assalammualaikum
rasa tak bersedia lagik untuk tie kongsikan pasal pengalaman bersalin. so tie update pasal kenduri aqiqah dulu okeyh.
tie telah selamat bersalin pasa 3 september 2014. alhamdulillah syukur pada Allah. setelah mendapat kata sepakat dari family, family in law and hubby, kami bersetuju untuk buat kenduri aqiqah dan cukur rambut anak tie pada hari ketujuh kelahiran iaitu pada 9 september 2014.
kalau nak ikutkan persiapan, memang ala kadar. sebab semuanyer last minit. tambahan pulak tie memang tak boleh nak uruskan apa2. tie tengok jerk apa diaorang buat and siapkan. ikutkan hati tie nak buat lewat sikit contoh pada hari ke 21 kelahiran ker, time tu mesti tie dah kuat and sihat sikit, tapi memikirkan demi untuk mendapat pahala sunat yang terbaik, tie setuju untuk buat kenduri pada hari ketujuh kelahiran.
sempena hari kelahiran ketujuh dan majlis aqiqah, kami namakan putri sulung kami dengan nama Arriana Nurqaleesya Binti Suhaizal.
Arriana bermaksud yang bersungguh sungguh. Nur pulak bermaksud cahaya dan Qaleesya bermaksud permata murni/hati yang murni.
semoga kamu menjadi anak yang beriman, bijaksana, cemerlang dunia akhirat dan berbakti kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat.
gambar sebelum cukur rambut.
inilah wajah arriana nurqaleesya pada hari ketiga. mak kata qaleesya ikut rambut tie. tebal sangat rambut die
tie start mengurut pada hari ketiga. dan bidan ini jugak lah yang cukurkan rambut anak tie. memang sedap weh die ngurut. berat badan tie pun cepat turun lepas die ngurut. memang menampakkan hasil.
inilah wajah arriana nurqaleesya pada hari ketiga. mak kata qaleesya ikut rambut tie. tebal sangat rambut die
tie start mengurut pada hari ketiga. dan bidan ini jugak lah yang cukurkan rambut anak tie. memang sedap weh die ngurut. berat badan tie pun cepat turun lepas die ngurut. memang menampakkan hasil.
bidan nih cukur rambut dulu, then die potong kuku and lastly baru mandikan. die jugak yang siapkan qaleesya hari tu. kemudian ader jugak buat manis mulut.
satu lagik gambar qaleesya kena cukur rambut.
ini pulak menu yang disediakan
nasi putih, kambing masak gulai, ikan keli goreng, sayur kobis, ayam masak merah, sambal belacan and ulam ulaman. pulut kuning pun ader.
dan inilah muka qaleesya lepas cukur rambut
arriana nurqaleesya dah botak :)
tie cuma jemput officemate tmpoint, kengkawan rapat, saudara mara terdekat, saudara pihak in law and orang kampung. tak sempat nak roger kat semua kengkawan, memang last minit kan.
boss dan officemate tmpoint
haish besar nyer tie time nih. biasalah kan, baru seminggu lepas bersalin. semua besar lagik. haha. tapi sekarang? dah slim tau :)
banyak jugak lah hadiah yang qaleesya dapat. kat bawah nih sebahagian dari hadiah yang orang kasi. thanks semua.
yang nih yus poskan dari kelate. thanks beb!
tapi yang kelakarnyer, die boleh letak nama nur hayati qaleesya kat nama penerima tu. nasib baik sampai weh!
ini dari mama eyda. siap ader kasut comel lagik. makaseh yer mama.
yang nih dari azreen, officemate tmpoint
dan ini hadiah dari tok abah. qaleesya suka sangat! yeayyy! makaseh tok abah
dalam katil besar, ader katil kecik. hehe
mainan nih tok abah beli masa qaleesya tak keluar lagik dari perut. nampak tak betapa excited nya tok abah nih. hehehe
hadiah yang lain tie tak sempat nak snap lagik. simpan lah untuk next entry pulak. apepun terima kasih kepada semua yang hadir untuk majlis aqiqah qaleesya. dan terima kasih jugak kepada semua yang membantu untuk menjayakan majlis ini. bersyukur pada Yang Maha Esa atas anugerah Allah yang tidak ternilai ini.
No comments:
Post a Comment