Monday, 13 March 2017

.. gerak gempur TM @ kuala perlis ..

assalammualaikum

sebelum tayang gambar gambar mommy pergi buat sales pada hari ahad lepas, mommy nak tayang dulu gambar kitaorang beruniform baru di hari jumaat

shawl pink dan biru nih dari adik ipar tie

untuk lelaki belum lagik, dorang masih lagik menunggu baju siap. so yang perempuan pakai dulu :)

kain pucci yang cantik nih dari isteri hafiz sendiri

empat gadies tmpoint kangar

time nih first day pakai baju nih, tapi tak ramai yang hadir. so memang kami empat jerk lah yang bergambar

tujuh gegursl tmpoint kangar. kali nih semua ada. memang bergambo sakan lah jawabnya. siap buat gaya cenggini lagik. trend kononnya. hahhaha

welfie bersama boss baru, puan suzana

kami memang giler gambo

balik ke tajuk asal, ahad lepas tie dan suria wakil dari tmpoint kangar joint gerak gempur tm. kali nih kawasan yang di terjah adalah sekitar kuala perlis

biasalah mommy, ootd dulu lah kannnnn

mommy dan suria

gerak gempur kali nih terdiri dari staff staff TM dari negeri perlis dan kedah. majlis dimulakan dengan ucapan  boss cs perlis, puan siti khadijah

bergambo dulu sebelum mula terjah :)

bersungguh mommy buat sales tau. cuaca bukan main panas lagik kat perlis nih.

alhamdulilah dapat jugak akhirnya

dapat lagikkk :)

kami buat sales sampai pukul dua petang jerk. boleh tahan jugak lah hasil yang kami dapat. ader upgrade streamyx, ader new install streamyx dan jugak new install unifi. padanlah dengan cuaca panas nih kan.

selit gambar mommy gemok dan ibu buyung husna

Friday, 10 March 2017

.. perhimpunan family @ dewan simpang 4 perlis ..

assalammualaikum

entry awal bulan februari yang lepas. family in law tie ada buat perhimpunan keluarga besar di dewan simpang empat perlis. terungkai lah salah silah keluarga hubby bermula dari keturunan nenek moyang lagik.. katanya generasi qaleesya nih sudah sampai tujuh keturunan.. tie tak berapa faham sangat sebab terlalu ramai salah silah keluarga dorang. yang tie tahu asal usul mereka adalah dari bangkok.

sejarah nenek moyang keluarga hubby

kami adalah family pertama yang naik ke pentas. katanya nenek kami anak sulung. then ada pulak wakil yang terangkan pasal keluarga kami nih. di ikuti dengan keluarga yang lain, naik ke pentas dan ada wakil yang ceritakan pasal keluarga mereka. perkara ini berulang hinggalah habis keluarga yang hadir

family in law 

geng sepupu sporting

geng gegurls

kitaorang siap buat baju sama :)
geng sepupu sepapat

pelbagai aktiviti yang ada hari tu. bermula jam 9 pagi hingga lah 5 petang. di mulakan dengan mempekenalkan setiap ahli keluarga, persembahan dan last sekali aktiviti menziarah kubur saudara mara. makanan tengah hari dan petang jugak di sediakan. memang kerja makan jerk la kami :)

mommy, papa dan qaleesya

ini adalah dari sebahagian keluarga yang hadir

mommy and papa tak tunggu sampai petang. kami gerak balik awal. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. semoga ikatan keluarga ini kekal hingga akhir hayat

saya tolong mommy isikan minyak kereta - arriana nurqaleesya