Wednesday, 3 December 2014

.. jenjalan with Qaleesya ..

assalammualaikum

entry kali nih nak tayang gambo gambo kitaorang keluar bawak qaleesya. yerla, kalau dulu keluar berdua. tapi sekarang dah bertiga. segalanyer berubah dengan kehadiran qaleesya.

mula mula tu agak kekok sikit bila keluar bawak anak. yerla bukan senang nak biasakan diri, kalau dulu siapkan diri sendiri and siapkan pakaian suami. tapi sekarang, tie kena pandai bahagi masa. tie kena siapkan anak dulu. then makesure tiada barang barang anak yang tetinggal. macam susu, pampers, wipe tissue dll. then baru lah tie boleh siapkan diri tie.

yang nih kitaorang pergi makan kat Mai Cafe. kalau tak silap tie yang nih first time keluar lepas pantang.

ini pulak kitaorang pergi Cmart Arau. pergi beli barang dapur and hadiah untuk wedding kawan tie

mummy and leesya

papa nak jugak gambo weh!!! hahaha jangan marah papa :)

tie teman suhaizal pergi makan

tok abah belikan baju nih kat leesya and semestinyer warna hijau akan selalu menjadi pilihan tok abah

tie dan hubby bawak leesya jalan jalan kat taman permainan dekat dengan rumah tie

i luv u leesya

kami bertiga :)

kitaorang pergi kenduri aqiqah kat area Pida, Kedah

last month, pieka and family ader datang kedah untuk majlis konvokesyen adik pieka. die study kat UUM Sintok Kedah. dorang nih datang naik bas. so plan asalnyer malam dorang sampai Kedah tu dorang nak singgah makan di kuala perlis and datang ke rumah tie.

tapi plan tu tak jadik sebab dorang dah keletihan. so esok malam nyer, time dorang nak balik, tie pergi jumpa pieka kat Shahab Perdana, Kedah. mak and leesya pun follow jugak.

tie lansung tak bagi tau pieka nak pergi jumpa die. kami sampai sana awal sebelum dorang sampai. and tie berjaya buat kejutan untuk pieka. die memang tak sangka tie datang :)

gambar kami malam tu

dapat jugak jumpa pieka. tapi sayang, leesya tido tak sedar diri malam tu. hahaha

kalau dah tido, kau goyang lah macam mana pun, leesya tak kan jaga. sebijik follow perangai papa nih

selit gambo hubby accident time lawan bola. boleh pulak die berlanggar dengan team lawan sampai jadik cenggini. lebam teruk mata die. dan malam tu terbalik lah jadinyer, orang dalam pantang kena jaga die. sampai pergi klinik lah sebab jadi pendarahan dalam mata. ambil masa tiga hari jugak lebam tu nak surut.

aksi papa and leesya tido. sayang kamu berdua!

ini pulak gambo baru baru nih. kitaorang pergi makan mcd kat kangar

dari zaman bercinta, sampai kawen. then pregnant and now dah ader anak, hubby tak pernah berhenti main bola. kalau dulu tie memang akan bosaan bila hubby sentiasa ader game. tapi tapi sekarang tie dah tak kesah. hahaha. leesya ader untuk temankan tie.

kadang kadang, tie bawak leesya jalan jalan taman kalau hubby ader bola. and farah pun akan follow sekali.  tapi bila naik jerk stroller, leesya akan tido :)

farah and leesya. time nih baru sampai, so leesya belum tido

lepas sekejap, leesya tido. ahhahaa

mummy gemok! hehehe

tie dan farah

dan gambo terakhir, leesya follow tie and mak tok pergi kenduri

sebelum tido, tie dan zal mesti akan cakap cenggini.  " macam tak percaya kan kiter dah ader anak "

terima kasih Ya Allah atas anugerah terindah ini. moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami.

Monday, 1 December 2014

.. Qaleesya kena cucuk ..

assalammualaikum

lagi beberapa hari saja lagik tie akan masuk kerja. mood bercuti masih menghantui diri. maner lah nak cari semangat kerja nih! lepas nih terpakser lah berenggang dengan leesya. alahai tak tahu macam maner perasaan hari pertama masuk kerja nanti kan... yerla, selama cuti nih tie sentiasa besama anak, tapi lepas nih balik kerja baru boleh jumpa. dan itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh mana mana ibu yang bekerjaya kan :)

leesya di hari 45.
time nih leesya dah lepas pantang. mummy yang over suka tau. hahaha
btw, thanks ain atas pemberian baju yang cute nih. mummy suka lah. heeheh

dan ini pulak gambar time pergi cucuk leesya sebulan. means kitaorang still dalam pantang time nih. time lahir berat leesya 3kg dan naik kepada 4.4kg. panjang leesya pulak time lahir 50cm and berubah kepada 56cm. alhamdulillah

ini pulak pergi cucuk dua bulan kat klinik kesihatan desa bintong. kali nih tie pergi dengan mak sebab hubby kerja. lagipun time nih tie dah boleh drive sendiri. dah kuat kononnyer. hahaha

selit lagik yer! tie pergi tmpoint hari tu. tapi tak bawak leesya

berat leesya naik kepada 5.6kg dan panjang kepada 60cm. kejap jerk anak mummy membesar kann. and alhamdulillah leesya tak demam lansung. bagus anak mummy!

selit gambo firas, anak kepada cousin tie. hari tu die datang tinggalkan anak die sekejap. so letak jerk la dengan leesya. tapi kesian leesya asyik kena buli dengan firas. memang kena tunggu weh kalau tak habis leesya kena cakar dengan firas. hahaha

time nih leesya follow tok abah and maktok pergi alor star. pastu tok abah belanjer leesya shopping baju. leesya sukaaa tau :)

dan ini pulak leesya pakai baju acik cda kasi. warna purple lagik tau! makaseh yer acik cda. lepas nih leesya nak ikut mummy, gilerkan warna purple! hahahah

dan alhamdulillah, leesya dah boleh meniarap pada hari ke 74. dan yang membahagiakan bila dapat lihat sendiri depan mata pembesaran anak kiter. tie dan zal dapat tengok sendiri first time leesya meniarap. rasa nak menitik air mata nih. mummy love u leesya!

kejap jerk leesya dah tiga bulan. syukur alhamdulillah pada Yang Maha Esa

Sunday, 30 November 2014

.. ibu dilla, mama farah and qaleesya ..

assalammualaikum

hari tu tie dan zal pergi ke rumah dilla untuk tengok anak die. dilla selamat bersalin baby gurl pada 19 oktober 2014 yang lepas. putih gebuu sungguh macam ibu die. and nama yang diberi ala ala artis tau. Noura Deanisha. ha tau kan macam artis mana?? nora danish beb!! heehhe

mummy bab bergambar number one!

mummy and ibu dilla. kitaorang tukar anak sekejap!


tengok baby noura senyum kat mummy. syiok tengok mummy pakai lipstik merah kot! hahaha. 

nih selit gambo farah and aril datang melawat leesya hari tu.

leesya pakai baju baru. thanks alang belikan leesya baju!

leesya memang budak baik. setiap kali mummy solat, die akan duduk diam diam jerk kat sebelah :)

hari tu mummy ader beli tudung bawal satin. and malam tu jugak kami buli leesya. tie pakaikan kat leesya. sorry yer syg!

arriana nurqaleesya, hari ke60

sepanjang pregnant, hubby kata cenggini lah mummy tido. dan tak sangka hari tu leesya sempat beraksi kejap sebijik gaya mummy tido. alahai anak mummy.

Saturday, 29 November 2014

.. zaza datang melawat Qaleesya ..

assalammualaikum

zaza and nik ader datang rumah tie time cuti perayaan thaipusam yang lepas, dorang balik perlis selepas pergi bercuti di cameron. jeles tau zaza! bila lah aku nak pergi sana bawak leesya. kena tunggu die besar sikit lah kan. sekarang kecik lagik. tak best jenjalan :)

mummy and arissa
aktif betul anak zaza nih. lansung tak duduk diam. susah benor nak ajak die bergambar.

time nih anak saudara tie jagakan arissa. boleh la kami bergambar cenggini

leesya maintain jerk tido. hahaha

gambar dua family
moga kami akan kekal bahagia hingga akhir hayat

selit satu gambo hadiah dari officemate tie untuk leesya

hari tu hujan lebat, leesya layan tido awal :)

satu lagik, gambo sebelom tido

apepun, thanks zaza datang rumah aku. thanks untuk dress cantik untuk leeysa. nanti aku upload yer bila die dah pakai. sekarang tak padan lagik. owh yer, kak efa jugak ader kirimkan dress pada zaza untuk bagi pada leesya. thanks yer kak efa

Friday, 28 November 2014

.. celebrated birthday abah @ kuala perlis ..

assalammualaikum

8 november 2014 yang lepas birthday father in law tie yang ke 53 tahun. malam tu abah belanjer kitaorang makan kat kedai ikan bakar kuala perlis.

awal petang tu kitaorang diam diam keluar beli cake untuk abah. segalanyer berjalan seperti dirancang. abah lansung tak perasan. time sampai kat kedai, kitaorang letak cake tu dalam stroller leesya. lepas makanan dah sampai, tie pun keluarkan cake and sesama nyanyi kan lagu birthday untuk abah. memang naik merah muka die!

kakak kat kedai cake tu silap tulis birthday abah yang ke 54. tapi tak kesah lah, malas nak bising bising. kat cake tu kitaorang tulis from isteri, anak2, menantu and cucu. sweet tak? hahaha

mak tok dukung cucu kesayangan. hehehe

abah nih pelik sikit. die tak suka orang beli hadiah kat die. dulu time bercinta dengan huuby, tie pernah beli. siap kena marah and komen bagai. hahaha. pastu mil bagi tau, abah memang tak suka hadiah dari orang. kalau bagi rokok tak per. erm abah sama macam hubby, smooking!

nih gambar family comel tie. hehehe

apepun, happy birthday abah. tie, zal dan leesya doakan abah sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umo and diberi kesihatan yang baik. love u abah!

selit gambo abah, mak and maksu datang melawat leesya kat rumah hari tu time dalam pantang

nih satu lagik
tok abah, mak tok, alang, acik and maksu datang tengok leesya.

hari tu ader try letak leesya dalam buaian yang tok abah die belikan nih. okeyh lah, die tido jerk. leesya nih senang, tido atas boleh, bawah pun boleh :)