Wednesday, 6 November 2013

.. persiapan baju nikah ..

assalammualaikum

30 hari lagik, tie akan melansungkan perkahwinan. dari sekarang jugak, tie siapkan banyak persediaan untuk ke alam rumah tangga. ilmu, diri sendiri, hati dan macam macam lagi. insyaallah, tie yakin ini jodoh tie, dan tie yakin dia pilihan tie yang betul. aminn.

dalam tempoh pertunangan atau darah manis nih, tie dan suhaizal takde masalah. nak curang ker, memang tak pernah wujud. masalah keluarga tu ader lah sikit sikit tapi alhamdulillah dah settle. tapi benda paling rasa time bertunang adalah kewangan. macam macam perkara nak buat. dan semua tu memang kena guna banyak duit. tapi Allah itu maha Pemurah, yakin dengan Allah. Allah bagi macam macam rezeki untuk kita yang nak mendirikan rumah tangga nih. percaya pada Allah. jangan sesekali hambakan diri kita dengan kebendaan.

dalam tempoh pertunangan, tie banyak belajar untuk mematangkan diri. tie mesti buat banyak persiapan, bukan untuk diri tie sendiri sahaja, tapi tie bakal ada keluarga baru, dan untuk kebahagiaan tie sendiri. siang malam tie berdoa semoga tie dapat jalankan tanggungjawab ni.

Ya Allah, permudahkanlah urusan perkahwinan tie
dan janganlah dpersulitkan. Aminn ya RabbalAalaminn

salah satu persiapan terpenting ialah persiapan baju nikah. sebelum transfer ke perlis lagik tie dah beli kain nikah. nasib baik ada bantuan dari kak na dan abg aziz. kalau tak, memang sengsorang lah tie pergi mencari kain untuk baju nikah. nak harap kan suhaizal, nun jauh d perlis.

ni lah warna untuk baju nikah tie
tapi bukan design nih tau! warna jerk :)

kak na dan abg aziz yang temankan tie pergi beli. just pergi dekat jakel jalan tar. senang. tak pergi jauh jauh. pusing sampai pengsan dalam jakel tu.

pasangan ni amat bermakna dalam hidup tie
bersyukur sangat dengan kehadiran mereka. terima kasih Ya Allah.

abg aziz kusyuk pilih kain
ape ape semua dorang yang pilih dan buat keputusan
tie cuma ikutkan jerk :)

best sangat kain nih
memang sangat lembut dan berkualiti
nasib baik tie pergi dengan dorang yang pandai pilih jenis kain
kebetulan abg aziz memang berkawan dengan jurujual jakel nih, memang kami dapat diskaun kaw kaw!haha

then cuti hari malaysia yang lepas, tie ke KL untuk settle kan baki baki barang hantaran yang belum d beli. selain dari tu sebab nak suruh kak na ambil balik ukuran badan tie sebab tie rasa dah makin gemuk. nasib lah tukang jahit jauh, nak ukur baju pun kena datang KL :)

pagi tu tie pergi breakfast dengan kak yatie, jiran sebelah rumah. pastu dengan dua hero, wildan dan thaqif. kak na tak nak join. die just minta tie tapaukan jerk. teringat pulak kat dorang nih. dulu tie selalu lepak tengok tv kat rumah kak yatie nih. kebetulan nama kami sama :)

tengah hari, kak na ajak tie join kenduri depan rumah. tie memang tak der bawak baju yang sesuai so memang main hentam jerk pakai apa yang ada. nasib baik d KL, kalau kat kampung, pakai cenggini, mampus kena sembur. haha!

kak na and abg aziz sedondon pakai hitam

kebetulan warna EX5 adik nih sama pulak dengan warna seluar tie :)

balik dari kenduri, tie pergi jalan tar dengan kak na. kebetulan si maryam datang rumah, so kitaorang ajak die pergi sekali.

sebelum gerak, snap dulu

first, pergi jakel dulu sebab maryam nak beli kain untuk buat tudung. die dah jadi business woman sekarang. die buat tudung dan jual secara online. bagus kan

maryam dan abg aziz kat belakang

then , kami ke kedai reben berdekatan untuk beli lace baju nikah tie.
hari tu beli kain jerk, lace tak beli :)

kak na sibuk duk pilih dengan maryam
tapi tie kusyuk ambil gambar. teruk kan tie? :)

so ini lah lace yang d pilih

petang tu jugak, lepas balik dari jalan tar, kitaorang lepak kat kedai sebelah rumah. ader kak na, maryam and kak yatie. memang rindu saat tu. puas memasing bercerita.

malam nyer, kak na main lukis lukis design baju nikah tie

tie tak nak buat yang over over, karang tak pakai pulak baju nih lepas kawen. rugi tau beb! kalau boleh, nak yang paling simple. ala ala kurung moden jerk :)


design and design

yang nih untuk tudung

alhamdulillah settle semuanyer. termasuk lah dengan ukuran badan yang baru. hahaha. kak na kata memang ada beza sikit. nasib baik ukur lain. kalau tak, jadi sarung nangka lah hari nikah nanti. so tunggu jerk lah hasil nyer nanti :)

malamnyer, tie pergi uptown danau kota untuk jumpa pieka. pastu sempat lah shopping sikit. then lepak jap kat mali corner, pastu balik. rindu pieka :( 

dan lagik nak ambil gambar, padahal muka dah tak boleh blah dah time nih

yang hujung dari kiri tu cousin pieka dari johor
alahai rindu nyer kat pieka
tak tahu lah die dapat datang tak wedding tie nanti

apepun semoga Allah mempemudahkan segalanyer
tunggu entry tie shopping barang hantaran pulak yer :)

Friday, 1 November 2013

.. kad kahwin instagram ..

assalammualaikum

kad kahwin tie dah siap weh :) tetiba rasa bedebar pulak bila tengok ada nama sendiri d kad nih. macam tak percaya yang tie akan berkahwin tak lama lagik. haishh. apepun jodoh pertemuan, ajal maut semuanyer kuasa Allah. moga Allah mempermudahkan segalanya.aminn

 design instagram menjadi pilihan tie
memang simple sangat tau

design instagram nih tie buat tak banyak pun
just nak bagi untuk kengkawan rapat jerk

kad yang biasa nih tie buat untuk orang kampung
pada tie, tak perlu kita membazir dengan membuat kad yang kos nya tinggi
cukup lah kalau kad tu simple tapi jelas untuk tetamu nanti. kalau buat cantik/mahal nanti orang buang jugak kan :)

tarikh perkahwinan tie dan suhaizal memang sudah d tetapkan. inshaallah majlis akad nikah akan berlansung pada 6 December 2013, majlis persandingan pihak perempuan 7 December 2013 dan majlis persandingan pihak lelaki pada 8 December 2013. moga segalanyer akan bejalan dengan lancar. aminn

then, nak selit gambar kitaorang reramai pergi nagoya d jitra kedah last month. asalnya kitaorang just nak pergi minum kat kedai dekat dengan rumah jerk. sekali mak lang tie ajak pergi beli kain d nagoya. memang unplanning betul weh! masing masing pakai selekeh jerk pun :)

farah

alang alang dah pergi, tie beli langsir untuk rumah. 

bayar bayar bayar

habes bawak satu kampung datang sini

kitaorang beli kain untuk pakai time wedding tie nanti
kain untuk adik beradik perempuan

hujan lebat tak henti henti. memang tak singgah mana dah. terus balik rumah.

Thursday, 31 October 2013

.. escape plan @ alor star mall ..

assalammualaikum

hari jumaat minggu lepas, tie dan suhaizal ke alor star mall untuk layan movie. kitaorang gerak lepas solat jumaat. alhamdulillah movie yang kitaorang nak tengok memang ader tiket and kitaorang sampai sana pun memang ngam ngam dengan masanyer. memang tak payah tunggu lama lama.

gambar sebelum gerak
tie pakai shawl baru :)

farah and bf die pun join sekali

 kitaoarang layann movie escape plan
terbaik bro!!

bersama sang kumbang

 lepas tengok movie, kitaorang terus gerak balik sebab bf farah ader hal. memang tak kemana lah jawab nyer.

Wednesday, 30 October 2013

.. HIV test @ HTF Kangar ..

assalammualaikum

17 oktober yang lepas tie dan suhaizal ke hospital tunku fauziah kangar bagi menjalani ujian HIV. tie memang ambil cuti lepas hari raya aidiladha hari tu. sebab tu lah dapat pergi buat ujian HIV nih pada hari bekerja. kalau tak cuti, sampai bila pun tak pergi lah.

 minta anak saudara tie ambilkan gambar sebelum gerak
lesen suhaizal dah tamat seminggu, boleh pulak die tak perasan. terpaksa lah tie yang bawak

nasib baik orang tak ramai. memang tak lama lah kitaorang kat hospital tu.

 mula mula kena isi borang dulu
just kena isi maklumat seperti nama, alamat dan kad pengenalan jerk pun.

 suhaizal first

 pastu baru tie

alhamdulillah kami negatif HIV.
settle satu hal. lepas nih boleh hantar borang ke pejabat agama dah :)

balik dari hospital, kitaorang ke rumah cousin suhaizal. ader birthday party anak die.

 wif anis, adik suhaizal

meriah betol time potong cake

selesai semua, suhaizal hantar tie balik rumah. kepenatan :(

Tuesday, 29 October 2013

.. service baby boo + lunch ..

assalammualaikum

last month, suhaizal tolong tie bawak baby boo pergi service untuk kali ketiga. tie memang tak dapat nak pergi sebab kerja. hari tu kebetulan die cuti, so tie wakilkan die ke perodua alor star :)

baby boo kena service kali ketiga

perodua kasi tipuware ni ha

balik dari sana, suhaizal datang ambil tie kat office and pergi lunch. ape lagik memang sengih jerk lah kannn. kebetulan time die sampai perlis betul betul time lunch. memang on jerk la kann bila die ajak keluar.

die dah giler bergambar sekarang nihh!

gambar tie mesti ader kann!

thanks hubby tolong bawak baby boo pergi service! love u lahhh!

sajerk nak selit gambar nih. suhaizal baru lepas gunting rambut.

gambar nih pulak time die pakai seluar biru yang tie hadiahkan time birthday hari tu.

thanks for everything hubby!
semoga hubungan ini akan kekal hingga akhir hayat. aminn

Monday, 28 October 2013

.. novel curi curi cinta ..

assalammualaikum

satu lagik novel hasil karya siti rosmizah yang hasil jualan nyer macam goreng pisang panas. puas tie mencari d setiap kedai buku d perlis nih. bila tanya jerk, mesti jawapannyer habis dan tiada stock. tapi tie bernasib baik kerana kawan tie d KL tolong belikan dan poskan pada tie. terima kasih yer :)

pantang dapat, memang terus bergambar (*_^)

novel cinta kau dan aku ni pun salah satu novel kesukaan tie. memang menangis sampai lebam bila baca. best seller macam novel curi curi cinta jugak. memang terbaik lah hasil karya siti rosmizah. tie suka semua novel hasil karya die.

lepas balik kerja hari tu, tie singgah denai ambil encik tunang pergi jogging. badan dah kurus macam kerengga pun nak jogging lagikk kan.

muka orang baru lepas jogging

pastu singgah minum air kelapa and makan keropok leko sebelum balik rumah

kami (^_*)

tak sabar tunggu satu novel lagik sampai. tie dah suruh kawan tie tolong belikan :)

Friday, 25 October 2013

.. kursus perkahwinan ..

assalammualaikum

bulan lepas, tie menghadirkan diri untuk kursus perkahwinan. kalau korang nak tahu, nih kali kedua tie ambil kursus kawen. kali pertama tie ambil time belajar d kelantan dulu. malangnyer sijil kursus perkahwinan tu hilang tak dapat d kesan. bila tie cuba hubungi pihak yang sepatutnyer, dorang suruh tie pergi kelantan kalau nak dapatkan sijil yang baru. giler ke aper kan! dari nak membazir duit tambang bagai nak kelantan, baik tie ambil jerk lain kursus nih d perlis. so nak tak nak, terpaksa lah tie menghadirkan kursus untuk kali kedua.

dapat buku nih sorang satu

ceramah berlansung pada hari sabtu dan ahad. bermula dari 8 pagi hingga lah pukul 5.30 petang. ader ustaz yang best, pandai buat lawak. tapi ader jugak ustaz yang sangat membosankan. sampai ader yang tertido la:)

ustaz nih best! suara die best giler time die nyanyi untuk kitaorang. memang tak mengantuk lah :)

tie pakai purple

hanis pun join sekali ambil kursus nih. ader jugak kawan yang boleh temankan tie. sebab suhaizal dah ambil kursus. jadi tie memang datang kursus nih tanpa pasangan. sama macam hanis:)

orang dengar ceramah, kamu bergambar yer tie?! hahah

selesai ceramah terakhir pada hari ahad, masing masing boleh ambil sijil kursus perkahwinan
senang kan, hari tu jugak kita boleh dapat sijil. tak payah pening kepala lagik.

dan inilah sijil nyer.
so apa lagik, dah boleh kawen lah kan ? haha