaian. kitaorang team kangar tak der lah bersungguh sangat bab tema nih, just pakai apa yang ader jerk. sebab kitaorang dapat tahu pasal tema nih pun last minit.

kami staff kangar bersama Encik Elmy Fairuz, staff HQ

tie dan faiz fredo

majlis dimulakan dengan ucapan dari Puan Norlela Baba dan  CEO Tsssb. then, adanya acara pemotongan cake. kemudian di selitkan dengan penyampaian anugerah untuk staff cemerlang dan tmpoint terbaik. tak lupa jugak diselitkan dengan penyampaian cabutan bertuah. banyak betul hadiah yang kami dapat hari tu. senyum sampai telinga lah kann

acara bergambar memang tak miss lah kannn

tiga orang penting
Puan Norlela Baba, Encik Hisham dan Encik Yazid

cake aloha lah sangat kann

antara staff tmpoint kedah dan perlis yang hadir untuk majlis ini. alhamduillah majlis berjalan dengan lancar. pukul 4.30 petang kitaorang dah bersurai. ader yang sambung bercuti di langkawi dan ader yang terus balik ke tempat masing masing

geng nih siap sewa kereta and pergi shopping apa yang patut sebelum balik ke perlis

kitaorang naik ferry last sekali pukul 7 malam. dalam pukul 8 lebih jugak baru sampai jetty kuala perlis. sampai jerk papa dan qaleesya dah siap menunggu mommy :)

then, kat bawah nih nak selit event di taman firdaus kangar perlis. kawasan nih baru ader unifi. so tugas kami untuk promote kan pada penduduk kawasan tersebut.

macam biasa, kitaorang staff tmpoint bergabung tenaga dengan CS untuk join event ini

kami jugak sediakan makanan untuk pelanggan yang walk in ke homestay yang kami adakan event ini.

boss CS perlis, Puan Intan memberi ucapan sebagai permulaan majlis

selain dari tu, kami jugak adakan pertandingan mewarna untuk kanak kanak di kawasan taman firdaus. tapi tak ramai yang join. mak dorang tak kasi datang kot ? :)

jadik cikgu tadika sat mommy yer!


bila yang join nih pun tak sampai 10 orang, dah sah sah semua akan dapat hadiah. sebab kitaorang sediakan hadiah untuk 10 orang. hahahah. untung adik adik nih tauu

hasil dari pemenang bagi pertandingan mewarna di taman firdaus

pukul 2.30 cenggitu mommy gerak balik

selamat berbuka puasa yer semua!

Thursday, 16 June 2016

.. aktiviti tmpoint kangar ..

assalammualaikum

tie nak tayang pasal sebahagian aktiviti staff tmpoint kangar. semua gambo gambo nih dah lama sangat dalam draft. nih dah berkesempatan, tie masukkan kan jugaklah jadi entry.

sebelum tu selit dulu gambo selfie dengan ibu husna

uniform hari jumaat tapi bertudung biru

bersama boss yang paling sporting d dunia. haha

qaleesya teman mommy lunch mcd hari tu

bersungguh anak mommy makan

kitaorang pakai tudung hijau nih pulak

then, warna kuning

mommy and mama suria share belikan hadiah untuk anak ibu husna sempena hari lahir yang pertama

happy birthday raziq! semoga kamu menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah

yang kat bawah nih pulak mommy join program fast2u. kami sebagai staff tmpoint kangar di galakkan mengikut pihak teknikal menyelesaikan masalah kerosakan pelanggan. semua nih arahan dari pihak CEO Tsssb supaya setiap staff mempunyai pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan apa sahaja kerja

first sekali, tie ke ibu sawat. dorang terang apa yang patut. memang banyak benda yang tie tak tahu sebelum nih. macam macam wayar dan warna yang ader. memang memeningkan. haha

kemudian, tengok cara dorang setting modem

antara step yang terpenting, tie ikut pihak teknikal buat semakan di kabinet. time panas panas lagik. betapa susahnya kerja sebagai kontraktor dan teknikal. banyak betul dugaan

next, kena main panjat panjat nih. bayangkan kalau cuaca panas giler, kesian dorang! tapi apakan daya, demi mencari rezeki yang halal. first time tie join dorang, baru lah tie tahu bagaimana dorang selesaikan masalah.

then, gambo kat bawah nih pulak kitaorang adakan event d tmpoint kangar. kami staff tmpoint bekerjasama dengan staff CS Perlis. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. pelbagai promosi dan hadiah menarik yang kami berikan pada pelanggan yang hadir pada hari itu.

keadaan pada hari event

kami jugak sediakan makanan buat pelanggan.

penyerahan hadiah buat pelanggan yang melanggan unifi

welfie tmpoint kangar

gambo reramai

again and again lah kalau bab bergambar nih

selamat berbuka puasa korang :)