Friday, 23 September 2016

.. Secret Cafe @ Komalaut Kuala Perlis ..

assalammualaikum

entry kali nih nak cerita pasal secret cafe yang menjadi bualan hangat penduduk di negeri perlis sekarang. cafe ini terletak di komalaut kuala perlis. memang tak rugi lah beb kalau datang sini. dah lah sedap terlajak, harga pulak berbaloi baloi! memang terbaik lah.

pintu depan komalaut

logo secret cafe

secret cafe ini di usahakan oleh dua orang usahawan muda yang menyahut cabaran untuk menceburi bidang perniagaan. dan yang special nya dua oarang usahawan ini adalah adik beradik. seorang abang dan seorang lagik adik.

si abang, Encik Hafiez

si adik, Encik Anuar

jumaat yang lepas, kitaorang reramai terjah secreat cafe nih! pergi lepas kerja. menu utama secret cafe adalah western food dan minuman frappe yang kebiasaannya di jual di Starbuck. harga pulak memang berbaloi serta cafe ini sangat sesuai untuk bersantai dengan persekitaran yang sangat selesa

memasing sibuk melihat menu yang ada dan membuat pilihan

sementara tunggu makanan siap, kitaorang bergambo sakan lah kan! itu memang kewajipan

kesian alon kena kepit dengan mama, ibu dan mommy

dah macam model secret cafe kan. tapi model tak berbayar lah!hahhaha

lagu lagu mengasyikkan mengiringi kami ketika menikmati hidangan. bertambah lah selera nak makan kann. tetiba mood jadi happy and layann jerk. haish promote sakan mommy nih kan! hahahah

jom usha sebahagian menu western yang ader


so ape lagik, jom terjah secret cafe reramai okeyh! memang tak menyesal tau and confirm puas hati. (harap harap tuan kedai nih belanja mommy makan nanti sebab mommy dah promote sakan ni!)

alamat kedai : Lot 1 Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis
no untuk dihubungi : 0149486632
google maps : H&A Secret Cafe

owh yer, kedai nih buka setiap hari kecuali pada hari selasa, buka dari pukul 6 petang hingga lah ke tengah malam. okeyh korang, selamat mencuba :)

Tuesday, 20 September 2016

.. shell out @ plaza kuala perlis ..

assalammualaikum

kali nih nak tayang gambar gambar tie pergi makan shell out di plaza kuala perlis. dua hari berturut turut weh! memang tak takut gemok agaknyer kan!

hari rabu malam, tie bawak kak na, adik dan mak ke sini. first time kami try makan kat sini. memang terjah jerk la sedap atau tak. tapi memang tak mengecewakan. boleh tahan sedap beb!

harga untuk seorang adalah  rm10.00. malam tu kami order untuk lima orang makan. buat hidang.

mak dan kak na

papa dan azim

mommy dan anak dara

tie dan mama ana

then esok malamnyer tie pergi lagik kedai yang sama. kali nih bawak tiga orang adik ipar dan zira, cousin hubby dari Kl

kali nih kitaorang buat sorang2 hidangan

kami :)

arriana nurqaleesya

yang paling kanan tu yang paling comel kann. hahah

anak dara mommy memang giler gambo

selit gamba qaleesya weekend baru baru nih. duduk diam diam kat rumah dan berlajar. hahaha

terima kasih tok abah hadiahkan meja study nih pada qaleesya

qaleesya dan ice cream mcd memang tak dapat dipisahkan

selit gamba papa sign kontrak jadi pemain bola team parlimen arau unimap perlis

malam weekend keluar makan. arriana makan benjo jerk sebab telur adalah kesukaannyer

chicken grilled untuk mommy dan papa

Monday, 19 September 2016

.. cerita aidiladha 2016 ..

assalammualaikum

nampaknyer dah tak der entry draft yang berhabuk. semuanyer tie dah kasi post. lega rasa hati kan. berpeluh weh nak update entry yang dah lama nih. hahahah

arriana nurqaleesya kena cucuk dua tahun baru baru nih. mula tu ingat nak masuk lewat jerk tapi jadi tak sampai hati bila dia asyik cakap sakit sakit. macam tu pulak kan bila anak dah pandai cakap nih

qaleesya just kena pergi checkup kat klinik desa bintong. dekat jerk dengan rumah tie. memang sangat memudahkan :)

time nih belum kena cucuk lagik. still tunggu giliran. habis semua baby kat situ dia kacau

mommy terpaksa tanggalkan baju dia sebab nak kena cucuk di tangan. mommy ingat kat kaki

menangis sekejap lepas tu dah diam. cuma mulut tak henti bagi tahu kata sakit

beberapa hari jerk tie tinggalkan dia dengan family in law time pergi kursus d Kl yang lepas. bila mommy bawak pergi kedai makan, dia siap order "o ais satu ". padahal sebelum nih tak pernah pun ajar. alahai anak

roti telur dan susu adalah kesukaan qaleesya

ini pulak qaleesya ikut acu dan acik pergi ambil angin d pantai kuala perlis

cantiknyer ciptaan Allah

ini pulak selit tie ke rumah dylla untuk tengok baby baru dia. putih gebu sangat tau si neolofa deanara nih! dah macam tahi cicak dengan mommy and qaleesya. haha

mommy wif deanara, deanisha dan qaleesya

qaleesya ikut tok abah pergi shopping baju raya aidiladha. thanks tok abah belanja

bergambar dengan farah dan aishah di hari raya aidiladha pertama

kat rumah tie just masak nasi tomato dan ayam masak merah. menu yang sama jugak untuk rumah simpang

salam aidiladha buat semua kengkawan mommy - arriana

beraya di rumah maktok simpang

mulut dan perut dah sama naik. hahhaha

alhamdulilah, tahun nih abah buat ibadah qorban untuk arriana nurqaleesya

pagi pagi dan mengamuk nak lembu. lawak sungguh anak mommy

bapak saudara hubby yang sembelihkan lembu di pagi raya kedua

alhamdulillah. semoga qaleesya sentiasa murah rezeki. kalau nak tunggu mommy tak tahu la bila nak buatkan ibadah qorban untuk qaleesya. terima kasih yer tok abah.

papa, tok abah dan saudara yang lain bersungguh kerjakan lembu ni ha

malamnyer kitaorang buat kan bbq dan makan makan. panggil saudara terdekat dan geng bola hubby. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

geng bola hubby

anak mommy dah dua tahun sekarang. seronok dengar dia bercakap sekarang. cara dia susun ayat. memang mencuit hati dan sangat membahagiakan. semoga kamu sentiasa dilindungi Alah dan berjaya dunia akhirat. aminn