assalammualaikum
3 september 2014 yang lepas, pukul 12.52 tengah hari, lahir lah puteri kesayangan mommy and papa, arriana nurqaleesya binti suhaizal. mommy menahan segala kesakitan ketika melahirkan kamu sayang. banyak betul dugaan untuk lahirkan kamu. mommy hanya berserah pada Allah ketika itu. hanya mati dan Allah yang d ingatan ketika itu. pernah terlintas yang mungkin mommy hampir hilang nyawa ketika melahirkan kamu. tapi segala kesakitan itu hilang sebaik sahaja mommy melihat wajah anak mommy buat kali pertama. alahai macam nak menangis pulak. sedih :(
dan dan dan 3 september 2015 baru baru ini, anak mommy sudah mencecah usia setahun. Allahuakhbar. macam tak percaya sayang. cepat nya kamu membesar. syukur tak terhingga padaMu Ya Allah atas kurniaan indah ini. rasa macam baru semalam mommy d masukkan ke labour room. rasa kesakitan nak bersalin tu masih segar d ingatan. tak akan tie lupakan sampai bila bila pengalaman bersalin anak pertama itu.
tie dan hubby tak ambil cuti pun hari khamis, birthday qaleesya. tapi malamnyer, kitaorang belikan kek untuk qaleesya. kek comel nih cukupla untuk kitaorang makan sorang sikit. nak sambut betul betul tunggu entry sambutan hari lahir qalesya nanti :)
comel jerk kan kek untuk qaleesya nih :)
selamat hari lahir yang pertama sayangku arriana nurqaleesya
mommy and papa doakan agar kamu d murahkan rezeki, d panjangkan umo, d berikan akal yang bijaksana, menjadi anak yang solehah, menjadi anak yang baik serta cemerlang dunia akhirat. aminnn
bukan main susah nak bergambar cenggini. jenuh bersilat weh! hahaha.
time qaleesya masuk 11 bulan, mommy hadiahkan kuda biru nih. mommy beli online d lazada
hari tu mommy and qaleesya teman papa main bola. berkelah kat tepi padang. nasib baik qaleesya ader kawan hari tu. boleh buat teman die main
mommy and anak dara
lepas main bola, papa pulak temankan mommy buka puasa
hari tu bawak qaleesya pusing kampung
qaleesya nih pantang betul kalau nampak moto, mesti die buat bunyi "broombroom". then kalau dapat naik moto, punya la menggedik gayanyer. haha
jumaat dua minggu lepas follow papa pergi lawan bola after mommy kerja
setiap kali petang weekend, kalau tak kemana mana, tie akan teman qaleesya main d luar rumah
bila mommy tanya mana eye, mula lah die letak jari dekat dekat dengan mata die.
ini pulak bila mommy kata mana nose. pandai anak mommy!
papa belanja qaleesya motosikal. hari tu pergi kat kedai area taman kemajuan. pening jugak nak buat pilihan. tapi kitaorang biar qaleesya yang pilih :)
die lebih suka naik vespa nih. so papa belikan yang nih
terima kasih papa belanja vespa. tapi helmet tak der. kena saman tak? haha
bukan main suka naik kat rumah
siap angkat geng lagi main. hahaha
yang nih kerja mommy. gedik mommy letakkan sticker cenggini kat vespa qaleesya :)
then weekend hari tu, mommy and papa bawak qaleesya main d taman permainan denai larian
mommy gemok :(
bukan main lagi die nak panjat sana sini. nasib baik ader papa. kalau tak, memang tak larat mommy nak layan sorang
31 ogos 2015 yang lepas, kitaorang ke festival kraftangan malaysia, perlis d jalan kuala perlis. saja pergi tengok apa yang ader. kebetulan papa cuti hari tu. boleh lah jalan jalan bawak qaleesya
festival ini berlansung selama beberapa hari d perbadanan kemajuan kraftangan malaysia cawangan perlis
antara apa yang ada d festival kraftangan malaysia, perlis
pelbagai jenis barangan yang d pamerkan dan d jual d festival ini
budak budak yang datang lebih tumpukan mainan yang terletak d luar. tapi qaleesya tengok dari jauh jerk la. tak berani mommy nak lepaskan die main kat dalam. sebab kanak kanak yang lain lebih besar dari die
napa mommy tak kasi saya main, saya dah besarlah - arriana nurqaleesya
sekitar kawasan luar d festival kraftangan malaysia perlis
balik tu kitaorang singgah makan lokchin kat area kuala perlis. teringat zaman stay d KL dulu. asal balik kampung jerk, mesti hubby bawak makan lockchin nih. tapi sekarang bila dah fully menetap d perlis, pergi pun jarang jarang. sibuk sangat kononnyer! haha
lokchin kuala perlis
happy merdeka day uollss!
sehari sebelum merdaka day, follow papa lawan bola
yang nih pulak kitaorang lepaking d sungai baru kuala perlis
baru baru nih papa demam. qaleesya teman papa pergi klinik
ader mesin padi lah mommy - arriana nurqaleesya
kain nih tak cukup kembang lah mommy- qaleesya d majlis pertunangan abang sulung tie
selasa lepas, qaleesya cucuk setahun. mommy and papa siap ambil cuti lagik. sajerk nak temankan anak kononnyer. padahal nak mengulat. haha. tapi anak mommy lansung tak nangis. good gurl betul la kamu ni sayang
tie bersyukur dengan segala pemberian Allah ini. tak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita. jadi hargailah apa yang kita miliki sekarang. kadang kadang kita leka dengan apa yang ader d depan mata, tapi suatu hari nanti, bila ianya sudah tiada, baru lah kita akan sedar dan kesal. tapi time tu dah tak der gunanya. segalanya sudah terlambat. hargai insan d sekeliling anda :)
No comments:
Post a Comment