Thursday, 15 September 2016

.. arriana nurqaleesya turns 2 ..

assalammualaikum

3 september 2016 yang lepas genaplah arriana nurqaleesya dua tahun. kenangan di bilik bersalin dua tahun lepas masih segar dalam ingatan mommy. segala kesakitan dan kesulitan hilang bila kali pertama mommy memandang wajah kamu sayang. tak kan mommy lupakan pengalaman melahirkan kamu. betapa bahagianya kami smua dengan lahirnya kamu di muka bumi Allah ini. syukur ahamdulillah pada yang Maha Esa atas anugerah terindah ini

special cake untuk qaleesya

lepas zohor cenggitu, tie dan hubby bawak qaleesya ke blackwood kangar perlis. memang kami nak suprisekan dia. kami order one slice cake and chicken chop. khas untuk melayan kerenah birthday gurl

punya lah dia happy bila cake sampai dengan lilin bagai. tak sempat habis mommy nyanyikan lagu birthday, dia dah tiup lilin dulu. then papa nyalakan balik, dia tiup lagik. pastu gelak besar. alahai anak. punya lah nampak dia happy

nyalakan lilin yang keberapa kali pun mommy tak tahu. dia buat syiok nak tiup. hahaha

mommy sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu sayang. nama kamu sentiasa berada dalam doa mommy. semoga kamu menjadi anak yang solehah, bijak, diberikan akal yang waras, diberikan kesihatan yang baik dan cemerlang dunia akhirat.

anak manja papa

qaleesya pakai seluar putih yang mama ida hadiahkan. thanks yer mama

kebetulan hari tu tak ramai pelanggan dalam blackwood, memang rasa lapang dan selesa bagi qaleesya untuk kesana sini. punya lah nampak kegembiraan di wajah dia. syukur alhamdulillah.

mommy bagi tahu dia yang dia dah berumo dua tahun. terus dia peluk balloon nombor dua tu! hahah

chicken chop special dan chocolate oreo untuk birthday gurl

kitaorang layankan jerk kerenah dia hari tu

anak mommy dah dua tahun!

31 ogos 2014 yang lepas, pukul 9 malam mommy pergi serah diri ke hospital kangar. kononnya rasa baby kurang gerak. padahal niat nak bersalin time merdeka. hahaha. then bila kesana, baby gerak ok jerk. laluan pun tak terbuka lansung sebab belum sampai masa. due sebenar adalah pertengahan bulan september. puas kami minta nak balik tapi pihak hospital tak izinkan. jadi nya bermula malam itu lah mommy bermalam di hospital. doctor induce ubat sebanyak 2.5 biji.

semua nyer secara paksaan memang sakit tapi itu lah hakikat dan pengorbanan seorang ibu dan isteri. then pada 3 september 2014, tepat pukul 12.52 tengah hari, lahirlah arriana nurqaleesya. tak kan mommy lupakan segala kenangan itu sayang. sebab tu setiap kali merdeka, mommy pasti akan teringatkan saat saat melahirkan kamu. semoga kamu akan menjadi anak yang berjasa kepada keluarga, agama dan bangsa.


semoga kami sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan ini. dan semoga mommy dan papa juga di  beri kesabaran yang tinggi untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang.

mommy wif birthday gurl

balik dari blackwood, kami terus ke simpang empat. awal tu memang lansung tak plan nak buat birthday party untuk qaleesya. lagipun rumah di kangar masih belum siap. kami tengah renovate. kami plan bila dah siap rumah nanti baru nak buat.

tapi mak tok and semua nak buatkan makan makan sempena birthday qaleesya. alhamdulillah walaupun last minute punya plan, menjadi jugak majlis petang tu. tapi kami just panggil adik beradik dan saudara terdekat sahaja.

cake untuk qaleesya

antara saudara yang hadir. menu hari tu ader bihun goreng, laksa sedap mak mertua, laksam dan kuih muih.

bergamba dengan adik ipar dan sepupu

qaleesya pun bukan main sibuk nak selfie jugak

qaleesya dan acu fieza

kek kedua qaleesya. sekali lagik dia excited nak tiup lilin
basikal yang di sebelah kiri tu hadiah dari papa untuk qaleesya. 

time nih dia belum siap pakai baju. baru pakai singlet. tapi dah nak bergambar. layankan jerk

kesayangan mommy dunia akhirat

bukan main duk tengok cincin baru dia. hadiah dari mommy sempena birthday qaleesya yang kedua tahun.

macam nih pun nak silang kaki ker?

semoga kebahagiaan sentiasa milik kami

dan inilah cincin untuk qaleesya

yang penting anak mommy suka. mommy dan papa akan sentiasa cuba jadi yang terbaik untuk kamu qaleesya. semoga sgala impian kamu nanti akan menjadi kenyataan

terima kasih pada maktok, abah, alang, acik, acu dan semua yang bekerja keras untuk majlis hari lahir anak mommy kali nih. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua. 

No comments: