Tuesday, 14 February 2012

.. suka! ..


tak nak cakap banyak! cuma nak ucap makaseh sesangat kat orang tu yang kasi mende ni! tie suka sangat! feberet tie gadies kan! thanks again my dear!

Monday, 13 February 2012

.. filem Azura 2012 ..

Filem Azura 2012 terbaru arahan Aziz M.Osman. Diadaptasi dari filem pecah panggung AZURA (1984) lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud. Azura kaulah sinar hidupku merupakan tagline bagi filem ini yang sudah ditayangkan serentak di seluruh pawagam pada 02.02.2012.


Filem Azura 2012 dilakonkan oleh pelakon yang sangat gorgeous iaitu Neolofa sebagai Azura bersama gandingannya Shahz Jaszle sebagai Zek.Filem Azura 2012 ini dengan durasi 98 Minit bergenre romantik drama yang membuatkan tie gadies terpengaruh untuk tonton filem ni. Jop tengok Sinopsis flem ni.

Sinopsis Filem Azura 2012

Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.
Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.
Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami. Untuk mengetahui kesudahannya Filem Azura 2012saksilah di pawagam sekarang.

Saturday, 11 February 2012

.. great day wif her ..

assalammualaikum korang

ini entry begambar!

entry fresh okeyh! haha. pasti ramai yang dah tido kan! dah lewat malam dah kan! tie belom tido! baru jerk sampai rumah! kuar dengan my lovely sister ary ni! kak dira! dah lama tak jumpa! esok die dah nak gerak ke melaka. praktikal kat sana! dats y la tie kuar dengan die ary ni!

tie naik tren n trun d stesen krinchi. then kak dira amik kat situ! kitaorang ke one utama! tanpa tujuan yang tepat! haha. just jalan2, lepaskan rindu n bergambar!! j0p layan pic jerk la kann!

santek kan kakak saya :)

saya pun santek gak kan! haha! dah korang tak nak puji! terpaksa la tie puji diri sendiri!







suka pic ni!

kitaorang main suruh jerk mamat yang lalu untuk amikkan pic kitaorang =)

selesai berwindow shopping d one utama, kami gerak balik! then singgah makan d kfc area PJ. lama gak stay kat kfc. then baru lah gerak ke UM. singgah d surau UM untuk solat magrib. 

after siap semua, kitaorang ingat nak lepak kat restoran Pelita area Bangsar! tujuannyer sebab nak tengok bola! Man U vs Liverpool! tapi malang nyer da penuh dengan kaki2 bola! try cari kdai lain, tapi penuh gak! tanpa pikir panjang, kitaorang ke area Wangsa Maju! lepak kat sana! nasib baik ader gak kosong kat kedai area Wangsa Walk!


time kitaorang sampai, dah separuh masa kedua! awal tu still tak der goal untuk dua2 pihak! tapi after tu, rooney, pemain Man U jaringkan dua goal okeyh!! tak lama lepas tu baru liverpool jaringkan satu goal! n keputusan akhir adalah 2 - 1! haha! dah agak dah Man U mesti menang punyer! eh, poyo kan minah ni! bajet macam minat bola sangat la kan!! haha


abes bola baru lah kitaorang gerak balik. kak dira hantar tie sampai umah!

(*_~) epy sangat ary ni sebab dapat kuar dengan akak! dah lama kiter tak jumper kan! n pls take care ur self dear! semoga sampai ke Melaka dengan selamat okeyh! 

nite korang!

Friday, 10 February 2012

.. azura 2012 ..

salam korang

balik dari wedding yaniey, bersihkan diri n bagai, then gerak ke jitra mall! tengok movie!! hee.. dapat gak tie kuar jenjalan! selama kat kampung, asyik baring jerk! n bile dah sihat, aper lagik, memang kuar la kan!! haha.


tengok movie Azura 2012. lakonan hebat dari Neolofa. filem pertamanyer! okeyh la jugak lakonan nyer! body die memang santek la. seksi!! macam tak der kekurangan! huh! puji lelebih lak kan! haha

macam biaser, begambar itu wajib! jop tengok! 





itu sahaja korang! tadaa!

Thursday, 9 February 2012

.. wedding yaniey ..

assalammualaikum

dua ary sebelom tie balik KL, tie ke wedding yaniey. 5 February 2012. kawan time praktikal dulu. die muda setahun dari tie. nasib baik time tu tie dah sihat. alhamdulillah. so dapat la g wedding die. kebetulan zaza pun balik kampung time tu. ader cuti maulidur rasul n thaipusam. so g skali dgn zaza.

semestinyer pic kami yang first! hee

begambar besama pengantin

selamat pengatin baru syg!

pic sebelom balik

kitaorang tak stay lama pun. after makan n begambar, trus balik umah.
untuk yaniey n asmaul, selamat pengantin baru! kak tie doakan korang bahagia hingga akhir hayat! cepat2 dapat baby okeyh (*_~)

p/s : perasan tak rambut tie pendek :)




Wednesday, 8 February 2012

.. hyep! ..

salam korang
lama betol kann tie nak update kat diari begerak ni!
bukan sebab tak der aktiviti, tapi sebab tak der masa yang sesuai!

chinese new year yang lepas, tie balik kampung! balik perlis!
gerak jumaat malam, 27 January 2012! keesokkan pagi nyer baru sampai. kali ni balik bukan naik bas! tapi tie balik naik kete dengan family! alhamdulillah kitaorang selamat sampai walaupun kitaorang sangkut dengan jem teruk malam tu!

dua minggu tie d Perlis! atas sebab musibab yang tak dapat d elakkan! akibat kesihatan tie yang sangat tidak memuaskan, tie terpakse stay d kampung untuk membuat rawatan! tak perlu nak story sakit aper kan! cukup la hanya tie n Yang Maha Esa yang tahu. 

skarang, tie dah kat KL. kembali untuk bekerja. apepun, tie besyukur, segalanyer kembali pulih seperti biase. tie redha atas dugaan n takdir yang d berikan pada tie! mungkin ini balasan atas dosa2 yang telah tie lakukan. mungkin Yang Maha Esa nak tie sedar, kesakitan itu akan datang pada bile2 masa! begitu jugak dengan jodoh n ajal. segalanya dah d tentukan. cuma masa yang menentukan. semoga Allah tunjukkan jalan yang sebenar2nyer pada tie. semoga tie dberikan hidayah n petunjuk dariNya. aminn

time ni, baru balik dari klinik. muka memang selekeh giler la kan kalo da sakit!

Friday, 20 January 2012

.. dinner ..

assalammualaikum korang

ini entry bergambar (*_*)

kisah dinner malam tadi. tie n family ke mcD dekat dengan area setapak! kuar after magrib! just kuar makan jerk! then begambar! simple entry!

along bajet!

besepah tol meja! haha

wif adik

along n angah


kasi tutup jerawat kat pipi!

adik!

siap makan bagai, kitaorang just g pusing2 kat area dataran merdeka, then pusing2 area town, then balik! tak singgah pun! kemalasan n kekenyangan menguasai diri memasing! okeyh korang! itu sahaja! tadaa!

sajerk kasi tayang pic penutup entry!