assalammualaikum
31 january 2016 yang lepas berlansungnya majlis aqiqah anak lelaki kepada zaza. kalau tak silap tie time nih baby die dah berumur 50 hari kot. atau lebih kurang cenggitu lah. zaza pun dah slim melim dah lepas pantang. bersiap macam bukan orang baru lepas bersalin. hehe
mommy bawak kak ipar dan anak saudara temankan mommy ke rumah zaza. papa kerja and mak pulak tak berapa sihat. alhamdulillah banyak betul menu yang ader and semua sedap belaka :)
zaza, tie dan ruwaida. kawan masa belaja diploma dulu
mommy yang tak turun lagik berat badan. diet tak sangga dah! hahha boleh caya ke diet?
tie dan zaza bersama anak dara masing masing
nak jugak mommy bergambo sengsorang :)
yang mana lagik cun yer? hahhaha
tak lama stay d rumah zaza. lepas makan and bergambar terus gerak balik. then tie ke rumah suria dan makngah hubby untuk majlis aqiqah. malam nyer baru lah balik kangar.
selit gambar hari jumaat yang lepas, kereta mati tepi jalan. nasib baik time nih dengan hubby. die ambik tie balik kerja then singgah makan kat kangar. time nak gerak balik, kereta pulak tak boleh hidup enjin.
rupanya air bateri kong weh! nampak tak kecuaian mommy. lansung tak check. haha. nasib baik ader orang yang lalu lalang kat situ tolong kami. alhamdulillah settle dah :)
azam baru kononnya nak amalkan hidup sihat, nak diet, nak jogging, berbasikal dan bersenam. nak turunkan berat badan nih. tapi tak tahu lah tercapai atau tidak azam nih. hahaha
yang nih paling latest. bawak hubby ke klinik mata. die potong besi time kerja and besi tu masuk dalam mata. memang sakit la weh! tu lah tak nak pakai protection, sekali dah kena kan syg. tapi alhamdulillah dah okeyh.
dan ini pulak kisah yang paling sedih d awal tahun 2016. kak nadhirah, kakak angkat tie telah mengalami kemalangan jalan raya time die otw nak balik ke kampung abg wan d jitra. actually kitaorang dah plan nak temukan qaleesya dan nedya bila akak dah sampai jitra nanti.
anak syurga, nedya el syasya
tapi Allah lebih sayangkan nedya el syasya. anak syurga ini telah kembali kerahmatullah dalam perjalanan ke hospital. nedya meninggal atas pangkuan kak dira. Allahuakbar.. time tie dapat berita nih, menggigil satu badan. rasa sedih sangat. hati meronta nak pergi jumpa akak. tapi time tu tie lansung tak dapat hubungi akak. hanya mampu berdoa dari jauh untuk keadaan akak yang dikhabarkan cedera parah
malamnya, alhamdulillah abg wan balas whatsup tie dan bagi tahu kak dira dah sedar. tangan dan paha kak dira patah. allah. berderai air mata mengenangkan keadaan kak dira. maklumat terkini yang tie dapat, besi dah di masukkan ke tangan akak tetapi untuk kaki masih belum kerana tulang paha nya hancur. terpaksa gantikan tulang sintetik dulu. itu yang di khabarkan oleh abg wan
sampai sekarang kak dira masih tak on phone dan sampai sekarang jiwanya masih tertekan. tie hanya contact dengan abg wan untuk mengetahui perkembangan kak dira. besar sungguh dugaan dan kesakitan yang kak dira dan abg wan alami. tie sendiri tak mampu kalau tie d tempat mereka. perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak yang baru berusia setahun. allah.. bukan senang nak terima hakikat ini
tapi ianya sudah ditetapkan. tie berdoa dan terus berdoa agar kak dira di beri semangat yang kuat, kesabaran yang tinggi untuk menghadapi dugaan besar ini. dan semoga kak dira kembali pulih seperti sedia kala. dan alfatihah untuk anak syurga nedya el syasya. aminn
No comments:
Post a Comment