Saturday, 31 March 2012

..zaza lagikk ..

semalam tie halfday. sebab nak g pusrawi, nak temankan zaza. kan die operate ary ni. dalam kul tiga macam tu la, die masuk bilik bedah. lama jugak der. dua jam tiga puluh minit. naik kematu jugak la bontot ni duduk kat sofa biik menunggu tu!.huhu. tapi tak per, demi sahabat, ape sajer kan :)


tengokla, sempat lagikk nak begambar time otw ke bilik bedah

biler da siap pembedahan, after da balik ke wad semula, die still mamai2.. ubat bius still ader kan. tapi yang peliknyer, dalam keadaan mamai tu pun, die masih begelak sambil die cerita kat kitaorang aper yang jadik kat dalam bilik bedah tu. zaza oh zaza.memang tak leh hilang la 'gelak' tu! haha.

tie stay sampai kul 7. then abg aziz datang amik tie. balik mandi n bagai, tie datang semula wif kak na n abg aziz. ramai jugak la yang datang melawat zaza malam ni. officemate kitaorang, ila n pasangan pun datang. tasya n her husband pun ader jugak. pastu ader jugak kawan kolej yang datang.

mulanyer, ingat nak stay kat situ, tapi kat situ tak bleh tunggu pesakit la. pelik kan. swasta kot! tapi nak larang2 untuk tunggu. hurmm.. hampir kul 11 jugak tie sampai umah. esok i-Allah die da boleh kuar. dapat mc semingu der. rest puas2 yer zaza! get well soon dear.


Friday, 30 March 2012

.. zaza!! ..


kawan sebantal tie tak der semalam. tido sorang lah tie gadies. zaza warded d pusrawi! sebab die kena buat minor operation hari ni. tapi jangan risau. tak serius. i-Allah after operate hari ni, die boleh balik. get well soon dear!

saper yang sakit ni sebenarnyer??


tie kesana semalam after magrib wif kak na n abg aziz. kitaorang g hantar baju n makanan ringan untuk zaza! kalo hari ni tak keje, tie dah lama volunteer nak tunggu zaza kat sana. tapi keje kan. kitaorang stay sana sampai kul 10 lebih. then baru g makan. sebab masing2 dah kelaparan.

pagi ni zaza boleh makan lagik. after breakfast, baru kena puaser. then 2.30 petang nant, baru buat operation. okeyh! semoga segalanyer bejalan lancar! semoga cepat sembuh zaza!

Thursday, 29 March 2012

.. klcc ..

salam jejaka-jejaka n gadies-gadies!

title klcc lagik kan. so dah boleh agak, mesti tie ke klcc lagi kan.haha. korang plss jangan bosann. sebab itu lah  shopping mall yang paling dekat dengan umah. dats y selalu sangat g sana.

thanks zaza teman tie gadies!

dari awal lagi dah kasi tau zaza, yang tie nak ajak die ke klcc after keje ary ni. pergi dengan tujuan nak mengubat hati yang lara. ececeh..main2 pulak kan. tak der laranyer la korang!

niat utama sebab nak rembat handbag nose yang dah lama menjadi idaman hati. tak der la lama! baru last week jerk pun tie tengok handbag tu. time g mid valley jumaat lepas. then terus betekad nak beli.


finally dapat gak rembat handbag ni! memang tido lena la kan malam ni.haha. padahal tak lena sangat pun kan sebab ader lagik yang tie belom dapat. aishh. next time lak pulak g beli kan. nant kalo tie dah beli mende tu, baru tie kasi tau aper okeyh. jop tengok bawah ni

ini la handbag nyer! dari nose! santek tak?
tak kisah la korang cakap santek ke tak, yang penting tie suka n santek d mata tie! haha!


tiga cadbury dairy milk kat atas ni tie beli untuk sis deela, sis afne n sis ros. birthday gift untuk dorang. sempat singgah kat cold storage klcc jap untuk rembat coklat ni!!

untuk korang, epy belated birthday! may Allah alwayss bless you all!
okeyh, itu sajerk yang tie rembat d klcc! sekian. tadaa.

p/s : balik rumah dengan dua perasaan. happy n sedey! happy sebab dah dapat handbag idaman hati tapi sedey sebab tak beli mende tutttt!


Wednesday, 28 March 2012

.. breakfast ..



selamat pagi kengkawan
sajerk nak kongsi menu breakfast pagi ni
susu dutch lady fresh + roti gardenia delicia perisa choco raisin + mentos
ringkas, mudah n padat!
so tak payah trun tingkat dua pagi ni untuk beli breakfast!
okeyh kengkawan!
selamat bekeja (*_~) 

Sunday, 25 March 2012

.. awal ashaari, lelaki romantik! ..

Awal Ashaari telah membuat kejutan secara langsung dengan melamar kekasihnyer iaitu Scha Al-Yahya untuk d jadikan isteri. Tarikh perkahwinan bakal d umumkan dalam sidang media yang bakal d adakan pada 27 Mac ini pada jam 3 petang d Flora Cafe



omg! romantiknyer kan Awal Ashaari ni! tersentap kejap. untungnyer Scha dapat lelaki romantik cengini. so sweet kan! aishh best nyer!

yerla korang, saper yang tak nak kalo dapat lelaki yang penyayang, romantik! tie pun nak! memang suka sangat lelaki romantik ni. yang kdang2 die kasi bunga, coklat, kad! best tau! kiter akan rasa lebih d  hargai.





pasti hidup akan sentiasa bahagia dengan si die kan kalo sama2 romantik. aishh dah mula nak berangan ni. hehe. Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk diri ini. moga pasangan tie nanti akan sentiasa menyayangi n menghargai diri ni. aminn..

tapi semua itu kuasa tuhan kan. jodoh itu rahsia Allah kan. sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita menerima kekasih kita, jika Allah tidak menulis jodoh kita besamanya, kita tetap tidak akan besama dengannya.




tie suka kata2 d bawah ini,

''mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita''

jiwang karat pulak tie gadies petang2 cenggini. aper lagik kalo bukan layan perasaan bila sengsorang kat umah macam ni.haha. dah la. malas membebel lagik. korang tengok pic pasangan meletop ni okeyh! Awal Ashaari n Scha.

pesanan tie gadies, bagi kekasih2 or suami2 d luar sana, cubalah untuk romantik dengan pasangan or isteri korang. tak selalu pun tak per, tapi cukup kalo sekali sekala. percayalah, ianya akan merapatkan hubungan korang n kasih sayang itu akan bekekalan hingga akhir hayat.



itu sahaja. selamat behujung minggu korang

p/s : kan best kalo dapat lelaki seperti yang d idamkan. nak berangan jap.daa (*_*)

Tuesday, 20 March 2012

.. sambungan hot air balloon ..

salam korang

lagik pic d hot air balloon putrajaya! tengok sampai muntah okeyh!

zaza


azim aziz

antara aktiviti yang ader d sana






ader lagik pic okeyh. tengok kat bawah ni!













mengubat aty yang lara d kala tak dapat naik hot air balloon. begambar pun jadi la kan!

satu lagikk! pengubat aty

abess sudey! biler memasing da melegam! memasing da bepeluh macam aper lagik kan! gerak balik!
apepun, best n satu aktiviti weekend yang padat n sihat!

candid by zaza

Monday, 19 March 2012

.. cuci the musical ..

salam

balik dari putrajaya, kitaorang lunch kat dewan kampung baru! ader kenduri kawin! then after siap mandi bagai, kitaorang ke istana budaya! nak layan theater cuci the musical!

asalnyer ticket ini kepunyaan sis hajar. office mate tie. tapi d sebab kan die balik kampung, ticket tu past ke tangan sis deela. tapi die jugak balik kampung! n akhirnyer past ke tangan tie gadies! haha!

d sebabkan tie gadies tak der pasangan, zaza lah yang jadi peneman tie! 

theater start kul tiga petang. kitaorang minta abg aziz yang hantarkan! lagipun dekat jerk dengan area rumah!


kalo korang nak tahu, ni first time kitaorang masuk istana budaya ni! agak jakun la kan! keshian kan! haha.

apepun, sekurang2nyer ader gak pengalaman kan! untung la dapat ticket free ni!

zul handy black!

start kul tiga petang n stop kul 4.45 petang untuk rest 15 minit. then continue balik until kul 7 malam! lama kan! tapi tak boring! best n kelakar giler!


antara artis yang terlibat, afdlin shauki, hans isaac, nabil raja lawak, awie, vanidah imran n ramai lagik lah!

memang terbaik lah dorang nyer show! tak kering gusi! asyik gelak jerks dari awal hingga akhir!


zaza dengan penuh gaya! haha

sangat kuchiwa biler dapat tahu sesi fotografi besama artis adalah pada pukul 12 tengah malam! so kalo nak jugak begambar, tepakser balik n datang semula! memang tak la kan korang!

aper lagik, sementara tunggu abg aziz datang amik, kitaorang beposing jer la dulu kat situ!




itu sahaja korang! sampai umah, trus g makan kat kedai dekat dengan umah tie! kelaparan n keletihan! dats all! weekend yang padat kan! tadaaa.