assalammualaikum
rasanyer dah sampai masa untuk tie update entry pasal pengalaman bersalin anak pertama. terus terbayang keadaan tie time nak bersalin tu. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang dialami. kalau nak ikutkan hospital swasta due date untuk bersalin adalah pada 13 september dan kalau ikutkan due date dari hospital kerajaan pulak 4 september. biasalah mesti tak akan sama kan. layanan and ubat ubatan pun ader beza antara swasta dan kerajaan.
31/8/14
tie rasa macam anak tie dah kurang bergerak tapi tie lansung tak der rasa sakit apa apa and lansung tiada tanda tanda nak bersalin. lepas bincang dengan hubby, malam nyer tie pergi checkup d hospital kerajaan. bila pergi, anak semua okeyh. gerakkan pun okeyh. then kitaorang pun minta nak balik. tapi malangnyer pihak hospital tak izinkan tie balik. dorang minta tie warded. mak and hubby memang tak bagi sebab tie belum sampai masa nak bersalin. lepas bertekak bagai, dorang tetap minta tie warded and akhirnya kami akur.
malam tu jugak dorang check pembukaan tie and hasil nya memang 0 cm. dah nama pun tie belum sampai masa and tak rasa sakit lansung. bidan yang tie selalu pergi pun kata kepala anak tie belum masuk laluan lagik. dan pihak hospital buat keputusan untuk induce/masuk ubat. kira macam beranak paksa lah jadinyer.
memang rasa menyesal sebab pergi menyerah diri macam tu jerk. kata orang tua tua biar sakit baru pergi hospital, nih tie pergi serah diri. yerla, nama pun anak sulung. kitaorang tak nak ambil risiko. risau kalau jadi apa apa. tapi kami silap sebab tak pergi check kat mana mana klinik dulu. tak per la perkara dah lepas kan.
1/9/2014
pukul 5 pagi, dorang masukkan ubat yang pertama. tapi tie lansung tak rasa sakit lagik. tie kerja tido and makan jerk. hahaha. siap order macam macam menu kat hubby.
pukul 12 tengah hari, dorang check pembukaan, baru 1 cm. hasil dari ubat yang pertama. and malam nyer pukul 7 malam, dorang check pembukaan tie buka kepada 2cm. dorang masukkan pula ubat untuk kali kedua.haa time nih baru lah tie rasa sakit. tapi bukanlah terlalu sakit. just terasa sekejap kejap. and darah pun dah mula keluar.
time kat hospital, tak henti msg and call dengan hubby. rasa sangat perlukan die time tu. and hubby lansung tak balik rumah. die sampai tak tido malam. die ready jerk tunngu tie kat luar. biasala duduk d hospital kerajaan, bukan nyer hubby boleh tunggu kat dalam.
2/9/2014
sekali lagik, dorang panggil tie untuk check pembukaan. pukul 6 pagi kalau tak silap tie time tu. and hasilnya adalah 2.5 cm. so dorang masukkan ubat kali ketiga. tapi bukan sebiji, cuma separuh sahaja. time tu memang tuhan sahaja yang tahu. sangat sakit weh. nama pun beranak paksa. cenggini lah jadinyer.
mak, hubby, mil and sedara memang sentiasa ader di sisi tie sepanjang tie di hospital. kitaorang ader jugak minta pihak hospital lakukan operation, sebabnyer tie dah tak sanggup nak menahan kesakitan ubat tu. tapi memang ditolak lah. dorang tak kan izinkan melainkan keadaan menjadi teruk. kata dorang keadaan sakit tie adalah normal.
dalam pukul 7 malam macam tu, dorang cakap tie dah buka kepada 3cm and bila bila masa boleh masuk labour room. time tu hubby memang sentiasa di sisi. tapi malang nya layanan di hospital kangar, jam dah hampir tengah malam, tie masih belom dapat masuk labour room atas alasan katil penuh. memang tie tunggu jerk kat katil menahan kesakitan.
lastly, pukul 12.40 tengah malam, tie masuk labour room. masa tu, dorang ader masukkan ubat pada tie secara drip. katanyer ubat tu akan membantu untuk tie merasa constraction and untuk memaksa anak masuk ke laluan. tiada kata kata yang tie boleh gambarkan ketika itu. sakit nya bukan biasa. hanya orang yang terpilih sahaja akan merasainyer.
3/9/2014
pukul 4 pagi, dorang pecahkan air ketuban tie. dan ubat tu still drip ke badan tie. makin lama makin sakit. dan bila berasa berlaku construction, dorang minta tie meneran. sakitnyer bukan kepalang lagik. terlalu sakit. ubat drip tu memang betul betul kuat sampai boleh buat anak tie turun and masuk dalam laluan. sedangkan dulu, doc penah cakap yang tulang kajang tie sempit and berkemungkinan tie tak boleh bersalin normal.
pukul 9 pagi, tie still belum bersalin. masih menanggung kesakitan. meneran bukan main. tapi anak masih belum boleh keluar. tie hanya berserah kepada Allah. hanya Allah yang tahu betapa sakitnya tie time tu. hanya Allah yang tie ingat time tu. yang lain tie dah tak pikir. rasa macam tie dah tak boleh hidup lama. Ya Allah...takutnya time tu....
then dalam pukul 12 tengah hari macam tu, sakit tie semakin terasa kepuncak. nurse nurse and doctor dah penuh di keliling tie. dorang tak henti bagi support untuk tie meneran. bayangkan lah korang, dah berapa jam tie kat dalam labour room tu. tak makan tak apa. tie dah tak der tenaga lansung. and banyak kali tie hampir tetido. sebab tie tak ader tenaga.
dan tepat pukul 12.52 tengah hari, anak tie berjaya dikeluarkan. time tu tie dah tak der tenaga lansung. tie sedar tak sedar time dorang bagi tahu anak tie perempuan. dan yang paling sedih, tali pusat dah belit leher anak tie time die keluar tu. dan die lansung tak keluarkan suara bila keluar. lepas beberapa minit baru dengar die menangis. kata doctor, baby terlalu lama di pintu rahim. sebab tu tali pusat dah belit leher. and kalau lah tie terlambat sikit, doctor cakap anak tie mungkin tak dapat diselamatkan. menitik air mata bila teringatkan saat itu..
gambar pertama yang hubby tunjukkan pada tie. hanya air mata yang mengalir, tie diam tanpa kata
anak tie di masukkan NICU atas sebab nafas terlalu laju. dan malam tu tie bermalam di hospital. kiranya tie masih belum melihat anak tie lagik time tu. hubby datang and tunjukkan gambar pada tie. time tu, tak sedar air mata tie mengalir. rasa bersyukur sangat anak tie dah selamat dilahirkan.
4/9/2014
tengah hari cenggitu, tie dah boleh keluar hospital. and dalam masa yang sama anak tie pun dah boleh balik. so kitaorang sesama dapat balik rumah. time dalam kereta tie still tak pegang leesya. mak yang pegang sebab tie masih tak bermaya.
sampai jerk di rumah, di atas katil dalam bilik, itulah kali pertama tie menyentuh arriana nurqaleesya. dan itulah sentuhan pertama diantara anak dan ibu. mengalir laju air mata tie. rasa bersyukur tak terhingga. tie kucup leesya. tie menangis. hubby pun turut terdiam melihat reaksi tie dan anak. tapi betul kata orang, segala kesakitan tie hilang bila tie melihat anak. Ya Allah ini rupanya perasaan bila bergelar seorang ibu.
arriana nurqaleesya binti suhaizal
terima kasih kepada hubby, family, fil, sedara and kengkawan yang doakan tie. syukur tak terhingga pada Yang Maha Esa atas pemberian yang bermakna ini. orang yang paling berjasa adalah mak dan hubby. selama tie dalam pantang, mereka berdua lah yang banyak membantu. mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk tie. tiada insan lain yang boleh menggantikan mereka. dan semoga Allah sentiasa memberkati mereka.
papa and qaleesya pada hari ketiga
bengkung amway
sepanjang berpantang, tie ambil ubat dari amway. and okeyhlah hasilnya. berat tie dari 70kg turung sehingga 51kg. cuma tinggal dekat perut jerk yang belum turun sepenuhnya. ambil masa kann. bukan senang nak badan macam dulu. and mustahil rasanyer nak jadi seperti dulu. pasti akan ada perubahan
set ubat bersalin amway
nampak nih, sekali makan, sampai brapa bijik weh. orang sakit katakan. hahaha
orang kata ader orang senang beranak and susah beranak. mungkin tie dalam kategori susah beranak. lagipun tie segugut teruk kalau datang bulan. orang kata perkara nih berkait. semuanya kuasa Allah kann. tapi bagi sesiapa yang berkemampuan, tie sarankan bersalin lah di hospital swasta. bukan apa, di sana kita akan d beri layanan yang lebih baik dari hospital kerajaan. dari segi ubat dan perkhidmatan nya jugak berbeza.
tambahan pulak di hospital kerajaan banyak doctor doctor pelatih. dan tie salah seorang pesakit yang di handle sepenunyer oleh doctor pelatih. doctor pakar d kerajaan hanya datang pada waktu tertentu sahaja. paham paham lah kalau dah doktor pelatih.
arriana nurqaleesya, semoga kamu menjadi anak yang beriman, bijaksana, cemerlang dunia akhirat and berbakti kepada ibubapa. mummy and papa sayangkan kamu. leesya adalah bukti cinta mummy and papa.
leesya tiga bulan.
pakai baju yang auntie yuss kasi. makaseh yer auntie. leesya suka purple :)
1 comment:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment