Friday, 14 October 2016

.. candle light dinner @ secret cafe ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, 8 oktober 2016, genaplah umo encik hubby kiter 27 tahun. untuk birthday hubby kali nih special sikit tau. mommy buat suprise untuk si kumbang nih. sweet candle light dinner kononnyer kan! hahah

secret cafe d komalaut menjadi pilihan tie untuk majlis simple tapi sweet nih! kiranyer ini kali kedua tie makan d sini selepas makan dengan officemate tmpoint kangar yang lepas. bila dah sedap cenggini, sure lah kena repeat kan beb!


logo secret cafe

asalnyer tie nak jerk amik suprise planner kat facebook yang menjadi trend sekarang nih. tapi bila tanya harga mencecah rm200 hinggit terus tie ubah fikiran. hahaha. rasa sayang pulak duit bila hanya nak upah orang belikan bunga dan coklat. thats why tie buat keputusan untuk buat suprise sendiri jerk

hari jumaat, sehari sebelum majlis, tie pergi beli balloon ( rm8.50 ), bunga ros segar 4 kuntum ( baru rm8 ) and beli pasu kaca kecil ( rm13 ). kain putih tie ambil yang kat rumah punyer. then tie serahkan pada tuan kedai secret cafe, Encik Hafiz. memang dorang banyak membantu and sporting habis tau!

tie puas hati dengan secret cafe. memang dia buat macam tie nak. thanks yer secret cafe!

tie dan hubby gerak lepas magrib. tapi tak terus ke kuala perlis. kitaorang ke alikhsan kangar dulu. hubby request hadiah sport shoes. hari tu dah beli kasut bola bulan lapan yang lepas. beli hadiah awal kononnyer. lastly kena bagi hadiah lain pulak. hahah. kopak duit mommy!

sweet la sangat kannn! teringat zaman bercinta dulu dulu. bukan main lagi tuan kedai secret cafe nih tolong ambilkan gambo. macam ader photographer khas pulak malam tu. nasib baik tuan kedai tak caj dalam bil. hehehe

muka nampak excited macam birthday kiter pulak kann

balik dari sukan negara, mommy siap ajak mama eiyda teman jap pergi beli baju baru nak pakai keluar dinner dengan huibby. memang rushing sangat. so ini jerk la yang sempat rembat. janji baju baru kannnn! haha

suprise mommy menjadi tau. sampai jerk secret cafe, then mommy terus menghala ke meja yang d hias dengan bunga nih, hubby jadi terkejut. hubby boleh pulak tanya, "kenapa kita duduk d meja nih. boleh ke? " hahah lawak reaksi dia time tu. lepas tu baru lah mula senyum2. suka la tu kann

sebelum kesana, mommy singgah beli cake dulu.

happy birthday hubby! semoga hubby d panjangkan umo, d beri kesihatan yang baik, d beri akal fikiran yg waras, d murahkan rezeki, d beri kesabaran yang tinggi dan semoga menjadi suami/papa yang beriman kepada mommy dan qaleesya.

haishhh gambar mommy lebih dari gambar birthday boy nih

mula mula kita order dulu yer

chicken grill menjadi pilihan hubby and mommy pulak order tenderloin beef steak. air pulak mommy ambil frappe mocha. memang sedap weh! makan sampai menjilat jari. rasanyer lepas nih kena repeat lagik. bukan apa takut terbayang bayang steak yang marvelous nih!

terima kasih tuan cafe sebab sanggup layankan kerenah kami bergambar :)

feeling2 sweet la sangat kan malam tu.

malam tu kitaorang tak bawak si anak dara qaleesya sebab dia dari pagi memang stay kat simpang dengan family in law. lepas makan, baru kitaorang pergi ambil dia. sorry yer sayang. malam nih bagi peluang kat mommy and papa nak dating kejap tau. nanti mommy bagi upah okeyh :)

sempat jugak hubby ambil gambar bersama tuan empunya secret cafe nih, Encik Hafiz dan Encik Anuar. memang sporting habis lah dorang nih!

selit gambar kat al ikhsan

hadiah birthday papa. sepasang sports shoes adidas new arrival and sepasang sandle nike. mommy pulak tah tahan nafsu untuk beli jugak untuk diri sendiri. sepasang sandle adidas menjadi pilihan. selesa sangat pakai tau. lembut and ringan. padan la dengan harga kann!! kopak duit mommy!

mommy harap papa suka dengan apa yang mommy buat nih. bukan selalu kann. setahun sekali jerk. semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat and semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita. aminn

and pada secret cafe, thanks d atas layanan dan makanan yang super duper sedap. kepada sesiapa yang berminat nak ber candle light dinner macam kami nih, boleh lah terjah ke secret cafe. harga memang berbaloi. makanan pun sedap. memang puas hati lah!

alamat kedai : Lot 1 Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis
contact number : 014-9486632
google maps : H&A Secret Cafe

Thursday, 13 October 2016

.. hari sukan negara ..

assalammualaikum

mood rajin update blog dah kembali rasanya. minggu nih saja ader empat entry. kiter tengok sampai bila sifat kerajinan mommy nih akan bertahan! haha

08102016 yang lepas adalah sambutan hari sukan negara. pelbagai aktiviti menarik dan program yang di jalankan sempena hari sukan ini yang berlansung d seluruh malaysia.

kami d negeri perlis memang tak ketinggalan yer korang! setiap kawasan d perlis meraikan dan sambut dengan meriah. pelbagai aktiviti d adakan tak kira tua dan muda. memang semangat kesukanan ini yang kita nak kan!

hari sukan negara 2016

untuk kawasan kangar, tahun nih d adakan d maktab perguruan perlis. berbanding dengan tahun lepas yang d adakan di stadium kangar. pepagik lagik mommy dah keluar rumah. pergi ambil mama eiyda then terus ke sana. pukul 7 pagi kami dah d minta untuk berada d sana.

mommy dan mama eiyda

selepas semua dah hadirkan diri dan membuat pendaftaran, kitaorang bergambo reramai. memasing memakai pakaian team malysia

boss ajak welfie

team telekom malaysia berhad

bergambo depan lori tmow

selepas pendaftaran dan makan pagi, adanyer larian sebanyak 35km. tapi kami tak join larian nih. kami masuk ke dewan untuk join aktiviti zumba yang berlansung selama hampir dua jam. memang puas hati. berpeluh macam mandi weh! segar rasa badan nih!

akak yang kat tengah nih yang jadik trainer zumba hari tu. seronok tengok badan dia. kurus dan cantik. die isteri dan ibu kepada tiga orang anak. tapi tengok macam anak dara. jeles kan! bila kitaorang tanya apa petuanyer, dia cakap dia lansung tak makan makanan berminyak dan tak pernah tinggal exercise. haishh bila lah mommy nak kurus macam dulu :(

bergambar dengan YAB menteri besar perlis, Datuk Seri Azlan Man

jangan berangan lah nak kurus macam dulu kalau tak der usaha kan!


selesai zumba, kitaorang stay kat booth tm sambil buat jualan baju pantera malaysia dan produk tm. then sempat jenjalan kat booth2 kat situ. macam macam ader!

dalam pukul 12 tengah hari cenggitu, lepas makan tengah hari yang d sediakan, kitaorang gerak balik. cuaca memang panas tak hingat tapi puas hati sebab dapat buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh cenggini. terbaik!

pagi tu jugak alang, acik dan acu datang ambil qaleesya untuk join hari sukan negara d kawasan simpang empat. memang kelakar weh, dia peserta paling kecil.

main tiup kereta bagi bergerak. tak tahu lah gerak ke tak! hahahah. lawak anak mommy

bukan main lagik duk cerita kat mommy dia dapat hadiah banyak. then qaleesya jugak dapat dua hadiah cabutan bertuah. seronok tengok anak membesar macam nih. umo baru dua tahun dah join sukan cenggini. bagus kan ank mommy nih!

mommy nak selit paralimpik yang d kenali ramai datang ke tmpoint kangar, mohamad ridzuan mohd puzi, pemegang pingat emas bagi acara 100 meter

mommy nak selfie dengan mamat kebanggaan malaysia!

kami reramai bergambar dengan pemegang pingat emas nih

apepun tahniah d ucapkan kepada ridzuan puzi kerana membanggakan malaysia. majulah sukan untuk negara :)

malamnyer mommy ader buatkan suprise untuk papa sempena birthday papa yang ke 27 tahun. tunggu next entry okeyh!

Wednesday, 12 October 2016

.. shell out meletop ..

assalammualaikum

sekarang nih mommy kerap sungguh makan shell out. kalau tak pergi makan kat kedai, masak pun jadi lah. janji ala ala shell out! haha

bebaru nih kitaorang staff tmpoint kangar order shell out dengan kak sha. dia buat delivery d seluruh kawasan perlis. memang meletop beb! sedap sungguh sampai menjilat jari.

kena tunggu dia open order kat facebook, then boleh order. esoknya dia akan hantar kat tempat yang d minta. memang puas hati tau!

berbaloi dengan harga rm20. banyak lauk yang dia letak. memang sedap!!

hari tu kami order untuk 11 orang. makan sampai kenyang!

mommy punya shell out! terbaik weh

ema, mommy dan eiyda. masing masing tayang ketam

kak sha nih pemilik butik pengantin d arau perlis. dia jugak yang makeup tie time kawen dulu. selain buka butik pengantin, dia jugak jual produk kecantikan keluaran dia sendiri. and now dah jual shell out dan nasi daging. memang business woman berjaya betul kan.

kepada orang perlis yang berminat dengan shell out meletop kak sha nih, boleh la contact 012-5720826. confirm tak nyesal tau!

Tuesday, 11 October 2016

.. elephant plush toys ..

assalammualaikum

entry kali ni nak tayang mommy belikan elephant plush toys nih untuk arriana nurqaleesya. actually umie mala ader sponser separuh dari harga elephant nih. hadiah yang kedua tahun untuk qaleesya katanyer. alhamdulillah. jimat separuh duit mommy. thanks yert umie mala :)


mommy ambil yang ader blanket. so rm65 tambah dengan postage rm 12, total semua rm77. nasib baik umie belanja separuh :)

contoh blanket yang ader kat belakang elephant nih. besar jugak tau. lepas lah mommy and qaleesya nak selimut. hehe

warna pink lembut menjadi pilihan tie. sengaja tak ambil warna kelabu sebab banyak sangat orang order warna tu. nanti sama jerk dengan orang kan. tak best pulak. hahha

dan dan inilah elephant plush toys untuk qaleesya. dorang poskan ke office mommy. geram tau nak peluk. lembut jerk.

siap try baringkan dan selimutkan dalam bilik ketua hasil. hahaha

muka syiok dapat elephant

malam malam berebut dengan mommy nak peluk elephant :)

qaseh pun nak bergambar dengan elephant jugak. cucu saudara yang ketiga

in pulak aishah dan elephant. cucu saudara kedua

hari tu sengaja mommy belikan cadar cotton nih. qaleesya minat sungguh dengan mickey/minnie mouse. bawak jerk balik, terus minta mommy tukar cadar. bukan main excited lagik dia.

sekarang nih memang tengah train dia tido sorang. sebab tak lama lagik bilik baru anak mommy akan siap :)