Wednesday, 7 September 2016

.. Jamuan Raya TM Kedah Perlis ..

assalammualaikum

satu lagik entry yang dah berdebu dalam draf. hari nih tie gagahkan update jugak. bukan susah pun, just tayang gambo jerk! haha. dasar pemalas kann!

bulan lepas, date tie dah tak ingat bila :) boss ader buat makan makan di rumah baru nyer d jitra kedah. kami staff tmpoint kangar memang tak ketinggalan untuk pergi kesana. tie pergi bersama hubby dan qaleesya

keluarga kecil kami di rumah boss

mommy dan mama hot

tie, ida dan ilah bergambar dengan isteri boss

mommy dan mama wif qaleesya dan arissa

banyak sungguh makanan yang ader. memang kenyang sampai buncit! hahha. lepas makan, kitaorang ke aman central alor star

dan dan dan hasil rembatan untuk hubby. tak lain tak bukan, mesti lah kasut bola kann. nih jerk yang dia nak. tak payah tanya kalau nak bagi hadiah. mesti kasut bola yang dia request

singgah buskin robbin

malam jugak lah kitaorang sampai rumah.

then, gamba kat bawah nih pulak kitaorang di jamuan hari raya peringkat kedah perlis. majlis berlansung di Kulim kedah.

antara staff kedah perlis yang hadir

dengan geng geng otai

kami dan kak jiwa CS

dengan cemt kedah perlis

mommy dan suria


dan lagik nak gambo sorang cenggini weh

berdua bersama suria

wif kak intan sporting, boss CS

selfie bersama boss paling sempoi

lepas majlis, terus gerak balik. hari tu memang tak masuk kerja dah sebab sampai perlis dah hampir 4 petang. ok makan dan gemok. itu hakikat sekarang :)



Friday, 2 September 2016

.. aidilfitri 2016 ..

assalammualaikum

baru kesempatan nak update gambar gambar raya tahun 2016. selamat hari raya tie ucapkan kepada semua. ucapan raya tanpa rasa bersalah weh! haha. raya dah lepas tapi baru nak tayang. boleh jerk kan?

tahun nih giliran beraya di rumah hubby di simpang empat. tapi malam raya kami still tido rumah kangar. cuma pepagi lepas solat sunat kami gerak ke sana. macam nih kemudahan nya bila suami isteri duduk satu negeri. tak der kampung yang nak kena balik awal2. haha. kadang2 jeles jugak tengok orang lain boleh merasa balik kampung.

biarpun rumah kami dekat, tetapi tetap ader giliran tau. hahaha. cuma bila tie tido di kangar, pagi tu sempat lagik bergambar dengan family kangar.

bergambar bersama mak dan ayah. tapi qaleesya tutup muka pulak. boleh la dari tak der kan

keluarga kakak mala perak

keluarga kakak linda peneng

ayah zamiri bagi duit raya pada qaleesya

sebelum gerak ke simpang, dan lagik ambil gambo kami bertiga

raya kedua untuk arriana nurqaleesya

mommy dan cucu saudara, si aishah. anak kepada farah

keluarga hubby d simpang empat

kitaorang makan makan di simpang empat, bersalaman dan bergambar. ahamdulillah semuanya gembira di hari raya

kisah baju raya mommy. sama jerk macam tahun lepas. tukang jahit tak sempat siapkan. plan asal warna hitam sedondon dengan qaleesya. then, last minit lah jawabnya beli jubah merah nih. tahun depan mommy kena buat awal lagik dari tahun nih. sebab tak nak masalah yang sama jadi kali ketiga. frust tau weh bila baju tak siap nih!

tie dan adik ipar, eity

tie dan adik ipar bongsu, fiza

kesayangan mommy dunia akhirat

cinta hati mommy

mommy wif ain

 untuk qaleesya pun beli jugak.

then malam raya kedua tie keluar dinner dengan ibu buyong dylla. sekarang die dah selamat lahirkan baby girl yang sangat comel

qaleesya di malam hari raya kedua

qaleesya dan deansiha

ini pulak petang raya kedua. nak gambo jerk kannnn

raya ketiga kitaorang pergi beraya ke rumah saudara pihak ayah. seronok sekali sekala berkumpul reramai cenggini.

qaleesya dan anak anak saudara tie

mommy wif mak dan qaleesya

berdua lebih baik kann

makaseh umie buatkan baju ni untuk qaleesya

raya sakan anak dara mommy nih

ini pulak baju yang mommy beli online untuk qaleesya. bukan main lagik dia suka bila mommy pakaikan dan ajak bergambar

kejap jerk anak mommy nih dah masuk dua tahun. macam tak percaya kan :)

selamat hari raya semua dari arriana nurqaleesya

yang nih pulak petang raya ke enam kot di rumah mak tok simpang

yang nih mommy kata kat qaleesya, tolong jangan silang kaki sebab dah bosan sangat, dia terus tukar silang tangan pulak. hahaha lawak sungguh!

selit anak saudara baru lahir pada raya kedua. anak kepada abang sulung tie dengan isteri baru die. nak di jadikan cerita tarikh lahir baby baru sama dengan tarikh kematian kakak ipar tie. moga abang tak pernah melupakan tanggungjawab kepada anak anak yang sedia ada dan anak yang baru ini. aminn

Thursday, 1 September 2016

.. celebrate birthday @ Quensbay Mall Peneng ..

assalammualaikum

tak tahu kenapa penyakit malas update blog menghantui diri tie sekarang. gambar gambar tie masukkan dalam entry, tetapi dibiarkan menjadi draf sahaja. pelik kan penyakit nih?! haha

okeyh tak per, kita mulakan dari bawah balik. cerita satu per satu entry yang ader. ceewah! boleh percaya ker nih?! kiter tunggu dan lihat jerk lah kann :)

30 may 2016 yang lepas bertambah lah umur tie kepada 28 tahun. terima kasih pada mak dan ayah, suami tercinta, family in law dan saudara yang lain yang sentiasa di sisi tie. tak lupa kepada anak dara mommy arriana nurqaleesya yang menjadikan hidup mommy 'hebat' sangat. kehadiran kamu mengajar erti kehidupan dan memberi kebahagiaan yang tak ternilai kepada kami semua. terima kasih Allah

keluarga kecil mommy

sehari sebelum birthday tie, kitaorang gerak ke peneng. niat utama cuma nak ke quensbay mall peneng. kitaorang gerak dah petang cenggitu. lansung tak terfikir nak bermalam d peneng. memang tie tak der bawak baju lebih untuk tie dan suami. untuk qaleesya memang ader lah. sebab baju baby nih kiter selalu bawak lebih kan.

perjalanan hari tu sangat sesak dan ditemani hujan yang sangat lebat. tapi macam tak percaya, kitaorang teruskan jugak perjalanan ke peneng. dan dan dan sedihnyer bila sampai ke sana dah hampir pukul 10 malam. mall semua dah tutup. bila tie ajak hubby patah balik, die cakap dah tak larat nak drive sebab dah ngantuk sangat. nak tak nak, die ajak tie tido d peneng

awal tu kitaorang memang plan nak check in hotel. tapi kebetulan dapat panggilan dari cousin hubby dan die ajak kitaorang stay di rumah die. alhamdulillah ader jerk pertolongan yang datang kann. hahah. so malam birthday tie, kami tido d rumah cousin hubby.

qaleesa naik ferry peneng

esoknyer dalam pukul 11 pagi cenggitu kitaorang keluar rumah. ain dan anaknya pun ikut sekali. cuma suami dia tak follow sebab kerja. kitaorang guna laluan ferry untuk kesana. bukan main ramai lagik orang. hampir sejam jugak kami beratur tunggu giliran nak naik ferry

mommy wif ain dan firas

petang baru kitaorang gerak balik. singgah untuk hantar ain dan firas. alang alang kitaorang bersihkan diri dan solat dulu. lepas magrib baru gerak balik perlis

terima kasih hubby belanjer seluar levis sebagai hadiah birthday. terima kasih jugak sebab sentiasa di sisi mommy susah dan senang. i love u lah!

selit gambar kitaorang pergi giant kangar

then petang tu kitaorang beriadah di tasik melati

anak dara nih kalau bab bergambar memang dia suka!

kami dua kawan baik!

balik tu, terus ke rumah mak teh hubby. ader buat makan makan sikit sempena birthday cucu sulung mereka yang kedua tahun. happy birthday firas!

pastu nak selit lagik gambar mommy and papa pergi dating di jitra mall. time nih anak tak der sebab follow mak tok and tok abah pergi jenjalan.

rasa bujang sekejap yer

macam biasa, suka hati mommy jerk minta orang ambikan gambar. haha

papa yang untung dapat jam tangan baru

mommy belanja :)

mommy pakai baju and seluar lama jerk :)

balik tu singgah makan kat arau. sedap sungguh makanan kat sini

then kasi selit jugak gambar keluarga kecil mommy pakai baju panthera sedondon

cuma untuk qaleesya agak besar sedikit. tapi tak per, yang penting ader dan sedondon

moga kami sentiasa bahagia dan diberkati Allah. syukur atas anugerah kebahagiaan ini. okeyh, agak agak berapa lama pulak nak update next entry?! hahah