assalammualaikum
sajerk nak update entry gediks bersama hubby. rasa dah lama tak tayang gambar kami berdua kat sini. yeke? haha. layankan jerk la kannn.
sedar tak sedar, dah enam bulan lebih kami mendirikan rumah tangga. alhamdulillah. tie sentiasa bersyukur pada Allah di atas segala pemberian yang di berikan. tie bahagia di sisi suhaizal. tambahan pulak kami bakal menimang cahaya mata dalam masa lebih kurang tiga bulan saja lagik.
masing masing excited menunggu baby dalam perut nih. tie bersyukur kerana suhaizal sentiasa bertolak ansur dengan tie. die jugak sentiasa memahami kehendak dan keperluan tie. paham paham lah bila dah mengandung nih, perangai tie berubahrubah. lepas tu jadik sangat sensitif. memang tak boleh ader silap sikit, memang akan merajuk and menangis. kalau orang yang tak kenal tie, mungkin dorang akan cakap mengada ngada. tapi memang ini yang terjadi sekarang. perasaan sensitif tu sentiasa ader bila pregnant nih. dan nasib baik suami memahami. apa orang nak kata tu, tie tak kisah. yang penting suhaizal sayangkan tie :)
gambar nih time pergi makan abc kat kuala perlis
baru dua minggu kawen nih. semuanyer manis jerk time nih. haha :)
perkara yang paling membahagiakan tie lepas kawen nih apabila tie dapat solat berjemaah bersama hubby. bersyukur sangat. alhamdulillah
yang nih pulak kitaorang pergi tengok movie robocop kat alor star mall. time nih tie baru jerk pregnant. sebab tu lah pakai kain kononnyer.
dan kalau pergi alor star mall, mesti tie akan lepak d chatime. yerla perlis tak der chatime kan masa tu. tapi sekarang dah ader okeyh. dekat sangat dengan office tie. memang senang banyak lah kan
kitaorang pergi tengok movie balistik. tie lah meroyan nak tengok ady putra katanyer. nak tak nak, suhaizal memang kena temankan tie.
yang nih baru balik dari pergi meminang untuk anak saudara tie. balik tu singgah kat tasik melati makan abc
lepas jemaah solat magrib bersama hubby
time baru baru pregnant, suhaizal pun sering terkena alahan. tapi bukan muntah ke apa. die akan selalu pening and demam. memang kesian weh. ambil masa dua tiga hari jugak lah nak kebah. dalam setiap bulan tu, mesti die akan demam. memang susah hati time nih. tie sentiasa berdoa agar hubby sentiasa dilindungi Allah and dijauhi segala musibah bahaya serta dijauhi penyakit. aminn
nih demam yang paling teruk setakat sekarang. tiga empat hari jugak demam die nak kebah.
tie memang sentiasa temankan hubby kalau die demam. memang tie ambil cuti lah jawabnyer.
tapi kalau die sihat, memang tak henti henti main bola. siang malam ader game pun die tak kisah. dulu selalu jugak lah tie follow die pergi padang. tapi sekarang dah kurang. rasa lagik best kalau rehat kat rumah jerk :)
ader jugak die hantar and ambil tie balik kerja.
pastu pergi dating kat denai sambil makan dominos. romantik tak kami? hahaha
tie temankan suhaizal pergi jogging kat denai larian. nak join jogging memang tie tak mampu lah kan. so temankan jerk :)
kadang kadang hari jumaat, die akan datang teman tie lunch. lagipun die memang cuti hari jumaat. tapi awal lah die datang, sebab lepas tu nak pergi solat jumaat pulak kan
time nih perut mummy dah nampak :)
pergi tengok movie spiderman
macam biasa layann chatime
then balik tu singgah makan mcd kat city plaza
lepas nih senang dah kalau nak makan mcd sebab kat perlis dah ader mcd okeyh. tak perlu pergi alor star semata mata nak makan mcd lagik
kitaorang begambar dulu sebelom pergi checkup
ini pulak kitaorang pergi tengok movie xmen hari birthday tie yang lepas
time nih suhaizal bz jerk dengan game bola. pepagik lagik dah siap nak pergi lawan bola
seminggu cukup die lawan bola setiap hari, sekali lagik die demam. padanlah, siang lawan bola untuk game belia, malam pulak sesajerk lawan dengan kengkawan. awat tak demam nyer. tapi apa nak kata, memang itu minat die. nak tak nak, memang kena follow.
hari tu tie pindahkan semua anak anak tie ke rumah fil. letak dalam bilik rumah sana pulak sebab dalam bilik tie dah tak muat. haha. ruang dah makin sempit :)
suhaizal belikan tie sandle adidas nih. rileks jerk sekarang pakai selipar nih bila nak kemana pun. tak der dah nak bergaya mana pun.
waktu awal awal kawen dulu, ader jugak lah tie masak. tak pun tolong mak masak. tapi sejak pregant nih, memang tie tak der masak. setakat yang ringan ringan tu ader lah. tak mampu nak buat. tak larat jerk keje. nasib baik suhaizal paham. dan lagik nasib baik bila mak sentiasa ader. mak lah yang masak :)
ni namanyer masakan kampung
lunch dengan ikan kembung goreng, kari kepala ikan, sayur manis betik dan ulam ulaman memang tie suka. suhaizal pulak jenis tak kesah bab makan. apa pun die boleh makan walaupun time tu hanya ader ikan goreng. memang tak banyak songeh. senang :)
nih tie masak kari ikan bersama mak mertua tie
menu berbuka puasa ganti hari tu
buat sambal ayam, ikan goreng, ulam jantung pisang and bihun goreng
yang nih mak ajar tie masak kari kepala ikan special untuk suhaizal.
kadang kadang just buat sambal sotong jerk.
ader jugak kami dinner dengan makanan ringan cenggini. lepastu tengah malam ader lah orang bangun masak maggi. hahahhaa
kekadang, hubby ajak makan kat kuala perlis. macam biasa lah, mesti order ikan jenahak bakar and masak tiga rasa. buat separuh separuh. sotong goreng tepung tu memang menu wajib. selain tu order sambal udang kegemaran suhaizal.
buatkan bihun goreng untuk hubby sebelum die pergi lawan bola
char keow teow roudabout kangar memang terbaik!
tie pergi makan dengan suhaizal and mak
tie bukan penggemar pulut. tapi sejak mengandung nih, kekadang tekak mesti nak makan pulut durian. kalau tak mak yang beli, suhaizal yang belikan.
sejak dari kandungan dua bulan lagik tie teringin nak makan manggis. tapi malangnyer sebab buah tu memang tak der lagik sebab bukan musim. tapi baru baru nih tie dah dapat makan. suhaizal and fil belikan. alhamdulillah lega dapat makan manggis.
tengah tengah malam tie teringin nak makan jagung bakar and lokchin kuala perlis. nasib baik hubby layankann. thanks hubby
gambar makan paling latest
kawan suhaizal kasi belanja kami dinner. memang makan tak hingat. terbaik ikan bakar kedai nih!
alhamdulillah, kami bahagia dengan mahligai yang kami bina sekarang. tie sentiasa berdoa agar hubungan ini akan kekal hingga akhir hayat. moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi keluarga tie. aminn