Friday, 15 January 2016

.. wedding pieka dan kerol @ KL ..

assalammualaikum

haishh susah nyer rasa nak mulakan entry pertama di tahun baru 2016 nih! rasa macam dah basi nak masukkan gambar gambar yang berlambak tahun 2015. entry tertunggak sangat kan! tapi nak tak nak, kena masuk jugak. kalau tak, rasa tak puas hati weh. hahaha. tak per, tie mulakan sikit2 update entry yang dah lama sangat terpendam nih :)

5 december 2015 yang lepas berlansungnya majlis perkahwinanan sahabat baik tie, nur syafiqa azman bersama jejaka pilihan khairulzaman bin abdul aziz. tie tak dapat hadir untuk majis akad nikah die yang berlansung hari jumaat 4 december 2015 sebab tie tak dapat cuti. hari jumaat malam baru tie gerak dari rumah. tie pergi bersama hubby dan qaleesya. alhamdulillah kami selamat sampai KL pada pukul 5 pagi.


kad jemputan perkahwinan pieka dan kerol

kami stay di rumah kak na d kampung baru. kak na and adik follow tie ke kenduri pieka. abang aziz tak dapat join sebab kena kerja.

keluarga kecil tie bersama pengantin yang diraikan


pandai kak na selfie. hehehe

tak banyak kawan lama yang hadir. tie cuma jumpa along dari kedah and hidayah dari damansara. kawan dari HQ Kl pulak ader kak zack, abang dzul dan dani. yang lain memang tak kelihatan :)

mommy and along. dah dua anak dah die

selfie wif kak na

along dan hidayah

wif kak zack

qaleesya wif dorang nih

keluarga kecil mommy

qaleesya bukan main aktif lagik. nasib baik ader adik yang tolong kejar die ke sana sini!

kejap jerk, dorang dah jadi kawan baik. heheh

tie salah seorang dayang dayang kepada pengantin. tapi tie tak stay lama pun. pukul 3 petang hubby dah ajak gerak. tak larat dah nak mengejar qaleesya. hahah!

ni jerk gamba yang ader bersama dayang!

si pengantin lelaki siap nyanyikan lagu untuk pengantin perempuan. sweet sangat tau! menitis air mata kegembiraan untuk kamu pieka. aku doakan kamu bahagia hingga akhir hayat. dan aku yakin kerol akan jaga, bimbing dan hargai kau sebaiknya. tahniah syg!

petang tu, lepak kat depan rumah. akhirnya dapat jugak jumpa baby zara nih. anak ketiga kepada kak yatie, jiran sebelah rumah kak na. puas dapat sembang dengan kak yatie. hilang rindu!

qaleesya di kampung baru

kain dan tudung d sponser oleh pieka. thanks yer!


dua tahun tie tak jejak di kampung baru nih. terlalu banyak kenangan zaman bujang tie di sini. rindu weh!


dan dan dan salah satu sebab tie nak ke kl adalah sebab nak makan ayam penyet kampung baru nih! alahai lega dapat makan weh. punya lah time mengandung dulu tie tak dapat nak makan. puas hubby bawak makan aym penyet d perlis, kedah and peneng. tapi satu pun tak memuaskan hati. tapi yang nih memang terbaik! dua kali kami makan :)

malam tu jugak kak na and abang aziz sekeluarga balik ke perlis. dorang tinggalkan rumah tu untuk kami stay. makaseh yer kak na. and malam tu kitaorang ke taman melati rumah paklong hubby. sajerk pergi melawat dorang. lewat malam jugak lah baru sampai rumah.

No comments: