Monday, 10 July 2017

.. makan makan makan ..

assalammualaikum

saja mommy nak tayang gambar gambar makanan yang mommy masak. bila dah kumpul gambar banyak banyak, cenggini lah jadinya. masukkan semua dalam satu entry.

ikan cencaru bakar, sambal sotong, udang dan fish ball goreng dengan sos tiram, ulam raja dan sambal belacan

ikan kembung bakar, kangkung goreng belacan, telur rebus, ulam ulaman dan sambal belacan

ikan cencaru goreng, sambal sotong, sosej goreng dan sambal garing che nor

ikan cencaru goreng, sotong masak kicap, sayur bayam, sambal belacan dan sambal garing che nor

tie dah makan laksa tau sejak qaleesya masuk umor dua tahun lima bulan. lama jugak kann tie pantang. tak tahan daulat laksa dah weh.

sambal telur, ayam goreng rempah, sayur sawi dengan fish ball dan jeruk mangga

sambal sotong dan sotong masak kicap beserta sambal garing che nor

mentarang, udang goreng minyak, ulam ulaman, sayur campur fish ball and sambal belacan

ayam masak  merah, ikan gelama goreng, sayur sawi fish ball, ulam bendi dan papadom

kari ikan jenahak

ikan kembung bakar, asam pedas ikan, sayur sawi fish ball, ulam ulaman dan sambal belacan

yang nih mommy and papa makan kat kedai area kangar. kitaorang order ikan siakap tiga rasa, udang goreng, kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam campur

menu buka puasa baru baru nih. ada sambal telur, kari kepala ikan, sayur taugeh goreng, siput, telur masin dan satay

sardin, udang goreng air asam, sayur keladi, bendi goreng kicap, sambal belacan dan cake secret indulgence sempena hari papa baru baru nih

mommy memang tak pandai masak and jarang masak tapi itu tidak bermakna mommy tak pernah masak tau. cuma mommy selalu masak menu yang simple dan yang digemari sahaja. kadang kadang terfikir bila lah mommy nak pandai masak macam mak :(

No comments: