assalammualaikum
akhirnyer, dapat jugak tie update entry langkawi nih. dah enam bulan lebih berlalu, baru nak update weh! perut pun dah muncit sangat kan! tapi tak per, blog sendiri, hak sendiri nak update bila pun kan :)
konon kononnyer nih adalah pre honeymoon kitaorang lepas kawen. kira bukan honeymoon betul betul la kan. tapi tak sangka pulak, balik dari langkawi, tie pregnant, alhamdulillah rezeki awal. so bila dah pegnant, tak der maknanyer nak pergi betul betul honeymoon pulak. yerla, d awal kandungan kan tie alami alahan teruk. tapi sekarang dah okeyh. tak der dah alahan semua tu. cuma rasa tak larat tu sentiasa ada lah. so jawabnyer tak tahu lah bila nak pergi honeymoon. maybe tunggu baby nih lahir dulu then baru plan balik untuk pergi bercuti.
lepas jerk settle semua pasal majlis perkahwinan tie, kitaorang ke langkawi. sehari lepas sesi outdoor kalau tak silap tie. pepagik lagik kitaorang dah pergi ke jeti. abg sulong tie yang tolong hantarkan. bab penginapan and kereta sewa semua dah duruskan suhaizal.
snap dulu sebelom pergi
time nih baru lepas beli ticket
sampai jerk jeti, kitaorang dapatkan kereta sewa dulu. then baru gerak ke hotel. kami sewa viva jerk. senang. dah berdua jerk, tak perlu la kereta besar besar kan. kami menginap d hotel landconds yang terletak d area Chenang.
kami agak kelam kabut bila sampai d hotel. sebab nyer orang yang nak bawak kitaorang ke tasik dah menunggu. memang checkin, masuk bilik untuk tukar pakaian, then terus gerak menaiki van. senang betul pakej yang suhaizal ambil nih. tak payah fikir panjang, orang datang ambil and hantar kitaorang. macam boss pulak hari tu :)
orang tungu giliran untuk naik boat
sampai jerk kat tempat tu, terus kitaorang dapat naik boat. memang sangat teruja okeyh! firstly, kitaorang ke tasik dayang bunting. kononnyer saper yang baru kawen kalau pergi ke tasik nih, rendam rendam kaki sikit kat air tasik nih, balik tu akan bunting pelamin. kepercayaan orang dulu dulu katanyer. tapi kebetulan memang menjadi kan. sebab tie memang bunting pelamin. hahahha. tapi kebetulan tau bukan kepercayaan. syirik kalau percaya :)
minta jerk orang ambil gambar kami. hehe
time otw ke tasik dayang bunting
memang cantik pemandangan time otw ke tasik dayang bunting
indah betul ciptaan Allah. tengok lah bukit bukit nih, nampak kan bentuk macam perempuan mengandung
yeayy dah sampai
kami perlu mendaki anak tangga yang mengambil masa 10 minit perjalanan. bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang, pastinya korang akan tercungap2 punya. tie pun semput weh! terdapat 3 aktiviti yang boleh korang buat di tasik selain mandi iaitu disediakan perkhidmatan berkayak, boat padle dan boat solar. and korang dinasihatkan supaya memakai jaket keselamatan yang disediakan ( kena sewa RM10 ) kerana tiada life guard dan dasar tasik yang sangat dalam. kami diberi masa selama satu jam disini. tapi kan, satu aktiviti pun kami tak join! hahaha. penakut rupanyer kan! yerla, tasik tu dalam sangat, tie plak memang tak pandai berenang. memang bercinta kat tepi2 tasik tu jerk la sambil rendam rendam kaki :)
dan lagik kami tau
thanks lah pada orang yang tolong snap kan pic nih :)
Terdapat hanya satu pelantar yang besar disini dimana semua pengunjung datang untuk mandi. Ditengah pelantar terapung ini juga ada disediakan kolam untuk kanak2 mandi manda. Mandi disini adalah atas risiko sendiri and korang perlu memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga korang.
then, destinasi seterusnyer ke Pualau Singa Kecil yang berdekatan dengan jetty. kat sini kita boleh memberi makan helang and kita dapat lihat dengan lebih dekat bagaimana kumpulan helang helang ini menjunam ke laut and menyambar makanan yang diberikan oleh tekong boat. tekong boat akan mencampakkan isi ayam kedalam laut dan kemudian mematikan engine boat supaya suasana tenang untuk membolehkan burung burung helang nih mengambil makanan.
lokasi terakhir adalah Pulau Beras Basah. Pulau ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terdapat resort di pulau ini. Di Pulau ini korang boleh buat aktiviti mandi manda dan snorkeling, pantainya yang cantik dan air yang jernih pasti membuatkan korang terpesona. suhaizal sorang jerk yang mandi kat sini, tie tak join sebab cuaca panas sangat. tak sanggup weh!
kenangan yang tak dapat dilupakan bersama encik hubby :)
dalam 40 minit jugak kami di pulau beras basah nih. kemudian kami gerak balik. then, kami menaiki van pulang ke hotel. tak puas mandi manda di pulau, suhaizal ajak tie mandi pool kat situ. dia kata tie hanya layak mandi kat sini sebab tie tak pandai berenang! layannkan jerk la.
macam bagus jerk dua dua orang nih kan! hahahah
santai habesss wehhh!
ambil gambar kat luar bilik
puas jugak berendam dalam air. pastu baru naik bilik untuk bersihkan diri and rehat. malamnyer kitaorang keluar jenjalan kat area Chenang. sempat jugak la shopping apa yang patut. then singgah mcd jap untuk dinner.
muka letih nih beb
tengah hari esoknyer, kitaorang checkout, then menuju ke cable car. alang alang dah datang, pergi jerk la kan. dah banyak kali tie kesini tapi ini kali pertama pergi dengan suhaizal
gambar sebelum check out
kitaorang singgah lunch dulu then baru pergi ke cable car. orang tak payah citer weh! ramai giler. nak beratur beli ticket dah sejam. pastu beratur nak naik pun sejam. memang ambil masa lah.
gambar atas cable car tak der yer. semua dalam camera. tak kuasa tie nak transfer. sangat malas okeyh. gerak dari cable car, kami singgah d pekan kuah. pergi haji ismail group untuk shopping coklat. giler kalau datang sini tak beli coklat.
kemudian kitaorang gerak ke jetty, lepas kasi balik kereta sewa pada tuannyer, kitaorang naik ferry balik ke perlis. alhamdulillah semunya selamat. dalam kul 8 malam macam tu jugak la kitaorang sampai.
alhamdulillah. tie sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah ini. moga hubungan tie dan suami akan berkekalan hingga akhir hayat. i love u hubby!
No comments:
Post a Comment