Wednesday, 15 February 2017

.. sayonara boss @ Tmpoint Kangar ..

assalammualaikum

entry kali nih nak tayang gambar gambar sekitar majlis perpisahan boss dan team leader tmpoint kangar yang di adakan di secret cafe kuala perlis pada 31 december 2016 yang lepas.

banner khas untuk boss dan kak rakiah

antara menu yang ader hari tu. ikan jenahak bakar, ketam masak rempah, tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, sambal udang, ikan siakap masak kengsom dan ulam ulaman

memang banyak giler weh makanan yang ader! memang makan sampai nak pengsan

majlis di mulakan dengan ucapan terima kasih dari staff, seterusnya ucapan dua insan yang di raikan dan di akhiri dengan ucapan En Hisham. haishh kenapa ayat mommy tetiba skema sangat nih! haha

then , kami mulakan dengan acara penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada boss dan kak rakiah. boss ditukarkan ke tmpoint alor star manakala kak rakiah tamatkan perkhidmatan beliau dengan mengambil skim MESRA.

En Hisham dan En Zali serahkan hadiah, bunga, kad dan balloon kepada kak rakiah

then, giliran En Hisham pulak serahkan hadiah kepada En Zali sebagai tanda terima kasih kami

terima kasih untuk segala jasa baik dan ilmu yang kak rakiah berikan kepada kami selama ini. semoga kak rakiah sentiasa dimurahkan rezeki, di panjangkan umo, dan di berikan kesihatan yang baik. maaf andai ada salah silap selama kita bekerja di tmpoint kangar. sesungguhnya penamatan perkhidmatan kak rakiah sangat kami rasai. semoga kita akan bertemu lagi dan jangan lupakan kami

bergambar reramai sebelum kami menjamu selera

ice cream cake yang sedap terlajak khas untuk boss dan kak rakiah

dua insan yang sangat berjasa dengan telekom malaysia berhad terutamanya tmpoint kangar. semoga kalian berdua terus maju jaya dan sentiasa di rahmati Allah. jangan sesekali lupakan kami and thanks for everything. ketiadaan kamu berdua dalam tmpoint kangar selepas ini sangat kami rasai :(

then, pada 2 february 2017, merupakan hari terakhir En Zali berkhidmat di tmpoint kangar. hari tu kitaorang memang berborak bergembira seperti biasa. padahal dalam hati memasing sedih mengenangkan hari tu adalah hari terakhir En Zali menjadi boss kami. poyo ayat tie kan!

then petang tu, boss ada buat sedikit ucapan untuk kami semua. memang dia akan menangis lah kannn sebab En Zali nih memang hati tisu! hahahah

memasing senyap jerk time nih. then ader jugak staff yang memberi sedikit ucapan kata kata terima kasih pada boss. mommy memang diam jerk sebab tak mampu nak cakap! air mata mengalir laju dalam diam! hahahha

selesai sesi menangis bagai, kami ke secret recipe untuk lepaking kali terakhir bersama boss. semua join kecuali kak ros dan abg yen. kitaorang just ambil cake satu slice dan minuman untuk setiap seorang.

ini mommy punya yer :)

special untuk boss. sayonara boss :(

thanks 4 everything boss. selama tie bekerja d TM, boss lah boss yang terbaik yang pernah tie ada. tak pernah merungut untuk melayan segala kerenah staff dan sentiasa membantu untuk segala masalah kami.

kami geng sporting!

mama suria dan ibu husna

penukaran boss sangat kami rasai dan kami pasti akan rindukan boss!

welfie sehabis boleh! hahhaha

pep talk terakhir dari boss. credit to alun for this picture 

awal february lepas, Puan Suzana ( empat dari kiri )dari tmpoint alor star mula menggantikan En Zali. En Hisham pun turut hadir bagi acara penyerahan tugas CEMT bagi tmpoint kangar

selain dari hadiah, kad, bunga dan balloon, kami jugak framekan gambar bersama d majlis perpisahan yang lepas untuk boss.

boss dah pandai selfie sekarang. nampak handsome jerk bila berbaju putih nih :)

untuk boss, thanks 4 everything dan maaf andai ada salah silap dari kami sepanjang kita bekerja bersama. selamat maju jaya di ucapkan dan semoga boss sentiasa berbahagia walaupun kita tak lagi bekerjasama selepas ini. jangan lupakan kami tau!

dan untuk Puan Suzana, selamat datang ke tmpoint kangar. semoga Puan dapat membantu kami dan memberi tunjuk ajar serta semoga kita semua sentiasa bekerjasama dalam keadaan yang harmoni.

2 comments:

Unknown said...

Mata masuk habuk la pulak....thanks tie....

tie gadies said...

Sama2 boss.. Boss tetap boss paling hebat yg pernah kami ada :)