Friday, 29 January 2016

.. sales hunt anjuran TM Kedah Perlis ..

assalammualaikum

hari sabtu dua minggu lepas, sekali lagik tie kena join sales hunt anjuran TM kedah perlis. nak tak nak, memang kena pergi. dengan keadaan cuaca negeri perlis sekarang nih, memang mengerikan lah. pergi buat sales dari rumah ke rumah. panas weh! tapi demi TM, terpakse daku hadapi. hahah

sebelum tu, selit gambar kitaorang hari jumaat.

mommy dan ibu husna

dengan mama ieda

pagi tu kitaorang semua diminta berkumpul dinhadapan TAD Arau. Puan Norlela Baba membuka tirai dan memberi kata kata semangat untuk kami.

Encik Tajuddin, boss CS perlis

ambil gambo ramai ramai dulu sebelum bergerak

team sales hunt tm kedah perlis

tie dan ema wakil dari tmpoint kangar

Puan Norlela memulakan perlepasan

group tie terdiri daripada abg nasir dr CS, Puan Intan dr CS Alor Star, ema dan tie dari tmpoint kangar. kami mulakan dengan kawasan arau dan seterusnya ke kangar. alhamdulillah dapat jugak sales untuk streamyx dan unifi. kira okeyh la kan :)

abg nasir tengah promote unifi

antara pelanggan yang berjaya kami tawan untuk melanggan unifi

abg nasir isi borang streamyx

ini pulak di kawasan kangar. bukan main mommy duk promote

bagi rumah yang tak der orang, kitaorang letak brocher TM dalam peti surat

sampai ke petang jugak lah weh. kena berkumpul di depan TAD Arau balik untuk declare berapa sales yang dapat. then boleh bersurai. lega bila boleh balik jumpa anak dah :)


selit gambar mommy dengan bunga fresh nih. lama sunggu tak dapat.

ini pulak mama eiyda bawak balik ole ole strawberry coklat. memang sedap. makaseh yer mama!

yang nih pun nak selit jugak kitaorang menggantung deco untuk chinese new year

pak tam paling banyak berjasa

alun. staff baru pindah ke kangar dari tmpoint jitra

makaseh yer pak tam tolong kitaorang panjat sana sini

ema dan ida

dan ini lah hasilnyer

boleh lah kannn :)


Thursday, 21 January 2016

.. melawat baby zidan ..

assalammualaikum

weekend yang lepas tie dan hubby ader pergi melawat zaza. die selamat melahirkan baby boy. kalau tak silap tie namanya nik abduh zidan bin nik amyr sufian. kalau salah nama, sorry yer zaza. aku malas nak buka fb time update entry nih.

mommy dan zidan

mommy dan umie zaza

punya la susah nak pegang si zidan nih sebab qaleesya tak kasi! hahah. tahu jeles weh! die pun sibuk nak duduk atas mommy jugak

arissa dah masuk dua tahun. kejap dah jadik kakak. awal tu lansung tak nak layan qaleesya tapi lepas mommy keluarkan ipad untuk qaleesya main, cepat cepat dtg nak kawan dengan qaleesya. pandai die kan :)

awal tahun 2016, mommy dah qaleesya potong rambut. kononnyer rambut 2016 lah nih. hahaha. tak per lepas nih nak simpan sampai panjang balik.

selit entry pengantin baru datang singgah d perlis sekejap. pieka memang ader ajak tie ke langkawi untuk sambut new year d sana. kebetulan tie baru jerk pergi tengah bulan december. so memang tie tak dapat nak follow dorang.

pieka and husband serta adiknyer datang naik bas dari kl. pagi tu tie pergi ambil d kangar and bawak balik ke rumah tie. lepas dorang bersihkan badan and sarapan, tie hantar pulak dorang ke jetty kuala perlis

qaleesya tak mandi lagik time nih. tapi mommy ajak bergambar jugak.

dorang punya la suka pemandangan depan rumah tie. kann penuh sawah padi. yerla kat kl mana nak dapat pemandangan cenggini kann

 
rasa macam tak puas sebab kejap sangat dorang singgah d rumah. lepas nih pls datang lagi beb! baru boleh bawak pergi makan ikan bakar kuala perlis

selit jugak gambar mommy dengan feyqah and my ladies boss Puan Azlynda Shaari, pengasas lalova herbs. kitaorang ader majlis makan malam sempena kemenangan team paduka jaya dalam liga SP. selesai makan, ader sesi penyampaian hadiah untuk team paduka jaya. tahniah PJ, and tahniah hubby!

Wednesday, 20 January 2016

.. majlis perpisahan staff @ komalaut ..

assalammualaikum

31 december 2015 yang lepas merupakan hari terakhir kak bibah dan kak shima berkhidmat d tmpoint kangar. mereka dah berpuluhan tahun bekerja dengan telekom. sampai masanya untuk mereka berehat d rumah. tak perlu lagik fikirkan masalah d pejabat :)

petang tu kitaorang bergambar beramai ramai.

boss beri sedikit ucapan dan menitiskan air mata. kami pun turut bersedih dan merasai kehilangan oramg yang sangat penting d tmpoint ini.

boss sampaikan hadiah untuk kak bibah

boss sampaikan hadiah untuk kak shima

terima kasih kak bibah dan kak shima atas segala ilmu dan nasihat selama ini. tak kan kami lupakan segala kenangan kamu di sini. selamat bersara buat kamu berdua. semoga kalian d panjangkan umor, d murahkan rezeki dan d beri kesihatan yang baik. aminn

lepas nih tak der dah orang nak buatkan kopi pepagi untuk kami :(

then, kitaorang ke mona komalaut di kuala perlis untuk makan petang sempena majlis perpisahan kak bibah dan kak shima.

sebelom makan, ader acara potong cake untuk kak bibah dan kak shima

menu petang tu ader ikan jenahak bakar, jenahak tiga rasa, udang masak rempah, kerang bakar, sup daging, tomyam campur, telur dadar, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan dan sotong goreng tepung. terbaik!

bergambar sebelom makan

state cemt kedah perlis, encik Hisham dan isteri turut hadir memeriahkan majlis ini. selain itu cemt dari alor star, jitra dan langkawi pun ader sama. thanks korang yang sudi datang makan makan bersama staff tmpoint kangar

yang nih bergambar selepas makan

jangan lupakan kami d sini yer kak bibah dan kak shima. semoga Allah sentiasa merahmati kamu berdua. we love you!

selit gambar kami pergi melawat baby boy suria d hospital tuanku fauziah kangar, perlis


Tuesday, 19 January 2016

.. aktiviti staff TMpoint Kangar ..

assalammualaikum

antara salah satu aktiviti staff tmpoint kangar d penghujung 2015, kitaorang join jom bersama Datuk Bazlan Osman, Group CFO ke TM Kedah Perlis.


staff tmpoint kedah perlis

majlis di mulakan dengan persembahan koir

seterusnya ucapan dari Puan Norlela Baba, state GM Kedah Perlis

banyak sangat ilmu yang Datuk Bazlan Osman sampaikan kepada kami

rumusan dari Datuk Bazlan Osman

 
macam biasa, setiap hari jumaat, mesti nak bergambar :)

hasil dari penggunaan lalova exclusive dan veraskinz. terbaik!

yang nih jumaat yang lain dah. tudung purple pulak. selfie bersama boss yang sangat sporting d dunia

azreen datang dari langkawi. sajerk datang lepak dengan kami. thanks laling!

mommy suruh buat peace, tapi semua jari die nak tunjuk. alahai anak.
balik dari kerja, kitaorang pergi makan maggi/keoteow sup siam di depan MRSM. memang sedap weh! qaleesya pon follow sekali sebab papa ader game bola. 

hari jumaat hari bergambar

 
yang nih pulak kami ke majlis menggapai pelangi yang berlansung di hotel grand alora d alor star anjuran TM kedah perlis

mark adam adalah artis jemputan malam tu. memang best lagu lagu die. tapi sayang kami tak sempat bergambar dengan die

mommy dan ziela, staff tmpoint alor star

kami dari tmpoint kangar

ibu husna, ibu ema, mommy and mama ieda

tema pelangi menjadi tema pilihan. mommy pakai baju yang ader jerk. lansung tak der persiapan sebab semuanya last minit

19 december 2015 yang lepas berlansungnya majlis perkahwinan fadhilah, bekas staff tmpoint kangar. sekarang die dah jadik staff tmow alor star.

 
tahniah sayang! kak tie doakan kamu bahagia hingga akhir hayat! jadi isteri yang baik tau :)

kalau korang nak tahu, nih la kain yang mommy nak buat baju raya hari tu. kann mommy mengamuk sebab tukang jahit hantar mesej bagi tahu tak sempat nak buat. memang frust time tu. terus mommy poskan ke kl and minta kak na jahitkan. and nih first time mommy pakai. memang selesa kain sari nih.

geng gilooo gambar

mommy dan mak buyong suria. die dah selamat lahirkan baby boy awal bulan januari 2016. tahniah suria!

mommy terpaksa letak bantal kecik nih depan perut sebab nak cover perut buncit. gemok sungguh haishhh! hahahaha