Monday, 7 July 2014

.. ramadhan 1435 ..

assalammualaikum

diam tak diam hari nih dah masuk ramadhan yang ke 9. sekejap kan masa berlalu. selamat menyambut bulan ramadhan tie ucapkan kepada semua umat islam. harap harap masih belum terlambat untuk ucapan ini. semoga kita sama sama berusaha membuat ibadah sebanyak mungkin sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

tie bersyukur kerana masih diberi peluang bagi menikmati bulan ramdhan yang mulia ini. tambahan pulak ini puasa yang pertama tie bergelar isteri and mummy to be. setakat sekarang tie masih berpuasa penuh. alhamdulillah baby tak buat perangai sangat. setakat pedih pedih perut tu, biasalah kan bagi orang yang berpuasa. cuma kadang kadang baby bergerak terlebih aktif pulak dalam perut. lapar sangat agaknyer. tapi tak per, anak mummy baik jerk kat dalam tu kan :)

tie jugak cukup bertuah kerana ader suami yang sangat memahami. dan jugak ada mak yang sentiasa di sisi. paham paham lah bila perut dah memboyot cenggini, tie bukannyer larat sangat untuk buat kerja rumah. mak yang banyak bantu. bab masakan pun mak lah chef utama. hehe. tie tolong tolong jerk :) sayang mak!

nih menu berbuka puasa hari ke empat yang lepas. mak buatkan sambal sotong, ikan keli bakar, ikan goreng, sambal belacan and keoteow goreng. tak lupa jugak roti john yang tie beli di pasar ramadhan kangar.

puasa yang kelima, kitaorang masak nasi ayam. pastu selit dengan ikan keli goreng and sambal bendi. jemput jemput pisang tu mak lang yang kasi. sedap sebab makan panas panas lagik.


ini pulak menu berbuka hari yang keenam.
ader pulut udang, kari ketam dan sambal udang petai. dan alhamdulillah tie dapat jugak makan cucur cempedak. dah lama mengidam nak makan tapi dah bukan musim buah cempedak, tu susah nak dapat. tapi hari tu bila pergi pasar ramadhan, ader mak cik nih jual. memang beli terus. legaaaa dapat makan.

roti john memang menjadi menu yang wajib bagi tie. dari zaman tie belajar di kelantan lagik. kalau bulan puasa jerk, mesti kena ader roti john. so memang suhaizal belikan hari hari untuk tie. thanks hubby!
menu berbuka hari ketujuh puasa
suhaizal tetiba rajin nak bakar ikan jenahak, ikan terubuk and ikan kembung. pastu kitaorang beli ayam percik. sampingan nya pulak tie buatkan kangkung goreng belacan untuk suhaizal. mak pulak masakkan kari ikan terubuk. ulam ulaman and air asam itu memang wajib :)

nih menu semalam. tie buatkan makanan kegemaran encik hubby. sambal udang petai. tie masak dengan penuh kasih sayang tau! hahah. sejak mengandung nih, tie lansung tak boleh bau petai, tapi demi nak gembirakan hubby, tie bagi jugak die makan petai. memang tahan jerk la bau petai time masak.

owh yer, hari tu tie beli rice dispenser jenama tupperware. dah lama niat nak beli, tapi tak terlaksana. tapi alhamdulillah  akhirnya dapat jugak tie beli. tie jadikan ini hadiah birthday mak yang lepas. bukan main senyum mak tie :) 

tie dapat pulak free gift tuppeware nih. tiga serangkai. memang sangat berguna lah kan. cantik warna hijau nih kan. 

selit gambar tie pergi checkup pada 1 july yang lepas. tie dan suhaizal keje half day hari tu sebab checkup pukul 2 petang. thanks hubby sebab nak temankan mummy. love u lahhhh!

ini pulak kitaorang pergi tengok movie transformers kat jitra mall. punya la susah nak dapatkan ticket nih. pergi hari pertama semua ticket dah habis dijual, so kitaorang terpaksa beli ticket untuk esoknya pulak. memang dua hari berturut turut lah pergi jitra, kedah.

balik tengok movie, suhaizal singgah tengok bola. die kata kalau terus balik perlis, nanti tak sempat tengok. erm, nasib lah. tie teman die tengok sekejap jerk, lepas tu tie membuta kat dalam kereta. dah habis, baru die kejut and gerak balik perlis.

hari nih nak makan apa pulak yer?


No comments: